Friday, September 16, 2011

16 September 2011

Hari ni merupakan hari yang paling banyak NOTIFICATION kat FACEBOOK SOFINAH.L.
Hari ni merupakan hari yang paling banyak dapat WALL POST kat WALL SOFINAH.L.
Hari ni merupakan hari yang paling banyak dapat MESEJ kat INBOX FB SOFINAH.L.
Hari ni merupakan hari yang paling banyak dapat SMS kat HANDPHONE SOFINAH.L.

Sebab..

Hari ni ialah...

16 SEPTEMBER 2011.



Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 SEMPTEMBER 1963, tanpa penyertaan Brunei Darussalam. Pada 9 Ogos 1965, Singapura menarik diri dari Malaysia.

SELEPAS 27 TAHUN PENUBUHAN MALAYSIA, LAHIR SEORANG BAYI KE DUNIA PADA
16 SEPTEMBER 1990.

Bayi yang comel tersebut diberi nama
SOFINAH BINTI LAMUDIN

dan kini..

SOFINAH BINTI LAMUDIN SUDAH BERUSIA 21 TAHUN.

SELAMAT ULANG TAHUN KE - 21
SELAMAT HARI RAYA KE - 18
SELAMAT HARI MALAYSIA KE - 48

SELAMAT HARI LAHIR CIK SOFINAH BINTI LAMUDIN


Aku,

Monday, September 12, 2011

Jumpa Makcik,Pakcik dan Nenek

Semalam, Mummy dan ayah bawa aku jumpa Makcik,Pakcik dan Nenek.
Biasanya, aku akan jumpa mereka di hari raya pertama di bulan Syawal.
Tapi tahun ni aku tak berkesempatan.
Jadi, semalam ada peluang.
Kami pun pergi lah rumah Makcik dan nenek.

Rumah makcik dan nenek terletak kat Kg.Sungai Bangat.
Dari rumah aku ke sana mungkin 15 minit.
Rumah nenek dan makcik bersebelahan saja.
Jiran sejati.Haha..


Nenek, Mummy, Makcik (aku panggil bucu), Makcik (Aku panggil Tua).
Tua is Makcik aku daripada Brunei Darussalam.
Balik Brunei dalam minggu ni juga.
Diorang memang selalu datang Labuan.

Pakcik (Suami Tua), Ayah, Pakcik (Suami bucu)

Mereka~

Cousin (Suzi) dan aku (Baju macam nak g pejabat je..main bantai je..huhu..)
Suzi ni cousin aku yang paling rapat dengan aku. Dah lama tak jumpa dia sejak dia dah habis SPM 2 tahun lepas.
Dah tu, aku pula kerja.
Masa kecik2 memang selalu main ngan dia.

Mereka lagi~

Kami~
Kami sembang mungkin dalam 3 jam lebih..
Kalau boleh nak lama lagi tapi..
Esok mak ayah dah kerja..
Huhu..
Aku nak lama-lama bukan apa..maklum lah..aku dan Suzi lama tak jumpa..
Banyak story..hehehe.. :P > Perempuan!

Aku,

Saturday, September 10, 2011

Happy Birthday Mummy

Sebelum aku bercakap lebih panjang pasal BIRTHDAY mummy aku, aku nak hukum diri sendiri dulu. MACAM MANA AKU BOLEH LUPA BIRTHDAY MAK AKU SENDIRI?! KENAPA BUKAN AKU YANG WISH SELAMAT HARI LAHIR UNTUK MAK AKU?!

OK..salah sendiri!! Birthday mummy actually semalam. 090911. Huhu..Sian my mummy..tapi..my mummy cerita kat aku bucu call tadi wish happy birthday :

Bucu : "Selamat hari jadi!!!!!"

Mummy : "Ha?? Siapa hari jadi? Kau ke???"

Bucu : "Kau kan kak??.....? "

Mummy : "Sekarang berapa haribulan?"

Bucu : "Kemarin birthday kau la kak...0909.."

Mummy : "Hahahahhahaa! Aku lupa.."

Mummy pun lupa gak rupanya. Time mummy aku lupa birthday dia ni yang best buat suprises kan? Tapi aku pun lupa gak. Apa nak jadi lah!! Aku mikir pasal kerja kerja kerja..katun katun katun..FB FB FB...blog blog blog...ha!!

Mummy gelak...tapi aku tetap WISH gak tadi..SELAMAT HARI JADI MUMMY! Salam dan cium tangan. Cium mami puas-puas!! Hehehehe..apa? apa? Aku memang anak manja pong! Kalau bukan aku yang manja ngan mak aku sape lagi?..

Saya
Sayang
Mummy =)


Aku,

Sunday, August 21, 2011

Hari keduapuluh satu di Bulan Ramadhan...

Oh! TIDAK...tolong jangan ganggu rest day or OFF day saya hari ini...hee~ Parkson call aku le..terasa betapa berharganya SUNDAY kerana aku rasa rehat aku sangat terhad. Tapi apakan daya aku harus juga mengangkat telefon. Bla bla bla...ok ok ok..then...selamat. Tu je...nasib baik sikit masalah je..

OK..malas nak cerita pasal kerja hari ni...setiap hari aku cerita pasal kerja je kan...memang lah HANTU RAYA..eh silap HANTU KERJA...hee~ Raya tak lama lagi la..tinggal beberapa hari lagi..mesti ramai yang sudah fikir tentang cuti raya...dan blog aku pun dah ada ketupat dan pelita kat sebelah kiri blog :p Nanti dah habis raya aku delete le HTML ketupat dan pelita tu..sekarang biarlah jadi hiasan blog aku yang tak seberapa ni...hehehe...

Aktiviti aku hari ini :

  1. Blogwalking : Terjumpa blog anti kerajaan. Pergh! Siapa yang cinta kerajaan memang telinga berapi tapi asap keluar dari idung...ki ki ki..Malas ah nak cerita politik pe...aku bukan minat bab2 politik ni. Tak tahu le mana satu betul. Yang penting Tuhan aku Satu. heee~
  2. Blogging : Publish post aku yang tersadai kat draft. Heee~
  3. FB-ing : Tak tahu le sampai bila aku nak berhenti dari berfishbuk nieyh...setiap hari buka..
  4. Tolong my mummy : Buat kuih popia udang untuk hari raya...bukan aku je yang tolong. Anak buah aku enjoy sekali tolong makan..hee~ Sambil makan tu dorang tolong gak le..
  5. Bersihkan bilik : Bilik aku dah lama tak buat housekeeping. Pergh! boleh tahan gak! Satu beg plastik hitam saiz besar berisi barang tak perlu lagi...termasuk sampah, kertas dan plastik yang bersemadi lama dalam bilik aku.
  6. Cuci baju : Nasib baik ada washing machine...ki ki ki...
  7. Tengok TV : Waaaa...BEST juga ye? lama gila aku tinggalkan TV tuh.
  8. Main dengan kucing : Mandikan kucing dan main ngan kucing jap..haha..
Kucing paling kecik diantara kucing-kucing yang ada di kawasan rumah aku :p

Aktiviti paling lama aku buat hari ni ialah bersihkan bilik. Banyak harta karun yang lama-lama aku jumpa semula. Harta karun tu aku simpan dalam kotak beberapa kurun. RINDULAH zaman buat koleksi...ki ki ki...antara yang aku jumpa ialah :

  1. Komik Katun (Sekarang aku dah tak baca komik katun. Aku baca buku SERIUS punya. Tapi kalau lepas ni aku beli komik jangan heran le..aura dari kotak komik masuk badan aku balik kot.. :P)
  2. VCD katun (Gila katun aku nieyh dulu.Sekarang aku dah tak tengok katun.Aku hanya akan tengok bila ada cerita atau movie yang menyampaikan mesej. Ish..skema ah ayat..tapi kalau lepas ni aku tengok katun lagi jangan heran le..Penyakit katun datang balik kot.. :p)
  3. Album kenangan (Aku memang suka kumpul gambar..sampai sekarang tak pernah ilang..cuma..sekarang aku tak print out gambar2 tu...simpan dalam PENDRIVE je...tapi kalau lepas ni aku print out, simpan dalam album jangan heran le...hahaha! Aku juga macam nak burn simpan dalam CD..)
  4. Laptop pertama aku (Waaaa...RINDU kat laptop tuh! kalau baiki balik RM1200 akan terbang melayang...)
  5. Handphone (3 biji hanphone model lama tapi masih OK dan masih boleh guna lagi...)
  6. Tabung (Zaman kecik dulu suka main tabung-tabung ni..sekarang aku dah guna BANK.)
  7. SIM Card prepaid (Banyak gak number aku dulu kan...tukar-tukar ikut season kot?? Hahaha...ada Digi, Celcom dan Maxis..sekarang aku tak guna Prepaid dah. Aku guna POSTPAID)
  8. Peralatan melukis (Waaaa..Zaman dulu punya...sekarang aku jarang betul dapat melukis...)
Macam-macam ada~

Aku,

Monday, August 15, 2011

Hari kelimabelas di Bulan Ramadhan...

~SOFIE TAK COMEY HARI NI SEBAB SOFIE STRESS~



Awal pagi aku naik bas (buang tebiat) Ayah nak hantar tapi tak nak. Nak jalan kaki ke bustop dan tunggu bus.huhu..sampai ofis, erk!

SESI CUCI TELINGA LAGI..

Hati dah kebas aku iye2 saja..lepas tu..

SESI CUCI TELINGA LAGI..

Apakah?

OK ok ok..potensi Sofie dah jatuh. Markah SOFINAH.L dah low..spirit also down..hari2 kena cuci telinga..bukan spirit down pasal dicuci telinga tapi terasa diri ni tak mampu angkat kerja MIS seorang diri dengan masalah yang tak berhenti. Mana salah buat lagi. Mana salah hantar HQ lagi (gelak jap...hahaha). Call sana sini. Kadang2 dah malas masuk ofis guna telepon opis..guna je HP yang ku bawa kesana kemari. Sob Sob..senang dan mudah!! Kredit? Lantak lah..

Haa!! Aku juga terima log file yang direspon oleh En.Karim system operator harini berkenaan masalah system.. :



"MR.SOFIE...can we close this case?"

MR?? Are you sure???? Hahahahahahahaha! Boleh tak aku reply MS.KARIM..?? Hahahaha! nama aku tu boleh juga konfius ye? hehe...




Aku,

Sunday, August 14, 2011

Hari keempatbelas di Bulan Ramadhan...

Perhatian!!

Hujung minggu akan berakhir pada 12am.

Sekian terima Kasih.

Terasa seperti tak mahu hujung minggu berakhir. Hehe..6 hari bekerja sehari offday begitulah aku setiap minggu.Kadang-kadang offday pun terpacak kat Parkson. Hari ni aku duduk rumah sepanjang hari. Dah berapa minggu aku tak buat aktiviti luar apabila offday tiba? Tak sure le berapa minggu...Pokoknya, hari ni aku dok rumah dan layan blog..Tak habis-habis dengan laptop.

Rindunya dengan Library..suasana library boleh buat aku berjaya membaca muka surat yang banyak! hehe..dah lama tak ajak anak buah pergi Library. Ahad pergi library tak syok! Library buka hanya setengahari. Aku nak lepak library dari pagi sampai petang! Baru la power..solat? tak payah risau. Surau kat library ada. Internet tak payah resah..Wireless ada! Makanan? Lapar? restoren ada di kiri kanan depan belakang library. Toilet? pun ada juga. Perlu kan apa lagi? hehehe...

Mr.Cube Addicted pun dah lama juga tak jumpa. Kalau jumpa dia boleh jumpa magic cube dia sekali..hehe..lagipun, dia ulat buku..suka saya kawan ngan dia! Dia juga rajin temankan aku ke sana kemari hanya untuk mengambil gambar walaupun dia bukan peminat photo.

Pantai pun kira lama juga tak aku lawat sejak basikal aku rosak. Huhu..nak beli baru rugi..sebab apa rugi? aku jarang main. Seminggu sekali pun payah. Siapa yang pakai nanti? Berkarat je dalam stor. T_T

oh ye..tadi petang borak ngan my mummy kejap. Cerita la ni yang aku nak g KL november ni..Aku cakap la aku dah beli tiket. Still gak tak percaya..kenapa ekk??? ('?') Aku seyes ni....

My Ticket : KUL - LBN

My Ticket : LBN - KUL
Tak pe..sabar..nanti aku try cakap lagi..

Malam, dalam jam 11 ++ , aku lepak kat ruang tamu..baca buku..ayah lalu..

Ayah : "Ni esok kerja ke tak?"

Sofie : "Kerja.."

Ayah : "Esok lambat lagi tu bangun."

Sofie : "......." terkedek-kedek masuk bilik... huhuhu...

Blogging jap and..Good Night. Zzz...

Aku,

Saturday, August 13, 2011

Hari ketigabelas di Bulan Ramadhan...

Aku bangun lambat! :p jadi dengan sukarelanya aku bagitahu kat Mak aku yang aku nak pergi kerja guna kenderaan awam saja. Sebab? Aku tak larat la nak rush..Mummy and ayah keluar rumah dalam 8 lebih..aku bangun jam 7.30am lebih2..iron baju pun belum..ish! Anak saper ar tuh! :p

Hari ni kan sabtu..suker! Sebab..aku boleh pakai baju tshirt..pakai beg sandang..hahaha! Macam budak sekolah? I don't care :p

Bila dah siap, aku naik bas...dalam bus,aku blogging guna handphone..nanti balik rumah, copy le :p aku melontarkan pandangan ke luar tingkap..ha??? Aku nampak kereta seseorang. PY?

Alamak!!! Aku dah le lambat ni...cepat bas cepat bas...aku tak nak dia dulu sampai..tak nak..haha..bila dah sampai ke Ujana Kewangan, handphone aku berdering. PY CALL!!!! Cuak3x...huhu...

OK...aku tak jawab sebab aku tau dia call nak minta tolong buka staff entrance untuk dia. hee :p Pas tu, aku cepat2 ke staff entrance. Pintu tak bertutup..means, PY dah masuk ofis..tiba2 aku dengar suara PY di belakang. erk! gulp gulp gulp...aku jalan lurus, masuk ofis dan buat SOD...ki ki ki..

Bila aku keluar dari server room, dia tegur..

PY : "Kau kan sofie..aku call kau rupanya kau lambat.."

Sofie : "T_T"

Bila dah siap buat routine pagi, Aku pun test POS206 yang ngek ngok tu..haha..aku harap la sangat boleh guna. Sabtu ni ramai orang shopping..then, aku test, ok boleh guna tapi terpaksa offline la..huhu..then, aku check POS205 pula..Macam mana eyk?? Haha..aku pun call hp Mr.Jeff..Waa...thanks Mr.Jeff..settled! POS205 pun dah boleh guna sekarang. ^_^

Lepas tu,aku pun mencari si Q.

Sofie : "Q..!"

Q : "R.."

Sofie : "ISh..."

Q : "Hahaha..kenapa kak?"

Sofie : "tolong kakak buka hard disk? nak hantar pergi HQ.."

Q : "Bukan kakak dah hantar ke hari tu?"

Sofie : "Hahahahhaa!"

Q : "kenapa kakak ketawa?"

Sofie : "Tu POWER SUPPLY la Q...yang kau diam-diam ja apasal?"

Q : "Mana aku tau..aku ingat tu la hard disk.."

Sofie : "Kau tau ke tak mana satu hard disk??"

Q : "Tahu bah.."

Sofie : "Jadi??"

Q : "Hahahhaaha!"

Geramnya aku ngan si Q ni tau! Hehehe...Lepas Q buka hard disk 3 buah pos yang nak hantar HQ.

Sebelum aku mem-pack hard disk, PY jumpa aku dan tanya, macam mana dengan hard disk yang kau hantar ke Jeffrey?

Err...aku tak sure nak buat muka apa..hehe...Sis Naddy senyum-senyum..Kak Fatin pun sama gak..kami bertiga pun tengok muka PY sama-sama..

PY : "Kenapa kamu ni?"

Sofie : "er...Ms.Lai...aku kan....err...salah send..."

PY : "........." mata dia membulat dan buat muka yang macam mana eyh? muka yang bila dalam hati berkata 'Hampeh la kau ni'...hahaha..aku rasa macam tu ar tu dalam hati dia..

PY : "Aku....aku mau keluar dulu Sofie..malas aku layan kau ni.."

Aku,Sis Naddy dan Kak Fatin tergelak. Aku tau PY dah cukup pening dengan masalah aku. Dah le bermasalah..pos kaunter, sales..salah hantar plak..huhu..kalau aku jadi PY pun aku bengang. T_T

Lepas tu,aku pun membuang masa dengan membuat kotak sendiri (Buang tebiat). Macam tak ada kotak kat Parkson tu.

Sesi sukat menyukat..
Masa aku sukat menyukat kotak ni, Christina call aku..inform yang dia setengah hari hari ni.. Haha...ni la kes selalu cari dia kalau ada masalah. Sampai dia call bagitau dia tak ada dalam ofis.. kui kui kui...tapi best ar..dia baik...Tengs Christ. :)

Hampir siap...
Benda ni la nak masukkan dalam kotak..aish..3 hard disk dalam tu..besarkan? haha..baru safe! :p
SIAP!
^_^
:)


Aku,

Friday, August 12, 2011

Hari keduabelas di Bulan Ramadhan...

Jumaat!! Today is FRIDAY!! Aku patut buat apa hari ni? Aku patutnya hangout dengan kawan-kawan pergi library dan berbuka puasa di SISWAZAH CORNER.

SMS :

"Hanis...sorry...aku tak dapat join..kerja malam T_T"

Huhuhu...dah 2 kali plan tak menjadi bikin frust je..hehehe...nak buka pose ngan kawan2 ar..ramai2..best apa! Takkan tahun ni tak ada buka pose ngan kawan2..alaaa....

Hari ni aku kerja shift afternoon. Masuk jam satu. Disebabkan hari ni ialah hari Jumaat, aku dengan baik hatinya pakai baju kurung. Muslimah sejati :p ki ki ki...hm...walaupun masuk jam 1pm, tapi aku masuk jam 2pm..sebab? Aku lupa lah pakcik bas pergi masjid semayang jumaat..hehehe..jadi aku turun dari rumah lambat..kononnya  boleh dapat bas awal juga. Kat bastop baru aku teringat, kenapa aku keluar rumah lambat pada hari jumaat. Huhuhu...

Lagipun, masa kat rumah aku kusyuk layan hobi..haha..macam tak nak masa berakhir.. :p

OK! Actually aku tak nak la cerita panjang hari ni. Aku cuma nak cerita pasal kesilapan aku. Masa aku duduk kat depan MIS PC, aku dapat panggilan luar. Aku tak fikir panjang aku angkat je..

Sofie : "Hello.."

Mr.Jeff : "Hello Sofie.."

Sofie : "Ye Mr.Jeff.."

Mr.Jeff : " Barang u dah sampai ar...Sofie itu bukan hard disk..itu Power supply..so i can't do anything.."

Apa perasaan aku time tu ar? Nak gelak ada..malu ada...tensen ada..takut ada..

Mr.Jeff : " So ini barang saya hantar balik sama you lah...then, u send me the hard disk k..u hati-hati buka tu hard disk dan pack properly..ok Sofie?"

Sofie : "Ok Mr.Jeff.."

Mr.Jeff : "Ok...bye.."

Sofie : "Thanks Mr.Jeff..Bye2.."

Hahahahahahahahaha! Aduiii....SOFINAH tak tahu bezakan Hard disk dan power supply?! Hahahaha!

Tensen juga senarnya..dah le kena bajet kan..salah send lah pula..adui...lepas tu takut ni..macam mana nak cakap kat PY esok?? huhu...memalukan sungguh la kau ni SOFINAH..!!

Aku,

Thursday, August 11, 2011

Hari kesebelas di Bulan Ramadhan...

Dah sebelas hari puasa kan?? Setiap malam aku dengar mereka bertarawikh di Masjid Layang-layangan. Sangat jelas kedengaran sebab rumah aku dekat dengan Masjid Jamek. Bila agaknya aku akan bersama mereka? 21 tahun sudah diri aku ni..setiap bulan yang dipanggil Ramadhan tiba, aku tak pernah merasa beramai-ramai ke Masjid. Semoga tak lama lagi...

Okeh! Memang tak akan ada cerita lain setiap hari melainkan aku pergi tempat lain. Parkson..parkson..parkson..hehehe..aku datang kerja dengan lemah longlai...spirit down..haha!

Aku tak banyak cakap sangat. Aku packing barang yang nak send ke Mr.Jeff..Bila dah siap aku check email..pas tu...tu le...hmm...

Yang aku tau, aku letih bangat! Tak sure but, aku memang selalu cepat penat. Sakit dada..sakit belakang..bahu..tak boleh kena sejuk sangat, gerenti sakit kepala..minum minuman sejuk pun memang akan sakit kepala. Tapi kalau nampak aku minum air sejuk tu, means aku cari penyakit le tu :p haha...

Dah lama dah macam ni tapi aku mati2 tak nak buat medical checkup atau jumpa doktor. Dalam fikiran, kalau aku buat medikal checkup, then kalau aku ada masalah sekian2 (Tak minta ye..harap dijauhkan segala penyakit..semoga sihat walafat hendaknya..) aku yakin, keadaan aku akan semakin tersepit. Aku nak bergerak sana sini tau...kalau misalnya aku sakit, mak ayah aku mesti risau giler2...mesti dorang sedih giler2..then, mesti aku tak boleh kemana2..hehe..anak emas mak ayah.. T_T Bulan Nov bercadang nak ke KL..kalau nak aku check doktor, biorle lepas aku dari KL..hahahahaha...my mummy actually dah nak bawa aku g klinik..huhuhu..aku taknak buat masa ni.. aku tak sakit..aku penat je..

Bila tiba masa balik, PY panggil aku...err..sesi nasihat..agaknya terperasan aku lemah longlai kot..tu yang dia buat sesi nasihat dan up spirit gua..hehe..Thanks.. :)

Tak banyak sangat cerita hari ni..aku ngantuk dan penat. SO, nak landing awal :)


Aku,

 

Wednesday, August 10, 2011

Hari kesepuluh di Bulan Ramadhan...

Hari ni aku ke balai bomba dengan PY..kami pergi balai bomba  untuk menghadiri perbincangan tentang kepala sprinkler dan ramp. Hmm..Manager Financial Park join sekali untuk berbincang jalan penyelesaian masalah ni..Actually, Py tak bagi tau pun nak pergi bomba hari ni..Tetiba call aku jam 8am tanya aku kat mana.

Kat balai bomba, ada 6 orang pegawai bomba yang beruniform.Ah! Smartnya! tapi...err..saya tak suka lelaki yang berbadan sasa..ops.. :p

Sejam lebih berbincang di bilik mesyuarat, akhirnya pihak Parkson diberi masa selama 3 bulan untuk buat submission baru. Lega juga sebab tak lama sangat dalam bilik mesyuarat tu.

Hmm...sebelum mesyuarat tu bermula, aku dan PY menunggu di luar bilik mesyuarat. Kat sana aku dan PY borak dan berbincang pasal hal kerja. Suddenly PY buka cerita pasal orang yang nak resign.OK3x..topik menarik..siapa hantar surat benti ni? hehehe...aku tak ambil kisah sangat kalau bab2 orang nak resign ni actually, ye lah..masing2 ada reason sendiri kan nak berenti. Tapi ayat yang mungkin aku takkan lupa dan boleh buat aku berfikir panjang :

PY : "Tak kisah lah..jangan kau yang hantar surat resign sudah. Kalau kau yang hantar nak berenti, aku tampar kau.."

Then? dia gelak..aku join le gelak..aku tak kisah perkataan tampar tu sebab aku tau dia gurau tapi yang aku kisah sekarang ialah 'jangan kau yang hantar surat resign sudah'....

Agak2 aku akan berada kat Parkson berapa lama? Aku tak boleh pentingkan diri aku. Gaji aku yang sekarang ni pun actually ntah kat mana nak celok kalau aku resign. Mak ayah aku plak pernah buka cerita nak berenti kerja. Macam mana?? macam mana dengan niat nak sambung belajar aku ye?? Hmm...wait and see..

Lepas selesai kat Balai bomba, aku dan PY direct ke ofis..Kemarahan semalam tiba2 bermain-main dalam kepala lagi tapi nasib baiklah aku pandai buang jauh2..haha! Then, aku buat kerja macam biasa.

Bila petang sikit, Madam Lucy datang ^_^ SUKERRRNYERRR!
Dia datang nak amik borang permohonan kerja. Excited giler ni aku.Aku harap, dia akan diterima senagai admin. Walauweyh!! Aku akan bekerjasama dengan dia semula. Aku yakin dia boleh jadi leader terbaik sebab dia ala ala cikgu gitu :p

Paling best ialah dia bawa ELISA NATALIA. sukernyer...Elisa aktif! Dia juga dah sihat. Cute plak tu..umo dah 7 bulan ^_^




ELISA NATALIA posing ngan spek kat Kota Kinabalu.
Aku dapat gambar ni masa aku kat Prescott Hotel,28hb June 2011
via MMS from Mdm.Lucy. ^_^
Klik below link :



Aku,

Wednesday, August 3, 2011

My Father's Name Is LAMUDIN BIN OMAR

I LOVE YOU AYAH! :)
Dialog 1 : "Sofinah Binti Lamudin? eh? Awak ni anak Tuan Lamudin eyh? Ayah apa khabar?"

Dialog 2 : "Lamudin? Anak HJ.Lamudin ke ni?"

Dialog 3 : "Eh? Inspektor Lamudin punya anak ke kamu ni?"

Dialog 4 : "Sofinah Lamudin? Bapamu ka tu yang di Labuan Supermarket tu?"

Dialog 5 : "Eh? Bapamu ka tu yang selalu ke Kastam tu?"

Dialog 6 : "Lamudin? Lamudin Sg.Bedaun ka?"

Dialog 7 : "Ni anak Lamudin Kg.Sg.Bedaun ka atau Kg.Layang-layangan?"

Macam-macam ada~

Whatever 'lamudin' in your mind..my 'lamudin' is THE BEST OF THE BEST FOREVER..Hehehe..

Aku,

Tuesday, August 2, 2011

AKU DAH BESAR



SEMALAM…dia berkata,

“SOFIE KAU DAH BESAR..DAH DEWASA..KAU BERKEMBANG DISINI..”

AKHIRNYA, kau sebut antonim perkataan yang pernah kau gelar aku.
AKHIRNYA, kau akui aku bukan seperti yang kau sangka.

Aku nampak kau lepaskan aku.
Aku nampak kau biarkan aku.
Aku juga lihat kau percayakan aku.
Aku melihat kau harapkan aku.

TRUST ME THAT U WILL NEVER FRUST!
TRUST ME THAT U SHOULD TRUST!


Aku,

Monday, August 1, 2011

Hari pertama di Bulan Ramadhan...

First Day berpuasa… :) Macam biasa seperti tahun-tahun yang lepas. Aku berpuasa sendirian dalam rumah. Walau apapun, aku tetap gembira sebab mak ayah tetap temankan aku buka puasa. Kakak macam biasa akan sibuk dengan hal hariannya. Anak buah pula macam tahun lepas juga bertanya,

Fitri : “Bucu ‘kuasa’ ?

Sofie : “PU-A-SA laa..bukan kuasa…”

Fitri : “Bucu PU-A-SA?”

Sofie : “Puasaaa…P.T Puasa?”

Fitri : “Kuasaaaa….”

Aduh! Dari tahun-tahun lepas lagi aku cakap ‘PUASA’ bukan ‘KUASA’…

Sofie : “Puasa lahh…bukan kuasa…”

Fitri : “Puuu-AAaaa-Saaaa”

Sofie : “Haa..baru lah ngam..P.T puasa nda boleh minum makan..”

Fitri : “Alaa…sudah P.T minum tadi..puasa makan jak lah..”

Sofie : “Hahahaha!” XD

Aku,

Thursday, June 16, 2011

Melepak Kat Office! =P

Aku tak busy hari ni...Tapi ada perkara yang penting dan urgent yang aku perlu buat. Walau bagaimanapun,perkara tu masih boleh buat secara santai2 ...Oleh hal yang demikian, aku sempat 'berfoya-foya' di office di waktu bekerja...kui3x...

FOTOGRAFI TIME ----------->






Aku,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)