Tuesday, February 15, 2011

Fire - Greyson Micheal Chance



No it don't, come easy.

No it don't come fast.

Lock me up inside your garden.
Take me to the riverside.
Fire, burning me up,
Desire, taking me so much higher
And leaving me whole

There you were, in your black dress
moving slow, to the sadness.
I could watch you dance for hours.
I could take you by my side.
Fire, burning me up,
Desire, taking me so much higher
And leaving me

[ From: http://www.metrolyrics.com/fire-lyrics-greyson-chance.html ]

Ooooh the fire, is burning me upp.
oooh the fire.

No it don't, come easy.

No it don't come fast.

Lock me up inside your garden.
Take me to the riverside.
Fire, burning me up,
Desire, taking me so much higher
And leaving me whoooooollllllleeeeeee.

Leaving meeeeee whole.

Aku,

Greyson Chance - Waiting Outside The Lines



You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living blind?

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

I’m Waiting, waiting, just waiting I’m waiting
www.musicloversgroup.com
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?



Aku,

Monday, February 7, 2011

SAYA BLOGGER CERIA

Assalammualaikum..Pagi hari datang ke dunia BLOG. Terima kasih adik Thirah sebab tag nama akak untuk join Bloglist Blogger Ceria :)

Logo Blogger Ceria by Catatan Loqman Hakim

CERIAKAN HARI-HARIMU DENGAN SENYUMAN KEIKHLASAN
NESCAYA HATIMU PENUH DENGAN KEBAHAGIAAN
Dalam Gambar : Aku kat belakang tuuu...pakai spek, tudung hijau..hehe...
Yang lain, yang senyum-senyum happy tu, kawan2 tersayang :)

 Aku tag mereka :
  1. Zulkifly
  2. Kero Anyssa
Aku,

Sunday, February 6, 2011

Sunday Kehujanan


Hari ni SUNDAY..
i should REST day..
OR outing..
OR dating..Haha!
OR anything sound ting ting ting... :p

Sunday..
Dalam kehujanan hari ni..
My lovely daddy sound baru je wake UP..
My beloved mummy pula ada kat dapur nun..
Kejap lagi mesti ketuk pintu..
"Sarapannnnn....~"
Mummy memang sweet hari-hari :)

Talking about me..
Bangun je..
Terus bertandang ke CAT HOUSE..
Snap some photo..
KITTENS!

Hujan..
Sejukkk...
kittens tu pun mesti sejuk juga..
Hehehe..

Aku perlu buat 1 kerja hari ni..
Kat rumah..
Sampai siap!
Then, sambung kerja lagi..
Kat ofis..
Sampai siap!

"Saraapppannnn~~"
see? my mummy already ketuk my pintu bilik..
sipP!

Aku,

Saturday, February 5, 2011

MY SWEET HEART

Ini lah MR.K...My sweet heart! Pengarang jantung dan pencetus ilham! Hehehe...ni lah BOY FREN aku..hehehe.. MR.K u are my sweet heart! :p

Jangan HERAN..BoyFren aku MR.K ni memang comey!
Sebab tu aku tak sudi nak berchenta ngan orang lain! kwang3x..
Kisah MR.K yang sebenar : Belom sekolah lagi..kecik lagi..tapi bijak juga..posing pandai je..nampak kamera dia lah tukang pose terHEBAT..nanti boleh lah jadi modeling terkenal :P Aku suka gila bila dapat date ngan dia ni...kalau dia ajak aku main ngan dia gerenti ko tak nyesal...penat punya! hehehe..Actually dia ni anak kepada kawan aku. Aku ni numpang kecoh je kata dia ni BoyFren aku. ah?? nak tunggu dia besar lah ni..nanti i kawen ngan dia aku bagi kad jemputan :p haha...

Aku,

Larut Malam


oh! Dah larut malam~
Aku dengar ayam berkokok!
Kok Kok Kok!!
Tuuu..aku dengar lagi..
bersahut-sahutan pula...

Mata aku ni tak reti nak lelap..
SMS aku tak reply..
SOrry MR.Lola..
NNt lepas subuh aku reply..

Streamyx je bunyinye..
Tapi line macam kura-kura..
Berhabuk aku nunggu..
Loading...
Loading...
Loading...

Malam ni sejuk betul!
Hujan renyai-renyai...
Dari semalam hujan..
Baju kalau jemur,
SAH takkan kering punyalah..
aku jamin! Haha...

BAikLah!
Nak tidor dulu..sejam dua...
Pas tu siap-siap sumer..
Pergi kerja..
NAK JADI PEKERJA TERBAIK NI!
Selamat Malam...
~
~

Aku,


Friday, February 4, 2011

Si ‘SAYA’ hilang si ‘DIA’ kerana si ‘AWAK’

Ni WO de Peng You!


Saya ada kawan. Nama kawan saya Dia. Dia tu cute. Dia tu lawak. Dia tu sayang saya. Dia buat saya macam adik dia. Saya rapat dengan dia. Saya sayang dia. Saya tahu dia sayang saya juga.

Suatu hari..saya jumpa kawan baru..kawan baru saya cantik, baik dan hebat. Nama kawan baru saya, awak. Awak baik dengan saya…sama macam dia. Saya sayang dua-dua. Saya sayang dia dan saya juga sayang awak!

Saya nekad dan berjanji akan jadi kawan terbaik untuk dia dan awak. Tapi..saya sedih..saya tak sangka akan berlaku macam tu. Oh! Rupanya..dia tak suka pada awak. Dia benci awak atas sebab2 tertentu yang saya sendiri pun tak faham.

Sebagai manusia dengan manusia, saya tak mahu membenci orang lain. Saya manusia, orang lain pun manusia..kenapa saya perlu benci awak demi dia? Dia tak faham langsung. Dia tuduh saya macam-macam. Dia kutuk saya macam-macam kerana saya dah mula rapat dengan awak. Awak, saya minta maaf dengan sikap dia. Mungkin dia salah faham saja.

Lagipun, saya memang sayang awak.SAYA SAYANG AWAK!! Kenapa dia nak saya benci awak juga? Macam dia benci awak??? Saya tak mungkin buat macam tu walaupun dalam masa yang sama saya sayang dia juga.

Suatu hari..dia sakit-sakit. Saya datang jumpa dia. Nak Tanya khabar. Malangnye saya..saya kena halau..dia siap sindir-sindir saya lagi.. pedihnya hati saya. Saya dengar dia batuk-batuk dan muntah-muntah dari jauh. Korang tahu tak apa perasaan saya masa tu? SAKIT! SAYA SAKIT sebab hanya boleh mendengar saja..saya patut disebelah dia. Temankan dia sebab dia sedang sakit. Apa boleh buat dia dah benci saya sebab saya kawan dengan awak..Awak jangan kecik hati..awak tak salah pun..tak tahu kenapa dia jadi macam tu..

Lama saya diamkan diri…tak jumpa awak mahupun dia. Biarlah…

Sehingga…kata-kata semangat berbisik dalam hati..Takkan saya b*doh sangat nak lepaskan kedua-duanya kerana dia? Saya mula pasrah lepaskan dia. Biarlah dia dengan gaya dia dan cara dia. Saya tak nak keruhkan lagi keadaan. Kalau dah dia tak sudi, saya tak boleh buat apa-apa...Saya dan awak berkawan macam biasa. Saya terpaksa biarkan dia dengan anggapan dia. Dia tak faham..biarlah..tak apa…SAYA GEMBIRA SAYA ADA AWAK! SAYA SAYANG AWAK! Lupakan saja kisah pahit dan mulakan kisah manis yang baru…

Walau apapun, saya tetap melihat khabar dia dari jauh…Saya doa yang terbaik untuk dia.May GOD bless you!


Aku,

Si ‘SAYA’ dan si ‘AWAK’ gaduh?


Semua orang tahu awak dah marah saya. Semua orang tahu saya dah gaduh dengan awak. Semua orang senyum2.Ntah apa maksudnya tu awak..Dorang senyum suke ke apa ke..saya pun tak tahu lah awak! Situasi ni lah buat saya ‘mati’ . Tersebar tentang saya dan awak dah GADUH! Hahahaha sana hahahaha sini..semua ketawa..semua puas hati. Sebab..mereka berjaya buat saya tak kawan dengan awak. :( mereka jahat kan awak?

Si kutu dah mula naik tanduk..dah mula jadi batu api.Bakar sana sini supaya saya naik marah, meradang dan benci awak :( Awak….saya tak sudi benci awak..Saya tak nak benci awak..saya tak mungkin benci awak..Walaupun, awak marah saya atas suatu yang bukan salah saya. Tak ape la awak..Take your time. Biarlah si kutu tu syok sendiri nak ngapi-ngapikan saya..huhu..

Awakkk…awak betul2 bunuh saya! Saya kata tu bukan salah saya. Bukan saya yang buat macam tu.Entah si katak mana pulak buat cerita ni awak..Awak tak percaya? Oh! Awak tak percaya saya rupanya selama ni. Awak tak percaya saya rupanya..Awak tak percaya saya..awakk? Saya tak salah..

Sebulan awak tak sudi tegur saya.Sebulan awak tak keluar makan dengan saya macam biasa. Saya keluar dengan kawan lain. Saya makan dengan kawan lain. Saya gelak tawa dengan kawan lain. Awak biarkan saja. Awak buat muka tak kisah langsung. Awak tak tahu yang saya risau awak makan ke tak. Selama ni awak makan dengan saya je. Awak tak tahu saya makan tu teringat kat awak. Awak tak tahu saya gelak, ketawa,senyum kat orang tu, hati saya remuk. Bila awak lalu depan saya, tapi awak buat tak nampak saya, saya hancur ! Saya Punah ! Ye..awak tak tahu pun…

SEMUA SEBAB si katak tu! Lari dari kesilapan..dia yang buat salah, saya pula jadi macam ni. Awak BIARKAN je..Awak membunuh saya!

Lama saya tunggu awak tegur saya balik..Sedihhhnyee..awak tak sudi langsung..ye lah..siapa lah saya ni..saya ada atau tak ada bagi awak sama saja kan? Kan awak? Tak payah lah cakap..saya tahu.. :(

Suatu hari tu..saya nekad nak tinggalkan awak. Saya putus asa dengan awak. Tak apa lah..saya boleh cari kawan baru di luar. Saya harap..awak sihat-sihat saja ye awak..Jangan stress sangat ye awak..Jaga diri baik2..Saya pun menunggu masa untuk pergi…dan takkan cari awak lagi…takkan tengok awak lagi… :(

Sehari  sebelum pergi….

Saya tak sangka awak panggil nama saya.Awak senyum kat saya. Saya terkejut! Yeahhh!! Awak dah kembali..yeaahhhhh!! Awakkkkk! Saya rasa macam nak peluk awak je! Awak..awak…Awakkkkk…hehe…awak, saya sayang awak tau! Awak jangan pergi lagi..jangan buat macam tu lagi! Terima kasih untuk hadiah untuk saya tu! Saya akan jaganya  macam saya jaga PERSAHABATAN kita! Terima kasih awak! :)


Aku,

Kisah si 'SAYA' dan si 'AWAK'


Macam mana kita boleh jadi kawan eyh? Saya nak refresh balik supaya saya tambah sayang dan hargai awak ^_^ .  Oohh…saya mula ingat semula..dulu, awak tak pandang saya pun. Kan awak? Biaselah..takkan nak kawan ngan orang yang kebudak-budakan macam saya. Kan awak?

Dulu, saya suka peratikan awak. Saya kata..wahh..awak cantik..awak hebat..awak kuat..macam-macam la awak..saya memang suka usha awak dulu. Oh! Kenapa? Saya pun tak tau kenape la awak..mungkin kita ada satu chemistry tersembunyi kut..hihihi…setiap hari saya semangat sebab dalam fikiran saya, Awak ada hari ni. Bila awak tak ada, saya cari-cari awak sana sini, Tanya sana sini awak mana..Bila mereka kata awak tak ada hari ni, saya tak seronok langsung. Hmm..

Orang sekeliling kata awak ni garang. Awak ni itu..awak ni ini..awak begitu awak begini.ArgghH! Boleh blahhH korang sumer! Saya takkan percaya selagi semua yang korang kata tak berlaku depan mata saya ni. Suke je nak ngumpat awak depan saya. Saya tak suke kat dorang tu awak..Tak suke sangat-sangat.Tapikan awak, hati saya pernah cakap masa tu..biarlah apa yang mereka cerita tu berlalu macam tu meskipun awak pernah lakukan macam yang mereka kata tu..biarlah! Tu kisah silam awak.Semua tu masa lalu awak. Sekarang ialah sekarang..Saya tak kisah dulu punye citer..saya kisah masa depan punye citer..Harap awak tak buat lagi ye awak.. :)

Dulu, awak langsung tak nak tegur saya pun. Kan awak? Mesti dalam fikiran awak,saya ni ntah OK ke tak.Boleh buat kerja bagus2 ke tak. Ah! Saya boleh buktikan untuk AWAK! Tengok! Sekarang saya berjaya tunjukkan.kan awak? Awak jangan tipu.Jangan ego! Awak ngaku je lah..hehehe..

Pada suatu hari, awak mula tegur saya..waa..saya happy tahap tak ingat masa tu! HAPPY la awak! Dah lama saya usha awak, akhirnya awak tegur saya. Masa tu awak tegur hal-hal tugasan dan minta saya lukis gambar awak..OK! BOLEH JE! Awak punya pasal.

Lepas tu, ada satu klimaks yang buat awak dan saya jadi KAWAN. Awak ajak saya makan. :) Saya sudi dan berbesar hati temankan awak. Sudah semestinya. Awak mula sudi bercerita tentang diri awak kat saya. Awak mula sudi berkongsi masalah dengan saya. Awak mula sudi bertanya pendapat saya untuk keputusan awak.

Masa tu bermulalah.. Kisah si ‘SAYA’ dan si ‘AWAK’ .


Aku,

Lepak tak bertempat

  • Nak outing - CANCEL - sebab hujan.. T_T
  • Nak Cuci Baju - CANCEL - sebab hujan.. T_T
  • Nak ke pantai berjiwang - CANCEL - sebab hujan.. T_T
  • Nak ajak main motor - CANCEL - sebab hujan.. T_T
OK! Semua pun CANCEL..so,aku pun...
  • Makan kuaci...lepas satu, satu..lepas satu, satu - Penat mengunyah!
  • Blogwalking...lepas satu, satu...lepas satu, satu - Penat membaca!
  • Dengar lagu...lepas satu, satu...lepas satu, satu - Balik2 juga lagu ni!
  • Baca Novel...lepas satu page, satu page...lepas satu page, satu page - Ngantuk!
  • SMS...lepas satu, satu...lepas satu, satu - Tak kena reply dah!

Lepas ni nak buat..

  • Update blog.
  • Melukis tema CNY.
  • Buat paperwork.
  • Tido.
  • Makan.
  • Rindu-rinduan.
Hahahaha!!

Aku,

BLOG ANATI SOKI

Gambar Hiasan semata-mata..hihi..

Bila malam tiba je, suasana jadi suram…aku rasa frust menongeng tahap tak ingat..rasa nak menjerit sebab hati ni sakit sangat2…Sebagai seorang manusia yang sebahagian hidupnya ialah internet, bila line terputus aku rasa nyawa macam separuh putus. Haha! Maaf..over lah plak…

Sebenarnya, Semalam lagi aku nak post dan PUBLISHkan entry ni, tapi tu arr..internet tu buat aku kasiwa setiap malam tiba…oh! Sebagai peminat kak ANATI SOKI, seorang blogger yang best entrynya..seronok dibaca..lucu gurauannya..Ops..jangan puji lebih2 SOfie..hehe..(^_^)V peace kak ANAT..hihi..

Baiklah, sambung ayat…sebagai peminat kak ANATI SOKI, aku gumbira sebab dia datang jenguk blog aku yang mentah ni..kui3x..Bila buka Dashboard, aiks? Ada komen? Macam mana ada komen ni? (Gosok2 mata lagi..hehe..). Wah! Terharu gaban aku, kak ANATI SOKI tu datang ke blog aku.. aku ingat, kawan aku yang komen..

Aku pon tak ingat macam mana leh jumpa Blog ANATI SOKI..tup2 aku dah jatuh suka kat blog tu..aku follow and aku suka baca entry2 dia..
BTW, Thanks kak ANATI SOKI yang TOUGH! Hehe…


Aku,

Thursday, February 3, 2011

Tarian Singa & Bai Nian

Assalammualaikum all..HelLo2...! :) SO? how today? Bai Nian? Dapat berapa ang pow adik2?? hehehe...
AWAL pagi lagi aku dah bangun! uiks? macam aku yang nak 'Bai Nian' ..alalalala...nak tengok tarian singa...nak ouuutttiinnngg!
Aku suke yang PINK tu..tapi dia tengok aku pun tak sudi tau!
Hahahaha!
Gagah eyh?? Jaga2..jatuh kang haa...
PErgghH! hehehe..sempat juga aku SHOT gaya nieyh!
TAHNIAH SOfie! Hahaha!
Singa warna PINK tu betul2 la jual mahal ngan aku...tak nak persembahkan tarian pun untuk aku :P huhu...kuning pun kuning lah kan kan kan... hehe..
Nak cerita sikit pasal singa..macam biasa, aku nak kata..ni adalah salah satu adat masyarakat Cina di tahun baru Cina! Sana sini kita dengar dum dum dum bunyi gendang tarian singa tu...Wp.Labuan yang kecil ni, lebih mudah la nak dengar..hmm..

Yang aku tau la...Tarian Singa ni ada 2 jenis..(tak tahu la kalau ada lagi..ada masa aku check..haha!)..Jenis pertama "TARIAN SINGA UTARA" dan kedua "TARIAN SINGA SELATAN" .

TARIAN SINGA UTARA
Tarian Singa Utara ni berasal dari Utara China. Tarian ni digunakan untuk menghiburkan 'sang' RAJA..Biasanya dorang akan guna warna jingga, kuning dan merah. Hijau pun ada gak..tapi untuk Singa betina..hihi...Tarian ni lebih banyak menggunakan pergerakkan akrobatik dan digunakan untuk hiburan..

TARIAN SINGA SELATAN
Then, Tarian Singa Selatan plak, lebih kepada perlambangan alam sekitar.Tarian ni selalunya digunakan untuk membuang semangat jahat dan meminta tuah...Kostum Tarian Singa Selatan tak sama macam Tarian Singa Utara. Tarian Singa Selatan guna macam2 warna dan kepala singa ada tanduk..dah tu, kostum tarian ni ada mata yang besar dan mempunyai cermin..

Mak! mak! ape benda tu?? hehe..
(Rileks je dia tengok singa nari2!)
P/s : aku tak tau nama budak bertuah ni..huhu..
Dewa apa ni??? hehe..
Macam biasa, Hari pertama Tahun baru Cina..Masyarakat Cina menganggapnya sebagai hari untuk mengundang DEWA DEWI kayangan dan bumi. Tapi dalam gambar tu aku tak tahu laa dewa apa..hehe..aku shot je tadi pagi.. :p

TU je lah sedikit sebanyak tentang Tarian singa..hehe...Lepas je aku g tengok tarian singa, aku g UK. ho?? kenapa?oh! tu singkatan untuk Ujana Kewangan ye..hehe...Shopping Kompleks Labuan. OK! tak nak cerita panjang pasal UK..Lepas je aku hu ha hu ha kat UK, aku ke rumah kawan Chinese aku dan rumah kawan ayah! Nak wish "GONG XI ! GONG XI !" ^_^

Aku,

Aku Tak Kenal BEN ASHAARI !!

Tak pe ke aku letak ni gambar kat blog aku?? hoho...
Aduh! ye ye ye...ha? apa? ye lah yelah...Anggap je lah aku kuno ke pe ke... hehe...Alaa...bukan sengaja..aku baru ON balik blog aku ni...dolu-dolu ada blog aku tak hargai pun...then, masa lepak kat library tahun lepas aku jumpa satu buku citer pasal BLOG ni...SO, aku pon p amik buku tu..baca dan aku pinjam..baca lagi kat umah..

OOOoooo...aku mula minat balik pasal dunia BLOG ni...aku pun mula la terkial2 ni buka akaun blog aku balik! kui3x...

1st tu, aku buat blog P & C je...then, bila lawat blog2 orang lain, laaa...best pulak eyh? aku pun tukar la kepada setting 'ANYBODY' blog ni...

Bila aku p serang blog orang lain, aku belek2 la cerita2 dorang tu kan..macam2 ni tau...lagi-lagi BEN lagi-lagi BEN!  dehh..aku pun fikir2 lah ni..SIAPA BEN ASHAARI nieyh??? Mamat mana? abang mana? Insan mana?

FiNALLy! hari ni aku jadi follower dia...tapi aku masih blurr selok belok dunia blogger bersama BEN ASHAARI ni..sob..SOB..

Aku,

HAI..NAMA AKU ‘SAYA’ & INI KAWAN AKU, NAMANYA ‘AWAK’ ! :)

Awak kawan saya! :) Saya kawan awak yang ada disisi awak..awak tak perlu khuatir..saya memang suka kawan ramai2 tapi awak bukan sekadar kawan biasa..awak sahabat saya..saya tak kisah! Awak marah saya..awak tengking saya..awak berkasar dengan saya..awak kata saya b*doh..awak kata saya bingung..awak kata saya apa pun, saya tetap akan kata “AWAK KAWAN SAYA!” :)

Awak-awak…dulu awak pernah kata “Kalau awak dah tahu saya macam mana..mesti awak tak nak kawan dengan saya lagi..” Awak-awak, saya tahu awak perlukan kawan tapi awak tak nak cakap,kan? Saya tahu awak suka kawan dengan saya tapi awak tak nak orang lain tahu,kan? Saya tahu awak takut saya pergi tinggalkan awak, kan? Awak! Awak ego pada diri awak sendiri! Tapi awak…awak jangan risau…saya disini sebelah awak..saya boleh jadi telinga untuk awak..awak lepaskan lah apa saja awak rasa..awak marah? Awak sedih? Awak susah hati? Awak tertekan? Tak pe..saya sudi dengar awak..

Awak..saya tak suka awak pening dengan saya..sebab tu saya suka buat kerja saya baik2..semua tu supaya awak tak pening kepala.Supaya awak suka dan gembira..saya tahu awak tak suka saya jadi budak nakal.Kan awak? Saya suka sangat2 bila awak tegur saya..saya suka bila awak nasihat saya..saya suka bila awak marah saya..awak buat macam tu sebab awak sayang saya, kan awak?

Awak-awak…saya tak kisah mereka kata saya apa. Saya akan tetap bertahan dan berdiri dengan gagah untuk jadi kawan baik awak! Abaikan saja mereka tu awak..dan saya juga tahu awak seorang yang tabah..awak jangan putus asa lagi ye awak..bila awak stress, awak kata nak pergi, saya jadi sedih! Jangan pergi ye awak..bertahanlah..semua tu cabaran untuk awak yang memang mampu hadapi semua tu.
Awak..bila awak pertikaikan perkataan ‘kawan’ antara kita, saya sangat sedih awak! Sedih sangat-sangat..mungkin saya over kan awak? Maaf..maafkan saya awak..saya terlalu ikutkan hati. Tak apa lah awak..awak tak anggap saya kawan pun, saya tetap juga saya..saya yang berkawan dengan awak..saya tak pernah menyesal apa saja yang pernah berlaku selama ni awak..biarlah! Saya tetap akan cuba sedaya upaya menjadi kawan terbaik untuk awak.

Awak..saya tak kisah apa pun kelemahan awak. Saya berkawan dengan awak bukan untuk kelebihan awak..saya berkawan dengan awak atas dasar ‘sahabat sejati’ . Bila orang kata, saya berkawan dengan awak untuk maksud lain, sebaknya hati saya awak..tapi tak apa..saya kuat untuk itu awak..! :) sebab…saya bukan seperti yang mereka maksudkan..awak kawan saya!

Awak..saya minta maaf atas kelemahan saya yang ada. Saya minta maaf pernah kecewakan awak. Tapi awak..tolonglah saya..tolong saya supaya tidak gunakan saya untuk kepentingan semata-mata..kerana…saya kawan awak dan awak kawan saya! Saya sayang awak!

Sekiranya suatu hari Tuhan takdirkan saya pergi, awak jaga diri baik2 ye..awak jangan sedih..jangan nangis! Kalau awak tertekan dan perlukan telinga saya,awak bisikan dalam hati awak..saya pasti akan dengar awak. Awak jangan sedih OK..janji dengan saya! Ingat.. Setiap kata-kata yang pernah saya ucapkan, akan sentiasa ada untuk awak dengar..setiap gurau senda, usikan saya pada awak akan tetap jadi teman awak..kehangatan  persahabatan kita akan tetap ada dalam hati awak! SAYA SAYANG AWAK! :)


Aku,

Wednesday, February 2, 2011

Xing Nian Kuai Le [新年快乐]

YeahH yeaahH! GONG XI FA CAI peng you!!! :D

Lagu CNY fav aku tahun ni :P

Tahun lepas, aku ada buat kajian sikit pasal CNY ni...Sampai aku kemaruk CNY masa tu..ngeh3x...Lagu dalam HP pun lagu cina..oh! aku tak faham lirik lagu tu secara keseluruhan..ada beberapa patah perkataan je aku tahu..TAPI aku tak kisah..kita kan 1 MALAYSIA..tambah2 aku ada kawan bangsa Cina..seronok juga tahu budaya kawan2..

SO, nak cerita sikit pasal MITOS 'NIAN' ni...Xing Nian Kuai Le! Menurut Legenda dulu2 kala tu, 'Nian' ni ialah seekor raksasa! Rawrr...Raksasa ni makan orang tau! Berasal dari sebuah pergunungan. Ada juga yang kata, raksasa tu berasal dari bawah laut...Menurut legenda tu, Raksasa ni akan muncul setiap 11 tahun pada musim sejuk...dan akan mencari manusia untuk dimakannya! T_T

Orang ramai percaya satu perkara tentang raksasa 'Nian' ni tau...Raksasa Nian ni tak tahan dengan bunyi bising dan warna merah...oh! disebabkan tu lah mereka suka buat letupan (bunga api) untuk mengusir raksasa tu..huhu...DAN menggunakan warna merah secara meluas! Kita pun nampak kan? Pakaian mereka merah, tanglong merah...sarong ang pow pun merah juga! rasa2nya la kan...isi ang pow tu merah juga tak?? -RM10 ($_$) hahaha!

Adat ni lah yang mewujudkan sambutan 'Tahun Baru Cina' ni..atau dipanggil sebagai 'Meredah Raksasa Nian'...

Tahun ni, Tahun RABBIT! ( mǎo) - 3 Februari 2011
CUTE nyerr...
Esok aku nak OUTING...celebrate CNY...nak pergi umah kawan mak ayah..nak pergi umah MY BOSSY FRIENDY! nak pergi umah Madam Lim...boleh laaa dapat ANG POW WARNA MERAH! pastikan dalam sampul merah tu kaler merah juga ye! hahaha! - just kidding.

Hmm..aku ni slamber je ekk cakap RM10..nak tahu rahsia tentang ANG POW?

Ang pow ni, orang yang dah kahwin akan beri pada mereka yang belum berkahwin dalam masyarakat Cina. Ni dah biasa dah orang tau ni..kan kan kan? hehe...hm...sebenarnya, jumlah wang kat dalam sampul tu, tak boleh suka2 letak berapa RM. Terutamanya RM4..RM4 adalah sangat tidak boleh diisikan ke dalam sampul...sebabnya, masyarakat Cina percaya bahawa nombor 4 adalah membawa sial . Nombor 4 ni dianggap macam tu sebab bunyi perkataan 4 sama dengan perkataan 'mati' . huhu.. Sementara nombor 8 adalah nombor bertuah bagi masyarakat Cina, Maka, sampul ang pow biasa diisi dengan RM8.. hehe...Perkataan Nombor 8 ni, sama bunyinya dengan perkataan 'kaya'... :)

Selain tu...uhuk2x...belum habis lagi ekk...Sampul angpow juga tak boleh diisi dengan jumlah wang yang bermula dengan angka ganjil!! Sebab....Nombor ganjil dikaitkan dengan pertukaran wang pada upacara pengebumian yang berbunyi : (帛金,bó jīn).

OK! Aku rasa itu saja nak cerita tentang CNY...aku nak Sleep! Esok aku nak OUTING..SO, aku perlukan tenaga yang banyak untuk OUTING esok..Haha...GONG XI GONG XI!


P/s : To wo de peng you, Suìsuì píng'ān - Semoga Keamanan Berkekalan Tahun Demi Tahun!


Aku,

Tuesday, February 1, 2011

Mr.Acap_CubesAddict

HeLLO2..Assalammualaikum~ :)

Sebelum nak bla bla bla bla...aku nak WISH kat semuaaaa yang sambut HARI WILAYAH (1 Feb ), SELAMAT HARI WILAYAH kat korang semua..hehe...! BTW, disebabkan hari ni ialah Hari Wilayah, aku dapat Public Holiday sebagai penduduk Wilayah Persekutuan Labuan..ngeh3x...Sebab tu lah aku ngadap laptop dari pagi lagi....

Mr.Acap_CubesAddict? Haa...dia pagi2 lagi dah SMS wish Selamat Hari Wilayah kat aku...hihi ^_^ TQ! dan memang bersemangat Patriotik :P

Laaa...Apa ni? Tetibe plak gambar orang main cube yang termengah2..!
Entry aku kali ni, nak cerita pasal Mr.Acap_CubesAddict ni...Aku kenal dia masa zaman Form 6 dulu2..kepala hotak dia memang PUZZLE lah! hahaha...hari2 pergi sekolah asyik berchentan je ngan CUBE2  dia,,mak eh! Jeles GF kau nnt..gagagaga! :p Sebelum aku teruskan cerita, cuba lihat video kat bawah ni :

video

Haa...tu baru CUBE 3x3x3..

Ada lagi video dia solve 4x4x4 dan 5x5x5
tapi..video tu berat sangat la...lama aku nunggu..
tak juga siap2 upload..lenguh pinggang..huhu...
Lain kali lah ye :p

Banyak lagi jenis2 Magic Cube yang mamat ni boleh solve...tapi..tak dapat la nak bagi nengok...Penat nak merakam dia main..haha! Lain kali, ada masa, ada lagi..InsyaALLAH..tu pun kalau tak berat video tu.Selain tu..Teman gua yang sorang nieyh, terer buat cube dia sendiri..oh! bukan reka bentuk dari dia sendiri...Kat Wp.Labuan ni, payah nak dapat product Rubiks ni..apa tah lagi bentuk2 cube yang pelik2, yang biasa ada, yang 4 segi tu aje ler...yang bentuk rumah ke, bentuk diamond ke..bulat ke..ape ke...mane de! T_T 

MAGIC CUBE macam2 rupa yang ada kat...ntah..aku tak tahu..
yang aku tahu, kat Wp.Labuan memang tak de!
Kalau ada, naseb lah...mahal plak!
Disebabkan tu, dia yang memang addict ngan Rubiks Cube ni, akhirnya berusaha menghasilkan cube nye sendiri demi koleksinya...Cube terbarunya untuk tahun 2011 :
Ini namanya..err..ERR..tak tau ar..nak panggil 3x3x3 pun bukan juga.. 
TENGOK! apa ye? 3x3x3 atau ape? :p
Yang ni 2x3x3 kut..sori la ye kalau salah..
Tak pro ar bab2 ni.. :p
Made by MR.Acap_CubesAddict.
Tak caye? LOGO 'A' pada cube dia pasti tak ada
DI PASARAN..
coming soon agaknye :)
Banyak lagi koleksi Mr.Acap_cubesAddict ni...bentuk2 yang pelik juga..hmm..tak tau macam mana nak SOLVE nye..aku tau main 1x1x1 je..Hahahaha! :D gurau..aku tau main 2x2x2 je..3x3x3 tu boleh lahh..kadang2 tak pandai solve pun. :p ni la nak berguru ngan Mr.Acap_CubesAddict ni kononnnya. Kalau ter-perasan, kat video, ada pendrive atas meja bentuk Cube 1x3. Rekaan Mr.Acap_CubesAddict sendiri...HP stripe aku pun, Made by MR.Acap_CubesAddict juga..hehe...


P/s : Nanti Mr.Acap buka la kedai cube ye! hehe.. :p

Aku,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)