Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, February 4, 2011

Si ‘SAYA’ hilang si ‘DIA’ kerana si ‘AWAK’

Ni WO de Peng You!

Saya ada kawan lain sebelum awak. Nama kawan saya Dia. Dia tu cute. Dia tu lawak. Dia tu sayang saya. Dia buat saya macam adik dia. Saya rapat dengan dia. Saya sayang dia. Saya tahu dia sayang saya juga.

Suatu hari..saya jumpa kawan baru..kawan baru saya cantik, baik dan hebat. Nama kawan baru saya, awak. Awak baik dengan saya…sama macam dia. Saya sayang dua-dua. Saya sayang dia dan saya juga sayang awak!

Saya nekad dan berjanji akan jadi kawan terbaik untuk dia dan awak. Tapi..saya sedih..saya tak sangka akan berlaku macam tu. Oh! Rupanya..dia tak suka pada awak. Dia benci awak atas sebab-sebab tertentu yang saya sendiri pun tak faham.

Sebagai manusia dengan manusia, saya tak mahu membenci orang lain. Saya manusia, orang lain pun manusia..kenapa saya perlu benci awak demi dia? Dia tak faham langsung. Dia tuduh saya macam-macam. Dia kutuk saya macam-macam kerana saya dah mula rapat dengan awak. Awak, saya minta maaf dengan sikap dia. Mungkin dia salah faham sahaja.

Lagipun, saya memang sayang awak.SAYA SAYANG AWAK!! Kenapa dia nak saya benci awak juga? Macam dia benci awak??? Saya tak mungkin buat macam tu walaupun dalam masa yang sama saya sayang dia juga. Kita kan berkawan :(

Suatu hari..dia sakit-sakit. Saya datang jumpa dia. Nak tanya khabar dia. Malangnya saya..saya dihalau oleh dia..Dia sindir-sindir saya.. pedihnya hati saya. Saya dengar dia batuk-batuk dan muntah-muntah dari jauh. Korang tahu tak apa perasaan saya masa tu? SAKIT! SAYA SAKIT sebab hanya boleh mendengar sahaja..saya patut disebelah dia. Temankan dia sebab dia sedang sakit. Apa boleh buat dia dah benci saya sebab saya kawan dengan awak..Awak jangan kecik hati..awak tak salah pun..tak tahu kenapa dia jadi macam tu..

Lama saya diamkan diri…tak jumpa awak mahupun dia. Saya cuba menenangkan diri sendiri...dan hampir mengambil keputusan untuk tidak mahu bersahabat dengan mana-mana antara awak mahupun dia.

Sehingga…kata-kata semangat berbisik dalam hati..Kenapa perlu saya b*doh sangat nak melepaskan kedua-duanya kerana dia? Saya mula pasrah lepaskan dia. Biarlah dia dengan gaya dia dan cara dia. Saya tak nak keruhkan lagi keadaan. Lagipun, dia memang dah kata, tak nak kawan saya lagi sebab saya adalah kawan awak.Baiklah.. Kalau dah dia tak sudi, saya tak boleh buat apa-apa...Saya dan awak berkawan macam biasa. Saya terpaksa biarkan dia dengan anggapan dia. Dia tak faham..biarlah..tak apa…SAYA GEMBIRA SAYA ADA AWAK! SAYA SAYANG AWAK! Lupakan saja kisah pahit dan mulakan kisah manis yang baru…

Walau apapun, saya tetap melihat khabar dia dari jauh…Saya doa yang terbaik untuk dia. May GOD bless you! Saya tahu, dia sudahpun lupa tentang saya sekarang, tidak mengapa. Saya tetap ingat moment yang seronok antara kita dulu. :)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.