SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 3 Februari 2011

Tarian Singa dan Bai Nian

Assalammualaikum Bloggers and Readers!

Hi all..Hello-hello...! :) SO? hows today? Bai Nian? Dapat berapa ang pow adik-adik? hehehe...

AWAL pagi lagi saya dah bangun! uiks? macam saya yang nak 'Bai Nian' ..alalalala...nak tengok tarian singa...
saya suke yang PINK tu..tapi dia nak tengok saya pun tak sudi tau!
Hahahaha!
Gagah eyh?? Jaga2..jatuh kang haa...
PErgghH! hehehe..sempat juga saya SHOT gaya macam ni!
TAHNIAH SOfie! Hahaha!

Singa warna PINK tu betul-betul la jual mahal dengan saya...tak nak persembahkan tarian pun untuk saya ni.. huhu...kuning pun kuning lah kan kan kan... hehe..
Nak cerita sikit pasal singa..ini adalah salah satu adat masyarakat Cina di tahun baru Cina! Sana sini kita akan dengar dum dum dum bunyi gendang tarian singa di mana di waktu perayaan ini tiba...Wp.Labuan yang kecil ni, lebih mudah la nak dengar bunyi gendang tarian singa..

Dah baca tak mengenai Raksasa yang makan orang kat entri saya yang bertajuk Xing Nian Kuai Le? Raksasa tu lah yang membawa masyarakat Cina kepada perayaan CNY. Raksasa ni, takut pada warna merah sebab itulah sana-sini berwarna merah jika tiba CNY.

Sekarang kita buka cerita mengenai tarian singa pula, OK! Yang saya tahu...Tarian Singa ni ada 2 jenis..(tak tahu la kalau ada lagi..nanti kita check kat google ye..Hehe!)..

Jenis pertama "TARIAN SINGA UTARA" dan kedua "TARIAN SINGA SELATAN" .

TARIAN SINGA UTARA
Tarian Singa Utara ni berasal dari Utara China. Tarian ni digunakan untuk menghiburkan 'sang' RAJA..Biasanya dorang akan guna warna jingga, kuning dan merah. Hijau pun ada juga..tapi untuk Singa betina..hihi...Tarian ni lebih banyak menggunakan pergerakkan akrobatik dan digunakan untuk hiburan..

TARIAN SINGA SELATAN
Then, Tarian Singa Selatan pilak, lebih kepada perlambangan alam sekitar.Tarian ni selalunya digunakan untuk membuang semangat jahat dan meminta tuah...Kostum Tarian Singa Selatan tak sama macam Tarian Singa Utara. Tarian Singa Selatan guna macam-macam warna dan kepala singa ada tanduk..lepas tu, kostum tarian ni ada mata yang besar dan mempunyai cermin..

Mak! mak! ape benda tu?? hehe..
(Rileks je dia tengok singa nari2!)
P/s : saya tak tau nama budak bertuah ni..huhu..
Dewa apa ni??? hehe..
Macam biasa, Hari pertama Tahun baru Cina..Masyarakat Cina menganggapnya sebagai hari untuk mengundang DEWA DEWI kayangan dan bumi. Tapi dalam gambar tu saya pun tak tahu laa dewa apa..hehe..saya shot je tadi pagi.. :p

Tu je lah sedikit sebanyak tentang Tarian singa..hehe...Lepas je saya pergi tengok tarian singa, saya pun pergi UK. Ho?? kenapa? oh! tu singkatan untuk Ujana Kewangan ye..hehe...Shopping Kompleks Labuan. OK! tak nak cerita panjang pasal UK..Lepas je saya ber hu ha hu ha kat UK, saya ke rumah kawan berbangsa Cina dan rumah kawan-kawan ayah! Nak wish "GONG XI ! GONG XI !" 

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: