SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 28 Mac 2011

Ku lepaskan bukan ku tinggalkan. Aku masih disini.

Awak, mungkin selamani saya anggap awak kawan saya hingga semua tingkah laku saya keterlaluan dan tidak sesuai sama sekali untuk bidang professional kita. Saya minta maaf kerana mungkin situasi begini membuat awak serba salah untuk memarahi saya bila saya buat salah hingga awak guna orang lain untuk marah saya. Maaf! Selepas ni, awak boleh marah saya seperti awak marah orang lain.

Awak, mungkin saya terlalu caring pada awak hingga saya tidak sanggup biarkan awak ketika keluar makan. Saya risau gastrik awak datang jika tidak makan. Tapi awak, saya tahu awak boleh jaga diri awak tanpa saya. Lepas ni, saya tidak boleh selalu makan dengan awak demi menjaga nama awak. Orang lain perlu melihat awak sebagai seorang leader yang adil. 

Awak, saya sangat sayang awak hingga saya kelihatan sangat manja dan seperti budak2 depan awak. Sampai kini awak melihat saya ialah budak-budak kan? Hingga awak cakap kat mereka saya budak-budak. Saya kecil hati ngan awak. Tapi..tak apa...semua tu datang dari saya sendiri dan saya nekad akan berubah lepas ni. Percayalah saya bukan budak-budak. Saya tidak sudi marah awak jadi saya korbankan kemesraan kita demi mengubah tanggapan awak pada saya. Fikiran saya dah dewasa awak..cuma..mungkin saya terlalu menunjukkan kemesraan saya hingga saya kelihatan seperti budak-budak.

Awak, lama saya biarkan mereka gelar awak kakak kesayangan saya dan saya adik kesayangan awak. Mungkin gelaran tu cukup menyakitkan buat awak. Kelihatan seperti awak terlalu fokus pada saya. Tak apa, lepas ni, mereka takkan sebut macam tu lagi. 

Awak....saya cukup sukar nak jelaskan semuanya...mungkin, tak perlu saya huraikan semuanya..biarlah saya sahaja yang tahu sebab-sebab kenapa saya mengambil keputusan untuk berubah.

Saya sentiasa ada menyokong awak. Awak jangan risau...

Saya hanya lepaskan apa yang perlu...bukan tinggalkan awak...
Cuma keadaan akan jauh berbeza lepas ni awak...
Saya sayang awak...saya juga sayang keadaan sekarang tapi saya perlu korbankan...

Semoga awak sentiasa TABAH!
Ingat! Kemenangan awak akan menjadi kekuatan saya...

Awak kawan saya dalam hati ni...

Semoga awak gembira dan berjaya walaupun kita suatu hari nanti bukan lagi kawan. :)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Sabtu, 26 Mac 2011

Ni Wo De Peng You ; Wo Ai Ni Tomodachi !


Sahabat,
Maaf sebab aku bukan yang terbaik.
Maaf sebab aku selalu buat kau kecil hati.
Maaf sebab tidak semuanya aku mampu turuti.
Maaf sebab situasi akan berubah.

Sahabat,
Ku doa TERBAIK buatmu.
Percayalah kau sentiada ada dihatiku.
Percayalah dalam diam aku sentiasa menyokongmu.
Teruskan perjuangan.

Sahabat,
Aku tidak pernah sudi membiarmu sakit.
Aku tidak pernah mahu kau kecewa mahupun terluka.
Aku tidak pernah ingin kau terjatuh.

Tetapi sahabat,
Kau perlu tahu itulah hidup.
Bersabarlah dengan apa sahaja.
Berdiri semula bila kau terjatuh.
Belajarlah dari kesilapan sendiri.
Jangan biarkan dirimu menjaga kepentingan sendiri semata-mata.

Sahabat,
Ku akan gembira bila kau gembira.
Jangan bersedih sahabat, kau akan membuat aku sedih.
Elakkan dirimu melakukan suatu diluar kawalan.
Teruskan perjuangan sahabat!
Meskipun aku tidak lagi seperti dulu.

Sahabat,
Aku tidak meninggalkanmu.
Hanya beralih pada situasi yang perlu.
Demi kebaikan yang ku rasa wajar.
Demi mengurangkan rasa sakit yang sering ada.
Maaf jika kau rasa ku sudah tiada.

Aku sayang kamu.
Kamu sahabatku.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Ahad, 20 Mac 2011

Half Day dan Sunday

Hari yang kurang menarik OK! Haha...Ahad biasanya saya restday...tapi ahad kali ni bukan untuk restday. Saya bangun awal pagi..bersiap dan saya pergi Ujana Kewangan macam biasa. Pergh! Ada yang seronok dan ada juga yang tak seronok bila datang kerja pada hari ahad ni.

Yang seronok :
  • Kerja dari HQ tak ada. Boleh santai-santai macam bos...Hahaha!
  • Rileks dan sangat tenang suasana dalam ofis...
  • Kalau ada kerja yang belum selesai, then datang pada hari ahad, kita dapat concentrate seratus percent kat benda tu saja.. nikmatnya buat kerja time macam tu.
  • Tak ada gangguan segera seperti : panggilan telefon / bos panggil / permintaan segera.

Yang tak seronok :
  • Kalau kawan-kawan back office tak ada, sunyi pula...nak bercakap-cakap dengan siapa? Hahaha! Terpaksa la bercakap sendiri-sendiri dalam hati.
  • Kalau mode active sedang kuasai diri, BOSAN nak mampos datang kerja hari ahad sebab kerja tak berlambak..wakakaka!
  • Gelisah berabis sebab nak outing/dating/hangout/lepak... meh~
Hari ni, mode saya ialah hyper active. SO, betapa bosannya saya bila tak ada kerja nak di buat. Tambahan lagi, tiba2 blackout. Semua PC tak hidup kecuali manager PC. Manager PC? saya nak buat kerja apa guna manager PC? hmmm...Last-last, saya pun request half day je hari ni dari bos...terima kasih sebab approved! yayh! dapat juga saya pergi berjoli / berfoya-foya dengan lappy kat umah...fuhhh~ dan yang penting ialah saya nak tidooooo...Zzzz...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Rabu, 9 Mac 2011

Cerita Tentang Diri Sendiri Lagi

Cerita hari ni : Pepagi, saya terus terang la...memang liat betul nak bangun. I am not MORNING PERSON. Lembik! Dalam fikiran, 'malas nak pergi Ujana Kewangan awal-awal ni. Tak ada kawan nak sarapan / tak ada kawan yang nak ditemankan sarapan.'Orang yang saya maksudkan tu is KT. Tapi, bila fikir balik, ala....ikut parent je lah pagi ni...tak payah naik bas. Kelebihan ikut parent pepagi, saya akan siap awal. Risiko masuk kerja lambat tu jauh la sangat kecuali saya yang sengaja melambat-lambatkan. Selain tu, jimat duit tambang bas...Hahaha!

SO, saya pun ikut lah parent pagi-pagi macam biasa. Tapi hari ni saya tak nak ayah hantar ke Ujana Kewangan terus. Saya turun dekat dengan Labuan Supermarket je. Saya jalan kaki ke Ujana Kewangan..sebab nak singgah ke Bank Islam dalam perjalanan ke Ujana Kewangan tu. Dalam masa yang sama, sebab saya tak nak sampai Ujana Kewangan awal sangat. Biar bila sampai Ujana Kewangan,saya terus ke pintu staff Parkson. Nak pergi sarapan pun, KT tak ada juga kan...sebab tu la...

Bila dah dekat dengan Ujana Kewangan, saya ternampak Lulu on the way ke Ujana Kewangan juga.. hehe...together la ngan dia masuk Ujana Kewangan. Tawaf dalam Ujana Kewangan kejap sementara menunggu pintu staff di buka..

Masuk kerja je, macam biasa saya akan terus masuk office buat seperti rutin kemarin. Shutdown and start system pagi. Layan itu ini sampai lah pukul 2 petang, pergi lunch. Saya lunch berdua je hari ni dengan Peanut..Haha..

Bestnyer...aku tak ada masalah 'salah makan ubat' hari ni...hehehe...tapi ada masalah lupa ingatan sikit....keluar masuk ofis saya dibuatnya bila ada barang tertinggal masa kuar lunch siang tadi. Huhu!

Overall, OK! masalah yang ada hari ni, kira normal je...boleh selesai punya...kalau tengok benda tu dari sudut positif, ringan je rasanya...tak ada cabaran, apa maksud hidup,kan? Yayh! :D

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Sabtu, 5 Mac 2011

Beginilah Rutin Sebagai Pekerja


Hari ni ada check stock...saya patut datang kerja jam 7 pagi. Semalam, saya balik pukul 10.30 malam dan penat giler..mengantuk tahap tak ingat...disebabkan itu, saya terlambat bangun. Pukul 6.40 pagi baru terjaga...aduh! Kerja jam 7 pagi? saya bangun 6.40 pagi??? Express giler saya bersiap pagi tadi...saya tak dapat fikir apa-apa dah, terus pergi mandi. tup tup...sampai ofis jam 7.15 pagi..huhuhuhuhu....

Lepas tu, saya buat lah kerja Computer Coordinator macam biasa...baru turun padang check stock. i Counted...i checked..then...i scanned...lalalala~ akhirnya jam dah sudah menunjukkan jarumnya ke 9.30 pagi.. sambung kerja Computer Coordinator semula...sebab nak pastikan semua system berjalan lancar...

Kemudian, sambung lagi scan stok dari department yang belum selesai.

Lepas tu saya penat dah...Tak boleh fokus. So, saya keluar ke selling floor borak dengan promoter..Layannnn~ ada lah dalam 30 minit macam tu. Sebenarnya, tak boleh borak-borak kosong ni. Tapi, otak ni dah tepu sangat. Skip je rules. Macam tak biasa langgar peraturan dua tiga ketul. Huhu..

Jam 12 tengahari, dapat makanan free! Hahaha..MAKAN lagi....then, keluar dari premis jalan-jalan la kejap...beli rojak buah dan wafel coklat..MAKAN lagi! aduh! saya, KJ dan NUT lepak kat Information counter Financial Park sambil makan-makan benda yang kitorang beli. Sambil borak-borak macam-macam perkara - Biasala..hal dunia memang berlambak untuk diborak.

Pukul 2 petang, masuk kerja balik....print daily sales pula...berapa jam saya print benda tu ye..hmm...ada la sampai jam 4 baru saya STOP print..punyalah lama...isnin terpaksa sambung balik. Lama sangat.. tak tahan menunggu.

Disebabkan dah masuk kerja awal (Jam 7.15 pagi) , saya dibenarkan pulang awal (jam 4.15 petang). Kira nak join NUT g Milimewah kejap...SO, bolehlah singgah pergi Bank Islam...sekali bos panggil masuk ofis dia...sampailah NUT tinggalkan saya. Hahaha! Bila keluar dari ofis bos(4.30 pm), KL cakap NUT dah jalan...NUT ada tanya saya kat mana tapi saya still dalam ofis bos time tu..huhu...then, ayah saya pun telefon suruh tunggu depan PizzaHut. Dia dah sampai..Then, macam tu lah..saya pun balik..

Sampai rumah, saya simpan barang dan saya keluar lagi dengan cousin.Kami pergi kedai runcit dan check surat. Manala tau ada surat untuk saya kan..haha! Malangnya tak ada...Nak pergi pantai..tapi dah lewat...nak masuk pukul 6 petang dah...tak jadi...

Haaa...macam tu kehidupan. Rutin harian sebagai Computer Coordinator.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share: