SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 28 Mac 2011

Ku lepaskan bukan ku tinggalkan. Aku masih disini.

Awak, mungkin selamani saya anggap awak kawan saya hingga semua tingkah laku saya keterlaluan dan tidak sesuai sama sekali untuk bidang professional kita. Saya minta maaf kerana mungkin situasi begini membuat awak serba salah untuk memarahi saya bila saya buat salah hingga awak guna orang lain untuk marah saya. Maaf! Selepas ni, awak boleh marah saya seperti awak marah orang lain.

Awak, mungkin saya terlalu caring pada awak hingga saya tidak sanggup biarkan awak ketika keluar makan. Saya risau gastrik awak datang jika tidak makan. Tapi awak, saya tahu awak boleh jaga diri awak tanpa saya. Lepas ni, saya tidak boleh selalu makan dengan awak demi menjaga nama awak. Orang lain perlu melihat awak sebagai seorang leader yang adil. 

Awak, saya sangat sayang awak hingga saya kelihatan sangat manja dan seperti budak2 depan awak. Sampai kini awak melihat saya ialah budak-budak kan? Hingga awak cakap kat mereka saya budak-budak. Saya kecil hati ngan awak. Tapi..tak apa...semua tu datang dari saya sendiri dan saya nekad akan berubah lepas ni. Percayalah saya bukan budak-budak. Saya tidak sudi marah awak jadi saya korbankan kemesraan kita demi mengubah tanggapan awak pada saya. Fikiran saya dah dewasa awak..cuma..mungkin saya terlalu menunjukkan kemesraan saya hingga saya kelihatan seperti budak-budak.

Awak, lama saya biarkan mereka gelar awak kakak kesayangan saya dan saya adik kesayangan awak. Mungkin gelaran tu cukup menyakitkan buat awak. Kelihatan seperti awak terlalu fokus pada saya. Tak apa, lepas ni, mereka takkan sebut macam tu lagi. 

Awak....saya cukup sukar nak jelaskan semuanya...mungkin, tak perlu saya huraikan semuanya..biarlah saya sahaja yang tahu sebab-sebab kenapa saya mengambil keputusan untuk berubah.

Saya sentiasa ada menyokong awak. Awak jangan risau...

Saya hanya lepaskan apa yang perlu...bukan tinggalkan awak...
Cuma keadaan akan jauh berbeza lepas ni awak...
Saya sayang awak...saya juga sayang keadaan sekarang tapi saya perlu korbankan...

Semoga awak sentiasa TABAH!
Ingat! Kemenangan awak akan menjadi kekuatan saya...

Awak kawan saya dalam hati ni...

Semoga awak gembira dan berjaya walaupun kita suatu hari nanti bukan lagi kawan. :)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: