Follow Instagram @sofinahlamudin

Wednesday, April 27, 2011

Mungkin ini lah sebabnya


Aku sepatutnya bersyukur. Alhamdulillah atas masalah yang menimpa. Aku yakin dan aku percaya..semua ni berlaku ada sebabnya. Aku cuba dan cuba berfikir sedalam mungkin..kenapa dan kenapa dan kenapa...

ALLAH ITU MAHA BESAR dan MAHA TAHU SEGALANYA..

Ketika aku resah kehilangan sahabat..
Ku cuba bertenang..
Kerana bagiku ada sahabat lebih hebat..
Lalu ku cari sahabat hebat itu..

Namun..
Betapa aku kecewa sahabat hebat itu hanya bayangan..
Hanya khayalan..
Hanya ada bila aku diperlukan..

Terasa hati ini begitu kosong..
Terasa sepi dan sunyi..
Betapa tergurisnya hati..
Betapa sakitnya hati berdarah..
Sungguh aku merasa begitu pedih..
Remuk! Hatiku Remuk!

Saatku cuba menjernihkan kekeruhan..
Kelihatan air itu tetap dengan kedegilan..
Tidak mahu putih apatah lagi jernih..
Aku kecewa..aku jatuh..
Namun diabaikan..
Aku sakit..
Namun dilupakan..

Aku mula berfikir..
Ku cuba imbas kembali semuanya..
Mungkin..

Tuhan tidak izinkan dia menjadi terbaik dalam hatiku..
Tuhan tidak mahu aku terhanyut lebih jauh..

Lalu..aku lepaskan..
Ku cuba lupakan..

Aku memberi dia ruang..
Aku memberi diriku sendiri peluang..
Kini..aku tersedar dari leka..
Betapa hikmah Tuhan itu sungguh indah..

Besar sungguh keindahan Tuhan..
Tatkala gelap, ALLAH menyuluhkan keterangan..
Tatkala kehilangan, ALLAH menggantikan gantian..
Alhamdulillah~

ALLAH telah memberikan ganti sebelum hilang~
ALLAH telah memberikan ganti yang lebih baik dari yang ku rasa terbaik~

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.