Follow Instagram @sofinahlamudin

Wednesday, June 8, 2011

Cerita 7 Jun 2011


PAGI HARI
Hari ni mak ayah tak pergi kerja. Hmm...Kak Mas pula terbang ke Kuala Lumpur hari ni. SO, saya dari rumah direct je terus ke Ujana Kewangan dan turun dari rumah lambat sikit (30 minit dari biasa). Pagi-pagi lagi saya lepak kat Food Court sekejap dengan Kak Vian Na. Hee..Disebabkan saya dah sarapan kat rumah, saya tak makan..just lepak-lepak je lah...Kak Vian Na makan kuih je..Jam 9.25 am kami masuk kerja dan buat SOD macam biasa 😀 Tak ada yang menarik sangat lah kot...

MEREKA TAK NAMPAK ; ITS OK
Bila ada yang bagitahu dia bawa handbag keluar, saya mula curious..'kemana dia pergi?' saya juga berfikir dan berfikir 'kenapa?' ...mungkin ada urusan rasmi yang saya tak perlu tahu but..hati saya rasa tak senang. Hmm...apa pun, saya tak nak layan perasaan sangat. Biarlah...Tuhan akan sentiasa tolong dia di mana dia berada..InsyaALLAH.

Tiba-tiba SMS berbunyi...mula-mula saya tak layan then terdetik dalam hati..dia ke? saya pun check. Hmm..saya dah agak memang dia. Sian dia..SMS berbaur sedih. Sedihnya saya bila cuba rasa perasaan dia.

"Jangan sedih...jangan sakit-sakit hati...awak dah buat terbaik, cuma tak semua orang boleh nampak. Tak pe kalau dia tak nampak apa yang awak dah buat untuk dia. Tak pe k...Kalau kita buat baik kat orang walaupun orang tu tak tahu, kita rasa seronok dan gembirakan? :) Jangan sedih-sedih k..."

Bila saya lalu kat Staff Entrance, saya nampak dia masuk. Hm..tengok dia buat saya rasa 'pedih' . Kesian kat dia..mesti dia sangat sedih. Saya tahu, dia menangis tapi...saya tak perlu tegur..mata dia merah..bulu mata dia basah..Saya faham perasaan dia. Bila kita dah sedaya upaya buat terbaik untuk seseorang then seseorang tu buat kita kecewa atau sakit hati, mesti sedih kan? Tapi....kita semua manusia...semua ketentuan-Nya..

TEKSI / TRAINING

Saya dengar berita bahawa Kak Mas dah dibawa oleh driver teksi ke lokasi salah! uh! Macam mana orang teksi kat KL tak tahu THE MALL kat mana? Hmm...Ntah lah...memang tak semua orang tahu tentang The Mall kot...Apa pun, Kak Mas selamat sampai ke Wira Hotel dan esok akan berlangsung lah Trainingnya...Semoga berjalan lancar.. hee...

TICKET

RM110 saya terbang begitu saja! Huaarrgghhh~ Saya dikenakan caj begitu mahal untuk tukar tarikh flight saya balik dari KUALA LUMPUR ke LABUAN..Tapi tak kisah lah..yang penting, benda tu dah settled...yeaahhh! Saya akan berada kat Kuala Lumpur 5 hari 4 malam.. i like~

SURAU
Surau banjir hari ni...Tak tahu kenapa..paip bocor ke? Tak sure lah..tak selesa langsung surau perempuan hari ni..banjir, dan lantai pula basah..Hm...

LAPTOP AKU DAH SIHAT
Saya jumpa En.Exeem tadi..tanya kat dia apa agaknya 'sakit' laptop saya..haha...rupanya masalah setting je pun.. betulah apa Kak Nad cakap.Saya pun ada try juga check setting laptop saya ni tapi saya tak berjaya buat apa yang patut buat...haha...nak teka-teka takut nanti tambah teruk pula masalah laptop saya..So, En.Exeem pun baiki setting laptop saya balik. Alhamdulillah~ Dah sihat dah laptop saya..hehehe...terima kasih En.Exeem! 😅

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.