SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 21 Ogos 2011

Hari keduapuluh satu di Bulan Ramadhan...

Oh! TIDAK...tolong jangan ganggu rest day or OFF day saya hari ini...hee~ Parkson call saya..terasa betapa berharganya SUNDAY kerana saya rasa rehat saya sangat terhad. Tapi apakan daya saya harus juga mengangkat telefon. Bla bla bla...ok ok ok..then...selamat. Tu je...nasib baik sikit masalah je..

OK..malas nak cerita pasal kerja hari ni...setiap hari saya cerita pasal kerja.Memang lah HANTU RAYA..eh silap HANTU KERJA...hee~ Raya tak lama lagi..tinggal beberapa hari je lagi..mesti ramai yang sudah fikir tentang cuti raya...dan blog saya pun dah ada ketupat dan pelita kat sebelah kiri blog. Nanti dah habis raya saya delete lah kod HTML ketupat dan pelita tu..sekarang biarlah jadi hiasan blog saya yang tak seberapa ni...hehehe...

Aktiviti saya hari ini :

  1. Blogwalking : Terjumpa blog anti kerajaan. Pergh! Siapa yang cinta kerajaan memang telinga berapi tapi asap keluar dari idung...ki ki ki..Malas lah nak cerita politik ni...saya bukan minat bab-bab politik ni. Tak tahu la mana satu betul. Yang saya tahu Tuhan tu satu. Hahaha!
  2. Blogging : Publish post saya yang tersadai kat draft. Heee~
  3. FB-ing : Tak tahu lah sampai bila saya nak berhenti dari berfishbuk ni...setiap hari buka...mungkin tak akan berhenti kot. 
  4. Tolong my mummy : Buat kuih popia udang untuk hari raya...bukan saya je yang tolong. Anak buah saya pun enjoy sekali tolong makan..hahaha~ Sambil makan sambil tolong..Tak tahu lah bertambah atau berkurang kuih tu.
  5. Bersihkan bilik : Bilik saya dah lama tak buat housekeeping. Pergh! boleh tahan jugak! Satu beg plastik hitam saiz besar berisi barang tak perlu lagi...termasuk sampah, kertas dan plastik yang bersemadi lama dalam bilik.
  6. Cuci baju : Nasib baik ada washing machine...cuci baju ni part paling tak berapa nak minat tapi kalau tak cuci tak ada baju nak pakai pula nanti.
  7. Tengok TV : Waaaa...BEST juga ye? lama gila saya tinggalkan TV.
  8. Main dengan kucing : Mandikan kucing dan main ngan kucing..haha..
Kucing paling kecik diantara kucing-kucing yang ada di kawasan rumah saya :p

Aktiviti paling lama saya buat hari ni ialah bersihkan bilik. Banyak harta karun yang lama-lama saya jumpa semula. Harta karun tu saya simpan dalam kotak beberapa kurun. RINDULAH zaman buat koleksi...ki ki ki...antara yang saya jumpa ialah :

  1. Komik Katun (Sekarang saya dah tak baca komik katun. Saya baca buku SERIUS punya. Tapi kalau lepas ni saya beli komik jangan heran la..aura dari kotak komik masuk badan saya balik).
  2. VCD katun (Saya ni gila katun.Sekarang saya dah tak tengok katun.Saya hanya akan tengok bila ada cerita atau movie yang menyampaikan mesej. Ish..skema pula ayat..tapi kalau lepas ni saya tengok katun lagi,penyakit katun datang balik la tu. Siapa tahu, lepas banyak masa terluang untuk hobi-hobi belaka).
  3. Album kenangan (saya memang kumpul gambar..sampai sekarang tak pernah ilang..cuma..sekarang saya tak print out gambar-gambar tu...simpan dalam PENDRIVE je...Tak larat nak print out. Gaji tak cukup. Hahahaha!)
  4. Laptop pertama aku (Waaaa...RINDU kat laptop tu! kalau baiki balik RM1200 akan terbang melayang...).
  5. Handphone (3 biji hanphone model lama tapi masih OK dan masih boleh guna lagi...).
  6. Tabung (Zaman kecik dulu, saya suka main tabung-tabung ni..sekarang dah besar ni guna BANK. Haha!).
  7. SIM Card prepaid (Banyak gila number saya dulu kan...tukar-tukar ikut season. Hahaha...ada Digi, Celcom dan Maxis..sekarang saya tak guna Prepaid dah. Guna POSTPAID sebab malas reload ulang-ulang).
  8. Peralatan melukis (Waaaa..paling tersentuh nampak semua barang melukis...Nanti, In Shaa Allah Tuhan izinkan kita bonding lagi..).

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: