SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 14 Ogos 2011

Hari keempatbelas di Bulan Ramadhan...

Perhatian!!

Hujung minggu akan berakhir pada 12am.

Sekian terima Kasih.

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Terasa seperti tak mahu hujung minggu berakhir. Hehe..6 hari bekerja sehari offday begitulah hidup saya setiap minggu.Kadang-kadang offday pun terpacak kat Parkson. Hari ni saya duduk rumah sepanjang hari. Dah berapa minggu saya tak buat aktiviti luar apabila offday. Tak sure la berapa minggu...Pokoknya, hari ni saya duduk kat rumah dan layan blog..Tak habis-habis dengan laptop..

Rindunya dengan Library..suasana library boleh buat saya berjaya membaca muka surat yang banyak! hehe..dah lama tak ajak anak buah pergi Library. Ahad pergi library tak syok! Library buka hanya setengahari. Saya nak lepak library dari pagi sampai petang! Baru la power..solat? tak payah risau. Surau kat library ada. Internet tak payah resah..Wifi ada! Makanan? Lapar? restoren ada di kiri kanan depan belakang library. Toilet? pun ada juga. Perlu kan apa lagi? hehehe...

Mr.Cube Addicted pun dah lama juga tak jumpa. Kalau jumpa dia boleh jumpa magic cube dia sekali..hehe..lagipun, dia ulat buku..saya suka kawan dengan dia! Dia juga rajin temankan saya ke sana kemari hanya untuk mengambil gambar walaupun dia bukan peminat foto.

Pantai pun kira lama juga tak saya lawat sejak basikal rosak. Huhu..nak beli baru rugi..sebab apa rugi? Confirm saya akan jarang pakai. Seminggu sekali pun payah. Siapa yang pakai nanti? Berkarat je dalam stor.

oh ye..tadi petang borak dengan my mummy kejap. Cerita la ni yang saya nak pergi KL November ni..Saya cakap la saya dah beli tiket. Tapi mummy tak percaya pula saya nak pergi KL. Saya serius ni...

My Ticket : KUL - LBN

My Ticket : LBN - KUL
Tak apa la mummy, esok-esok saya bagi tahu sekali lagi. Saya tak main-main ni mummy.. serius sangat akan ke Kuala Lumpur.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: