SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 13 Ogos 2011

Hari ketigabelas di Bulan Ramadhan...

Saya terbangun lambat! :p jadi dengan sukarelanya saya bagitahu kat Mak saya yang saya nak pergi kerja guna kenderaan awam je. Sebab? Saya tak larat la nak rush..Mummy and ayah keluar rumah dalam pukul 8.00am lebih..saya pula bangun pukul 7.30am..iron baju pun belum..ish!

Hari ni kan sabtu..Suka! Sebab..saya boleh pakai baju t-shirt..pakai beg sandang..hahaha! Macam budak sekolah? I don't care 😅

Bila dah siap, saya pun naik bas...dalam bas,saya blogging guna handphone..nanti balik rumah, copy je 😁 Sambil berfikir nak tulis apa, saya melontarkan pandangan ke luar tingkap..hah?! Saya nampak kereta seseorang. Kereta bos!

Alamak!!! Saya dah le lambat ni...cepat bas cepat bas...saya betul-betul tak nak dia dulu sampai..tak nak..hahahahaha..bila dah sampai ke Ujana Kewangan, handphone saya pun berdering. BOS CALL! *nangis* Tak jawab nanti kat ofis terkena juga.

OK! Ambil keputusan nekad...saya tak jawab panggilan dia sebab saya tahu dia call nak minta tolong buka staff entrance untuk dia. hee ! Nak buka pintu apa? Saya depan Ujana Kewangan ni. Buka pintu Ujana Kewangan boleh lah. Lepas tu, saya pun cepat-cepat ke staff entrance. Pintu tak bertutup..means, Bos dah masuk ofis..tiba-tiba saya dengar suara bos di belakang. erk! seram sejuk rasa...saya jalan lurus, masuk ofis dan terus buat SOD...

Bila saya keluar dari server room, dia berdiri betul-betul depan saya.

Bos : "Kau kan sofie..aku call kau.. rupanya kau lambat..!"

Sofie : "Sorry bos..sorryyy...!"

Bila dah siap buat routine pagi, Saya pun test POS206 yang ngek ngok tu..haha..saya harap la sangat boleh guna. Sabtu ni ramai orang shopping..then, saya test, ok boleh guna tapi terpaksa offline la..huhu..then, saya check POS205 pula..Tak OK la..Macam mana ye?? Saya pun call hp Mr.Jeff kat Klang untuk minta tolong..Waa...thanks Mr.Jeff..settled! POS205 pun dah boleh guna sekarang.

Lepas tu,saya pun mencari si Q.

Sofie : "Q..!"

Q : "R.."

Sofie : "Ish..."

Q : "Hahaha..kenapa kak?"

Sofie : "tolong kakak buka hard disk? nak hantar pergi HQ.."

Q : "Bukan kakak dah hantar ke hari tu?"

Sofie : "Hahahahhaa!"

Q : "kenapa kakak ketawa?"

Sofie : "Tu POWER SUPPLY la Q...yang kau diam-diam ja apasal?"

Q : "Mana aku tau..aku ingat tu la hard disk.."

Sofie : "Kau tau ke tak mana satu hard disk??"

Q : "Tahu bah.."

Sofie : "Jadi??"

Q : "Hahahhaaha!"

Geramnya saya dengan si Q ni!

Sebelum saya packing hard disk, bos jumpa saya dan tanya, macam mana dengan hard disk yang saya hantar ke Mr.Jeffrey.

Err...saya tak pasti nak buat muka apa..hehe...Sis Naddy senyum-senyum..Kak Fatin pun sama juga..kami bertiga pun tengok muka bos sama-sama..

Bos : "Kenapa kamu ni?"

Sofie : "er...bos...saya kan....err...salah sent barang...erm......"

Bos : "........." mata dia membulat dan buat muka yang macam mana nak cakap ye? muka yang marah tapi speechless...hahaha..saya rasa bersalah sebenarnya. Tapi nak buat macam mana.

Bos : "Saya....saya nak keluar dulu Sofie..malas betul saya nak layan kau ni.."

Saya,Sis Naddy dan Kak Fatin tergelak sikit. Saya tahu bos dah cukup pening dengan masalah saya dengan dunia computer coordinator ni. Dah lah bermasalah dari segi pos kaunter, sales, komputer tak cukup canggih, malah masih guna disket..lepas tu salah hantar pula..huhu..kalau saya jadi bos pun saya yakin, saya bengang. Tapi... terus terang, bidang yang saya cebur main terjun atau gamble ni, hari ni mungkin masih boleh gelak, esok belum tentu.Hari ni mungkin masih boleh bersabar, Mungkin esok saya give up, atau mungkin mental, atau mungkin hanyut dan meninggalkan semua ni.

Lepas tu,saya pun membuang masa dengan membuat kotak sendiri (Buang tebiat - sedangkan ada kotak boleh guna kat stor). Sebenarnya saya nak lari dari masalah sekejap. Nak rehatkan otak. Sebab tu buat kotak sendiri. Seni sangat menenangkan. Semua nampak fine. Yes! inside me nobody understand melainkan teruskan apa yang boleh. Kerja is kerja. Lumrah hidup bekerja. hehe..

Sesi sukat menyukat..
Masa saya sukat menyukat kotak ni, Christina call saya..inform yang dia setengah hari hari ni.. Haha...ni la kes selalu cari dia kalau ada masalah kerja. Dia senior dalam bidang Computer Coordinator. Malah memang 'kakak' mengikut umur kami. Jauh sangat beza kami berdua. Selalu rujuk dan belajar bidang ni dengan dia hingga dia call bagitau bahawa dia tak ada dalam ofis.. Dia memang best..dia baik...Terima kasih sangat-sangat Christ. :)

Hampir siap...
Benda ni la nak masukkan dalam kotak..aish..3 hard disk dalam tu..besarkan? haha..baru safe! :p
SIAP!
^_^
:)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

1 Kata-kata Dari Teman:

Unknown berkata...

hahahahahha aku ingat ni, salah send kakakakkaka