Tuesday, July 31, 2012

Optimis vs Pesimis


Apa itu PESIMIS? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pesimis ialah orang yang bersikap PESIMISTIK. Pesimistik ialah bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, sentiasa berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu).

Apa itu OPTIMIS? Optimis ialah sikap seseorang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan dan lain-lain) atau orang yang selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik.

Mungkin sudah ramai yang tahu..UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA, seseorang perlu menjadi seorang yang optimis terlebih dahulu. Bersikap optimis ialah salah satu tips menuju kejayaan.

Terdapat beberapa perbandingan (Metafora) yang digunakan untuk membezakan antara orang yang optimis dengan orang yang pesimis. Orang yang optimis melihat cahaya yang terang di penghujung terowong, sebaliknya orang yang pesimis melihat cahaya lampu dari kereta api yang datang. Orang yang optimis percaya di sebalik awan terdapat garisan perak, sementara orang yang pesimis hanya melihat tanda-tanda yang dihasilkan selepas hujan. Orang yang optimis melihat donat (sejenis makanan) tetapi orang yang pesimis melihat pada lubangnya!

P/s : Selamat menjadi insan yang optimis!

Aku,

Monday, July 30, 2012

Perbezaan antara KENAPA dan BAGAIMANA



Erk! -Gambar Hiasan- HAHA.

Assalammualaikum..



Bunyi tajuk di atas seperti mata pelajaran Bahasa Melayu pula kan? Hehe..Sebenarnya aku pernah terbaca tentangnya dalam sebuah buku ketika zaman aku rajin melepak kat Perpustakaan Awam. Buku tu kategori motivasi lah juga. Salah satu topik dalam buku tu ialah “Jangan tanya kenapa tetapi tanyalah bagaimana..”

Tajuk tu menarik perhatian aku. Jadi, aku baca lah. Bila fikir-fikir balik, BETUL JUGA! Buat apa kita sibuk-sibuk nak tanya kenapa. Kan bagus kalau kita tanya bagaimana.

Perasan atau tidak, rutin harian kita yang sama tetap membuat kita melakukan kesilapan dan kadang-kadang muncul masalah yang tidak diduga ,kan?

Cuba kita fikir dan imbas kembali saat kita mengalami masalah tersebut. Adakah kita akan bertanya pada diri kita atau orang lain “Bagaimana untuk selesaikan perkara ini?” atau “Ada idea tak untuk selesaikan hal ni?”

Atau pun kita akan mengeluarkan soalan “Kenapa boleh jadi begini?” atau “kenapa kamu lakukan itu hingga hal ini berlaku?”

Cuba kita periksa! Wajarkah kita untuk bertanya “Kenapa” saat kita perlu menyelesaikan masalah tersebut? Kenapa kita perlu mencari sebab dan ingin tahu kesilapan orang atau diri sendiri atas perkara yang sudah berlaku? Masalah sudah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Sekiranya kita tahu kenapa orang lain melakukan itu, adakah masalah akan selesai setelah mereka menceritakannya kepada kita?

Memang tidak salah sekiranya kita bertanyakan “kenapa” tetapi, sekurang-kurangnya, kita tanyakan lah dahulu soalan yang boleh membantu masalah selesai sebelum mendengar jawapan kenapa. Tidak penting soalan kenapa melainkan hanya “kenapa” yang akan membuat kita dapat menyelesaikan masalah!

Kadang-kadang aku hairan orang atasan selalu bertanya “Kenapa” berbanding “bagaimana”. Bagi aku, persoalan kenapa diajukan hanya untuk melihat kesalahan orang lain. Bukan untuk membantunya menyelesaikan masalah.

Kadang-kadang aku hairan orang bawahan selalu bertanya “Kenapa aku boleh buat macam tu” berbanding “Bos, bagaimana caranya untuk saya membaiki keadaan yang sudah berlaku atas kesilapan saya?”

Aku pasti kamu mesti pernah alaminya, bila bos tanya, kenapa kita lakukan seperti itu, lalu kita jawab secara jujur, kita tetap ‘ditembak’ lagi malah ‘disembur sotong’. HAHA.

Selain itu, bila kita fikirkan dari segi psikologi, soalan “kenapa” tidak pernah membantu kita untuk bersemangat menyelesaikan masalah. Malah membuatkan kita bertambah merasa bersalah! Sudah merasa bersalah merasa menyesal tidak sudah!

Apa kata kita soal pada diri kita, “Bagaimana untuk aku tidak melakukan ini lagi?” bukankah secara automatik  kita akan bangun dan terus tidak melakukannya lagi? Secara tidak langsung tercoret dalam minta satu azam baru dan pengajaran untuk kesilapan lalu.

P/S : Tanyalah Bagaimana…bukan kenapa…Wassalam =)



Aku,

Saturday, July 28, 2012

Keluh Kesah Itu Merugikan


Assalammualaikum...

 Apa yang kita nampak dari gambar kat atas? Apa yang readers nampak? separuh penuh atau separuh kosong? Biasanya kalau kita nampak yang separuh kosng bermaksud tidak bersyukur. HAHA. Just kidding.

Misalnya kita nampak separuh penuh bermaksud kita berkata dalam hati, "Tak penuh satu gelas tu tak apa, dah ada tu bersyukurlah daripada tak ada langsung nak minum..macam mana kalau gelas tu kosong?"

Aku saja-saja nak kongsi dalam blog ni tentang pandangan aku mengenai gambar kat atas. Diumpamakan kita dalam kehidupan ni, ada salah, tidak ada pun salah. SERBA TIDAK KENA! Bukan nak bercakap tentang orang luar semata-mata tetapi ini kenyataan dan aku sendiri pernah melaluinya. Aku pun pernah merasanya dan bila tersedar baru aku tahu baik buruknya. Jadi, Entry ni aku coret untuk aku jadikan peringatan kita bersama =)

Sebenarnya, apabila aku lihat gambar di atas, aku terfikir tentang sesuatu iaitu KELUHAN, RUNGUTAN, ITU TIDAK KENA dan INI TIDAK KENA! Senang nak cakap, CEREWET? Mahu yang terlalu sempurna?

Bila difikirkan semula, wujudkah yang sempurna dalam hidup kita? TIDAK.

Lapar merungut, kenyang merungut...
Mengantuk merungut, tertidur merungut...
Panas merungut, sejuk merungut...
Cuaca panas terik merungut, cuaca hujan pun merungut...

Hidung tidak mancung mengeluh..
Pipi tembam mengeluh..
Muka tak cantik mengeluh..
Cuba bayangkan sekiranya kita tidak dianugerahkan Tuhan dengan muka?

Bila tubuh badan tinggi, mengeluh..
Bila tubuh badan pendek mengeluh..
Cuba bayangkan sekiranya kita tidak ada tubuh badan?

Gaji rendah merungut, gaji sederhana merungut...
GAJI BESAR pun merungut?
Cuba bayangkan sekiranya kita bekerja tanpa gaji?
Ingat lagi tak zaman dulu? Hamba yang dikerah tenaga tanpa apa-apa bayaran?

Apabila kita mengeluh dan terus mengeluh sepanjang hari, setiap saat, minit , jam...setiap hari, minggu dan berbulan-bulan, tidakkah kita sudah kerugian? Kita sudah membuang masa dengan berfikir itu dan ini yang membuat kita sendiri pusing kepala.

Sekiranya kita sering mengeluh dan merungut tentang perkara-perkara kecil dan remeh dalam rutin harian kita, ianya akan menjadi kebiasaan kita dan kita kelihatan seperti tidak menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin kita mahukan yang sempurna tetapi, kita perlu sedar kerana jika tidak ada itu, kita tidak akan seperti sekarang.

Aku menulis seperti ini bukan bermakna aku mengatakan kita tidak wajar untuk mencari yang lebih baik. kadang-kadang, sesetengah perkara kita tidak perlu untuk merungut. Ada sesetengah perkara, apabila dibiarkan begitu sahaja, kita tidak akan ada kemajuan.

Berusaha untuk mendapat yang lebih baik adalah wajar dan Tuhan tidak pernah mengatakan tidak tentangnya. Tetapi apabila segalanya serba tidak kena, segala yang dianggap lebih baik itu menjadi tidak mengembirakan. Hati kita tidak gembira dengan rungutan sendiri. Segalanya menjadi negatif walaupun sebenarnya, perkara itu tidak lah buruk mana =)

Hidup kita sangat singkat untuk mengeluh perkara yang terlalu kecil dan remeh.

Cara untuk tidak merungut dan mengeluh. Ingat ayat di bawah :

Hadis Rasulullah - Rasulullah Bersabda : "Demi yang diriku ada di tanganNya, tidaklah Allah menetapkan suatu takdir bagi orang mukmin , melainkan takdir itulah yang terbaik baginya. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan jika ditimpa mudarat dia bersabar dan itu merupakan kebaikan baginya, dan yang demikian itu tidak terjadi kecuali bagi orang mukmin" (Riwayat Muslim dan Ahmad)

P/S : Keluh kesah dan merungut vs bersabar dan berprasangka baik.



Aku,

Happy Birthday My Beloved BEST FRIEND! =)

Assalammualaikum... =)

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia!

Entry ni aku tulis KHAS untuk seorang insan yang bergelar sahabat! Lama tak jumpa dia tapi tetap ada dalam hati aku!

Gambar dolu dolu : Tahun 2008 selepas tamat SPM datang ke sekolah saja-saja buat lawatan =)
Aku nak imbas kembali zaman-zaman aku dan dia dulu-dulu zaman sekolah. Hehe.. Aku start rapat dengan dia masa tingkatan empat. Aku panggil dia Lnda. Dulu, Lnda seorang pelajar TOP. Memang pandai dan selalu dapat nombor satu. Takdir dah temukan aku dengan Lnda dan menjadi sahabat walaupun aku tidak sehebat Lnda.

Alhamdulillah! Walaupun aku bukan lah pelajar yang pandai mana tapi sejak aku kawan dengan Lnda, aku sedar belajar tu penting. hehe.. walaupun, tidak dapat nak nafikan, kami berdua kadang-kadang buat nakal juga.

Dulu, di mana ada Lnda, ada lah aku. Di mana ada aku, ada lah Lnda. Oleh hal yang demikian, Lnda dan aku digelar kembar. Dua-dua pun pakai baju biru. hee...


Lnda seorang yang aktif. Macam-macam aktiviti yang dia join. Bangga dapat kawan macam Lnda. Bila Lnda tak datang sekolah, Aku memang malaaaaas betul nak datang juga. HAHA. Kadang-kadang tu aku datang juga la.. tapi perasaan boring sangat-sangat bikin aku pusing! T_T Borak dan stay dengan kawan-kawan lain tak sama macam lepak dengan Lnda =)

Pernah dulu, Lnda berpindah ke sekolah lain! oh TIDAK! Walaupun untuk kebaikan Lnda, Aku tetap tak dapat terima dan merasa sungguh sedih. Tapi.......aku melonjak kegembiraan apabila Lnda kembali ke sekolah aku dan kami bersama semula. Hee! Sangat suka. Since kenal Lnda juga, aku kenal dengan ramai kawan-kawan yang baik sungguh perangai dan budi pekerti. Alhamdulillah!

Sebenarnya, Entry ni bukan semata-mata nak cerita tentang aku dan Lnda tapi aku nak WISH Lnda HAPPY BIRTHDAY!!!!!!! Lnda muda setahun daripada aku. Tapi, dia tetap lebih hebat berbanding aku. Proud!

Selamat Hari Lahir Lnda!! 

"Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki...
Aku harap kau sentiasa sihat, hidup bahagia...
Perjuangan yang kau tempuh akan berbuahkan KEJAYAAN!
Paling penting, aku doakan kau sentiasa dilindungi olehNya.
Apa sahaja, aku berdoa agar segala kebaikan,
tetap dianugerahkan untuk kau.. =)"

:::Jauh Di Mata, Dekat Di Hati:::
:::Sayang kat Lnda:::

P/S : INSYAALLAH! Panjang umur kita akan jumpa semula...kalau kawen nanti, bagitau aku awal2! Aku nak pergi sana, INSYAALLAH! Hehehehehehehe =P

Aku,

Thursday, July 26, 2012

Sebuah kapal berhampiran Petronas Chemical Methanol, Labuan TERBAKAR!

Assalammualaikum readers...


video
::: Sila Lihat Video :::

Salam Ramadhan hari keenam. Hari ni aku dikejutkan dengan berita yang sangatsangat menyedihkan dan menakutkan. Walaupun aku tidak lama bekerja di Petronas Chemical Methanol Labuan di awal tahun ni, aku tetap terbayang-bayang wajah orang orang yang ada kat kawasan tu apatah lagi wajah orang yang aku kenali !

Seawal 2.30 pagi, kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat! Seperti gempa bumi? Aku tinggal di Kampung Layang-layangan. Letupan pasti akan lebih ketara dan kedengaran dengan jelas lagi di kawasan Kampung Patau-Patau dan yang berdekatan dengannya.

Pagi ini, memang kecoh di Facebook mengenai hal ini oleh warga Labuan.







Beberapa gambar yang bersumberkan Facebook mengenai letupan tersebut :







Semua kakitangan Petronas Chemical Methanol Labuan tidak dibenarkan datang bekerja pada hari ini kerana dikhuatiri terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini. Kawasan selain Petronas Chemical Methanol Labuan juga dibenarkan datang bekerja (yang berhampiran).

Menurut kata kawan aku yang bekerja di Airport Labuan, seawal jam 6.45 pagi tadi kedengaran satu letupan lagi.

Sungguh berat dugaan di Bulan Ramadhan buat ahli keluarga mangsa. Aku berharap, tiada lagi letupan seterusnya dan api dapat dipadamkan sepenuhnya :(

Setakat ni, aku belum dapat berita yang benar-benar sahih tentang kemalangan jiwa tetapi apabila mendengar khabar daripada komen-komen facebook, ada yang mengatakan bahawa 5 orang hilang. Ada juga yang mengatakan 61 orang meninggal dunia. ALLAHUAKBAR!! Aku harap, itu hanya khabar angin semata-mata.

Semoga ahli keluarga mangsa dan kakitangan yang terlibat tabah dan bersabar atas dugaan yang sedang menguji. ALLAH maha mengetahui.


Doa semasa ditimpa musibah

SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (al-Baqarah: 156)
Keterangan Ayat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.
Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)
Khasiat dan Kaifiat Beramal
Ayat di atas disebut ketika:
* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.
I Hope Everything Will Be OKE!

Aku,

Wednesday, July 25, 2012

Antara Berlian, Permata dan Kaca


Assalammualaikum...

Antara Berlian, Permata dan Kaca, yang manakah pilihan anda? Pasti dan semestinya anda akan memilih suatu yang berkualiti dan tinggi nilainya bukan? Sebagai manusia yang sukakan kebaikan, tidak mungkin untuk kita memilih kaca yang mudah pecah.

Topik ini bukan ada kaitannya dengan sikap materialistik. Bukan itu point aku. Bukan tentang duit atau harta...Berlian, permata dan kaca hanya sebagai perumpamaan dan perbandingan.

Perbandingan yang aku maksudkan ialah Berlian seperti manusia yang berjaya, berguna, berkualiti, Hebat, terkenal seperti Siti Nurhaliza & Perdana Menteri.

Permata pula ialah manusia yang masih di tahap yang berjaya, masih berkualiti, masih berguna tetapi mungkin tidak terkenal, tidak sehebat berlian. Erti kata yang lain, permata ialah manusia yang masih boleh berjaya,masih menghargai diri sendiri dan tetap berkuali biarpun tidak seperti Siti Nurhaliza yang terkenal dan Perdana Menteri yang petah berkata-kata untuk memperjuangan rakyat dan negara.

Manakala, kaca ialah manusia yang sangat tidak menghargai diri sendiri, mudah melukakan hati orang tersayang, sentiasa melakukan keburukan dan tidak berkualiti.

Kita terpilih untuk lahir ke dunia. Manusia yang terpilih itu ialah manusia yang bertuah kerana boleh merasai hidup! Kita sepatutnya bersyukur...kerana kita merupakan manusia yang terpilih. Namun amat mengecewakan bila ada segelintir dalam kalangan kita telah mensia-siakan peluang hidup. Kita sepatutnya berterima kasih kerana kita diberikan ruang dan peluang untuk mengali potensi kita yang positif di muka bumi ini. Kita juga seharusnya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk beramal dan berkhidmat di bumi ini.

Oleh itu, Antara Berlian, Permata dan Kaca, yang manakah pilihan anda?

P/s : Jika kita tidak mampu untuk menjadi berlian, jadilah permata. Jangan sesekali untuk menjadi kaca!

Aku,

Monday, July 23, 2012

Hari kedua di Bulan Ramadhan Al-Mubarak - 22/07/2012

Assalammualaikum...Ergh!! Anak buah aku ni...penat layan dia asyik ajak aku main DAM. HAHa. Pernah main kan kan? siapa tak pernah tu? Haa =P Hari ni anak buah aku sorang ni manja la pula ngan aku.


Hari ni hari kedua kita muslimin berpuasa. Apa perasaan? Gumbira? Resah gelisah? HAHA. Aku tak resah sebab 'putera raja' hantar SMS 'cute' hari ni. Kwang3x...Harap beliau sihat dan baik-baik saja kat sana.

Tak ada cerita menarik sangat hari ni. Aku kerja shift tengahari. Pagi-pagi layan kerenah anak buah sekejap, layan blog kejap, baca cerpen kejap, semua la kejap kejap kejap...

Kat tempat kerja pun normal. Macam biasa saja. Buka puasa dengan makanan kentang sos kegemaran sejak kecil daripada mummy tercinta! ^_^

Dugaan di hari kedua berpuasa ni, masa pulang dari kerja, suddenly kereta ayah termati kat Kg.Bukit Kalam. Ishh...dah kereta buat hal macam tu, aku pun buat la hal sendiri. Online Facebook dalam gelap. Tup-tup handphone aku pun termati juga habis bateri. Huhuhu...alamatnya, terpaksa la menunggu. Walau apapun, Alhamdulillah talian hayat kuat. haha. Abang ipar bantu dan kami selamat sampai ke rumah macam biasa. Satu perkara yang paling aku dapat rasa malam tu. Ayah dan abang ipar bekerjasama! YeahHH! I like! =)

Sebelum tidur, niat nak baca buku tergendala apabila........


TV2 on movie BEST! Tajuk tak tau. HAHA. Aku tahu tengok saja. Tambah best apabila, aku menonton bersama family. Semua tak tidur...semua tengok TV, gelak sama-sama, geram sama-sama dan berborak sama-sama...suka! ^_^

Aku,

Desire To Fail - Pernah dengar orang sengaja nak gagal tak?



Assalammualaikum :)

DESIRE TO FAIL atau KEINGINAN UNTUK GAGAL. oh! Aku pun tak sangka bahawa ada orang yang ingin gagal. Pada pendapat aku selama ni, tak ada makhluk tuhan yang nak gagal dengan sengaja tapi rupa-rupanya orang yang seumpama ini wujud tanpa kita sedari. Hati-hati! mungkin kita sedang berada di situasi ini tanpa kita sedari.

Keinginan untuk gagal berpunca dari perasaan takut. Kita inginkan kejayaan...kita mahukan kejayaan. Namun, dalam masa yang sama kita sedang lari dari kejayaan. Macam mana yang aku maksudkan? Contohnya, kita mendapat satu panggilan temuduga. Wah...kita gembira dan kita pergi ke tempat temuduga. Kemudian, kita berjaya mendapat jawatan tu. Tapi tiba-bila kita tak mahu jawatan tu dan ambil keputusan untuk tidak bekerja sebagai jawatan tu.

Semua tu berlaku atas sebab kita takut akan tanggungjawab baru, suasana baru, gaya hidup baru, orang-orang baru dan terpaksa meninggalkan persekitaran lama. Ibarat orang pedalaman yang inginkan kekayaan seperti orang bandar tetapi takut untuk keluar kampung kerana tidak berani menghadapi segala cabaran dan tanggunjawab baru. Ini lah yang dimaksudkan keinginan untuk gagal.

Keinginan untuk gagal ini wujud apabila kita takut dengan apa yang bakal kita bawa bersama dengan kejayaan tersebut. Misalnya, kita berjaya mendapat kenaikan pangkat..tetapi kita tolak kerana takut dengan kerja yang lebih banyak dan hebat cabarannya...kita mahu belajar untuk meluaskan pemandangan tetapi kita takut berjauhan dengan ibu dan ayah lalu membatalkan niat dan cita-cita.

Sekiranya aku ialah seorang majikan sebuah syarikat, aku tidak akan suka pada pekerja yang seperti ini. Hal ini kerana, aku yakin dan pasti sekiranya aku memberikan dia satu tugasan, dia akan berusaha menyiapkan kerjanya..tetapi..apabila sudah hampir siap, dia mula berhenti dan menangguh-nangguhkannya. Puncanya kerana dia terfikir jika satu tanggungjawab sudah siap, dia akan diberikan 1 tugasan lain lagi dan mungkin tanggungjawabnya akan lebih bertambah. Pekerja seperti ini sangat tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pada syarikat. Membayar gajinya tidak berbaloi. Kepercayaan yang diberi tidak ada gunanya.

Orang seperti ini biasanya menggunakan dialog seperti di bawah :
"Seronok! saya suka...saya nak ...TAPI...."
"Saya sayang...TAPI..."
"Itu bagus!...TAPI..."

P/s : BUKA MATA, BUKA MINDA, BUKA HATI..Sekiranya ingin berjaya, kita tidak boleh hanya berdiri sahaja di anak tangga dan menunggu atau setelah naik satu tangga, kita turun semula satu anak tangga (Janganla asyik fikir tentang escalator saja! HAHA). Kita perlu daki satu demi satu anak tangga! Lebih banyak cabaran, akan bertambah kematangan, kemahiran, potensi dan ilmu. Hidup 'bertapi-tapi' tidak akan mendapat apa-apa hasil melainkan kita CUBA dan CUBA dan terus BERUSAHA...tanpa henti!



Aku,

Sunday, July 22, 2012

Memandang Rendah Kebolehan Sendiri


Punca-Punca Terbentuknya Perasaan Rendah Diri Di Dalam Diri Seseorang :

Ada banyak sebab bagaimana perkara ini berlaku. Antara sebabnya adalah semasa anda kecil, anda dilarang melakukan itu dan ini atau telah ditanamkan perasaan bahawa anda tidak berkebolehan melakukan sesuatu oleh orang lain. Ini tidak bermakna orang lain ini sengaja hendak merosakkan hidup anda. Mereka ini mungkin bermaksud baik dan kerana terlalu sayangkan anda dan tidak ingin melihat anda kecewa atau tercedera maka mereka selalu melarang anda melakukan sesuatu. Masalahnya, cara penyampaian mereka ini mungkin secara negatif yang mana apabila terlalu banyak penyampaian secara negatif ditanam ke dalam diri anda, akhirnya apa yang terhasil adalah negatif.

Akhirnya, apabila anda dewasa, anda terus mempercayai perkara-perkara ini dan sentiasa mengulanginya di dalam minda anda apabila hendak melakukan sesuatu.

Maka, sebab itulah timbulnya kepercayaan dan perkataan "Saya tidak boleh melakukannya" , "Saya tidak akan dapat menyiapkannya" , "Saya tidak pandai!" , "Saya tidak berguna" dan bermacam-macam pemikiran yang negatif yang anda dengar diri anda melafazkannya. Selagi pemikiran-pemikiran ini wujud, maka sampai bila pun anda tidak akan berjaya.

Adakah pada saat ini timbul pada pemikiran anda, "Betul ke apa yang dia cakap ni?" atau "Macam tak boleh percaya je apa yang dia cakap ni.." Tahukah anda apa yang anda lakukan?

Anda telah berfikir, anda telah menanamkan satu kepercayaan, satu keyakinan dan satu kenyataan di dalam pemikiran anda. Itulah yang anda lakukan setiap masa, setiap minit, setiap saat; tidak kiralah sama ada yang positif atau negatif. Itulah yang berlaku setiap hari.

Sekiranya setiap hari anda menanamkan pemikiran negatif di dalam diri anda contohnya "Saya ni memang bodoh!" atau "Saya ni memang lembab!" , akhirnya anda akan mempercayai pemikiran-pemikiran negatif ini dan anda akan menjadi sebagaimana pemikiran anda itu. Kepercayaan inilah yang akan membuatkan anda berasa rendah diri dan menjadi kurang yakin kepada diri sendiri. Seperti yang orang kata, percakapan itu ibarat satu doa. Dan apabila anda berdoa, InsyaALLAH, Allah akan kurniakan apa yang anda doakan itu.

Oleh itu, sekiranya anda ingin mencapai apa yang anda impikan, lakukan perkara ini :

Mulai hari ini sentiasalah berfikiran positif terutamanya tentang kebolehan anda sendiri. Contohnya, "saya akan dapat mencari jalan untuk mencapai cita-cita saya walaupun beribu halangan yang datang!" Cakap kuat-kuat sekiraya perlu. Tetapi janganlah pula terjerit-jerit. Nanti orang ingat kita gila pula :p

Selalulah menjana pemikiran positif sehingga anda mempercayainya. Lupakan kritikan yang tidak membina yang orang katakan tentang diri anda pada masa lepas. Itu semua telah menjadi sejarah dalam lipatan hidup anda. Mulakan kepercayaan baru, kenyataan baru dan keyakinan baru di dalam diri anda.

Pada masa hadapan, anggaplah kritikan-kritikan yang tidak membina itu sebagai satu cabaran untuk menjadikan diri anda orang yang lebih baik dan ambillah kritikan yang membina itu sebagai landasan untuk memperbaiki diri anda.

Aku,

Beg Hitam Yang Menghantui Kita



Assalammualaikum…

Tertanya-tanya apakah itu BEG HITAM? HEHE.

Beg sandang hitam? Beg sekolah atau beg yang dibawa ke pantai =P Sebenarnya, kisah Beg Hitam ni, lebih kurang dengan entry aku yang bertajuk ‘Saturday Evening Post’ yang lalu. Mungkin ini lebih senang untuk difahami bagi mereka yang merasa perkara sama seperti yang aku rasa suatu ketika dulu =)

Sebenarnya kisah BEG HITAM ni telah dikongsikan oleh seorang pemimpin aku di sebuah company MLM iaitu ELKEN. Pada masa tu, beliau datang daripada Sandakan untuk membimbing kami di Labuan dalam perniagaan. Di waktu terluang, kami makan bersama-sama di Taman Damai, Layang-Layangan, WP.Labuan. Sebagai seorang pemimpin yang sangat aku kagumi, apa sahaja perkongsian beliau sangat menarik minat aku termasuklah tentang BEG HITAM.

Pernah merasa kecewa yang bertubi-tubi? Atau merasa kecewa dengan pelbagai perkara yang berbeza dalam satu masa? Simple.  Oleh kerana peristiwa-peristiwa hitam yang lalu membuatkan kita berhenti dan tidak mahu terus melakukan sesuatu yang terbaik. Pendirian kita berubah-ubah. Kita goyang. Hidup berdasarkan lalang. Kita terjatuh , cuba untuk bangun tetapi tetap jatuh.

Pernahkah kamu membenci seseorang sehingga apabila kamu melihatnya meski hanya dari jauh anda akan bergetar dan merasa sangat sakit hati?! Masa tu lah kamu akan mengingat semua kesalahan dan apa sahaja yang dia lakukan terhadap kamu yang sangat menyakitkan hati.

Inilah BEG HITAM. Kamu masih membawa sesuatu yang berat di bahu kamu!

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN MANUSIA LAIN akan melepaskan kamu dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

LUPAKAN SEMUA KEKESALAN  KAMU DAN BERTAUBATLAH akan melepaskan kamu dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

FIKIRKAN DARI SUDUT POSITIF KENAPA SEMUA ITU BERLAKU akan melepaskan kamu dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

MAAFKAN DIRI SENDIRI DENGAN TIDAK TERLALU MERASA BERSALAH akan melepaskan kamu dari membawa beg hitam ke mana-mana.

BERSIHKAN HATI DENGAN TIDAK PERNAH MENYIMPAN PERASAAN DENDAM DALAM HATI AKAN MEMBUAT KAMU MERASA SANGAT BERLAPANG DADA! Tuhan ajar kita untuk memaafkan orang lain kerana, Tuhan mahu kita tahu, jika kita berdosa kepadanya, TUHAN TETAP MENERIMA KITA SEADANYA! Kita semua manusia. Kita semua sama sahaja. Katakan BOLEH untuk menjadi hamba yang pemaaf. Tuhan kita ajarkan itu bukan? =)

Lepaskan apa sahaja yang membebankan kamu! Kamu layak untuk hidup gembira! Hidup kita sangat singkat untuk memikir perkara-perkara yang menyedihkan! Hidup kita sangat singkat untuk terus merasa diri kita tidak berguna. TERUS BERJUANG TANPA ADA KISAH SILAM!

P/S : Apa sahaja perasan yang negatif akan membuat kamu terbeban tanpa kamu sedari. AKU HARAP, LEPAS NI KITA SEMUA BUANG BEG HITAM TU JAUH-JAUH. JANGAN SESEKALI KAMU MENGAMBILNYA SEMULA DAN MEMBAWANYA KEMANA-MANA. BEG TU SANGAT BERAT! OKE! HEHE.


Aku,

Saturday, July 21, 2012

Hari Pertama Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak - 21/07/2012



Assalammualaikum…

Tidak seperti Ramadhan tahun lalu. Tahun ni, aku menyambut Ramadhan sebagai kakitangan DJ di Lapangan terbang, Labuan. Suasana agak cukup berbeza. Kawan-kawan juga bukan kawan-kawan dulu lagi. Apa-apa pun, Alhamdulillah, aku bersyukur kerana kawan-kawan di DJ sangat menghiburkan hati ! ^_^ sama seperti semasa aku bekerja di Parkson lebih kurang 4 tahun lamanya.

Hari pertama berpuasa so far so good bak kata seorang kawan di DJ. HAHA. Walau bagaimanapun, agak menguji kekuatan, kesabaran dan iman, aku ialah penghuni outlet DJ yang berhadapan dengan McDonalds. HAHA. Agaknya, apa perasaan pekerja McD tu? XD

Perkara yang tidak pernah berbeza seperti tahun-tahun yang lalu, apabila berbuka puasa, mak ayah pasti belanja aku ayam bakar! GAGAGA dan kakak aku akan belikan aku Ais Batu Campur. Sayang kat family aku 100% dan selamanya!

Bos aku pula sibuk nak kami pasang lagu Ramadhan dan lagu Raya kat outlet. HAHA. Terasa awal sangat pula nak on lagu raya hari ni. Tapi, oke oke juga la kot ek =P

Aku bersyukur aku masih sempat bertemu Ramadhan. Kepada kawan-kawan saya, saya mohon maaf sekiranya selama ni aku dah buat kamu terluka, tersinggung atau apa saja yang buat kamu sakit hati. Pernahkah kamu merasa satu kelapangan? Aku sudah berjaya melepaskan ‘BEG HITAM’ yang aku sentiasa bawa yang membuat aku sangat sukar untuk terus berjuang dan sebagainya. Mesti kamu tidak faham apa maksud aku. Next Entry ialah BEG HITAM. Tunggu ye.. HEHE.

Kepada ‘Putera Raja’ saya yang jauh nun di sana, selamat menunaikan ibadah puasa dan jangan nakal-nakal. Tidak sabar menanti kedatangan kamu hujung tahun ini..


Aku,

Saturday Evening Post

Salam...Entry kali ni bertajuk Saturday Evening Post. Maksudnya? Aku beri jawapan simple saja lah . KENANGAN. Jadi, entry kali ni aku sentuh tentang KENANGAN. Kenangan manis? Pahit? Suka? Tak suka? Mana korang nak? HAHA.


Baiklah, bagi aku kenangan terdiri dari beberapa aspek. Kenangan yang menyakitkan, membahagiakan, bermakna dan membuat kita rasa sedih berbulan-bulan pun boleh wujud. Tapi bukan itu yang aku nak bincangkan. Tapi aku nak bincangkan tentang KENANGAN YANG MENJATUHKAN SEMANGAT MANUSIA.Kenangan ni, lebih kepada kenangan yang menyakitkan atau pahit. Dari sudut pandangan aku sendiri, ada beberapa aspek kenangan yang selalu menjatuhkan semangat manusia. Lihat gambar di bawah :




KENANGAN LALU YANG BERKISAHKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA


Sesiapapun tahu bahawa manusia memerlukan manusia lain. Semua itu adalah fitrah dan tidak boleh disangkal lagi. Fitrah manusia yang perlukan kasih sayang sememangnya merupakan perkara biasa. Walau bagaimanapun, pertemuan dan perpisahan juga adalah lumrah kehidupan. Jangan terlalu kecewa dan sedih apabila menghadapi perpisahan sehingga ia menjadi satu penyakit hati. Apapun alasan perpisahan itu ; berpisah dengan sahabat handai kerana tamat sekolah, berpisah atas persengketaan yang tidak mampu disatukan lagi, berpisah kerana kematian dan sebagainya, kita harus menerimanya dengan penuh sabar dan tabah!


Begitulah kitaran manusia dalam perhubungan.




Jika kita bertemu dengan manusia lain, bersyukurlah dan berkasih sayanglah antara kita. Cuba sedaya yang ada untuk menghindari sebarang persengketaan. Jika tiba masanya berpisah, tabahlah dan berdoalah supaya dia sentiasa dirahmati ALLAH. Semua yang kita ada hanya pinjaman dari Tuhan. Tuhan amanahkan kepada kita supaya kita menjalankan tanggungjawab kita. Jika Tuhan menganugerahkan kita sahabat maka, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang sahabat. Jika tuhan menganugerahkan kita seorang anak, maka tunaikanlah tanggungjawab sebagai seorang ayah / ibu. Tiada perkara yang ada di dunia ini yang bersifat kekal.


KENANGAN YANG BERKISAHKAN KESILAPAN LALU


Kesilapan lalu sedikit sebanyak memberi impak dalam semangat dalam manusia. Manusia yang gagal menghadapi dengan baik kadang kala berputus asa dan terangsang untuk melakukan perkara yang tidak wajar.
Kesilapan lalu tidak bermakna kita sudah tidak berguna. Tidak bermaksud kita adalah manusia yang gagal untuk selama-lamanya. Ruang dan peluang untuk bertaubat dan menginsafinya masih terbuka luas. Malah sentiasa terbuka.
Tuhan maha menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar mahu bertaubat. Yakinlah! bahawa tuhan menerima hamba-Nya yang ingin kembali ke jalan-Nya semula.


KENANGAN YANG BERKISAHKAN KEGAGALAN


Bangun semula! Bangun dan bangun dan bangun!! Setelah kita berusaha tetapi kita masih menghadapi kegagalan, YAKINLAH! bahawa ada hikmah disebaliknya. Kegagalan itu tidak bermakna kita seorang yang tidak layak untuk berjaya. SEMUA ORANG LAYAK BERJAYA!!
Mungkin Tuhan mahu berikan yang lebih istimewa pada kita berbanding apa yang kita inginkan.Jangan kerana kegagalan, hingga hari ini kita tidak bangun. Jadikan kenangan kegagalan itu sebagai motivasi untuk kita bangun semula dan menjadi lebih hebat!


FUNGSI KENANGAN


  1. Wujudkan Fungsi pada sebuah kenangan itu akan membawa kita lebih mudah untuk tidak kehilangan semangat. Antara fungsi kenangan :Sebagai bahan untuk dinilai sama ada perkara itu benar atau salah. Jika benar, kita gunakan semula sebagai rujukan untuk meningkatkan kekuatan. Jika salah, kita buat pembetulan agar selepas ini kita tidak melakukan kesilapan seperti dalam kenangan lalu. Jangan sesekali beranggapan negatif. Sesungguhnya, kesilapan adalah peluang untuk kita mencuba sekali lagi. Malah, kesilapan akan mengajar kita sehingga kita membuat perkara yang betul..! "MISTAKEN SHOWING US THE TRUTH!!"
  2. Sebagai bahan untuk kita ulangtayang semula untuk melihat part mana yang memerlukan penambahbaikan.
  3. Sebagai sumber untuk kita melihat punca sesuatu itu berlaku pada hari ini. Mengetahui punca akan lebih memudahkan kita menyelesaikan masalah.
P/s : Kadang-kadang, ada kenangan indah yang cukup melekakan kita hingga bila kenangan itu semakin jauh kita semakin lemah. Kenangan bukan untuk diingat-ingat...tetapi hanya untuk dikenang.

Dipetik dari blog privacy aku =) Kongsi sama kamu kamu kamu =D

Aku,

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa...


Assalammualaikum =)

Esok dah puasa. Dah ready? Apa-apaun, aku nak ambil kesempatan nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Sekejap saja kan? dah tiba Ramadhan untuk tahun ni. Mohon maaf segala salah silap. Harap-harap tahun ni Ramadhan kita TERBAIK dari yang lepas oke! SELAMAT BERAMAL IBADAH...!

Disertakan sedikit ilmu tentang puasa. Selamat berpuasa dan jangan lupa bangun sahur semua!! =D

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa                                                                                                                                                                             
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram
 Puasa wajib :                                                              
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :                                                                                                 
a)  Puasa dalam bulan Sya’ban                                                                                                                         b)  Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c)  Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d)  Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f)  Puasa pada
hari Isnin & Khamis
g)  Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h)  Puasa satu hari berbuka satu hari
i)  Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j)  Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab


Puasa Makruh :
a)  Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b)  Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :
a)  Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b)  Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c)  Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d)  Puasa perempuan haid & Nifas
e)  Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1)  Syarat-syarat wajib
2)  Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a)  Islam
b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim
Syarat Sah
a)  Islam
b)  Berakal
c)  Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d)  Niat

Rukun Puasa
a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
a)  Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b)  Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c)  Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d)  Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e)  Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f)  Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g)  Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f)  Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa
a)  Makan Sahur serta melambatkannya
b)  Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c)  Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d)  Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e)  Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f)  Membaca Al-Quran
g)  Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa
 a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
 a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a)  Musafir
b)  Sakit
c)  Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d)  Tua

Keistimewaan Bulan Ramadhan
a)  Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b)  Allah merahmati orang yang mengimaninya
c)  Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d)  Iblis dipenjarakan
e)  Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f)  Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan. 

Menghormati Bulan Ramadhan
a)  Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b)  Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
1)  Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2)  Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)     

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
-  Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
-  Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1)  Membebaskan seorang hamba yang beriman
2)  Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
3)  Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 184)                                                     

Sebab-sebab wajib Fidyah
1)  Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2)  Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3)  Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.


Aku,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)