Follow Instagram @sofinahlamudin

Wednesday, July 25, 2012

Antara Berlian, Permata dan Kaca


Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Antara Berlian, Permata dan Kaca, yang manakah pilihan anda? Pasti dan semestinya anda akan memilih suatu yang berkualiti dan tinggi nilainya bukan? Sebagai manusia yang sukakan kebaikan, tidak mungkin untuk kita memilih kaca yang mudah pecah.



Topik ini bukan ada kaitannya dengan sikap materialistik. Bukan itu point kita. Bukan tentang duit atau harta...Berlian, permata dan kaca hanya sebagai perumpamaan dan perbandingan.

Perbandingan yang saya maksudkan ialah Berlian seperti manusia yang berjaya, berguna, berkualiti, Hebat, terkenal seperti Siti Nurhaliza & Perdana Menteri.

Permata pula ialah manusia yang masih di tahap yang berjaya, masih berkualiti, masih berguna tetapi mungkin tidak terkenal, tidak sehebat berlian. Erti kata yang lain, permata ialah manusia yang masih boleh berjaya,masih menghargai diri sendiri dan tetap berkuali biarpun tidak seperti Siti Nurhaliza yang terkenal dan Perdana Menteri yang petah berkata-kata untuk memperjuangan rakyat dan negara.

Manakala, kaca ialah manusia yang sangat tidak menghargai diri sendiri, mudah melukakan hati orang tersayang, sentiasa melakukan keburukan dan tidak berkualiti.

Kita terpilih untuk lahir ke dunia. Manusia yang terpilih itu ialah manusia yang bertuah kerana boleh merasai hidup! Kita sepatutnya bersyukur...kerana kita merupakan manusia yang terpilih. Namun amat mengecewakan bila ada segelintir dalam kalangan kita telah mensia-siakan peluang hidup. Kita sepatutnya berterima kasih kerana kita diberikan ruang dan peluang untuk mengali potensi kita yang positif di muka bumi ini. Kita juga seharusnya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk beramal dan berkhidmat di bumi ini.

Oleh itu, Antara Berlian, Permata dan Kaca, yang manakah pilihan kita?

P/s : Jika kita tidak mampu untuk menjadi berlian, jadilah permata. Jangan sesekali untuk menjadi kaca!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

5 comments:

  1. kata2 yg sungguh hebat.. saya suka.

    ReplyDelete
  2. salah ejaan pertama(permata) kat title post tu..hihi..

    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  3. Maisarah : Thanks! Hehe...

    Sis Eiyan : Hehehehe...tak perasan.. laju menaip =P Thanks!

    ReplyDelete
  4. wahh, sangat menarik post mengenai kaca permata berlian ni... dulu pernah ada dengar tapi dah lupa... yes, betul tu.. amat rugilah seseorang manusia itu, mensia2kan kehidupannya di muka bumi Allah ni

    ReplyDelete
  5. yup.. betul Ainaa =) kita perlu menghargai hidup!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.