Follow Instagram @sofinahlamudin

Thursday, August 2, 2012

Harry Potter and The Sorcerer's Stone


Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Ada tak kawan-kawan blogger saya yang minat Harry Potter gila-gila? Hehe. Memandangkan baru-baru ni saya menonton Harry Potter tahun pertama, jadi mood saya sekarang ni adalah Harry Harry Harry! Tak kisahlah kalau ada orang kat luar sana nak kata saya macam budak-budak. Kat sana tu siapa suka Chin Chan apa cerita tu? HAHA. Tak kisah lah apa pun minat korang, semua ada reason dan ada mesej.

Sebenarnya dah agak lama saya tak tengok cerita Harry Potter ni. Jadi kira nak buat revision la kononnya. Bila tengok cerita Harry Potter yang pertama ni, rasa excited la pula. Nak tahu kenapa? Oh! Mereka ni bertiga. 3 sahabat - Ron Weasley, Harry Potter dan Hermione Granger. Diorang ni nampak sangat cute!!! Rasanya macam Ron nampak lebih cute berbanding dia dah besar ni, I mean, sekarang macam tak berapa cute..maklum..muka matang.


Tapi..Bukan tu saya nak cerita. Saya nak cerita tentang beberapa perkara yang saya sempat tangkap dalam movie ni. Antaranya :

HARGAILAH IBU DAN AYAH KITA SELAGI MASIH ADA KESEMPATAN

Korang ingat lagi tak? Masa ni Harry Potter masih banyak benda tak tahu pasal parents dia kan? Kesian kat Harry sebab sangat kehausan kasih sayang ibu dan ayah. Dah tu, Pak cik dan Mak cik dia tu pula, perangai sangat kejam! Uh! Bila tengok sepupu dia tu pula.. lagi la menjengkelkan! Nasib baik Harry ni penyabar sikit orangnya. Oke, kembali kat cerita parents Harry. Saya ter-touching bila tengok Harry happy gila-gila bila nampak parents dia muncul dalam cermin besar masa dia melarikan diri dari perpustakaan larangan sebab nak cari maklumat tentang Nicholas Flamel. Selama dia dibesarkan oleh makcik pakcik dia, dia tak pernah tahu akan asal usulnya. Memang nak sangat jumpa Mak ayah dia.


Saya ter-touching malah timbul rasa sangat bersyukur sebab saya masih ada mak ayah yang sangat sayang kat saya! Cuba bayangkan kita macam Harry…mesti rasa sedih tahap tak tahu nak cakap. Jadi, kita-kita yang masih ada parents ni, cubalah buat mereka happy dan cuba untuk berbakti untuk mereka semampu kita oke!

Saya yakin, Harry tu, kalau bukan lakonan, nak sangat dia tu peluk-peluk mak ayah dia. Apa boleh buat mak ayah dia dah tak ada. Voldermort  punya pasal semua tuu… 😁

KALAU NAK JADI PANDAI, BELAJAR RAJIN-RAJIN

Watak paling saya suka kat cerita ni ialah Hermione Granger! Korang perasan tak dia ni sangat bijak tahap gaban? HEHE. Saya tengok, dia ni jenis yang ulat buku dan banyak membaca sebab tu macam-macam dia tahu. Saya rasa, orang yang tidak sediakala bijak dan genius, kalau rajin membaca macam dia ni, akan jadi pandai juga. Yang penting Rajin! Aktif! Dan tak pemalu untuk bertanya macam si Hermione ni. HEHE.


CUBA UNTUK BERANI

Korang ingat tak Neville Longbottom ? Dalam cerita ni,dia berwatak yang agak penakut. Gagagaga…Neville pernah jatuh dari atas bangunan gara-gara tak pandai terbang guna penyapu.Tapi ada satu babak tu, demi pasukan, dia cuba untuk berani. Dia cuba halang Harry,Ron dan Hermione untuk tidak keluar dari asrama dan taknak markah pasukan diorang semakin berkurang lagi. Part ni memang lawak tapi sekurang-kurangnya dia cuba. Hahaha!


PERSAHABATAN

Dalam movie ni, tak mungkin tak ada yang perasan bahawa hubungan persahabatan dan kesetiaan antara Ron, Harry dan Hermione sangat kuat. Kerjasama antara mereka , kasih sayang dan membantu antara mereka sangat kuat! Dalam cerita ni, yang ni memang saya tak dapat nak sangkal! 


SAYANGI HAIWAN

Kenal Hagrid dalam cerita Harry Potter? Mustahil tak kenal. HAHA. Sahabat Harry yang sangat besar dan penyayang. Dia yang datang jemput Harry kat rumah pak cik mak cik Harry tepat pada hari lahir Harry Potter. Masa tu, Harry Potter dah 11 tahun. Dia siap bawa kek birthday untuk Harry Potter! HEHE.


Sikap si Hagrid dalam cerita ni, dia sangat penyayang terhadap haiwan. Sangat suka ada pet. Macam-macam dia jaga. Anjing, Anak Naga,Burung Hantu dan…err..anjing kepada 3? HAHAHA. Cute je Hagrid ni kan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

3 comments:

  1. bkn takat tgk je kan.at least ada gak yg kita blh ambil hihi..

    ReplyDelete
  2. cik gugu : Harry memang comey! ^^ masa dia kecik2 dulu lagii comey! HAHA.

    Zoey : Betul! =) sekurang2 ada mesej yang boleh d ambil sambil tengok movie =)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.