SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 14 Ogos 2012

Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Merawat!

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

SISTEM KARDIOVASKULAR

Tubuh badan kita mempunyai salur darah untuk mengedar darah beroksigen dan bernutrien ke seluruh badan. Selain itu, salur darah berfungsi untuk mengangkut bahan kumuh untuk disingkirkan daripda badan.Alat transpotasi utama manusia adalah darah. Peranan darah adalah membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Malah, darah juga berperanan dalam memindahkan bahan kumuh daripada tisu badan untuk disingkirkan seperti :

💟Karbon Dioksida ke paru-paru.
💟Urea ke ginjal.
💟Air ke kulit,ginjal dan paru-paru.
💟Membawa hormon dan enzim darikelenjar ke tempat lain.
💟Sel darah putih (leuksit) dan antibodi melawan serangan kuman.
💟Kawal suhu dan keseimbangan badan.
Sistem kardiovaskular memainkan peranan penting dalam mengawal setiap fungsi utama tubuh dan organ seperti di dalam gambar rajah di bawah :

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


JANTUNG

Jantung merupakan ENJIN utama manusia. Jantung adalah struktur berotot yang mengepam darah supaya darah terus mengalir dalam badan. Jantung manusia terletak di sebelah kiri rongga toraks.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Otot jantung sangat aktif menjalankan penguncupan setiap masa. Oleh itu ia perlukan bekalan oksigen yang mencukupi. Bekalan oksigen di dalam darah dibawa ke tisu jantung oleh arteri koronari.

Apabila peredaran darah ke jantung lemah, seseorang akan mengalami :

💟Pening Kepala.
💟Sesak Nafas.
💟Kelesuan.
💟Sakit dada.
💟Degupan Jantung tidak teratur.
💟Serangan Jantung.
SERANGAN JANTUNG

Apa yang dimaksudkan serangan jantung? Serangan jantung terjadi ketika aliran darah ke suatu bahagian otot jantung terhalang. Jika aliran darah tidakboleh dibaiki dengan cepat, bahagian dari jantung tersebutkan rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh mengakibatkan kematian.

Serangan jantung jantung merupakan PEMBUNUH SENYAP UTAMA tidak kira wanita atau lelaki, tua atau muda..!!


Serangan jantung sering terjadi kerana sebuah keadaan yang biasa disebut 'Coronary Artery Disease (CAD)' . Pada keadaan CAD, sekumpulan lemak yang dipanggil 'plak' berkumpul selama bertahun-tahun pada bahagian dalam arteri koroner.Arteri koroner adalah bahagian yang menyalurkan darah dan oksigen ke jantung.Pada akhirnya, kawasan 'plak' tadi berkumpul dan menghalang aliran darah.


KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Punca terjadinya 'plak' di dalam saluran darah adalah kolestrol yang berlebihan. Pembentukan kolestrol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.

Sewaktu terjadi serangan jantung, jika halangan pada arteri koroner tidak dirawat dengan segera, otot jantung akan mula mati dan digantikan dengan bekas luka. Kerosakan pada jantung ini tidak disedari tetapi akan menjadi masalah secara perlahan-lahan.

Tanda dan gejala yang biasa terjadi sebelum serangan jantung ialah seperti berikut :

💟Rasa sakit pada dada seperti ditekan, seperti diramas, sakit pada daerah tengah dada yang bisa terasa kuat atau ringan. Rasa sakit ini terjadi beberapa minit kemudian hilang dan kembali lagi.

💟Rasa nyeri di salah satu atau kedua belah tangan, punggung, leher, rahang atau perut.

💟Pernafasan terasa pendek yang berlangsung saat rasa sakit di dada atau setelahnya.

💟Tanda lainnya termasuk nausea(rasa sakit di perut), pening atau pengsan, sering berpeluh sejuk.
Faktor-faktor serangan penyakit jantung :

💟Lelaki yang telah masuk usia 45 tahun.
💟Wanita yang telah masuk usia 55 tahun atau mengalami menopuse dini.
💟Genetik atau keturunan keluarga.
💟Diabetes.Kebanyakan penderita diabetes meninggal bukan kerana meningkatnya level gula darah, tetapi kerana kondisi komplikasi jantung mereka.
💟Merokok.
💟Hipertensi (Tekanan darah tinggi).
💟Obesiti (Kegemukan).
💟Gaya hidup buruk.
💟Stress. Banyak kajian yang sudah menunjukkan bahawa , bila menghadapi situasi tegang, akan terjadi arithmias jantung yang membahayakan jiwa.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH.Atau boleh baca di klik>>Utusan Online<<klik

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH.Atau boleh baca di klik >>Pesona<<klik


OTAK

Apabila 'plak' atau kolestrol yang melekat pada dinding salur darah yang membawa darah ke otak semakin banyak dan menyebabkan aliran darah menjadi sempit, ia akan mengakibatkan peredaran darah ke otak menjadi lemah.

Keadaan yang berlaku apabila peredaran darah ke otak lemah ialah :

💟Daya ingatan yang lemah.
💟Pening Kepala.
💟Sakit Kepala.
💟Hilang koordinasi/Hilang keseimbangan.
💟Demensia/Pikun.
💟Strok.


STROK
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH



STROK ISKEMIA




Strok Iskemia terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok Iskemia terjadi akibat dari timbunan kolestrol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH



Trombosis Serebrum - Darah beku terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
Embolisme Serebrum - Gumpalan darah terbentuk di saluran darah dari bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher atau pun jantung dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
Strok Lakunar - Sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.

STROK BERDARAH

Strok berdarah terjadi apabila saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Pendarahan Intraserebrum - Apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.
Pendarahan Subaraknoid - Apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala yang dikenali sebagai ruang Subaraknoid.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: