Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Wednesday, September 19, 2012

Birthday on Hari Malaysia : 16 Sept 2012

16 September yang lalu merupakan Hari Lahir aku. Actually, aku nak update blog ni tepat pada waktunya! Hehe...

Tapi...disebabkan internet aku tidak seperti dulu lagi, aku sering mengalami masalah internet lembab! By the way, itu hanya alasan..aku tetap nak tulis tentang ni walaupun sudah berlalu tiga hari.

16 SEPTEMBER merupakan HARI MALAYSIA. Hehe..Maaf lambat nak wish..SELAMAT HARI MALAYSIA KE-49 RAKYAT MALAYSIA!!..SELAMATselamat semua readers dan bloggers! ^^

Sekejap saja masa berlalu, bertambah lagi usiaku setahun. Rasa seperti baru saja semalam aku post entry tentang 16 September 2011..klik SINI untuk baca post aku pada 16 September 2011.

Seperti biasa, aku dilimpahi dengan ucapan selamat hari lahir di Laman Social Facebook. Inbox Facebook aku dihantarkan dengan ucapan dan doa semoga berjaya dan panjang umur serta dimurahkan rezeki.. ^^ Ada juga sahabat handai yang sudi menghantar SMS. Malah ada yang membuat panggilan. Terima kasih semua. Korang semua memang cool bebeh!! ^^

Kalau ikut rancangan awal, aku sepatutnya berada di Kota Kinabalu. Celebrate Birthday dengan kawan-kawan kat sana. Tapi rezeki tak ada, tak apa, next time! bagi aku, birthday aku tahun ni ada kelainan. Sebab.....

Tahun ni aku ada MOHD NASYIT di hari ulang tahun aku. Dia yang sangat sweet, dah banyak story tentang aku dia tulis dalam blog dia.

Lelaki kesayangan yang bakal mendirikan Masjid dengan aku ni sangat unik! InsyaALLAH semoga dipanjangkan jodoh ^^ dia tahu apa yang aku suka. Dia tahu apa yang aku mahu dan impikan. Kami sekepala. Dia suka buat surprise. Dia ada pendirian. Dia ada matlamat dan dia tahu tanggungjawab.

Ops! Tak boleh cakap lebih-lebih...takut nanti dia 'terbang' tak turun-turun. HAHAHA..

By the way , Encik Mohd Nasyit Md Nooh, TERIMA KASIH  hadiah-hadiah tu sangat FANTASTIC! Love you like a love song! Hehe..Paling utama, bukan barang tu yang Amazing..tapi chemistry yang wujud sebalik hadiah yang sangat Brilliant...you know what i mean, ROBERT KIYOSAKI tell us! HAHA.




Kelainan yang lain, tahun ni aku sebagai Customer Advisor Diamoney bukan lagi sebagai staff Parkson..Kepada Madam ST Wendy yang memberi surprise, THANK U SO MUCH! ^^ Gift tu sangat aku suka. Ia bukan tentang benda atau hadiah. Ia tentang siapa yang memberi ^^

Madam Vivien Lee, Thank u to u too ^^ no matter small thing is it..


Calling yang suspen dari seorang sahabat dari semenanjung, okay! calling yang boleh dapat 5 bintang. HAHA.. thanks kawan!! diluar jangkaan aku sama sekali.. hehe..gift tak ada tapi ia bermakna kerana panggilan itu unik!

Zasssss!! The End.

Aku,

Friday, September 14, 2012

Kenapa aku ber-blogging? Sebab........


Ramai kawan-kawan aku tertanya-tanya kenapa aku suka sangat ber-blogging ni. Siap rajin blogwalking. Tengok blog orang sana sini. Singgah sana sini, baca itu dan ini.

Banyak faktor kenapa aku suka ber-blog ni.

Antara nya,

PERTAMA : Hobi aku memang mengarut. HAHAHA. Gurau. Aku suka membaca. Aku suka baca kisah orang, aku suka baca kejadian-kejadian luar sana walaupun aku ni tak lah suka sangat tentang isu semasa. Tu sebabnya aku pernah failed Pengajian Am masa STPM. Walau macam mana pun, aku dah ‘bayar’ balik hutang dengan ulang mata pelajaran tu sekali lagi dan Alhamdulillah dapat B. Disebabkan aku ni liat sikit untuk dengar berita, apatah lagi nak tengok berita kat TV, aku gunakan lah hobi membaca aku kat blog orang untuk tahu serba sedikit isu semasa zaman sekarang ni yang dah semakin rancak dengan cerita yang pelbagai. Mana si propaganza sedang sibuk, si wartawan sedang ke sana ke mari mencari ilham.

KEDUA : Pada mulanya , aku buka blog ni saja-saja. Bila aku buat tanpa matlamat ni, aku tinggalkan la blog ni selama setahun. Dah saja-saja kan, mana nak bertahan. Bila aku terjumpa buku tentang blog kat perpustakaan awam, aku pun pergi la baca muka surat awal buku tu, Then, tak puas baca kat perpustakaan, aku pinjam buku tu bawa balik. Dalam buku tu aku belajar serba sedikit mengenai blog ni. Dan…..hingga lah aku terbaca tentang blog yang boleh hasilkan DUIT! Siapa yang tak nak duit? Jangan nak tipu! Korang malu-malu kucing betina or jantan je tu. Heh! Lepas tu, aku pun cuba lagi, cuba dan cuba dan cuba berblog hinggalah…aku tahu caranya walaupun belum mantap, aku yakin nanti akan mantap juga. Income berblog ni taklah aku pernah dapat beribu-ribu macam gaji Engineer atau buat bisnes MLM ELKEN. Hehehe…tapi aku rasa kat luar sana, yang aku masih tak tahu, memang ada!! Kalau start tolong Says dot com promosi iklan-iklan diorang melalui blog, diorang akan bagi kita tips! Sama macam kita kerja part time kat McDonalds laa…dapat isi poket untuk makan sarapan Nasi Lemak pagi-pagi. Alhamdulillah kenyang ape. Hek hek hek… ^_^

KETIGA : Aku ramai kawan. Tapi ramai kawan pun masa tak izinkan aku untuk jumpa diorang setiap hari macam zaman sekolah dulu. Especially kawan terbaik aku nama Lnda (nama benar yang aku pendekkan – pendek sangat kot..hehe..) yang berada kat semenanjung sana. Macam mana nak jumpa selalu? Nak kol hari-hari cerita pasal hidup aku sekarang ni? matilah! Dia sibuk aku sibuk. Laaa…blog saja lah tempat aku dan dia baca update masing-masing walaupun tak lah lengkap sangat. Hhehehe. Sekurang-kurangnya ada dari tak ada langsung kan?

KEEMPAT : Blog ni, kita boleh berbicara tentang apa-apa sahaja topik di dalamnya. Ada blogger yang cerita tentang politik, ada yang cerita tentang isu semasa, ada yang cerita tentang fotografi, tentang lukisan, tentang hidup, motivasi, dan sebagainya. Tu yang aku sangat suka sebab aku boleh jumpa kelompok kegemaran aku dalam blog ^_^

KELIMA : Blog ni boleh kita jadikan sebagai tempat menyampaikan ilmu. Bila ilmu kita dibaca dan diamalkan, selagi ilmu tu digunakan dan disampaikan, kita dapat pahala. Betul tak? Asal tak ajar bukan-bukan dalam blog korang sudah lah ye. Hehehe.

KEENAM : Suka tak dapat kawan ramai? Mesti suka kan? Blog boleh jumpa kawan baru. Hehe.

KETUJUH : Blog boleh dijadikan tempat untuk kita mengutarakan kehadapan apa yang ada dalam fikiran kita tentang sesuatu. Peluang yang boleh digunakan untuk menyatakan apa yang tersirat. Jangan malu, pendapat tak salah tak betul sebab masing-masing ada pendapat masing-masing. Risiko tak ada pembaca tu tak perlu khuatir, ada caranya untuk dapatkan pembaca.

KELAPAN : Blog ni bebas,. Apa sahaja cara penulisan kita, tak ada sesiapa yang kisah. Kita nak cakap Kelantan ke, kedayan ke dalam blog ni tak kisah..kalau nak formal pun boleh juga. Ikut suka. Ikut sesuka rasa yang kita nak.

KESEMBILAN : Kepada sesiapa yang kepala bisnes tu, ini la peluang korang untuk iklankan atau promote produk korang. Thru blog boleh buat bisnis tau. Bergantung dengan cara kita, nak macam mana untuk iklankannya dalam blog. InsyaALLAH, lagi ramai orang tahu tentang produk kita, kita untung mari.. hehe..ramai orang buat bisnis online thru blog zaman sekarang ni.

KESEPULUH : Blog aku ni blog FREE. Dikuatkuasakan oleh blogspot. Kalau nak buat website sendiri kena keluar modal sikit. Tapi kalau nak buat domain sendiri untuk blogspot ok juga. Murah sikit.

Ada kawan-kawan aku yang berminat jadi blogger lepas baca ni? Kalau ada jangan la diam-diam. Cari aku, aku ajarkan. Hehehe.

Sayonara!


Aku,

Monday, September 10, 2012

Jangan bergaduh sebab belacan...


Belacan? Hmm…pasal belacan pun nak gaduh ke? Mentor aku kat Elken Sdn.Bhd. selalu cakap macam tu bila ada cerita tentang gaduh-gaduh. Tak kira apa pun pergaduhan tu dia akan kata kat aku macam ni, “Jangan gaduh sebab belacan…”

Kalau aku dengar perkataan ‘belacan’ tu aku memang auto gelak. Terasa lawak. Apapun, nak tahu tak apa  mesejnya?

Beberapa bulan yang lalu, mentor aku dari Sandakan datang ke Labuan. Seorang sahabat Elkenian aku beli kereta baru. Jadi, mentor kami tu berbesar hati untuk ikut kereta tu untuk keluar makan. Tiba-tiba mentor kami nak sahabat Elkenian aku tu buka plastik kerusi kereta tu dahulu baru dia nak masuk dan duduk dalam kereta tu. Sahabat Elkenian aku mungkin rasa berat hati untuk buka sebab kereta tu baru lagi. Tapi mentor aku kata, “kalau kita beli handphone baru, kita nak gunakan handphone tu, kita buka kotak dan plastiknya kan? Kita gunakan handphone bersama plastik, selesa atau tidak?”

Walaupun agak berat hati, sahabat Elkenian aku buka plastik keretanya. Maka, timbul lah cerita tentang ‘belacan’.

Mentor aku kata, “Nak jaga barang atau jaga hati manusia? Hati manusia ada perasaan dan barang tak ada nyawa apatah lagi perasaan.. ”

Mesej tajuk entry aku ni ialah jaga hati dan perasaan orang sekeliling kita apatah lagi orang yang memang dekat dan sayang kita. Jangan kerana harta atau barang yang tidak bernyawa, kita bergaduh dengan orang yang kita sayang.

Tidak berbaloi apabila kita bergaduh dan memarahi orang lain sebab barang kesayangan kita, walaupun mahal dan susah untuk dapatkan, HATI MANUSIA dan PERASAAN MANUSIA lebih tinggi nilainya berbanding barang yang tidak akan pernah ada perasaan kepada kita.

Pernah tak baca sajak tajuk KUALI HITAM? Seorang anak yang marah ibunya kerana dah calarkan kuali hitamnya yang mahal. Dia marah kat ibu dia sampai ibu dia kecil hati sedangkan ibu dia tak sengaja calarkan kuali tu. Ibu dia cuma tolong anak dia cuci kuali tu. Si anak marah hingga menguris hati seorang ibu.

Cuba baca sajak KUALI HITAM kat bawah :

KUALI HITAM


Sebiji kuali hitam
di dapur rumah kelahiran 
adalah teman ibuku
siang dan malam

Sebiji kuali hitam
terjerang di atas tungku 
adalah penghibur ibu 
ketika kami menunggu

Sebiji kuali hitam
di atas api siang dan malam 
tahun demi tahun
kami tidak pernah menghitung

Seorang ibu yang menyayangi sebiji kuali 
sering memeluk kami
pernahkah kami perhatikan
matanya yang ditikam serbuk arang 
kulitnya yang dikoyak percikan minyak 
lengannya yang diserap abu hitam 
dahinya yang disengat pucuk api 
kami hanya tahu lena kekenyangan 
ketika tidur ibu diketuk-ketuk
oleh lelah dan batuk
setelah asap dan abu menggaru-garu 
di paru-paru

Kami tidak pernah menyedari
dan ibu pun tidak peduli
dia hanya tahu merasa bahagia
melihat kami keriangan
menunggu sesuatu akan terhidang
dan tidak ada yang lebih membahagiakan 
dari melihat kami kekenyangan

Begitulah tahun demi tahun
kuali yang setia menjalankan tugasnya 
hingga kami dewasa dan hidup di kota

(2)


Kini di dapur rumahku yang bersih 
tak ada kuali hitam yang hodoh 
cuma pada kesempatan
yang tidak selalu sempat
aku memasak untuk anak-anak 
dengan kuali non-stick
yang tebal dan mahal
dan sesudah itu membasuhnya
dengan sabun yang lembut
berhati-hati seperti memandikan bayi 
mengikut arahan pada buku panduan

Suatu hari ibu ke rumahku
dengan kerajinannya yang biasa 
memasak untuk kami sekeluarga 
cucu-cucunya ternyata amat berselera 
dan ibu merasa terlalu bahagia

Dan sesudah itu
dengan cara yang dia tahu
mengemas dan merapikan dapurku 
dan seperti yang biasa dibuat 
pada kualinya di kampung
dia menyental kualiku yang mahal 
dengan berus yang kesat
dan spontan aku menjerit
"Ibu merosakkan kuali saya
tahukah ibu berapa harganya?"

Ibu terdiam
barangkali hatinya terguris
barangkali dia hampir menangis 
melihat wajahku yang bengis
(3)

Dan kini
setelah ibu kembali kepada Ilahi
aku menyesali keterlanjuran
kiranya aku telah mengukur kasih sayang ibu 
dengan harga sebiji kuali

Ibu telah tiada
kuali hitam tergantung sepi 
di dinding dapur rumah tua 
bolehkah kami menghitung 
berapa harganya?




 Berbaloi tak bergaduh dan marah orang hanya kerana barang? Sama sekali TIDAK. Barang boleh diganti dengan yang lain tapi hati tidak. Kalau hati dah terluka, boleh tak kita ganti hati baru dan buang yang terluka? Tak kan?

Harap-harap kita tak lah gaduh pasal….Belacan….sayonara..!


Aku,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)