Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, September 10, 2012

Jangan Bergaduh Kerana Belacan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Belacan? Hmm…pasal belacan pun nak gaduh ke? Mentor saya kat Elken Sdn.Bhd. selalu cakap macam tu bila ada cerita tentang gaduh-gaduh. Tak kira apa pun pergaduhan tu dia akan kata kat saya macam ni, “Jangan gaduh sebab belacan…”




Kalau saya dengar perkataan ‘belacan’ tu saya memang auto gelak. Terasa lawak. Apapun, nak tahu tak apa  mesejnya?

Beberapa bulan yang lalu, mentor saya dari Sandakan datang ke Labuan. Seorang sahabat Elkenian saya membeli kereta baru. Jadi, mentor kami tu berbesar hati untuk ikut kereta tu untuk keluar makan. Tiba-tiba mentor kami nak sahabat Elkenian saya tu buka plastik kerusi kereta tu dahulu baru dia nak masuk dan duduk dalam kereta tu. Sahabat Elkenian saya mungkin rasa berat hati untuk buka sebab kereta tu baru lagi. Tapi mentor saya kata, “kalau kita beli handphone baru, kita nak gunakan handphone tu, kita buka kotak dan plastiknya kan? Kita gunakan handphone bersama plastik, selesa atau tidak?”

Walaupun agak berat hati, sahabat Elkenian saya pun buka plastik keretanya. Maka, timbul lah cerita tentang ‘belacan’.

Mentor saya kata, “Nak jaga barang atau jaga hati manusia? Hati manusia ada perasaan dan barang tak ada nyawa apatah lagi perasaan.. ”




Mesej tajuk entri saya ni ialah jaga hati dan perasaan orang sekeliling kita apatah lagi orang yang memang dekat dan sayang kita. Jangan kerana harta atau barang yang tidak bernyawa, kita bergaduh dengan orang yang kita sayang.

Tidak berbaloi apabila kita bergaduh dan memarahi orang lain sebab barang kesayangan kita, walaupun mahal dan susah untuk dapatkan, HATI MANUSIA dan PERASAAN MANUSIA lebih tinggi nilainya berbanding barang yang tidak akan pernah ada perasaan kepada kita.

Pernah tak baca sajak tajuk KUALI HITAM? Seorang anak yang marah ibunya kerana dah calarkan kuali hitamnya yang mahal. Dia marah kat ibu dia sampai ibu dia kecil hati sedangkan ibu dia tak sengaja calarkan kuali tu. Ibu dia cuma tolong anak dia cuci kuali tu. Si anak marah hingga menguris hati seorang ibu.

Cuba baca sajak KUALI HITAM kat bawah :

KUALI HITAM

Sebiji kuali hitam
di dapur rumah kelahiran
adalah teman ibuku
siang dan malam

Sebiji kuali hitam
terjerang di atas tungku
adalah penghibur ibu
ketika kami menunggu

Sebiji kuali hitam
di atas api siang dan malam
tahun demi tahun
kami tidak pernah menghitung

Seorang ibu yang menyayangi sebiji kuali
sering memeluk kami
pernahkah kami perhatikan
matanya yang ditikam serbuk arang
kulitnya yang dikoyak percikan minyak
lengannya yang diserap abu hitam
dahinya yang disengat pucuk api
kami hanya tahu lena kekenyangan
ketika tidur ibu diketuk-ketuk
oleh lelah dan batuk
setelah asap dan abu menggaru-garu
di paru-paru

Kami tidak pernah menyedari
dan ibu pun tidak peduli
dia hanya tahu merasa bahagia
melihat kami keriangan
menunggu sesuatu akan terhidang
dan tidak ada yang lebih membahagiakan
dari melihat kami kekenyangan

Begitulah tahun demi tahun
kuali yang setia menjalankan tugasnya
hingga kami dewasa dan hidup di kota

(2)
Kini di dapur rumahku yang bersih
tak ada kuali hitam yang hodoh
cuma pada kesempatan
yang tidak selalu sempat
aku memasak untuk anak-anak
dengan kuali non-stick
yang tebal dan mahal
dan sesudah itu membasuhnya
dengan sabun yang lembut
berhati-hati seperti memandikan bayi
mengikut arahan pada buku panduan

Suatu hari ibu ke rumahku
dengan kerajinannya yang biasa
memasak untuk kami sekeluarga
cucu-cucunya ternyata amat berselera
dan ibu merasa terlalu bahagia

Dan sesudah itu
dengan cara yang dia tahu
mengemas dan merapikan dapurku
dan seperti yang biasa dibuat
pada kualinya di kampung
dia menyental kualiku yang mahal
dengan berus yang kesat
dan spontan aku menjerit
"Ibu merosakkan kuali saya
tahukah ibu berapa harganya?"

Ibu terdiam
barangkali hatinya terguris
barangkali dia hampir menangis
melihat wajahku yang bengis

(3)
Dan kini
setelah ibu kembali kepada Ilahi
aku menyesali keterlanjuran
kiranya aku telah mengukur kasih sayang ibu
dengan harga sebiji kuali

Ibu telah tiada
kuali hitam tergantung sepi
di dinding dapur rumah tua
bolehkah kami menghitung
berapa harganya?

Berbaloi tak bergaduh dan marah orang hanya kerana barang? Sama sekali TIDAK. Barang boleh diganti dengan yang lain tapi hati tidak. Kalau hati dah terluka, boleh tak kita ganti hati baru dan buang yang terluka? Tak mungkin boleh?

Harap-harap kita tak lah gaduh pasal….Belacan….

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.