Saturday, October 13, 2012

Dulu, Sekarang Atau Nanti


Assalammualaikum Readers and Bloggers!

Dulu ada, sekarang ada, nanti pun ada…hee~

Dulu :

Dulu aku pernah dengar yang pak cik aku pernah buat perniagaan dan rugi. Jadi aku tak nak la. Nanti rugi sia-sia saja.

Dulu aku pernah gagal dah. Tak payah la cuba lagi, tak kan dapat punya. Aku tak layak lah.

Dulu aku pernah juga kena jemput untuk buat perkongsian. Sekali tak ada sambutan. Buat malu aku je. Aku tak nak lah pergi lagi. Buat malu!

Sekarang :

Sekarang aku sedang belajar supaya aku pandai.

Sekarang aku mencuba sebab selagi aku tak cuba aku tak tahu aku boleh ke tidak aku menang ke tidak.

Sekarang aku nak buat persiapan.

Nanti :

Nanti aku nak jadi doktor. Boleh lah selamatkan orang.

Nanti aku akan menjadi salah seorang yang terkaya.

Nanti dia tu akan gagal punya. Habis lah dia.




Sebenarnya, apa yang menentukan pencapaian kita? Aku pernah mendengar sebuah cerita dongeng. Cerita tentang Tuhan yang bermuka dua. Tuhan itu berada di dalam hutan yang gelap dan menyeramkan. Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang sedang memburu di dalam hutan tersebut lalu sesat. Dalam mencari jalan pulang, lelaki itu terserempak dengan Tuhan bermuka dua. Tuhan bermuka dua lalu menegur lelaki itu.

Tuhan bermuka dua : “Wahai manusia! Apa yang kau buat di sini?”

Lelaki : “Aku tersesat..apakah engkau ini sebenarnya?”

Tuhan bermuka dua : “Hahahaha..Aku adalah Tuhan bermuka dua..”

Rupa Tuhan bermuka dua itu adalah seperti batu. Batu yang berukir wajah manusia padanya. Batu tersebut mempunyai dua muka. Di belakang dan di depan mempunyai wajah.

Lelaki : “Kenapakah engkau mempunyai dua muka?”

Tuhan bermuka dua : “Muka ku di belakang akan melihat masa silam mu..aku tahu apa yang pernah terjadi kepada mu sebelum ini..”

Lelaki : “Muka engkau yang di depan?”

Tuhan bermuka dua : “Muka ku di depan boleh melihat masa depan mu..Hahaha..aku tahu apa akan terjadi kepada mu selepas ini..”

Lelaki itu diam..lalu bertanya lagi..

Lelaki : Jika engkau tahu, tentang masa silam dan masa hadapan, bagaimana pula sekarang?”

Tuhan bermuka dua : “Sekarang…?”

Lelaki : “Tidak kah engkau tahu apa yang sedang berlaku sekarang? Bukankah yang menentukan segalanya adalah sekarang? Bukan dulu dan nanti.. tapi sekarang!”

Tuhan bermuka dua tidak pernah tahu apa-apa yang terjadi sekarang. Kerana dia hanya melihat dua perkara iaitu dulu dan nanti. Dia tidak pernah tahu dia berada dalam keadaan yang seperti apa di dalam hutan yang gelap dan menyeramkan.

Readers dan bloggers..dapatkah mesej yang disampaikan dapat entry aku kali ini? Dapatkah kamu faham dengan cerita dongeng di atas?

Yang menentukan siapa kita 20 tahun akan datang bukanlah masa silam kita. Masa silam itu biarkan di belakang dan tinggalkan sebagai kenangan. Jadikan pengajaran kesilapan lalu.

Yang menentukan siapa kita 20 tahun akan datang bukanlah masa depan kerana kita masih tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. Kita mampu berangan-angan dan memasang impian. Memang wajar untuk kita lakukannya tetapi untuk merealisasikan impian bukanlah dengan berkhayal semata-mata dan tidur lalu dibuai mimpi!

YANG MENENTUKAN SIAPA KITA ADALAH SEKARANG! Apa yang kita lakukan sekarang adalah pencapaian kita kelak.

Jangan tunggu jika ada peluang depan mata! Jangan tunggu jika Tuhan sudah memberi kita rezeki! Jangan tunggu. Jangan NANTI tapi SEKARANG!


Aku,

Online facebook 10 minit dapat RM1.00


Assalammualaikum Readers dan Bloggers!!

Amboi – amboi! Cepatnya buka blog ni dan baca entry ni bila tengok tajuk online facebook boleh dapat duit kan? Hehehe…

By the way, aku nak cerita tentang says[dot]com. Aku rasa, memang dah ramai yang tahu tentang website ni di mana kita akan dapat sedikit komisen apabila kita menjadi salah seorang ahli says[dot]com dan membantu mereka menyiarkan iklan mereka tidak kira bagaimanapun caranya. Mungkin melalui blog atau pun facebook atau laman web lain yang boleh buat sedikit perkongsian atau membuat iklan.

Memang dah ramai lah yang dah tahu pasal says[dot]com ni. Apatah lagi mereka yang kaki blog.. Hehe..

Walau seramai mana pun yang sudah mengetahui tentang says[dot]com, aku tetap nak berkongsi tentang ini kerana aku percaya masih ada yang tidak mengetahui tentang hal ini di luar sana. Kan Sharing tu caring. Hehe..

Berbalik kepada tajuk, ONLINE FACEBOOK BOLEH DAPAT RM1.00 bukan satu tajuk yang aku reka untuk menarik pembaca. Bukan! Tapi ini satu kenyataan. Tak percaya? Cuba lihat gambar kat bawah :



Gambar kat atas adalah sedikit duit poket yang aku perolehi daripada says[dot]com.

Walaupun aku kata tadi, kita boleh buat perkongsian ini melalui blog, tetapi lebih mudah kita gunakan Facebook kerana zaman sekarang ni zaman facebook! kaki Facebook...makan Facebook..tidur Facebook..kadang-kadang, masuk tandas pun online facebook... Hehe… sangat ramai yang menggunakan facebook untuk berkomunikasi dan membuat perkongsian.

Pada zaman sekarang ni, anak – anak muda memang tak sah kalau tak online facebook. Kalau ada kawan-kawan yang tak ada akaun facebook macam tidak percaya! Biar betul tak ada facebook. Betul tak?

Aku rasa, dari kita online facebook sampai pagi tapi tak dapat apa-apa pun, lebih baik kita buat macam ni. 10 minit online facebook dapat RM1.00. ye tak? Sikit ke? Lama-lama jadi bukit tau. Apabila kita dah dapat sebanyak RM50.00 , kita dah boleh cash out duit tersebut. Tak nak ke? Kalau yang rajin main facebook tu? Rasanya dah dapat berapa RM? Bukan setakat RM50 kalau dah kemaruk Facebook.

Walau bagaimanapun, bergantung dengan kerajinan kita untuk dapat berapa RM. Lebih banyak kita buat sharing, lebih banyak la duit kita dapat.

Caranya mudah saja, kita share kat wall facebook kita iklan yang  ada kat says[dot]com tu. Jika ada rakan-rakan yang berminat untuk buka iklan tu, atau klik pada iklan yang kamu share tu, kita dapat RM0.20. Satu klik RM0.20. Sikit? Kalau 10 orang yang klik dan baca? Dah dapat berapa? Kalau rajin dan rajin dan rajin share? Dah dapat berapa RM? Hehehe…

Lebih berbaloi daripada tak ada langsung kan? Lebih bagus RM0.20 satu klik daripada kita online facebook berjam-jam tapi tak dapat apa-apa. Malah kena bayar kat tauke Cyber Café bagi mereka yang online kat Cyber Café tu. Kah kah kah…

Bagaimana nak menjadi ahli says[dot]com? Caranya senang sahaja! Sangat senang bagai petik jari! Perkara pertama, kita hanya perlu sign up seperti mana kita sign up facebook semasa kita nak buat akaun facebook. Lepas tu verify email macam kita mula-mula ada facebook dulu, kita kena verify kat email yang kita guna untuk sign up facebook tu. Kalau tak verify, keahlian dan sharing iklan anda tidak akan sah!

Nak inform kat korang yang nak sign up, ANDA AKAN DAPAT RM1. Kalau tak percaya, sila lah cuba. Selagi tak cuba mana nak tahu aku cakap betul ke tak kan? Terpulanglah, nak online tak dapat apa-apa atau online tapi dapat duit . Hehe..

APAKAH PERASAAN ANDA? Klik pada DAFTAR SEKARANG DIBAWAH dan daftar sekarang! YuuuuuuuuuHHhhuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!! Selamat online facebook dan dapat duit poket..

http://says.com/my/sofinah169/invite

Sayonara! Kaching3x...HAHAHahaha!

P/S : Tak kata la boleh jadi kaya. Tapi sekurang-kurangnya, dapat duit poket okee :)


Aku,

Wednesday, October 10, 2012

Jika aku jadi jutawan..aku akan....@ Labuan FM...


Assalammualaikum Readers dan Bloggers!! =)

Lamanya aku tak update blog kesayangan aku ni kan. Al maklumlah banyak nak buat lately ni. Ewah ewah. Macam lah sangat.. Hahaha.. By the way aku baru saja berjumpa dengan seorang DJ Labuan FM yang merangkap school mate aku semasa tingkatan 6 dulu. Sudah lama tak berborak dengan beliau. Hari ni, Alhamdulillah aku berkesempatan berjumpa dengan beliau untuk berkongsi tentang satu peluang perniagaan yang luar biasa iaitu perniagaan ELKEN! Walau bagaimanapun, entry aku kali ni bukan untuk bercerita tentang perniagaan tersebut. Hehehe... Nak tahu apakah itu perniagaan ELKEN, InsyaALLAH next  entry okeh!

Gambar dalam konti Labuan FM
Semasa berjumpa dengan beliau, beliau juga mengambil kesempatan memberi satu cd rakaman. CD rakaman tersebut merupakan cd rakaman semasa aku ON AIR di Labuan FM pada bulan April 2012 lalu. Bila aku dengar semula, aku dapati aku sedang takut untuk menyatakan impian aku sendiri pada masa itu. Malah, apabila aku ditanya “Jika aku menjadi seorang Jutawan, apakah yang akan aku lakukan..”

Jawapan yang tidak memuaskan! Dan aku masih ingat lagi, apabila aku diajukan soalan tentang IMPIAN, aku minta DJ RUL skip dari bertanya aku soalan tentang impian itu lebih lanjut.

Salah satu kelemahan yang kita perlu perbaiki dalam hidup kita ialah KITA MESTI BERANI BERIMPIAN! Kenapa? Tanpa impian hidup tidak akan maju. Tanpa impian hidup kita tidak ada matlamat. Sama saja sampai bila-bila tidak ada apa-apa perubahan! TIDAK MEMPUNYAI IMPIAN YANG BESAR BERMAKSUD PENGECUT!

Aku terus terang. Aku memang tidak mahu hidup aku tetap sama selepas 20 tahun yang akan datang. Jika aku dilahirkan dalam keluarga sederhana, aku ingin ubah kehidupan keluarga aku ke tahap yang lebih baik malah sangat baik daripada yang baik! InsyaALLAH, ALLAH akan izinkan semuanya berlaku dengan baik sekiranya, niat aku betul.

Aku masih ingat lagi, Mentor aku di ELKEN pernah kata jangan malu untuk menyatakan impian kita walaupun impian tersebut sangat besar dan kelihatan mustahil pada pandangan orang lain. Apa yang kita laungkan, apa yang kita katakan merupakan satu hukum tarikan. Cepat atau lambatnya pencapaian impian tersebut, ia akan tercapai juga jika kita tidak pernah berhenti berusaha untuk menuju kearah impian tersebut.

Mentor aku juga berkata, jika kita menyatakan impian tersebut, mereka yang sayang kita, yang sokong kita akan mendoakan untuk kita di mana impian itu akan tercapai juga suatu hari nanti. SAYA PERCAYAKANNYA!

Kat sini aku aku nak jawab semula soalan DJ RUL kat aku semasa aku on air pada bulan APRIL 2012 lalu. Jika aku seorang jutawan, apa yang aku akan lakukan…

Menjadi seorang jutawan? Kita semua tahu..sekiranya kita adalah jutawan, kita merupakan seorang yang kaya. Kaya dengan apa? Kita kaya dengan duit. Dengan duit yang begitu banyak, kita boleh lakukan apa sahaja. HANYA KITA YANG MENENTUKAN duit itu kita akan gunakan kearah yang diberkati atau kearah yang dilaknat oleh ALLAH. Jika aku adalah seorang jutawan.Aku akan….

1.       Menunaikan HAJI bersama ibu dan ayah aku. Malah keluarga aku kerana aku seorang yang mampu.
2.       Membayar zakat.
3.       Membantu mereka yang memerlukan – anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya.
4.       Menunaikan impian ibu ayah aku.
5.       Membawa ibu dan ayah aku melancong bukan sahaja dalam Malaysia malah luar Negara.
6.       Mengembirakan orang lain adalah satu nikmat yang sukar diungkapkan terutamanya mengembirakan ibu dan ayah.
7.       Melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan Agama dan Tuhan.

Sebenarnya, sangat banyak yang boleh dilakukan sekiranya aku adalah seorang jutawan. Jika aku adalah jutawan. Mempunya wang yang banyak, aku tidak akan membiarkan wang itu dibelanjakan begitu sahaja. Sudah semestinya aku akan gunakannya untuk mengumpul aset. Bukan liabiliti.
Jika kita membeli sesuatu, pastikan kita mendapat pulangan kembali. Keluarkan perbelanjaan untuk mendapat pendapatan. Gunakan pendapatan untuk membeli aset yang boleh ditinggalkan kepada waris serta tidak berhutang. Sukar dijelaskan tetapi disini bermaksud, kaya bertambah kaya. Laburkan wang untuk mendapat wang.

Sebagai seorang Jutawan bermaksud kita adalah seorang yang KAYA.

Persepsi aku dengan KAYA bukan sekadar kaya dengan WANG. Tetapi bagi aku, KAYA adalah apa yang kita ada dalam hati dan apa yang kita ada sekarang.

Bagi aku, aku ada ibu, ayah, tubuh badan yang lengkap, sihat adalah KAYA.
Bagi aku, aku ada kawan-kawan seperti kamu semua adalah KAYA.
Bagi aku, aku ada hati dan akal yang dianugerahkan oleh ALLAH adalah KAYA.
Bagi aku, nikmat yang aku rasa sekarang adalah KAYA.

Tetapi, asas tetap asas. Di dunia yang kita pijak sekarang, asas adalah WANG.

Kita memang KAYA kerana kita ada ayah dan ibu. Syukur kerana kita masih ada mereka. Sayangi dan hargailah mereka. Tetapi..zaman sekarang, dalam kemajuan sekarang, bagaimanakah caranya kita mahu menyayangi ibu bapa kita tanpa WANG? Bukan bermaksud untuk membeli kasih sayang tetapi, hakikat tetap hakikat, jika kita tidak ada wang yang banyak, kita tidak akan dapat lakukan apa-apa yang boleh mengurangkan beban mereka. Kepada yang muslim, perkara ini akan ketara pada perayaan HARI RAYA di mana kita tidak mampu membuat yang terbaik untuk menyambut HARI RAYA yang meriah bersama mereka kerana tidak cukup wang untuk membuat perayaan itu meriah dengan makanan yang sedap-sedap belaka dan baju baru untuk mereka. Bukan bermaksud untuk merayakan HARI RAYA tersebut dengan melebih-lebih dan membazir tetapi, kita akan merasa sedih apabila kita tidak mampu untuk membuat sesuatu yang mampu melegakan hati mereka kerana tidak cukup wang.
Kita juga akan merasa sedih apabila kita tidak mampu membantu mengurangkan beban mereka apabila berlaku sesuatu masalah yang berkaitan kewangan. Kita akan merasa sedih apabila kita tidak mampu untuk menyatakan “Ibu dan ayah berhenti lah kerja. Berehat biar saya yang berikan perbelanjaan..” Kenapa kita merasa sedih? Kerana kita tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawap sebagai seorang anak kerana kita tidak mempunyai cukup wang.

Kita memang KAYA kerana kita ada kawan-kawan. Apatah lagi apabila kita mempunyai kawan yang baik dan membawa kita kearah yang baik. Tetapi tanpa wang, kita akan merasa sedih apabila kita tidak mampu untuk memberi hadiah hari lahir atau hari lain yang bermakna bagi dirinya. Kita akan merasa sedih apabila kita tidak dapat membantunya dari segi kewangan apabila kita dapati beliau sedang menghadapi masalah yang rumit. Mungkin apa yang aku cakap tentang hadiah untuk kawan adalah kurang penting tetapi sebagai seorang yang mempunyai hati dan memiliki rasa kasih kepada sahabat, dia akan merasa sedih meskipun dia tidak tunjukkan kepada sahabatnya.

Kita memang KAYA kerana kita mempunya AKAL dan HATI yang dianugerahkan oleh ALLAH untuk kita. Tetapi apakah gunanya kita memiliki akal dan hati sekiranya kita tidak pernah ada hati dan tak pernah terfikir untuk berusaha mendapatkan wang bagi membuat sesuatu yang baik dalam hidup kita? Untuk ke jalan yang benar? Dan untuk membantu ibu dan ayah kita? Apakah gunanya kita memiliki tubuh badan yang sihat sedangkan kita tidak menggunakannya untuk mencapai kejayaan yang diseru oleh tuhan kita iaitu “Marilah menuju kejayaan..” ?

Kita memang KAYA kerana kita mempunyai nikmat yang kita rasakan sekarang. Kita selesa dengan hidup yang kita ada sekarang. Kita merasa tidak sanggup untuk keluar dari zon selesa. Sedangkan kita lupa sebenarnya, kita selesa sekarang, di masa depan kita tidak akan selesa lagi apabila kita tidak melakukan tindakan SEKARANG.

Meskipun kita bukan seorang jutawan sekarang. Berfikirlah seperti jutawan kerana kita akan berusaha kearah yang terbaik dalam kehidupan kita !! InsyaALLAH, niat yang baik akan memudahkan perjalanan kita.

Disebabkan semasa aku on air di Labuan FM aku tidak mahu menjawab soalan tentang impian, di sini jawapannya :

Impianku :

1.       Berjaya dunia akhirat.
2.       Ingin membahagiakan Ibu dan ayah. Kasih sayang mereka membawa ke syurga.
3.       Aku ingin memiliki keluarga bahagia. Yang penting kejalan yang diredhai ALLAH.
4.       Memiliki rumah dan tanah sendiri.
5.       Memiliki gadjet canggih.
6.       Memiliki kereta idaman.
7.       Mempunyai perniagaan yang berjaya
8.       Menghantar anak-anak ke Universiti.
9.       Melancong ke luar Negara setiap tahun.
10.   Menjayakan orang lain.

Itu serba sedikit jawapan yang aku ringkaskan. Bak kata aku semasa on air di Labuan FM pada bulan April lalu. Jika aku cerita semua impian aku, setebal-tebal buku kamus dewan, tebal lagi buku impian aku. HAhahaha!

THANKS TO MY FRIEND – DJ RUL LABUAN FM.

P/s : Impian bukan angan-angan kosong sekiranya kita ada usaha untuknya. Ia akan menjadi angan-angan kosong jika kita memanjat pokok kelapa lalu memasang angan-angan lalu jatuh ke tanah (Mat Jenin) Haha..

Wassalam.


Aku,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)