Follow Instagram @sofinahlamudin

Saturday, October 13, 2012

Bukan dulu, Bukan Nanti..Tapi Sekarang!

Assalammualaikum Readers and Bloggers!

Dulu ada, sekarang ada, nanti pun ada…

Dulu :

Dulu saya pernah dengar yang pak cik saya pernah buat perniagaan dan rugi. Jadi saya tak nak la. Nanti rugi sia-sia saja.

Dulu saya pernah gagal dah. Tak payah la cuba lagi, tak kan dapat punya. Saya memang tak layak lah.

Dulu saya pernah juga kena jemput untuk buat perkongsian. Sekali tak ada sambutan. Buat malu je. Saya tak nak lah pergi lagi. Buat malu!

Sekarang :

Sekarang saya sedang belajar supaya saya pandai.

Sekarang saya mencuba sebab selagi saya tak cuba saya tak tahu saya ni boleh ke tidak.

Sekarang saya nak buat persiapan.

Nanti :

Nanti saya nak jadi doktor. Boleh lah selamatkan orang.

Nanti saya akan menjadi salah seorang yang terkaya.

Nanti dia tu akan gagal punya. Habis lah dia.


KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN PENUH

Sebenarnya, apa yang menentukan pencapaian kita? Saya pernah mendengar sebuah cerita dongeng. Cerita tentang Tuhan yang bermuka dua. Tuhan itu berada di dalam hutan yang gelap dan menyeramkan. Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang sedang memburu di dalam hutan tersebut lalu sesat. Dalam mencari jalan pulang, lelaki itu terserempak dengan Tuhan bermuka dua. Tuhan bermuka dua lalu menegur lelaki itu.

Tuhan bermuka dua : “Wahai manusia! Apa yang kau buat di sini?”

Lelaki : “Aku tersesat..apakah engkau ini sebenarnya?”

Tuhan bermuka dua : “Hahahaha..Aku adalah Tuhan bermuka dua..”

Rupa Tuhan bermuka dua itu adalah seperti batu. Batu yang berukir wajah manusia padanya. Batu tersebut mempunyai dua muka. Di belakang dan di depan mempunyai wajah.

Lelaki : “Kenapakah engkau mempunyai dua muka?”

Tuhan bermuka dua : “Muka ku di belakang akan melihat masa silam mu..aku tahu apa yang pernah terjadi kepada mu sebelum ini..”

Lelaki : “Muka engkau yang di depan?”

Tuhan bermuka dua : “Muka ku di depan boleh melihat masa depan mu..Hahaha..aku tahu apa akan terjadi kepada mu selepas ini..”

Lelaki itu diam..lalu bertanya lagi..

Lelaki : Jika engkau tahu, tentang masa silam dan masa hadapan, bagaimana pula sekarang?”

Tuhan bermuka dua : “Sekarang…?”

Lelaki : “Tidak kah engkau tahu apa yang sedang berlaku sekarang? Bukankah yang menentukan segalanya adalah sekarang? Bukan dulu dan nanti.. tapi sekarang!”

Tuhan bermuka dua tidak pernah tahu apa-apa yang terjadi sekarang. Kerana dia hanya melihat dua perkara iaitu dulu dan nanti. Dia tidak pernah tahu dia berada dalam keadaan yang seperti apa di dalam hutan yang gelap dan menyeramkan.

Korang dapat tak mesej yang disampaikan melalui entri ini kali ini? Dapat tak korang faham dengan cerita dongeng di atas?

Yang menentukan siapa kita 20 tahun akan datang bukanlah masa silam kita. Masa silam itu biarkan di belakang dan tinggalkan sebagai kenangan. Jadikan pengajaran kesilapan lalu.

Yang menentukan siapa kita 20 tahun akan datang bukanlah masa depan kerana kita masih tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. Kita mampu berangan-angan dan memasang impian. Memang wajar untuk kita lakukannya tetapi untuk merealisasikan impian bukanlah dengan berkhayal semata-mata dan tidur lalu dibuai mimpi!

YANG MENENTUKAN SIAPA KITA ADALAH SEKARANG! Apa yang kita lakukan sekarang adalah pencapaian kita kelak.

Jangan tunggu jika ada peluang depan mata! Jangan tunggu jika Tuhan sudah memberi kita rezeki! Jangan tunggu. Jangan NANTI tapi SEKARANG!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


2 comments:

  1. Pernah jugak terfikir. Selalu menyesal sebab dulu x belajar betul2 tapi nak buat macam mana, dah terlajak perahu. Hanya teruskan apa uanh dibuat sekarang. Thanks sofi untuk entri berguna :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.