SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 6 Februari 2013

My January 2013 (Part 2)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers! :)

Selamat pagi! Its Wednesday...Encik Nasyit kata, Rabu, Khamis dan Jumaat adalah hari Trader. HAHA! I like it..Semoga profit mari. Rezeki - - Rezeki - - Rezeki - -

Saya rasa belajar forex agak fun! mungkin sebab saya memang sangat suka 'bercinta' dengan laptop, pc dan handphone...Thanks Encik Sifu a.k.a my love Encik Mohd Nasyit Md Nooh sebab sudi mengajar. Ajar orang yang langsung tak ada basic bukan senang kan ? he he he he...

Oke.. Kembali ke story saya pada bulan January 2013. Saya nak share apa yang saya dah buat, apa pengalaman saya dalam sebulan di tahun 2013. January yang unik. HAhaha..

Kenapa jadi unik? saya dah buat sesuatu di luar jangkaan saya selama ni.

Pertama, sepanjang saya tak ada buat apa-apa di rumah selepas berhenti dari kerja (masa ni saya sedang belajar internet marketing dan forex - saya yakin, saya boleh jadi seorang yang hanya bekerja dari rumah tetapi dapat duit mengalahkan orang yang bekerja...Amin...).


Saya join kakak saya ke kantin sekolah untuk membantu sepasang suami isteri yang mempunyai tender kantin di sekolah lama saya iaitu SEMELA. Unbelievable! Saya buat kerja dalam dapur?

Oke, terus terang saya bukan minah dapur. Bukan kaki masak dan tidak mempunyai ekspresi muka dengan makanan yang sedap-sedap hingga saya jadi kuat makan. Nope! Jika lapar, YES! makan la. Buffet? also Nope! saya pun tak tahu apa dah jadi dengan saya ni. Makan pun selalu tak habis. Lebih banyak makan tak habis dari yang habis. Yang saya tahu, saya bukan ber-diet. Its just me. But, since i know my Elken's mentor, saya cuba untuk sentiasa habiskan makanan. Dan bertambah untuk sedaya upaya tidak membazir makanan since i know my love one. My only one, Mohd Nasyit. He he.. (Thanks!)

Kenapa saya sanggup terima pelawaan kakak saya untuk membantu sepasang suami isteri tersebut di kantin sekolah? sebab saya mahu rasa apa yang kakak saya rasa sepanjang menjadi tukang masak, penyedia makanan di kantin sekolah tu. Saya tiba-tiba nak rasa apa perasaan sepasang suami isteri yang sangat sibuk ke sana ke mari dengan perniagaan mereka tu. DAN YANG PALING PENTING, saya nak belajar dan nak tahu macam mana suasana memasak dan memasak? Oke, saya tak kata saya langsung tak tahu masak. Tapi, saya nak tahu macam mana masak masakan yang berat-berat dengan begitu express? Apa yang dorang buat dan apa yang dorang tahu tentang makanan hingga mampu memasak begitu sedap dan pantas? Question Mark!

Selain tu, saya juga mahu menjadi minah dapur. HAHA! kalau tak jadi minah dapur, tak tahu buat kerja dapur, macam mana nak jadi isteri orang? cehH! ni semua gara-gara Encik Kesayangan hamba lah :) Encik kesayangan hamba, suka makan dan paling mahal, PANDAI MASAK. Saya tak mungkin boleh terima kekalahan macam ni. he he he he...Lagipun, mama saya, ops! I mean, bakal mak mertua ialah tukang masak. Pandai masak, masakan sedap...how about me? Kena la belajar memasak sekarang juga!...oh Sofinah, sila lah jadi seorang perempuan oke.. ke ke ke...

Bukan itu sahaja, sebenarnya, saya ada hati nak cuba bekerja di McDonald dan MarryBrown suatu ketika dahulu. Saya ada hati untuk mempunyai pengalaman bekerja di sebuah restoren tidak kira restoren apa. Tapi kan....macam Tuhan tak bagi je tau. HAHA!


Masa seorang kawan sedang pelawa saya untuk masuk bekerja di sebuah restoren bernama MarryBrown, saya bersetuju untuk menjadi salah seorang crew dari company ni but.....but...restoren tu tak buka buka sampai sekarang kat Labuan. I don't know why but.. terlalu lama nak menunggu better saya cari restoren lain. Lalu saya ke McDonalds untuk memohon kerja part time kat sana. McDonalds Labuan hanya ada satu iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan. Saya ke sana untuk mendapatkan borang but... but... saya melencong ke Diamoney Airport pula dan secara tidak disangka-sangka, Diamoney airport menerima saya sebagai sales person mereka pada masa tu. Then? Hows McD?

Sepanjang saya bekerja di Diamoney Airport Labuan, saya masih ada hati untuk bekerja di McD hingga saya mengambil keputusan untuk apply dan request untuk menjadi part time McD. Damn crazy when i can say like this, "Tak apa, siang kerja Diamoney, malam plak kerja McDonalds" haha.. bukan la sebab terdesak tapi saya rasa itu sangat seronok, FUN! kan? penat atau mengantuk saya tak nak tahu... yang saya nak tahu ialah saya mesti buat macam tu. he he..saya percaya ia mesti amazing!

Dah saya kata, Tuhan tak bagi...saya apply part time McDonalds but rejected! Saya dipanggil interview tetapi tidak diterima. Kenapa? Mungkin manager tu tengok saya tak sesuai kerja dapur kot..ha ha ha..tak de la...sebab saya dah kerja kat Diamoney Airport Labuan. What-e-verlah apa pun alasan dia...Sejak dari hari tu, saya jadi pengunjung setia McDonalds setiap hari dengan membeli French Fries (Gosh!).

Oke.. kembali ke cerita asal. Saya tolong pasangan suami isteri tu tak lama atas sebab saya tak ada kad kesihatan. Belum ada kursus dalam penyediaan makanan dan saya nak ke Kota Kinabalu, Sabah. Macam biasa la, kalau dah terikat pada sesebuah company, kita susah nak bercuti, betul tak? Saya tak mahu cancel ke Kota Kinabalu hanya kerana saya kena bantu si suami isteri tu dan kakak saya. Saya yakin mereka boleh dapat orang yang lebih bagus dari saya yang mungkin memang tahu memasak masakan yang sangat sedap atau pantas dalam mengemas dapur or....pantas dalam menyediakan makanan. :) I am still learning...so mustahil lah dapat catch up semuanya.

Sepanjang saya di sana, saya dapat belajar macam-macam juga walaupun hanya sekejap (3 Minggu). Saya rasa seronok kat sana. Hari pertama di kantin SEMELA, saya hanya mengemas tanpa menyentuh makanan..menghantar pesanan makanan, mengutip sampah dan menjaga kaunter jualan.

Sebagai seorang anak emas di rumah, mengemas di dapur bukanlah hobi saya malah bukan rutin saya DAN bukan kesukaan saya. HAHAhaha! oke then, hari pertama memang terasa sakit pinggang. Non Stop! kesibukan yang melampau. Tapi ini lah yang saya cari. kesibukan melampau dan tidak membosankan. Masa ni saya rasa, WOW! GREAT! :) i love it...seronok tau dapat enjoy dengan apa yang kita buat even tak dapat duit yang banyak. (sebab kita tak buat dengan terpaksa - ikhlas)

Paling saya suka adalah menghantar pesanan makanan secepat yang mungkin. Kat situ saya belajar "GOOD SERVICE ikut permintaan atau kemahuan pelanggan" yang ni saya suka sebab saya jumpa orang. he he..boleh la beri senyuman sikit :)

Mengutip sampah? ini dilakukan selepas pelajar habis waktu rehat. Pergh! SAMPAH SARAP berterabur beb. Kat sini saya belajar satu perkara. PERASAAN SEORANG TUKANG SAPU ATAU CLEANER di luar sana yang mencari duit untuk sesuap nasi. Ternyata, mereka sangat tabah dan bersabar kan? Sila jaga kebersihan dan jangan membuang sampah merata. Walaupun ada yang berkata, ala...tu kan memang kerja cleaner, suka hati kita la nak buang kat mana-mana sampah ni. hey! saya rasa kalau macam tu, Malaysia perlu buat satu kuatkuasa undang-undang di mana mereka yang membuang sampah merata akan di saman! Kesian la makcik dan pakcik kat luar yang jadi cleaner tu ok...please...hormat la perasaan mereka.

Kemudian menjaga kaunter jualan. ITS MORE FUN sebab saya pernah jadi cashier yang lebih bagus dari kaunter kantin. hahaha.. its easy!! cuma bezanya, kantin sekolah tak ada sesiapa pun yang nak beratur macam kaunter kat shopping Complex. Kwang3x...

Tu baru hari pertama.. belum lagi hari kedua hingga lah hari terakhir. Saya kat SEMELA hanya 2 hari. Hari ketiga saya dihantar oleh pasangan suami isteri tu ke SK Sungai Lada. WahH!! kat SK Sungai Lada lebih membuat saya sangat gembira. Kenapa? Tengok budak sekolah rendah yang comel-comel belaka.. :) Gelagat mereka sangat comel! Saya suka sangat..

Ini budak yang sangat saya suka perati sepanjang di SK Sungai Lada :) TWIN. Yasin dan Yazid.


Kat SK Sungai Lada agak berbeza. Saya jumpa tukang masak yang sangat bertenang dan happy go lucky. Dia ajar saya sikit-sikit sambil dia memasak.. :)

Walaupun hanya 3 minggu, banyak yang belajar. Satu perkara yang saya hairan...kenapa gaji orang yang bekerja kat shopping kompleks yang tak sesibuk di kedai makan, tidak sepenat orang yang bekerja di dapur sebuah restoren lebih mahal dari gaji seorang yang bekerja di restoren biasa? Kenapa agak-agaknya macam tu?

Pekerja yang bekerja di sebuah restoren mengalami kepenatan 2 kali ganda daripada seorang yang bekerja di sebuah ofis dan hanya mengadap komputer. Sila beri saya sebab atau pendapat? hehe..

Boleh juga baca entri sebelum ni klik>>My January 2013 (Part 1)<<klik .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

4 Kata-kata Dari Teman:

ecca berkata...

boleh crita sikit pengalaman bkerja di diamoney lbn?hehe..mesti 100% talk in englsh jua ka?kira mau try bh krja dsna ni..

Sofinah Lamudin berkata...

Hai ecca...

1st, nak cakap thanks sebab jenguk blog biasa-biasa ni. hehe.

Untuk soalan Ecca, Diamoney tak perlu la "mesti" bercakap english. Tak lah 100% English. Tapi kalau tahu guna bahasa Inggeris, tu satu kelebihan la untuk layan customer omputeh. hehehehe.

Try la ... dapatkan pengalaman. FUN juga!! :D

ecca berkata...

Makasi sbb mjwb.. (*^^*) suka bca blog ni..mula2,search2 psl diamoney sj.trus msuk blog ni n bca entry2 yg lain dlm blog ni..thumbs up,sbb postf thinking n berani mcuba y bru..blh termotivasi bila bca2.hehe.. insyaallah,mhu try jg d sna..sbb,skg ni,mmg susah cri krja yg kena di hati.x blh memilih2..huhu..

Sofinah Lamudin berkata...

Betul tu Ecca. Lagipun Ecca boleh cari pengalaman baru ^_^

Terima kasih sebab sudi berkunjung ke sini dan baca2 entry.

Btw, Ecca ada blog tak ?

Kalau ada, bagi la link blog. Saya pun nak baca2 dan follow ^_^ hehe...