Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, April 19, 2013

Kenapa Awak? – Saya Pun Tak Tahu

Friday, April 19, 2013 0 Comments

Saya ada ramai kawan. Awak tahu tak tu?.. Saya boleh cari mereka di mana sahaja saya mahu. Saya tahu di mana mereka berada. Saya boleh tanya, mereka ada masa tak untuk keluar dengan saya. Borak kosong. Saja nak jumpa. Bosan lah duduk rumah. Lagipun awak tak ada sekarang. Kalau diorang tak free, saya boleh cari kawan yang lain. Ramai lagi kawan-kawan saya. Perempuan dan lelaki. Hensem dan cantik-cantik. Ada yang kelakar dan ada juga yang banyak ilmu. Mesti seronok jumpa diorang kan awak?

Saya memang ada ramai kawan.Saya tak tipu. Saya boleh sms diorang kalau saya mahu. Untuk apa? suka-suka SMS. Dulu saya selalu buat. Nak borak sebab saya bosanlah kat rumah. Saya nak borak-borak dengan diorang. Lama dah sunyi sepi tak dengar berita. Saya minta maaf sebab saya sangat sibuk sampai lupa nak kontek kawan-kawan. Sibuk sangat dengan awak. Saya lebih sibuk dengan awak berbanding diorang.

Saya seorang yang gila internet juga.Mesti awak dah tau kan? Saya boleh chatting dengan sesiapa sahaja yang saya suka kalau saya nak. Tak kiralah lelaki atau perempuan, tua atau muda sebab saya sangat suka berkawan dan jumpa kawan baru. Dah lama tak buat macam tu sebab saya ada awak. Mestilah saya chat dengan awak.

Saya juga ada keluarga. Ada ayah. Ayah suka tengok movie. Saya boleh tengok movie dengan ayah mesti ayah gembira sebab dah lama saya tak luang masa dengan ayah.Asyik luang masa dengan awak je. Macam tu juga mak. Saya boleh tolong-tolong mak. Dah lama saya tak kacau-kacau mak. Asyik kacau awak je. Saya ada anak-anak buah. Comel-comel dan nakal macam saya. So, saya boleh lah main dengan diorang dan buli diorang! Macam saya buli awak selalu tu. haha! Kan saya selalu buli awak kan? Awak tau tak muka awak jadi comel bila saya buli awak? Saya suka sangat sampai rasa tak nak berhenti buli awak. Saya terhibur sangat. :) Saya juga ada kakak, kakak saya baik hati. Selalu ada topik untuk borak dengan saya tapi saya selalu malas nak borak dengan dia sebab saya rajin borak dengan awak.

Saya ada banyak perkara. Ada macam-macam. Kawan, Keluarga, Kemudahan dan sebagainya. Tapi semua tu hampir terabai kerana saya ada awak. Saya lebih cenderung untuk awak.

Saya suka buat apa sahaja dengan awak berbanding orang lain.
Saya lebih gembira kalau borak dengan awak berbanding dengan orang lain.
Saya lebih suka cerita dan bagitahu macam-macam perkara dengan awak berbanding orang lain.

Walaupun kadang-kadang cerita saya sama sahaja, tapi saya lebih suka cakap dengan awak.
Bukan saya tidak suka orang lain tapi awak lebih disukai oleh saya berbanding yang lain.

Saya tau ada ramai kat luar sana nak dengar cerita saya tapi saya nak awak yang dengar dulu.

Jadi, bila awak tak ada, saya tercari-cari awak walaupun, orang lain ada depan mata saya. Malah mereka lebih banyak masa dan perkara boleh kongsi bersama saya. Saya bagaimana pula awak? Kenapa macam tu awak? Kenapa mesti awak yang saya cari? Awak hanya seorang. Mereka ramai. Tapi bila awak tak ada, saya rasa macam semua orang tak ada. Kenapa? - Saya tak tahu.

With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin πŸ’‹

Anggap Sahaja Perasaan Itu Adalah Terlalu Biasa

Friday, April 19, 2013 0 Comments
"Kerana ku selalu mengulang perkataan itu terlalu kerap - akhirnya kamu bosan ada aku"

Rindu;
Itu adalah perasaan yang biasa.
Dan tiada maknanya bagiku.
Perasaan itu hanya biasa.
Jika ia luar biasa; ia pasti menyakitkan!
Maka, lupakan.
Biarkan seperti boneka.
Boneka yang tiada suatu rasa,
Yang dipanggil - PERASAAN.

Jangan mengharap terlalu banyak dengan orang lain.
Orang lain yang ada disekeliling kita.
Apatah lagi yang belum pasti apa dia suatu hari nanti.
Kerana; Kamu perlu tahu!
Ia akan membunuh kamu secara senyap-senyap.
Kenapa? Kerana bila dia pergi,
Dia masih mampu hidup tanpa kamu!
Jadi kamu juga perlu seperti itu.

Jangan meletakkan semangat kita seperti itu.
Iaitu kepada orang lain; Sesiapa sahaja.
Kekasih? Sahabat? Ya Sesiapa sahaja!
Kerana semangat itu akan hilang!
BERSAMA orang itu; jika dia pergi.
Namun, kau perlu tahu - Dia akan terus bersemangat!
Kerana dia tetap ada sesuatu yang lain bila kamu tiada.
Maka, kamu perlu cari gantiannya jika dia tiada.

BERHENTI MENUNGGU!
Menunggu itu sakit dan membosankan.

Pergilah bergembira ketika dia tiada. Bergembira juga bila dia ada. Jika rindu, buang sahaja jauh-jauh dan anggap perasaan itu hanya perasaan biasa. HANYA BIASA dan TIDAK BERMAKNA!

Teruslah merasakan perasaan itu;
JIKA MAHU MERASA SAKIT
Saat dia tidak tahu menghargai
RINDU kamu.

HENTIKAN saja.
Kerana kamu seorang yang lemah!
Terlalu lemah.

Maka; ku hentikan mengulanginya agar kau ada ruang tanpaku dan perkataan itu.

With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Kerana suatu kebiasaan

Friday, April 19, 2013 0 Comments


Itu satu kebiasaan yang sudah sebati dalam diri. Aku masih ingat lagi ketika aku berada dalam ‘kotak’ itu.Di mana ia yang membiasakan aku dalam keadaan sibuk; bersama rakan lain.Bergelaktawa, bergurau senda dan cerita apa adanya.Di mana-mana pun - Di sini ada dia, di sana juga ada dia. Di sini menempiaskan kemarahan, terjerat dalam kesibukan, tidak mahu diganggu fikiran, YA! aku akan ke sana. Jika di sana tidak sanggup untuk melayan telatahku, aku akan ke sini. Bila ke sini dan ke sana tiada juga sudi, aku akan pergi ke tempat yang ada mereka yang lain dan aku akan tidak merasa kekosongan. Aku seperti melompat-lompat keriangan. Sentiasa ada yang menggantikan perasaan hitam menjadi putih. Di mana dan apapun, aku akan tersenyum sendirian.Ada sahaja yang akan menyentuh perasaan sendiri tanpa ku minta. Mataku bersinar dengan apa yang aku lihat; gelagat manusia. Ragam kanak-kanak kecil. Juga telatah warga emas. Ia sesuatu yang indah – seni atau keunikan barangan yang ada di depan mata. Pemandangan yang indah ada di mana-mana. Senyuman terukir sepanjang masa. Keceriaan hati; selamanya.

Terasa indah tatkala mereka merasa hilang bila ku tiada. Terasa bahagia kerana aku begitu istimewa. Begitu di cari; Harapan, anak emas, kesayangan. Kecomelan, keceriaan, telatah, gelagat dan kebudakan ku itu tidak terkira uniknya. Merinduiku itu dapat dirasai kesannya. Semua tentang aku – aku pasti! Mereka sukakannya.

Apa sahaja, hanya aku ada di dalam fikiran mereka. Hanya aku di dalam hati mereka. Pandangan mereka itu tersemai dengan harapan aku bisa membantu. Yang pasti dan sungguh pasti sekali; AKU akan MEMBANTU hingga BOLEH selesai. Tidak semua; separuh kira berbaloi bagiku. Mereka begitu bermakna dalam hidupku tika itu.Aku tidak mahu kesedihan wujud disanubari mereka. Tidak mahu mengecilkan hati dan apatah lagi menyinggung perasaan. Semuanya kerana; aku sayang mereka yang ada disekelilingku.

Kerana suatu kebiasaan, aku menjadi goyah dan rebah apabila salah satu mereka hilang. Menghilangkan dirinya mereka entah ke mana jalan yang mereka lalui.Ya! Mereka hilang satu demi satu. Dugaan menguji kedewasaanku yang semakin membuang dunia remajaku. Kecewa? ya! Mereka sudah tiada dan meninggalkanku. Sibuk dengan haluan yang menyedihkan. Hingga yang tinggal; DIA. Dia yang ku sangka akan pulihkan rasa sedihku tatkala mereka pergi kerana dia. Malangnya tidak sama sekali; Tidak pernah selari dengan pemikiranku. Aku bertambah luka. Sakit, pedih.

Dan...kerana suatu kebiasaan itu, aku tercari-cari akan suasana sebegitu di luar ‘kotak’ . Mungkin ada yang lebih baik yang bisa menggantikan.Agar aku kembali tersenyum. Gembira. Agar aku menjadi yang dulu; Setia, amanah, ikhlas dan disayangi. Gembira kerana ku menemui satu kebahagiaan di masa hadapan. Senyuman dan keceriaan itu terserlah kembali dengan kehadiran suasana, dan mereka yang baru. Baru hadir dalam hidupku. Namun, sungguh ku katakan itu bukannya mudah. Sikap manjaku yang keterlaluan tidak mampu ku jadikan pendorong menjadi hebat seperti berada di dalam ‘kotak’ di mana yang membiasakan aku dalam keadaan sibuk itu. Aku masih di sini. Di tengah lautan mencari daratan. Aku masih disini. Di awang-awangan. Aku masih di sini, di hadapan dua persimpangan. Aku masih di sini. ANTARA PERCAYA ATAU TIDAK dengan perasaan sendiri, minda sendiri dan kerana suatu kebiasaan itu, aku masih tidak mampu pergi daripada menunggu bersama bayang-bayangku sendiri.

Saat aku dilema dan tenggelam dalam dunia sendiri, tenggelam dalam ruangan maya dan perasaan yang berkocak; HADIRNYA KAMU kini MENGUBAH suatu kebiasaan itu. Suatu kebiasaan yang terubah menjadi biasa denganmu. Biasa ada kamu dan di mana jua adalah kerana kamu. Kerana suatu kebiasaan; tanpa kamu aku menjadi begini.

Kerana suatu kebiasaan, kebiasaan yang terlalu sebati dalam kalbu dan jiwa. Apakah akan terjadi kepada hati ini jika kamu tiba-tiba lesap? Apakah akan terjadi kepada perasaan yang sebati ini jika kamu berpaling?

Mungkin hati itu akan mati.
Pandangan itu akan hitam; kelam.
Perasaan itu akan pergi; menyepi.

Tiada sesiapa pun yang akan temui warna warni di dalamnya lagi.

With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .