SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 19 April 2013

Kerana suatu kebiasaan



Itu satu kebiasaan yang sudah sebati dalam diri. Aku masih ingat lagi ketika aku berada dalam ‘kotak’ itu.Di mana ia yang membiasakan aku dalam keadaan sibuk; bersama rakan lain.Bergelaktawa, bergurau senda dan cerita apa adanya.Di mana-mana pun - Di sini ada dia, di sana juga ada dia. Di sini menempiaskan kemarahan, terjerat dalam kesibukan, tidak mahu diganggu fikiran, YA! aku akan ke sana. Jika di sana tidak sanggup untuk melayan telatahku, aku akan ke sini. Bila ke sini dan ke sana tiada juga sudi, aku akan pergi ke tempat yang ada mereka yang lain dan aku akan tidak merasa kekosongan. Aku seperti melompat-lompat keriangan. Sentiasa ada yang menggantikan perasaan hitam menjadi putih. Di mana dan apapun, aku akan tersenyum sendirian.Ada sahaja yang akan menyentuh perasaan sendiri tanpa ku minta. Mataku bersinar dengan apa yang aku lihat; gelagat manusia. Ragam kanak-kanak kecil. Juga telatah warga emas. Ia sesuatu yang indah – seni atau keunikan barangan yang ada di depan mata. Pemandangan yang indah ada di mana-mana. Senyuman terukir sepanjang masa. Keceriaan hati; selamanya.

Terasa indah tatkala mereka merasa hilang bila ku tiada. Terasa bahagia kerana aku begitu istimewa. Begitu di cari; Harapan, anak emas, kesayangan. Kecomelan, keceriaan, telatah, gelagat dan kebudakan ku itu tidak terkira uniknya. Merinduiku itu dapat dirasai kesannya. Semua tentang aku – aku pasti! Mereka sukakannya.

Apa sahaja, hanya aku ada di dalam fikiran mereka. Hanya aku di dalam hati mereka. Pandangan mereka itu tersemai dengan harapan aku bisa membantu. Yang pasti dan sungguh pasti sekali; AKU akan MEMBANTU hingga BOLEH selesai. Tidak semua; separuh kira berbaloi bagiku. Mereka begitu bermakna dalam hidupku tika itu.Aku tidak mahu kesedihan wujud disanubari mereka. Tidak mahu mengecilkan hati dan apatah lagi menyinggung perasaan. Semuanya kerana; aku sayang mereka yang ada disekelilingku.

Kerana suatu kebiasaan, aku menjadi goyah dan rebah apabila salah satu mereka hilang. Menghilangkan dirinya mereka entah ke mana jalan yang mereka lalui.Ya! Mereka hilang satu demi satu. Dugaan menguji kedewasaanku yang semakin membuang dunia remajaku. Kecewa? ya! Mereka sudah tiada dan meninggalkanku. Sibuk dengan haluan yang menyedihkan. Hingga yang tinggal; DIA. Dia yang ku sangka akan pulihkan rasa sedihku tatkala mereka pergi kerana dia. Malangnya tidak sama sekali; Tidak pernah selari dengan pemikiranku. Aku bertambah luka. Sakit, pedih.

Dan...kerana suatu kebiasaan itu, aku tercari-cari akan suasana sebegitu di luar ‘kotak’ . Mungkin ada yang lebih baik yang bisa menggantikan.Agar aku kembali tersenyum. Gembira. Agar aku menjadi yang dulu; Setia, amanah, ikhlas dan disayangi. Gembira kerana ku menemui satu kebahagiaan di masa hadapan. Senyuman dan keceriaan itu terserlah kembali dengan kehadiran suasana, dan mereka yang baru. Baru hadir dalam hidupku. Namun, sungguh ku katakan itu bukannya mudah. Sikap manjaku yang keterlaluan tidak mampu ku jadikan pendorong menjadi hebat seperti berada di dalam ‘kotak’ di mana yang membiasakan aku dalam keadaan sibuk itu. Aku masih di sini. Di tengah lautan mencari daratan. Aku masih disini. Di awang-awangan. Aku masih di sini, di hadapan dua persimpangan. Aku masih di sini. ANTARA PERCAYA ATAU TIDAK dengan perasaan sendiri, minda sendiri dan kerana suatu kebiasaan itu, aku masih tidak mampu pergi daripada menunggu bersama bayang-bayangku sendiri.

Saat aku dilema dan tenggelam dalam dunia sendiri, tenggelam dalam ruangan maya dan perasaan yang berkocak; HADIRNYA KAMU kini MENGUBAH suatu kebiasaan itu. Suatu kebiasaan yang terubah menjadi biasa denganmu. Biasa ada kamu dan di mana jua adalah kerana kamu. Kerana suatu kebiasaan; tanpa kamu aku menjadi begini.

Kerana suatu kebiasaan, kebiasaan yang terlalu sebati dalam kalbu dan jiwa. Apakah akan terjadi kepada hati ini jika kamu tiba-tiba lesap? Apakah akan terjadi kepada perasaan yang sebati ini jika kamu berpaling?

Mungkin hati itu akan mati.
Pandangan itu akan hitam; kelam.
Perasaan itu akan pergi; menyepi.

Tiada sesiapa pun yang akan temui warna warni di dalamnya lagi.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: