Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, June 24, 2013

Art Borneo Festival, Labuan FT, 22 hingga 23 June 2013

Assalammualaikum Readers Dan Bloggers,

Sekarang musim Art Borneo kat Wilayah Persekutuan Labuan. Musim but tak demam sangat la..Cuaca panas dan jerebu mungkin salah satu sebab tak berapa nak hidup event ni kan? huhu.. Btw, saya tetap support Art Borneo untuk Labuan! Hehe.

First day dah pakai baju Art Borneo. YeahHH!
Saya dan Encik tunang spend time untuk event ni. Walaupun kitorang tak lah aktif dengan mengikuti pertandingan atau apa-apapun pertandingan, we support dari belakang saja la.. heheHEhe..

Ada seorang pelukis, i dont know dari mana datangnya dia, terer melukis potret but, tak ada rezeki pula nak dapatkan potret saya bersama Encik Tunang. Masa datang kat kaunter dia semalam (Ahad - 23 June 2013), dia tak ada kat sana. huhu..x apa lah.. saya lukis sendiri saja la.. kwang3 :p

Ada juga rasa agak terkilan bila ada seminar fotografi dan saya terlepas untuk mengikutinya. Bukan rezeki lah kot. Apa-apapun, saya tetap Enjoyed!! Tambah-tambah dapat spend my time dengan Encik Tunang kat event favourite. yeahHH!! :)

Pada 22 June 2013 - My Mohd Nasyit meninggalkan jejak kat pameran fotografi. Jom Autograph!! :D

Me Too! Tak nak ketinggalan untuk autograph...Ramai juga yang dah bagi autograph!! :D

Mohd Nasyit dan Sofie :) LOVE.
Dalam pameran fotografi tu, ada beberapa hasil seni fotografer warga Labuan yang berbakat. Menggunakan Kamera DSLR of coz!! uh jelesnyer.. hehehehe.. Semart juga gambar-gambar diorang. But, sikit sangat la... pamerkan la banyak-banyak lagi foto tuu.. haha.. lagi banyak lagi cantik!!! Ada satu sudut tu, diletakkan buku-buku atau folio hasil fotografer dari luar Labuan dan Labuan. Yang sempat saya belek-belek adalah buku seorang fotografer nama ABC (Chinese name yang disingkatkan). Foto-foto dia unik.. dia bukukan semua hasil foto dia dengan tema hitam putih. Sesuai dengan "MALAM" . Kenapa malam? Diceritakan oleh Mr. Kelvin (Orang yang bertugas kat pameran tu) - ABC mengalami kesukaran untuk tidur malam. Apa yang dia buat is...dengan keluar dan mengambil foto kat tempat-tempat area Singapore tu pada waktu malam. Dia melakukan perkara tu selama 3 tahun (2010 hingga 2012), setiap malam! Paling best, dia hanya mengambil foto-foto tu dengan menggunakan IPhone 2G nya. Bukan Kamera DSLR. Biasanya, saya dengar fotografer akan menggunakan DSLR, dia tak.. so,its very unique i guess :)

Encik Tunang saya! :)

Lepak-ing sekejap selepas dari Pameran Fotografi...
Mr. Kelvin juga salah seorang yang minat dalam bidang fotografi. Kat sudut buku dan folio tu, ada juga hasil seni dia. Boleh tahan!

Satu buku lagi yang saya buka, adalah hasil daripada seorang fotografer dari...errr... erm... tak ingat.. but Luar Malaysia (Orang Inggeris - Perempuan) Yang pernah tinggal kat tempat orang sakit jiwa. Bayangkan penceritaan dalam foto dia berkisar macam mana? pelik, unik but true!

Malam 22 June 2013, Nasional FM datang untuk konsert gegar... but.. dalam jam 8.30pm or 9.00pm macam tu kot, saya dan Encik Tunang pulang rumah. Hmm.. malam tu agak sunyi dan macam ada yang kurang kat event tu..

Then,

Kami sambung semula esok harinya (23 June 2013). BEST!!! Ada pertandingan MELUKIS WAJAH, KRAFTANGAN dan MEMASAK.


Gambar kat atas adalah 6 orang peserta Face Painting. Ada lagi yang lain but ini yang sempat saya "shoot" . Rasanya mana satu yang menang jika hanya ini sahaja pesertanya? haha... Menakutkan pun ada juga kan?

Adik chinese yang cute!!

Geng hantu!
Encik Tunang kata, adik yang muka putih, gigi menyeringai tu macam real!! Hahaha.. seyes la tengok kat tepi pun dah menakutkan. Bayangkan kalau dia guna baju yang sesuai. Malam-malam, tak payah la keluarkan suara pun, orang tengok pun dah lari :p



Adik ni, mak dia yang lukis muka dia ni.. perghh! kreatip sungguh! ...saya nampak, dia saja yang guna type colour yang betul iaitu "Body Painting Colour" .. yang lain sumer guna "Poster Colour" ... Thats y, adik muka biru ni, kemas! Kaler dia memang untuk body painting.

Okelah. saya tak nak ketinggalan untuk masuk dalam foto okeh! hahaha...feeling excited this time.. agaknya kalau saya yang lukis muka orang menjadi tak uh?? -_-"

Terfikir satu idea nak pinjam muka Encik Tunang buat demo face painting. Hahahaha.. boleh ke tak Encik Tunang? :p

Oke then, ada pertandingan memasak dan kraftangan...

Buah hati saya ni memang suka bab masak-masak!! :)

Sedang menghakimi hasil kraftangan peserta...

Fesyen baju dengan menggunakan daun...

Unique!
Disebabkan cuaca sangat panas, saya dan Encik Tunang mengambil kesempatan berehat di tempat sejuk, Ujana Kewangan...

L.O.V.E Him so much!
Pada waktu malam, ada pertandingan "Finalis Bintang Remaja Labuan FM" kat tempat di mana berlangsungnya Art Borneo tersebut. Ada artis jemputan, Hyper X (Penyanyi lagu "Harapan") dan Radhi OAG (Penyanyi lagu "Akustatik"). Seronok juga tengok hiburan macam ni sekali sekala di hujung minggu. Ada penari budak-budak kecik yang menghiburkan dan FLEXIBLE CREW boleh tahan tarian! Thumb Up!





Saya dan Encik Tunang adalah antara orang yang terawal sampai. So, Kami dapat tempat kat depan pentas. Memula tak ramai orang pun. Sedar tak sedar, bila saya tengok belakang, RAMAInya MANUSIA!!!

Saya sangat Happy dan Enjoyed!! Sebab...Ada Encik Tunang bersama saya :)



Love You....
So...much!!....

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.