SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 21 Jun 2013

Blog Challenge - Day 01 : A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Assalammualaikum Readers dan Bloggers :)

You all macam mana? dah start buat challenge ni tak? Saya nak start hari ni. Hehe..Dari tajuk kat atas, "A recent picture of you" . Ok!


Hah!  gambar saya kat atas ni kira yang terbaru la tu.. hehe..Hari Selasa lepas. Then, "15 interesting facts about yourself" . Sound like kita kena cari kelebihan kita sendiri pula kan? susah nak cakap sendiri kelebihan sendiri. Kalau kelemahan tu boleh lah nak senarai banyak-banyak kan..

Apa pun, semua manusia sebenarnya ada kelebihan masing-masing. Pernah tak baca buku kaunseling atau buku motivasi yang buka minda dan membuat kan kita nampak something dalam diri kita masing-masing? Saya suka buku jenis macam tu untuk melihat kelebihan dan kekurangan diri sendiri supaya saya boleh baiki mana yang patut dibaiki. Yang part kelebihan tu pula, bukan untuk dibangga-banggakan dengan cara tak betul. Tapi untuk kita gunakan kepada yang baik-baik sahaja. INGAT! kelebihan yang kita ada adalah anugerah Tuhan. Allah bagi bila dia nak bagi.. bila dia nak tarik balik pun bila-bila masa juga. Bersyukur apa adanya :) Alhamdulillah...

15 Interesting Facts About Myself

SATU : I Love my MOM and DAD.
DUA : I WILL love my husband seperti apa yang sepatutnya seorang isteri lakukan menurut Islam jika saya sudah menjadi isteri.
TIGA : Sering mahu membaiki kekurangan.
EMPAT : Saya suka berkawan especially orang yang muda atau yang lebih tua daripada saya.
LIMA : Kreatif (Melukis, Kad, etc).
ENAM : Disenangi/disukai ramai (Macam perasan pula).
TUJUH : Saya tahu menghargai sesuatu terutamanya sesuatu yang bukan senang nak dapat.
LAPAN : Boleh menulis sesuatu seperti cerpen atau novel atau puisi.
SEMBILAN : Ulat buku.
SEPULUH : Boleh buat sesuatu yang berfaedah melalui internet.
SEBELAS : Cepat belajar tentang sesuatu even tak minat kecuali saya yang tak nak belajar benda tu.
DUABELAS : Saya tidak suka melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua terutamanya kesilapan besar/berat.
TIGABELAS : Suka membuat koleksi gambar.
EMPATBELAS : Terus akan mengingati seseorang yang pernah memberi 'makna' , jasa dan nasihat yang baik.
LIMABELAS : Suka mengambil pengajaran daripada pengalaman sendiri dan orang lain.

Susah nak senarai sampai 15. Apapun, yang baik datang dari Allah..Yang tak baik datang dari saya sendiri. In Shaa Allah yang terbaik untuk kita semua. Amin.

Bersyukur dan gunakan kelebihan untuk kebaikan. Jangan terlalu lihat kekurangan dan kelemahan orang lain kerana kita ada kelemahan yang mungkin lebih banyak berbanding mereka namun kita tidak nampak.

Wallahualam.

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: