Follow Instagram @sofinahlamudin

Saturday, June 15, 2013

Menggamit Memori Melalui Facebook Timeline

Assalammualaikum Bloggers dan Readers...

Aktiviti hari sabtu kali ni tiada yang menarik. Ia berjalan seperti biasa. Petang ni, dan sememangnya dari semalam, saya dok kusyuk men-scroll down aktiviti saya yang lepas-lepas kat timeline facebook. Syok juga kan FB ni.. Biasanya, saya ni malas nak scroll down timeline FB ni.. lambat loading but this time my mood baik pula.. rajinnnn je.. haha!

Before nak teruskan story, saya nak cakap dulu bahawa..Masa lampau adalah hanya kenangan bukan peringatan. Kenangan hanya untuk dikenang bukan diingat-ingat. Thats mean kan, take la pegajaran yang positif daripadanya. Buang yang negatif dan jika ada kisah silam yang menyakitkan, sila buang "Beg Hitam" tersebut agar kita dapat terus bergerak ke hadapan dengan jayanya! EwahH!

Apa itu beg hitam? Sila >>klik sini<< untuk baca. Kisah beg hitam adalah lebih kurang dengan cerita "Saturday Evening Post" . Sila >>klik sini<< untuk baca.

oke! lets start my story about scrolling down my Facebook Timeline. Haha. Btw, terus terang status saya dahulu memang banyak merepek meraban. Kadang-kadang saya baca pun saya tergelak sendiri. Terhibur pula.. kwang3x.. Al maklumlah.. masa tu time muda-muda lagi.. banyak angan-angan , banyak andaian, banyak main, banyak cerita tentang kawan..sekolah..etc.. hehe..Kadang-kadang macam nak muntah juga! Geli pula. Hahaha!

2009

1st thing, saya terkejut bila jumpa post ini kat facebook :


Nora Wanie. She is my kakak angkat masa form 5 (tahun 2007). Hubungan kitorang rapat sampai tahun 2008. kot? seyes dah tak ingat. huhu.Tapi memang rapat gila.. Well, dia seorang guru..rebutan pelajar laa..apa tak nya..jiwa dia muda beb! Jiwa remaja...! Pergh. Apapun, sekarang saya tak sure la apa status we all ni.. dah lama tak contact. Lagipun, segalanya sudah berubah.

"Budak Kecik" tu lah nama yang dia guna untuk panggil saya masa tu. Banyak gift dia bagi untuk saya masa tu. :) Adik kesayangan la masa tu kot. Terima kasih sebab pernah ada untuk saya knoa.

2010


9Hours left! Read read READ!! - aduh! nampak sangatlah dok study last minit masa study tingkatan enam dulu.. hahahaha!



SOFINAHPHOTOGRAFHER SUKEONLINESAMPAIPAGI - Panjang gila babasnya nama Facebook saya dulu kan? OMG!
Ni lah pengaruh satu group yang dipanggil adik beradik "Suke" . Masa tu, this group sangat fofular hingga beribu-ribu dan bukan setakat Sabah sahaja bahkan orang semenanjung pun sama juga ada yang join group ni. hehe.



VahH!! status saya dulu banyak tulisan macam ni.. cakap cina... sekarang? ntah! saya pun tak faham apa yang saya cakap kat status di atas tersebut.. hahaha! Masa ni, saya sedang sibuk dengan kawan-kawan bangsa cina.. seronok masa tu.. enjoy dengan diorang. Spoting dan baik-baik je semua. :) Sekarang mereka semua dah jauh.. buat hal masing-masing.. masa ni we all bekerja together..



Korang still ingat lagi tak pasal game ni? CW = Cafe World? Masa ni saya memang obses dengan game ni siap ada buku, target, tahu kawan mana yang aktif, ada senarai nama kawan-kawan online yang main this game...tak kiralah orang Malaysia atau antarabangsa.. we all kerjasama nak naik level kat game ni.. wakaka... saya tidak tidur malam hanya kerana main ni game.Samapi 4 pagi pun tak kisah.. Dahsyat! -_-


Status ni agak FRUST sikit nampak gayanya.. hahahaha! Nampak sangat macam orang sedang give up.. well, saya saja yang tahu apa dah jadi pada tahun tersebut dan saya sememangnya membuka lembaran baru setelah tamatnya tahun 2010. Dah sesungguhnya..apa yang kita rancang tak selalunya berhasil seperti yang kita mahu. Malah, 2011 saya mendapat sesuatu yang lebih menyakitkan :( Apa pun, itu lah yang mengajar saya banyak perkara dan menjadikan saya yang sekarang :) Tuhan lebih tahu kan. Syukur Alhamdulillah.


Terjumpa pula komen dengan seorang kawan ni.. hehe.. apa yang saya rencanakan pada ketika itu?? Hahaha... Dah lupa dah. dan...semestinya itu sungguh nakal kan? (Tak baik tau macam ni! huhu).

2011





"SOFINAH LAMUDIN PUNCA UTAMA" arrrrrgggghhh! kenyataan yang sangat B*do do do d*h!!!!! Saya hanya mampu mengatakan ini sebagai "Buli" di tempat kerja oleh manusia yang sangat tidak bertanggungjawab :( . Dia treat me like STAR for dia punya SUN. Faham tak? Tikam belakang or.. makan kawan or.. etc la...dah dapat, buang la ke longkang. Sumething like that laa...okeh! Beginilah berakhirnya 2011 saya... 2010 tak ada hasil apatah lagi 2011.. macam biasa, ada hikmah di sebalik semuanya.. Tuhan itu maha tahu untuk kita. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, ini lah beg hitam yang saya tak nak bawa ke mana-mana :) no no no...

Maka, akibat 2011, jadilah saya yang 2012... haha.. 2012 tu, sesuatu yang tidak masuk akal ada..yang masuk akal pun ada juga masa tu. Tapi dah terjadi. dan sudah pun lepas dengan semua dugaan dan ujian. Alhamdulillah, now, saya dah terubat :) Lebih tenang, bahagia, gembira dan kaya "Hati" In Shaa Allah.

2012



Status di atas kelihatannya saya begitu berseri-seri.. hehe.. sedang membuka lembaran baru tahun 2012 la katakan.. :)






Tahun 2012 adalah tahun..tahun..paling banyak pembelajaran baru. :) Bermulalah saya dalam dunia MLM. Banyak perkara saya belajar... A LOT!. Dari tentang impian, tentang diri sendiri, tentang hidup, menghargai, positif, buat baik, semangat, tentang orang lain...etc...banyak sangat la..

Tahun 2012 adalah tahun di mana saya kenal dengan dua orang mentor bernama Mel dan Acin. :) Thanks. Tiada kata yang boleh diungkapkan melainkan terima kasih. Mereka banyak membantu dalam mematangkan fikiran saya yang kecil ni :)


Tahun 2012 ni saya belajar tentang penyesalan dari kesilapan. I will make sure kesilapan akan berlaku hanya sekali! Merasa menyesal tu bukan satu perasaan yang seronok you all.. seriusly menyakitkan! ...paling menyakitkan adalah kesilapan pada bulan ogos i guess, tak berapa ingat bulan apa but dalam bulan itu lah kiranya.



Tidak semuanya indah even saya kata tahun ini tahun meaning but...always remember untuk ambil pengajaran kan. Pertukaran imej yang mendadak dalam hidup saya pada ketika itu adalah KESILAPAN BESAR! dan banyak yang kucar kacir juga actually especially pada bulan 5 hingga 8.. hahahaha! and Alhamdulillah.. sekarang sudah kembali kepada asal. lega~


"May be I will never be who i was before...May be I don't even know her anymore" - lihat sejauh mana saya hilang dalam diri sendiri? hehe...Alhamdulillah sekarang sudah pulih.


Haha. Tak sangka dapat ON AIR kat Labuan FM lagi bersama DJ Rul pada tahun 2012 :)


Then, Saya terjumpa post ni.. wahH! Miss her!...rindu dia dan "F" boys anak-anak kak idah...

Terlalu banyak story bila tengok timeline Facebook. Setiap apa yang di tulis d status kadang-kadang membuatkan kita faham keadaan  kita pada masa tersebut. But sometime.. oh annoyingnye.. hahahahaha!

Dan yang pasti tahun 2012 adalah tahun bertemu dengan someone SPECIAL in my life!! iaitu......


Mr.Nazz

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

2 comments:

  1. hehe.. apa yang suwiiit ti NIL? hehe..kawen? hehe.. lama lagi akak kawen :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.