Follow Instagram @sofinahlamudin

Tuesday, June 25, 2013

Warisan Sejarah Terowong Bekas Arang Batu Tanjung Kubong,Labuan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Dua hari lepas, saya dan Encik Tunang sempat singgah ke Tanjung Kubong sebelum pergi jogging di Taman Botanikal Labuan.Kat Tanjung Kubong terdapat Kawasan Terowong Bekas Arang Batu. Tempat tu dah agak semak dan terbiar.. but, still boleh ke sana untuk melihat secara dekat apa yang ada kat kawasan tu.


Terowong ini dulunya pernah menjadi tapak aktiviti perlombongan arang batu selama lebih dari setengah abad sejak dari tahun 1849 sehingga 1911. Rangkaian terowong bawah tanah yang luas ini adalah salah satu daripada mercu tanda sejarah penting, yang terdapat di Labuan. Dikendalikan oleh syarikat-syarikat British selama 64 tahun, dan semasa pentadbiran Pusat Borneo Baru, jalan keretapi sepanjang 8 batu telah dibina dari sini ke Pelabuhan Victoria untuk memudahkan eksport arang batu, menyebabkan operasi perlombongan arang batu berkembang pesat di sini. Walau bagaimanapun, satu rentetan kemalangan di lombong itu telah membawa kepada penutupannya pada 1911.

Terowong Ketujuh.
Pintu Masuk ke terowong. (Checkpoint pertama)
Checkpoint kedua.
Dah semak.
Hari ini, yang masih kekal di kawasan tersebut adalah lubang dan terowong yang digali lama dahulu, batu-bata lama dan kepingan landasan keretapi serta kabel berkarat bertaburan di atas tanah. Para pelawat boleh memasuki terowong yang rendah dengan bantuan tali pendek dan keluar di bahagian atas, namun begitu, pelawat harus berhati-hati. Di seberang jalan bersebelahan dengan serombong, adalah sebuah telaga tegak selebar 10 kaki dengan kedalaman kira-kira 100 kaki. Pintu masuk ke terowong-terowong lain, yang belum diterokai, boleh ditemui di bahagian bawah telaga. (Sumber)

Salah satu terowong (Terowong keempat) adalah terowong yang boleh di daki dan tembus ke atas. Terowong itu boleh didaki dengan menggunakan tali. Menurut kata Encik Tunang saya (Mohd Nasyit), semasa dia kecil dulu sudah pernah mendaki terowong itu dan terdapat banyak kelawar di dalam terowong tersebut bersama kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, sekarang tali itu sudah tidak ada. Tangga kayu yang diceritakan oleh Mohd Nasyit juga sudah tidak ada lagi.

Boleh lihat video ini juga :


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.