Follow Instagram @sofinahlamudin

Saturday, July 27, 2013

Bila ada hati nak couple dengan Mr.Ex-Bf semula - Parody

Ada al-kisah sepasang kekasih...

SEMASA COUPLE

Si perempuan selalu sangat nak minta putus..sampai ayat pun tahap nak terjatuh telinga kita dengar.

"CINTA PENUH DENGAN AIR MATA TAK PATUT BERSAMA" - Nak sangat putuskan hubungan.. Nak sangat lelaki lain yang hebat pada mata dia di luar sana.



Bila dah buat salah besar, Si lelaki tetap terima tapi entah kenapa agaknya si perempuan ni semakin gila.

PATAHKAN SIM CARD, BUANG CINCIN PEMBERIAN SI LELAKI DALAM LUBANG JAMBAN, BAKAR HADIAH DARI SI LELAKI...Nak sangat dia putus...

Si lelaki tetap bertahan.

Tiba-tiba, Si perempuan menghilangkan diri. Lesap! Ingat dah mati. haha, rupanya hidup lagi...Laa menghilang berbulan-bulan.. si lelaki tunggu tak muncul-muncul. Selepas 6 bulan. Tak ada SMS, tak ada telefon dan sebagainya. Tak ada mesej dan pesanan.

SELEPAS PUTUS

Si lelaki menganggap tak ada jodoh, si lelaki bawa diri dan buka hati kat orang lain. Si lelaki nekad nak hidup dalam lembaran baru.

Tak ada angin dan ribut. Setelah berbulan-bulan dengan girlfriend baru, tiba-tiba si perempuan tu muncul semula. WHAT ??? Alasan hilang ? langsung tak logik dan tak boleh diguna pakai.

Si lelaki dah penat dengan perangai si perempuan itu dulu.. walaupun dah putus dengan girlfriend baru dia, tak ada jodoh, dia tetap tak cari balik si perempuan tu. LANGSUNG!!

Lama juga si lelaki hidup bahagia tanpa kekasih..yelah, buat apa nak ada girlfriend kalau menyusahkan je. Lebih bagus hidup seronok dan gembira bersama keluarga :)

Tapi.. entah kenapa si perempuan yang dulu nak sangat putus dan hilang tanpa pesanan. KINI gila mengharap diterima semula walaupun semasa si lelaki sudah mempunyai buah hati yang sangat layak untuknya.

GILA! hahahaha.

Pada suatu hari,
Di hari lahir si lelaki...Si perempuan menghantar ucapan.

"Selamat hari jadi. Dari EX-GF mu.."

uh ? Kenapa mesti ada signature, "dari ex-gf mu" kat hujung ? Geli geleman lah..



Di hari lahir yang lain pula,

"Hanya tuhan yang tahu ex aku yang mana satu akan kembali kepada aku.." hahahaha...tangan ke bahu, mata ke atas!



Ucapan hari lahir yang sungguh pelik bunyinya..wkakakaka!!

Mesej di hari-hari yang lain :

"Aku bersyukur sangat kita tak pernah terserempak kat sini.." kenapa pula tiba-tiba cakap terserempak ? Berharap la tu.. tapi guna ayat songsang. hahahahaha!

Menghantar gambar baju...baju baju baju.. minta pendapat mana satu sesuai untuk dia...kekekeke... ada juga perempuan macam ni kan ? Minta pendapat peribadi dengan boyfriend orang. Jelik dan geli je...Tak ada kawan perempuan ke nak minta pendapat tentang baju ? Tak pun, minta pendapat la kat lelaki yang dia suka atau boyfriend sendiri kan ? ops! lelaki yang dia suka ? hah! Sebab dia ada hati lagi kan ex-bf dia. sebab tu lah dia buat macam tu. Miahahaha!! Kesian...

Bila si lelaki pilih salah satu baju...si perempuan pun reply,

"Tolong bayarkan...tq.."



Seperti yang dia kata, SAH lagi membuktikan... "Aku ni, MATERIALISTIK DAN PENDENDAM" semasa mereka masih couple beberapa tahun yang lalu. hahahahaha!

Minta bayarkan bf orang ?? ciri-ciri perampas dan pisau cukur sungguh. Kenapa lah terdesak sangat minah-minah type gedik macam ni ?

Si perempuan benar-benar rajin skodeng atau jadi stalker kat facebook girlfriend si lelaki tu, sungguh dia tidak pernah tahu bahawa girlfriend si lelaki memang tahu dia sedang dilihat, diskodeng, di-stalk!..

Si perempuan terrkejut kononnya,

"Girlfriend kau kidal pula kan..." hahahaha... dia detect girldfriend ex boyfriend dia ada persamaan dengan dia. Jadi kenapa? Ada ke orang kisah? Jika luaran sama, tak semestinya hati sama.. hati lain-lain, even muka sama ke mirip ke, kalau dah tak match, tetap tak match!

Si perempuan selalu juga menghantar mesej bermula dengan bertanya khabar. Kemudian mencarut sendiri.. Ayooo! Kesian. Sungguh kesian. Lepas tu apa terjadi? Si lelaki buat bodoh dan delete mesej yang menggelikan tu..

Si perempuan sangat tidak sedar. girlfriend si lelaki sangat senang dengan tindakan dia. "Skodeng lah puas-puas...kehidupan kami yang bahagia dan tiada kesan pun dengan mesej-mesej yang kau hantar...kenapa tak hantar kat aku je direct?" kata girldfriend si lelaki sambil tergelak-gelak.. HAHAHA.

Kemudian,
Kehidupan si lelaki dengan kekasihnya semakin upgrade. Sudah tiba masanya untuk membuang semua cerita lama dan tamatkan lah ia. Mereka bersama-sama "membuang" kisah lalu dan salah satu tindakan mereka adalah "block person" kat Facebook.Block ex girlfriend dan ex boyfriend masing-masing.Kenapa? Mereka tidak penting sama sekali. hahahahaha... Mereka semua berada di belakang dalam dunia silam.

Tiba-tiba..ayat PERASAN keluar pula daripada si perempuan itu.. sudah di block, dia cari cara lain untuk menghantar mesej. Melalui kawan dia.

"Berhentilah hidup dalam bayang-bayang aku..."



Erk? Buah hati si lelaki merasa geli dan geleman dan nak termuntah pun ada dengan ayat PERASAN ex-girlfriend buah hatinya itu... HAHahahahaha.. Gelak sekejap.. hahahahaha. hahahahaha.. HAHAHahahaha...

Saya rasa, itu bukan gelak yang sekejap..tetapi gelak yang sangat lama...


Ho ?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!


Siapa mencari siapa sebenarnya ni ? "Sungguh perasan ex-girlfriend you ni darling...hihuhaaaa...dia yang tak boleh hidup bila u block dia..dia boleh kata macam tu ye? Tak sedar ye? hihuhaaaa..." , katanya slumber je.

Semakin si perempuan tu macam tu, semakin si lelaki dan buah hatinya yang sekarang ni TERTAWA dan TERTAWA...

Pengajaran : Hargai orang yang ada depan mata. Jangan bila dia dah tak nak kat kita baru menangis dan tercari-cari. Menyesal sekarang pendapatan.. menyesal kemudian you rasa lah sendiri. hee.. dan jangan mengharap perkara yang sudah terang-terangan jelas tidak boleh dimiliki lagi. Buka lah lembaran baru.

Penafian : Penulisan ini tidak ditujukan khas kepada sesiapa. Penulisan ini tercetus setelah melihat drama yang sangat seronok jadi bahan ketawa. Kepada yang terasa, saya tidak bertanggungjawab sama sekali, kerana saya mungkin tidak mengenali anda dan tidak pernah tahu pun cerita hidup anda. Chill bebeh.. jadikan sahaja cerita ini sebagai bahan pelajaran. Jangan jadi macam cerita kat atas kepada kita semua.Amin. Kalau terasa juga, mungkin apa yang saya tulis kat atas tu you pernah buat tak?

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.