Follow Instagram @sofinahlamudin

Tuesday, July 9, 2013

Blog Challenge - Day 18 : Plans/dreams/goals you have

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Korang berani tak tulis tentang Plans, Dreams, and Goals  yang korang ada kat blog korang? Challenge hari ni nampaknya berkenaan dengan IMPIAN.

Saya ada menulis impian saya sebelum ini juga.Memang ada yang tercapai..Yang tercapai tu salah satunya adalah BERTUNANG DENGAN ENCIK MOHD NASYIT SAYA..hehe.. Alhamdulillah. Syukur segalanya berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah.

Salah satu kelebihan menulis impian ni, walaupun tidak akan tercapai semua dalam senarai yang kita tulis, percaya atau tidak, sedikit sebanyak ia akan tercapai walaupun tak perfect. Maksudnya, berimpian besarlah, tidak tercapai 100% pun, tapi bila dapat 50% pun hati rasa bahagia juga kan? daripada tak ada langsung? Manakah pilihan? TIDAK ADA LANGSUNG atau ADA WALAUPUN TIDAK SAMA SEPERTI yang dibayangkan.

Menulis impian sebenarnya membuatkan minda separa sedar kita aktif. Tanpa disedari, kita akan berusaha untuk itu dan cenderung ke arah itu walaupun secara sedar kita lupa akan impian itu. Korang pasti akan terkejut bila, sesuatu berlaku tanpa diduga dan korang teringat itu salah satu impian yang pernah korang tulis dulu.

Selain itu,pengajaran yang saya belajar juga adalah, kita menulis impian tidak semestinya benda itu MESTI TERCAPAI! kerana kadang-kadang kita perlu FLEXIBLE. Mungkin sekarang belum sampai masanya. Nanti akan sampai waktunya. atau....Mungkin sekarang kita belum perlukannya.



Saya terus terang, kadang-kadang saya pun pandai bingung dan mengalami konflik diri apabila apa yang saya nak tu tak tercapai. Tapi syukur lah masalah konflik diri yang seperti itu sudah semakin pudar dalam diri saya. Tak perlu risau jika apa yang kita nak, tak dapat. Mungkin semua tu bukan keperluan atau belum diperlukan. Bila tidak tercapai, bersyukur kepada Allah kerana, kita masih ada sesuatu yang kita miliki. Kena ingat apa yang kita ada sekarang bukan semua orang ada. Hargai lah. Hargailah selagi Allah masih meminjamkannya untuk kita.

Apalah sangat dengan sesuatu yang kita belum miliki itu? kenapa perlu tertekan? benda itu belum milik kita kenapa perlu fokus itu? Fokuslah apa yang kita sudah ada :) kerana apalah faedahnya kita bersedih dengan perkara yang bukan milik kita. Lebih baik kita bergembira dengan apa yang kita miliki.

Tapi saya tidak lah berkata tidak perlu fikirkan apa yang belum kita miliki. Kita boleh mencari dan berusaha apa yang kita mahu miliki tetapi jangan lupa apa yang sudah sedia ada kita miliki. Bila kita lupa apa yang kita ada, mengejar yang belum kita ada akan membuatkan kita hilang sesuatu yang kita sudah ada. Bila dah tak ada baru nak sedar, itu sesuatu yang tidak berbaloi untuk diri sendiri.

Jangan terlalu sibuk mengira bintang yang banyak itu kelak akan hilang bulan yang satu itu. Jangan terlalu sibuk mengejar bintang yang banyak itu sedang bulan yang satu itu sudah ada untuk kita.

Parah bunyinya.

Apapun, saya bukan nak tulis panjang lebar tentang ni. Tapi tertulis lah pula. Saya nak jawab blog challenge saya seterusnya ni...Mari saya mulakan :

Saya nak :

  • Menjadi insan yang baik secara umumnya. Menjadi anak yang baik buat kedua ibubapa dan isteri yang solehah buat suami tercinta secara khasnya.
  • Perjalanan masih panjang...akan banyak rintangan dan cabaran...memang bukan senang tetapi teruskan! Saya akan belajar banyak perkara sepanjang perjalanan. Saya nak menjadi seorang yang terus membaiki diri untuk terus menjadi yang lebih baik dari masa ke masa.
  • KAHWIN DENGAN MY FUTURE HUSBAND hehehehhehee.....Sebab...segala bagai kebaikan dan sekecil apa pun yang dilakukan oleh suami dan isteri, ganjaran PAHALA banyak Allah bagi. Itu lah kelebihannya. Perkahwinan itu ibadah. Ia sangat berbaloi-baloi :)
Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.