Follow Instagram @sofinahlamudin

Saturday, July 20, 2013

Blog Challenge : Day 29 - In this past month, what have yo learned

Assalammualaikum Readers dan Bloggers :)

Apa yang dipelajari agaknya ?

Banyak!! Sangat banyak...Apapun, yang paling terkesan dalam diri saya adalah tiga perkara :

PERTAMA
Hargai orang yang sayang kita. Hargai orang yang ada untuk kita. Hargai mereka selagi dia ada untuk kita. Selagi Allah masih nak dia untuk kita maka hargailah.. Jangan bila dia dah tak ada baru cari dia balik. Baru terhegeh-hegeh nak dia balik. Apa perasaan kita bila, masa dia ada, kita abaikan perasaan dia. Masa dia ada, kita ringankan pengorbanan dia untuk kita. Masa dia ada, kita buat-buat bodoh lepas tu bila dia dah tak nak kat kita, baru menyesal nak dia kembali kepada kita sedangkan, SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT! (Jangan menyesal bila kita kehilangan BULAN sedang kita leka mengira BINTANG)..



KEDUA
Jangan ulang kesilapan yang sama. Kalau kita pernah buat silap, MAKE SURE jangan buat benda yang sama. Pernah dengar ayat ni : Kesalahan pertama adalah kesilapan, kesalahan kedua adalah pilihan. Betul kan ? Kali kedua, kita sepatutnya dah tahu perkara tu silap. Kita patut dah tahu perkara itu adalah salah. Kenapa kita ulang? Itu pilihan namanya. Sengaja memilih untuk buat perkara salah sedangkan kita tahu perkara itu salah. YES! Manusia itu tidak lari dari melakukan silap. Tapi adakah kita perlu mengulang silap yang sama dengan alasan, "Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan" ? ALASAN!! Itu bukan lagi kata-kata nak taubat, tu dah jadi kata-kata alasan. Dah jadi kata-kata yang boleh digunakan supaya senang lenang untuk kita buat silap.. Jangan buat macam tu sebab, nanti bila kita dah betul-betul menyesal dengan silap kita, orang dah tak percaya kita menyesal dengan apa yang kita lakukan. Kesalahan pertama pun buat orang sakit hati, apatah lagi kesalahan kedua kan?



KETIGA
Hati-hati dalam memilih kawan. Kadang-kadang dalam dunia ni kita tak sedar dan tak nampak dengan siapa kita berkawan. YES! Dia baik kat kita. Dia senyum kat kita. Sebaliknya kita tidak tahu apa dia buat belakang kita. Apa tujuan dia buat baik dengan kita? Apa tujuan senyuman dia? Kita dilarang bersangka buruk dengan orang lain itu sangat diakui. Tetapi saya juga mengakui bahawa kita perlu berhati-hati dalan memilih dengan siapa kita berkawan. Pernah dengar, dengan siapa kita berkawan itulah cerminan kita? Lihat, jenis manusia yang macam mana akan berkawan dengan sekian-sekian jenis? Kadang-kadang kawan yang rapat dengan kita pun "bermuka plastik" apatah lagi yang jauh. Saya tak kata, jangan percaya orang. Saya cuma nak kata, HATI-HATI. Jika jumpa kawan yang tidak sepatutnya, tinggalkan!


Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.