Follow Instagram @sofinahlamudin

Thursday, July 4, 2013

Festival Teater Pendek 2013 Labuan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Pada 28 Jun 2013 yang lepas, saya dan Encik Tunang pergi ke Mini Anjung Budaya, Labuan untuk menonton Teater Pendek sempena Art Borneo Festival. Saya minat tengok teater :) Terima kasih Encik Tunang sebab temankan...

Dalam masa yang sama, nak support kawan. Ex Classmate salah seorang pelakon dalam salah satu teater pendek tersebut dari kumpulan "Teater Pearl". Beliau adalah Encik Amirul Emran.

Sedutan setiap teater pendek dan monodrama :


Dan video kat bawah ni pula adalah Teater Pendek dari kumpulan Teater Pearl. Tajuk cerita mereka adalah "Maharaja Maksiat". By the way, punya lah lawak lakonan diorang...Tengoklah video kat bawah ni, tapi kualiti kurang bagus lah :



MAHARAJA MAKSIAT

Karya : Shahril Ya'acob
Arahan : Jasmini Daud
Produksi : Kumpulan Teater PEARL
Pelakon : Md.Kamsul Khamis, Faret Rudy Agang, Frickly Goh, Dg. Amalina Awang Sinjin, Emran Salleh, Jasmini Daud dan Saiful Ridzuan Mohd Nazri.

Sinopsis :
"Maharaja Maksiat" mengisahkan tentang kerjaya para syaitan yang sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan manusia. Sabrum dan Miswat, dua watak syaitan yang bekerja keras untuk mengheret pasangan bercinta, Lena dan Zamri terjerumus ke lembah maksiat. Apabila Lena hamil, timbul konflik antara mereka. Ini merupakan kejayaan besar bagi Miswat kerana lebih ramai pasangan melakukan maksiat, semakin besar peluang untuk dia dinobatkan sebagai "Maharaja Maksiat" iaitu anugerah paling berprestij dalam kerjaya syaitan. Kelicikan dan kehebatan syaitan menyesatkan manusia adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal oleh manusia.

CERAI

Karya : Khairul Amin Mirsa
Arahan : Abdul Karim Gullam
Produksi : Kumpulan Teater BAHASA
Pelakon :  Jovenea Jim Lajim dan Jasni Yakub

Sinopsis :
Arman yang "gila talak" menculik bekas isterinya Fatin yang sudaj berkahwin dengan orang lain. Dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa  mereka sudah bercerai. Arman menganggap mereka masih belum bercerai dan mahu Fatin menerimanya semula. Namun, ketika menculik Fatin itulah segala rahsia terbongkar.  Fatin mengakui mencintai Rizal (Suaminya kini) semasa mereka masih sebagai pasangan suami isteri. Pengakuan ini menyebabkan Arman semakin marah dan terluka. Lalu Arman tanpa berfikir panjang terus mengeluarkan pistol untuk menamatkan segala-galanya. Siapakah yang ditembak oleh Arman? Fatin atau Rizal atau kedua-duanya sekali?

NEO-ROMANTIK

Karya : Aloy Paradoks
Arahan : Mamin Kolian
Produksi : Kumpulan Teater RUSTA
Pelakon : Ishak Soyoh, Nurul dan Lahamsah Lahaji.

Sinopsis :
"Neo-Romantik" cuba memberi gambaran dan tafsiran tentang pengertian "Romantis" dan pendekatan percintaan anak-anak muda pada zaman ini. Malah, mereka mempersoalkan sama ada cinta itu masih releven pada alaf ini. Mereka barangkali sentiasa berada dalam keadaan tertekan, terdesak dan tergesa-gesa, di samping dalam keadaan persekitaran yang tidak kondusif. Asraf dan Najua yang bertemu di suatu tempat, tidak sepakat dan sukar mencapai persetujuan dalam banyak hal. Memilih tempat untuk duduk sahaja sudah menimbulkan konflik di antara mereka. Apakah kesudahan kisah mereka?

LU DALAM GUA

Karya : Moh Azam Rezali
Arahan : Aizamin Abdul Aziz
Produksi : Kumpualan Teatar KML (Kolej Matrikulasi Labuan)
Pelakon : Johana Binti Johan, Halizah Hanta, Norshahirawati, Stanley Jabu Anak Sadan dan Ejal Linting.

Sinopsis :
Cerita mengisahkan tentang empat orang manusia (Tuan Besar, Bintang Malam, Ecik Genius dan Cik Idola) yang lari bersembunyi ke dalam sebuah gua setelah mengetahui sejenis virus berbahaya yang boleh merebak dan membunuh semua manusia di muka bumi ini. Lu yang terlebih dahulu tinggal di dalam gua tersebut memberikan keizinan kepada keempat-empat mereka untuk tinggal dengannya. Syarat yang dikenakan oleh Lu (Berpurdah) ialah mereka perlu meninggalkan kasut, dompet dan telefon bimbit di luar gua yang kemudian di tutup gua itu tanpa dapat dibuka semula. Di dalam gua tersebut mereka bertelagah sesama sendiri sehingga segala keburukan dan kemungkaran terbongkar satu persatu. Setelah tiba masanya, Lu mempunyai cara tersendiri untuk menghapuskan virus benci yang sememangnya telah sebati dalam hati mereka.


PERSEMBAHAN KHAS SEMPENA FESTIVAL TEATER PENDEK 2013

MONODRAMA "NISYA KHALEED"

Karya : Senibayan
Arahan : Senibayan
Produksi : Kumpulan Teater Dewan Budaya USM
Pelakon : Annisa Armarosa

Annisa Armarosa
Berasal dari Riau, Indonesia, Annisa dilahirkan pada tahun 1992. Annisa mula bergiat dalam bidang seni persembahan sejak kecil lagi. Beliau kini merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sains Pembangunan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memenangi hadiah utama persembahan dalam Festival Monodrama 2012 anjuran DBP-USM.

Sinopsis :
Teater ini mengisahkan tentang Nisya Khaleed yang terperangkap dalam sebuah perkahwinan dengan lelaki bernama Zulkarnaen, rakyat Indonesia yang terlibat dengan gerakkan pengganas di Asia. Pada awal perjalanan, Nisya hampir terpedaya dengan ideologi yang mendasari kumpulan tersebut. Nisya dan suaminya turut menyertai gerakan militan di Pakistan dan akhirnya dipaksa menjadi pengebom berani mati di sebuah hotel di Jakarta. Pada saat suami Nisya mengikat bom rompi pada tubuhnya, Nisya terkenang nasib anak-anak mereka. Antara kasih sayang, perjuangan dan pengorbanan, Nisya terus berpegang kepada kepercayaan bahawa Tuhan sahaja yang berhak menentukan hidup mati seseorang manusia.

MONODRAMA "SURAT UNTUK MAMA"

Karya : Azhar Jalil
Arahan : Azrul Azizi Amirul
Produksi : Kumpulan Teater Dewan Budaya USM
Pelakon : Azhar Jalil

Azhar Jalil
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, penglibatan Azhar alam dunia lakonan teater bermula pada tahun 2007 melalui "Bangsawan Bakawali" arahan Prof.Dr. Samat Salleh. Seterusnya beliau berlakon dalam teater "Menyerahnya Seorang Perempuan" (2007), "Plastik" (2008) , "Muzikal Hamlet" (2009), "Hanya Lala" (2009), "Lokan Bertepuk" (2009), "Muzikal Hang Li Po" (2010) , "Ulek Banda" (2010), "Muzikal Tun Mahathir" (2010), "Muzikal Natrah" (2011), "Chainarong" (2011), "Muzikal Jane" (2012), "Muzikal Kasanova" (2012),  "Hiroshima" (2012) dan banyak lagi. Beliau pernah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Teater Malaysia Pulau Pinang (2009), Anugerah Pengarah Terbaik Festival Dekom MAKUM (2010 dan 2011). "Surat Untuk Mama" karya terbaru Azhar memenangi hadiah sagu hati dalam Festival Monodrama 2012 anjuran DBP-USM. Dalam festival tersebut juga, Azhar memenangi persembahan Terbaik Festival Monodrama IPT (2012) melalui monodrama "Ring...Ring...Ring...". Azhar adalah pemegang Rekod dalam Malaysia Book Of Records untuk kategori Longest One-Cast Play.

Sinopsis :
"Surat Untuk Mama" mengisahkan kerinduan Darwish yang dizahirkan melalui surat-surat yang ditulis untuk ibunya. Sejak kecil Darwish seorang kanak-kanak yang ceria, aktif dan periang, membesar dengan penuh rintangan dan dugaan hidup. Setiap kenangan pahit dan manis sentiasa dikhabarkan kepada ibunya melalui surat. Bagi Darwish, mamanya adalah segala-galanya. Kasih sayang ibu sahajalah yang boleh membuatkan dia tenang dan gembira. Daripada jendela hati yang sepi, terungkai indah bisikan rindu yang hakiki.

Foto-foto bersama My Encik Tunang di Mini Anjung Budaya....







Kat Festival ni, saya terserempak dengan bekas-bekas guru kat SMK.Mutiara Labuan. Lama juga tak nampak mereka tu. Antara semua teater, Saya dan Encik Tunang sangat suka Monodrama "Nisya Khaleed" lantaran penghayatan pelakonnya yang sangat hebat dan jalan ceritanya yang mantap. Jadi pengebom berani mati salah satu perkara yang tidak disetujui. Malah, percaya akan masuk syurga dan bersumpah atas tiket untuk masuk syurga?? oh tidak. -_- Persembahan Annisa dan Azhar seriusly hebat. Bakat besar nampaknya mereka berdua.

Persembahan yang lawak gaban, dari kumpulan teater PEARL, Labuan. Boleh masuk maharaja lawak nampaknya. hehehe..

Disebabkan memory handphone tak cukup, dan dalam masa sama kamera kurang kualiti, tak dapat nak rakam semua teater.

"Sama-sama majukan Seni untuk negara"

Wassalam.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

1 comment:

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.