SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 19 Julai 2013

Saya dan #Ramadan09

Assalammualaikum Readers dan Bloggers, :)



Sedar tak sedar dah sembilan hari kita berada dalam bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah hari ini saya berpuasa. Hehe.. "cuti" dah habis dah... :p

Macam biasa, Encik sweet kesayangan saya tidak terlupa call saya bangun untuk sahur seawal 3 pagi :) Thanks Encik Tunang... Alhamdulillah saya tidak liat untuk bangun dan syukur juga saya tidak tidur "mati" . Actually, saya ni susah nak bangun walaupun jam loceng dah kat tepi telinga. Mungkin sebab niat puasa, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



Sebelum bersahur, Encik Tunang sempat study :) Saya suka tengok dia baca buku atau study bila kami sesama kat Perpustakaan Awam atau kat mana-mana tempat yang boleh membaca.. Cara buka buku pun hormat tul kat buku. hehe... Saya? Saya tak study.. Forex ke, cara buat kuih ke resepi ke, Internet marketing ke, tidak. Saya tidur dengan nyenyaknya.. huhu.. Apa apapun, semoga Encik Tunang dapat ilham yang terbaik untuk trading dia yang seterusnya :) Amin.



Selepas bersahur, saya sempat "main masak-masak". haha. Actually plan nak buat bersama Si Cuzzy tetapi, Si Cuzzy sibuk hari ini dengan Suaminya :D No probs! Next day boleh buat sama-sama lagi dengan Si Cuzzy Anna Abel..


Kakak saya pula sibuk menjahit manik untuk baju si Cuzzy Anna Abel dan Zizie Abel.. hehe..


Then, tengahari macam biasa saya ikut Encik Tunang ke Bazaar Ramadhan. Hari ni gerai agak sunyi sebab Nani dan A'an tak ada. So, Mama, saya dan Encik Tunang saja yang ada. Tapi tak apa, bila adik-adik Encik Tunang tak ada, itulah peluang saya untuk membantu apa yang termampu. Hari ni, "DESSERT RAMADAN" yang saya buat selepas bersahur tu saya bawa ke Bazaar Ramadan. Hehe..




Alhamdulillah... percubaan pertama ni agak memberangsangkan dan itu maksudnya saya boleh teruskan lagi untuk esok pula. In Shaa Allah.

Dan... ini pula adalah menu jualan Encik Tunang. hehe..LAMB CHOP! :D



Tentang cuaca,
Hmm..masih ber-angin dan membuatkan hati peniaga susah hati..



Kem macam nak terbang...

Bukan saja terbang, koyak rabak..

Masing-masing pegang kem masing-masing takut terbang macam semalam...

Kali ni gantung batu pemberat supaya kem tak terangkat oleh angin..

Tabik kat pasangan ni.. tetap berjuang dan berniaga dengan ikhlas mencari rezeki walaupun angin hampir membawa kem mereka terbang macam layang-layang..

Tapi..saya lebih tabik ngan pasangan ini. Tiang kem dah patah...dan gunakan kem tu tempat duduk dan jual baju mereka...


Harapnya esok tak akan jadi macam ni lagi. Amin.


Sepanjang duduk di gerai mama,
Saya terserempak ramai kawan-kawan lama. Arman datang menegur, dia sedang cari juadah buka puasa katanya. Sendirian berbuka..kesian dia..THEN, Saya betul-betul ingat mata saya silap pandang! KAK NAD! OMG! Saya nampak Kak Nad! Bila saja dia dekat dengan gerai, terus saya panggil dia. Hee..hee.. Tak tahu kemana agaknya dia selamani, hilang agak lama juga.. macam orang bertapa dalam gua.. hee hee.. Tapi tak apa lah tu yang penting dah nampak batang hidung dia sekarang. Maksudnya dia okey lah.. Tak apa-apa dah kan kan :) Ramai lagi lah yang saya terserempak, Kak Comel, Ad Ley, Afiqah, bla bla bla lah... aduh.. he he..

ehh...

kejap....

jap...


.
.
.
.
.

..................................................................



.....................

.....

uh..seyesnyeeerrr -_-"


Nak tengok gambar Encik Tunang dulu kejap.kekekekeke :D
Penat dia pergi pusing-pusing cari parking kat area Bazaar Ramadan hari ni. Banyak juga kereta kat Pulau Labuan ni :p lols...


Selepas berbuka puasa, macam biasa, berkemas dan sibuk singgah sana sini beli barang. Then, pergi ke Labuan Supermarket bersama Encik Tunang untuk  beli barang juga..tapi sebelum tu, saya sempat lepak tengok TV kat rumah bakal mak mertua..haha... bla bla bla... then, we pergi makan malam kejap kat bandar, di restoren 24 jam.

Dalam perjalanan pulang dari makan..... Aish !! Semalam emo pasal kucing, hari ni pun emo pasal kucing bersambung. Saya tak suka emo emo ni... tak tahu macam mana nak cakap! Dah la kat Bazaar saya nampak si mirip Garfield tu lagi.. Bila saya panggil, "Garfieldddd!!!" Dia lari lah pula.. (memang la... bukan nama dia..haha).

OK, kembali kepada cerita dalam perjalanan pulang, saya dan Encik Tunang nampak ada kucing kena langar kat tengah jalan :"( . Saya nampak dia ter...ter..ter...apa ye...terkapar-kapar ? Senang, cuba korang bayangkan ikan yang dari air di letakkan ke darat tanpa air. Dia akan jadi macam mana? terlompat-lompat kan? Macam tu lah kucing tu kat atas jalan raya tu tadi!

Encik Tunang berhentikan kereta. Saya turun dan saya angkat kucing tu ke tepi jalan raya. Mujur tak ada kenderaan lalu lalang masa tu. Hari dah lewat malam. Kereta jarang-jarang ada. Maklumlah Labuan saja kan. Masa nak angkat kucing tu, saya nampak ada darah you all, huhu.. kesian... :(

Then,
Bila saya letak dia kat tepi jalan raya tu, darah keluar lagi dari mulut meow tu. hmm..Adui...hati saya, Tuhan saja tahu. Walaupun hanya seekor kucing tapi tapi... susah nak cakap. Encik Tunang pegang meow tu, suddenly meow tu nak lari.. tetiba terjatuh dalam longkang yang dalam pula. Meow tu tempang dah..kaki dia sebelah terseret-seret...nampak sangat susah nak jalan. Tapi, mungkin meow tu dalam ketakutan. Jadi, dia tak nak ada orang ganggu dia. Encik Tunang turun ke longkang tu dan bawa dia naik..

You all tahu tak ? Meow tu sama macam Garfield saya... Again... Yellow cat.. Sama macam Garfield cuma bulu meow ni lebih lembut berbanding Garfield saya. Kucing tu bersih sangat.. Saya yakin sangat dia ada tuan.

Encik Tunang pencinta kucing. Sama macam kakak saya. Saya tahu apa yang Encik Tunang rasa masa tengok meow tu macam tu. Saya pun tak reti nak luah apa dalam hati, apa lagi Encik Tunang saya. Saya hanya ada Garfield tahun lepas. Masa saya kecik pula, saya ada Merry. Tak macam Encik Tunang, Encik Tunang lebih banyak story dengan meow berbanding saya.Saya cuma pernah ada Merry dan Garfield. Hanya dua ekor ini. :")

Selepas tengok meow tu nampak okey, dan kami nampak meow tu berjalan.. Syukur lega....Harap dia pulang ke rumah tuannya dengan selamat. Amin.


Garfield, awak kat mana ?

...............................hmm....



Okeylah. Actually Encik Tunang suh saya rehat. Blogging la pula.. he he.. Jom tido. Selamat Malam. Zzzz....


Saya dan Encik Kesayangan :)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

1 Kata-kata Dari Teman:

Syazana Zainn berkata...

eh tu dessert apa?
looks attractive la
boleh share resepi?

:)