Follow Instagram @sofinahlamudin

Wednesday, July 24, 2013

Sikap : Kerja Makan Gaji Vs Kerja Sendiri | Sekeping Ijazah dan isinya

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Sila lihat video yang baru saja saya upload ni.Mungkin sudah ada yang pernah melihatnya sebelum ini. Bila you all lihat video ni, saya tak cakap apa-apa pun you all akan faham sendiri.



Entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa, sama ada yang masih hidup mahupun mati. Hanya sekadar pendapat peribadi saya dan berkongsi sedikit pengalaman saya.

Saya bukan seorang yang memegang segulung ijazah walaupun saya pernah mendambakan segulung ijazah. Sekeping kertas yang semua orang gila-gila kan dan saya juga pernah tergila-gilakannya.

Pada mulanya,saya gilakan kertas itu hanya satu sebab sahaja. SAYA TIDAK MAHU HIDUP SAYA selama-lamanya SAMA, dan selamanya ditakuk yang sama, malah corak yang sama. Orang kata, bila kita dilahirkan miskin, itu bukan salah kita. Tapi, bila kita mati miskin, ITU SALAH KITA!

Tapi saya bukan seorang yang miskin. Saya cukup makan..dan saya sangat sempurna dari segi keperluan dan kasih sayang. YES! Saya tidak miskin, mungkin dari segi harta benda saya tidak sekaya mana. Tapi saya bersyukur, Saya tidak miskin dari segi lain. Insan yang menyayangi, mencintai dan menjaga saya itu satu kekayaan! Hati yang gembira itu satu kekayaan! Ada keluarga yang jaga saya dengan baik dan terima saya apa adanya, itu satu kekayaan! Mempunyai ramai kawan, itu satu kekayaan! Ada kesedaran (In Shaa Allah) itu satu kekayaan! Sikap yang betul (In Shaa Allah - kalau tak betul bantu tegur saya) itu satu kekayaan! Nikmat yang Allah bagi pada kita sekarang ni, adalah satu kekayaan!
*Bersyukurlah selagi Allah masih mahu pinjamkannya kepada kita, jagalah selagi Allah masih mahu beri kita kesempatan untuk memilikinya*


Namun, tidak kira miskin atau kaya orang itu dilahirkan.Rezeki kita semua tetap tak sama. Ada yang kahwin awal, ada yang boleh sambung belajar, ada yang dapat kerja bagus, ada yang dapat kerja lambat, ada yang berjaya dalam kerjaya tapi tak kahwin-kahwin.

Ada yang kaya, tapi tak punya anak, ada yang miskin tapi ramai anak, ada yang berjaya, harta mewah-mewah, tapi belum ada jodoh.

KATA USTAZ,











Samalah macam saya, rezeki saya bukan "sekeping" ijazah.

Mula-mula memang FRUST TERTONGENG bila ayah tak bagi saya pergi sambung belajar. Tapi semakin hari saya sedar. Sekeping ijazah bukan menjamin saya untuk bahagia. Bukan menjamin saya untuk berjaya. Bukan menjamin saya untuk dapat kerja bagus. Tidak menjamin saya jadi "BOSS" haha! Walaupun hakikat diluar sana, nak gaji tinggi kita kena ada ijazah tapi bagaimana pula jika ada ijazah tapi tak tahu buat kerja ? Kadang-kadang orang hanya "tutup mata" yang penting ada ijazah kan ? Jadi di mana kualiti yang sebenar kat situ ?

Sepanjang saya bekerja dulu (sekarang dah tak kerja - duduk rumah - belajar buat duit guna lappy) , bermula dari bawah, tak sampai bertahun pun saya boleh masuk ke zon orang yang ada ijazah dalam company tu. Hakikat pertama yang saya nampak, walaupun tak ada ijazah, kalau tahu kemahiran dan mahu belajar serta sabar, tak kemana, taraf akan sama macam orang ada ijazah malah lebih lagi.

Bila saya berada dalam department Human Resourse, saya terjumpa macam-macam jenis manusia dari yang hanya guna result PMR hingga lah IJAZAH.Walau bagaimanapun, bukan itu jadi ukuran sebenarnya. BUKAN. Saya menjadi pening kepala apabila, saya terpaksa menjadi "Cikgu" kepada yang lebih berpelajaran daripada saya. Malah majikan menjadi "gila" dengan pekerja yang ada ijazah. Kenapa jadi macam tu ? Hakikatnya, bukan Ijazah ukurannya dalam kehidupan ni.

Banyak yang saya nampak sepanjang saya masih bekerja :
  • Ada ijazah dapat gaji tinggi, tapi orang rasa tak berbaloi gaji tu bagi kat dia bila.....tak tahu buat kerja dan malas, suka beralasan itu ini... (biasa alasannya - dulu masa belajar kat universiti tak ada lah buat benda ni..tak tahu buat lah.. tolonglah buatkan)... dan mengada-ngada dan tak nak belajar untuk pandai buat sendiri next time. Sampai bila orang yang kena buat untuk dia ?
  • Hanya ada PMR, tapi orang rasa bagus dia diberi gaji tinggi sikit lepas ni sebab dia tahu buat kerja dan rajin..(Jarang beri alasan.. menurut perintah sahaja tapi kadang-kadang dipergunakan pun tak nampak...) Sedikit lurus bendul.
  • Hanya ada SPM..tapi orang tengok dia rajin buat kerja, bijak dan ada strategi untuk buat kerja tu boleh siap..gaji sikit tapi orang ingat dia dapat gaji tinggi..(Jarang beri alasan tapi tak suka dipergunakan, buat kerja berbaloi dengan gaji yang ada).
  • Ada ijazah, rajin, tak berlagak, belajar dan suka bertanya sama macam orang lain.....orang suka..berbaloi-baloi dapat pekerja macam tu. (Buat kerja bagus tapi tahu mana satu betul dan salah dan tidak mungkin boleh dipergunakan oleh majikan yang suka mengambil kesempatan).
  • Tak ada pelajaran, tapi tak reti nak buat kerja, pemalas, ponteng, beri alasan itu dan ini.....(yang ni, patutlah tak ada pelajaran.. tak sedar diri lagi..tak mungkin akan maju kalau selamanya dia macam tu)


Boleh lah kita fikir-fikirkan ciri orang-orang yang saya pernah nampak dalam senarai kat atas tu. Saya tak perlu cakap yang mana satu kita perlu jadikan contoh. Semua orang boleh fikir. Tu dalam dunia pekerjaan. Cuba lihat pula orang yang berada di dunia luar :

  • Ada ijazah dan pelajaran tapi kawan sendiri pun sanggup "dimakan" bila pentingkan diri dan nampak peluang nak khianat. Depan baik, pijak semut pun tak mati tapi belakang perangai serupa dengan hantu yang ikutkan nafsu. Ada pelajaran apanya kalau moral macam ni ? (Di dalam dunia persahabatan).
  • Tak ada pelajaran tapi sampai sekarang jadi sahabat baik. Tahu mereka ni bersahabat, tak reti nak khianat kawan. (Di dalam dunia persahabatan).
  • Ada pelajaran tapi sampai sekarang masih kawan baik dan tak mengkhianat sesama kawan walaupun bijak dan otak geliga semua muslihat, manipulasi tahu buat kalau ikutkan sangat nafsu.Yang ni lagi lah perfect! Tahu berfikir baik buruk. (Di dalam dunia persahabatan).
  • Ada pelajaran tapi sanggup gadai maruah diri untuk sesuatu yang dia mahukan. Kenapa terlalu terdesak ?! Dah lupakah niat awal kenapa pergi universiti?  (Di dalam dunia materialistik).
  • Tak ada pelajaran tapi tahu maruah diri itu mahal harganya. Sesuatu yang dimahukan boleh didapatkan kalau caranya betul dan bersabar. Malah halal! (Di dalam dunia materialistik).
  • Ada pelajaran tapi tahu cara nak dapatkan semua kemahuan material-material tu boleh dapat dengan cara yang betul. Tak perlu terburu-buru sampai nak gadai-gadai maruah dan nak jadi pisau cukur. Tak perlu bila nampak orang banyak duit, orang itu lah dijadikan sasaran. Ada pelajaran, patut tahu cara berusaha dengan betul. (Di dalam dunia materialistik).
  • Ada pelajaran tapi tak tahu malu. Mengata orang lebih, sendiri yang gila tak sedar diri. Dia yang tercari-cari, kata orang pula yang terbayang-bayang. Dah ludah, jilat balik. Dah terang orang dah berpunya, perasan nak balik. Paling bangang bila orang pula dikatanya nak kat dia, sedangkan dia yang cari kita. Tak bermoral nampaknya. (Di dalam dunia percintaan).
  • Tak ada pelajaran tapi tahu beza tu laki orang ke, tunang orang ke, boyfriend orang ke. Tak perlu jadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Buat malu saja jadi perampas! (Di dalam dunia percintaan).
  • Ada pelajaran tapi tahu jodoh tu berbunyi macam mana. Tahu dunia percintaan sebenarnya macam mana. Tahu memahami lelaki/perempuan tu macam mana. Bukan sibukkan diri dengan mencipta khayalan dengan kekasih orang/Suami orang/tunang orang. Sibuk baiki diri untuk pasangan yang Allah akan bagi kan elok. (Di dalam dunia percintaan)


Senarai kat atas ni pun mesti semua orang yang tak cetek akal nya tahu mana satu jenis manusia yang sikapnya perlu kita contohi.Tak perlu saya highlight mana satu.

Kembali ke dunia pekerjaan.

Bagaimana saya nak cakap lagi bila orang yang hanya ada SRP (Taraf PMR) lebih tahu buat kerja dari orang yang ada DIPLOMA/IJAZAH yang tahu bangga dengan keputusan tapi kerja satu pun habuk tak reti ? Bukan tak reti, sebenarnya : Sikap!

Cuba fikirkan. Ex Majikan saya pun dah jadi pengurus walaupun dia hanya SRP !! Sebab apa? Sikap dia dalam bekerja.

Kenapa saya kata sikap ? Kalau sikap betul, ada ijazah atau tidak semua perkara akan jadi GREAT! Kenapa ? Orang yang ada ijazah, tak semestinya tak perlu belajar bila dah dapat kerja baru. Tak semestinya, orang yang belajar tinggi, semua dia tahu. Bila dah berlagak tahu macam-macam, rasa diri tahu itu ini, tak nak kosongkan diri, tu yang asyik salah buat, lepas tu tak reti nak betulkan balik. Bila orang marah, rasa terhina pula. Kenapa sampai macam tu ? Bila tak tahu, bertanya lah. Orang tak akan kata, kita bodoh pun bila bertanya. Kita akan nampak bodoh lagi bila taknak bertanya. Tambah-tambah dah ada ijazah, salah buat lagi lah orang kata bodoh. Kan elok bertanya supaya tak salah buat kan ?

Saya tak kata, semua orang yang ada ijazah ni teruk. But always jumpa orang macam ni kadang-kadang meluat juga. HAHA. Seronok rasa bila jumpa orang yang ada pelajaran tapi sikap dia betul. Kenapa ? Dia tak berlagak, dia still kosongkan diri untuk belajar sebab dia tahu, ada ijazah tak semua dia tahu. Kalau Ijazah dalam bidang komputer, takkan dia boleh tahu kerja tentang lukisan kan ? Kalau dah "terpaksa" masuk bidang lain buat sementara waktu, kena lah belajar untuk tahu. Untuk betul-betul tahu bukan sekadar berlagak tahu tapi hakikatnya tak tahu!

Kan elok ada pelajaran bagus, tapi sikap pun bagus. ORANG AKAN SUKA DAN HORMAT!

Kadang-kadang kita hairan kan kenapa si fulan ada ijazah tapi.....kenapa si fulan tak ada ijazah, tak pelajaran tinggi tapi......

Kejayaan, kekayaan dan kebahagian bukan selepas kita mendapat ijazah. Itu bukan tiket jaminan. Tapi cara kita bina hidup dan pilihan kita dan apa yang kita mahu.

Ramai juga saya nampak orang ada ijazah kerja susah nak dapat. Ada juga yang ada ijazah, dah dapat kerja, berhenti semula, ada juga yang bertukar-tukar. Sama macam yang tak ada ijazah kan ?

Bila nampak macam-macam situasi, saya sangat sedar BUKAN IJAZAH yang patut dibanggakan. Jangan sombong dan berlagak dengan sekeping kertas tu.

LIHAT! Orang tak ada kelulusan tinggi pun boleh masuk syarikat besar-besar. Sebab apa? Rezeki masing-masing. Jangan hairan bila budak yang tak habis sekolah pun jadi kaya-raya. Tak payah sibuk dengan kebanggaan yang tak sudah dengan sekeping ijazah tu. Perempuan yang ada ijazah, dah kahwin pun tetap juga jaga anak-anak dan memasak kat dapur, kan? Sikap perkara pertama, baru orang nampak orang ada ijazah walaupun masuk dapur, orang akan kata, dapur dia takkan sama macam dapur orang yang tak ada ijazah. Kalau sikap tak betul, tu yang dapur ada ijazah dan tak ada ijazah jadi sama saja malah lebih teruk hapraknya!

Kesimpulannya,
Tak akan berada ditakuk yang sama. Tak akan ada nasib tetap sama walaupun segulung ijazah tidak menjadi milik kita. Jangan sombong dan berlagak dengan sekeping kertas itu jika kita tidak tahu menggunakannya dengan betul. Tak guna kata orang tak ada pelajaran kalau orang tu sikap dia betul, orang yang belajar ada master pun tetap kalah juga. Hakikatnya, sikap tu paling utama. Bila kita tak ada sikap yang betul, bila ada pelajaran pun sama macam tak ada pelajaran. Sama macam orang yang tak tahu berfikir. Malah kadang-kadang lebih teruk dari yang tak ada pelajaran sebab baik buruk pun tak tahu nak beza..benda memalukan diri sendiri pun boleh-boleh tak nampak.. Jangan kan tentang hal-hal kerja.Tentang hal-hal peribadi (percintaan, kehidupan, persahabatan) pun dah macam orang yang tak ada pelajaran lagi bagus, lagi cantik, lagi hebat kalau perangai sewel macam tu.


Nota : Ijazah yang berisi dengan Ijazah yang "kosong", kita boleh nampak.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

3 comments:

  1. Wow
    Menariknya entri ini
    Membuat saya ingin menilai diri sendiri
    Adakah saya ini sanggup belajar atau tetap ego dengan ijazah?
    Mudahan saya tidak ego
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  2. Hai Rawlins, terima kasih singgah ke entry ni :)

    Alhamdulillah yang baiknya dari entry ni adalah dari Tuhan.. yang tak baik tu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

    In Shaa Allah akan singgah ke blog Rawlins juga..

    ReplyDelete
  3. wow. betul2 terinspirasi dgn video tadi =)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.