SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 22 Ogos 2013

Duduk Rumah | Rumah Misteri | Apa tu?

Assalammualaikum Readers,

Disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan, saya lepak kat rumah sahaja beberapa hari ini. huhu.. Rindu dengan Encik Tunang saya! >_< hmm..

Macam biasa, kat rumah saya buat kerja saya yang sangat-sangat buat saya teruja nak buat. Alahai... tak sabar nak siap semuanya! YeahHH!! Dan tak sabar nak belajar yang lain-lain pula.

Since fokus kerja yang ni, tertinggal pula MT4 forex saya. huhohi...Takper..sabar ciksofie..

Ohya.. nak cerita sikit..beberapa hari lepas, saya dan Encik Tunang buat kerja nakal sikit. But you know, rasa ingin tahu tu ada bila tengok kat luar macam ada sesuatu kat dalam...

TENTANG SEBUAH RUMAH MISTERI

It somewhere in Labuan. Bila tengok dari luar, semua hutan! Ada satu simpang masuk kecil ke dalam. Saya dan Encik Tunang, lalu kat kawasan tu. Nampak simpang tu. Saya tanya, laluan ke mana pula simpang tu? Dalam hutan pula.

So, kami masuk lah.. Haish! Terkejut! Ada monyet dua ekor kat kawasan hutan tu. Hutan?? Kawasan tu bukan la hutan sangat tapi pokok buah-buahan yang banyak!!! "ADUH! Tanah orang kaya mana pula ada dusun buah-buahan kat Labuan ni dan dibiarkan?" Memang...semasa masuk sampai ke dalam, semua pokok buah-buahan. Sayangnya kawasan tu tak terjaga..Semak dah macam hutan! Mesti orang lama dulu yang punya.

Jalan punya jalan sampai dalam, saya nampak ada wayar elektrik kat kawasan tu.. macam biasalah.. kalau dah terbiar, wayar tu dah terjuntai sana sini.

Buah-buahan yang terlebih masak semua jatuh ke tanah. Busuk dah buah-buah tu..

Mari lihat lebih jauh... Kami nampak satu pagar.





Bila dekat dengan kawasan pagar, ada ruang laluan kat sebelah kanan pagar. Seperti dah di cangkulkan tanah kat tepi tu untuk lalu. Kat sebelah kiri pula ada lampu usang yang tergantung. Pagar tu juga, ada sign board yang tergantung "WARNING! This property protected by security police" ... bila baca sign board tu, dalam hati memang kata "oh, kawasan larangan kot.."

Kat hutan sebelah kiri, actually ada bekas orang lalu kat hutan tu. Tak tahu lah untuk kemana pula tu. Tapi kami tak peduli sangat la laluan tu. Semak sangat.

Sign Board ni pun dah usang. Terkupas-kupas tulisan tu.

Bila tengok dari pagar tu, saya ingatkan disebalik pagar tu adalah projek kerajaan yang terbangkalai atau pun kawasan tanah kosong milik orang.

Bila kami mendekati lebih dekat,dan masuk melepasi pagar tersebut...


..... oh? RUMAH? O_o

Bila tengok betul-betul...rumah tu cantik... macam baru lagi but...kosong... kosong ???



Rumah tu nampak cantik walaupun design kampung dan old style la..malah dikelilingi dengan pokok besar-besar dan buah-buahan. Macam hutan lah!

Pandangan ke pagar dari dalam kawasan.

Merah menyala-nyala buah rambutan tu kan ? actually, kawasan rumah tu sangat meriah dengan pokok rambutan. Agaknya, tuan tanah ni suka buah rambutan kot..? Kiri kanan rumah tu sebenarnya ada curam bukit ke bawah. Di bawah tu banyakkkkk sangat pokok rambutan. Malah ada pondok kecil di hujung nun atas bukit sebelah kanan rumah.. Kalau kita berdiri kat pondok tu, kita akan nampak rumah cantik ni.


Pondok usang yang berkunci depan rumah tersebut.


Sepanjang jalan menuju ke rumah tu, kami nampak ada pokok lada padi, ulam-ulaman..sayangnya, dah tak terjaga. Milik siapakah kawasan ini .?


Ini adalah gambar rumah tersebut dari dekat. Sengaja dihitamkan. Nanti korang pergi cari rumah ni pula. HAHA. Kiri kanan depan belakang rumah ada highlight.

Di belakang rumah besar ni pula, ada pondok usang, macam tempat tinggal jugalah. Adakah rumah orang gaji atau tukang kebun ..???

Sebelah pondok usang itu, ada reban..? dan ada satu lagi pondok usang disebalik pokok seperti dalam gambar di atas. Kawasan ni dah lama ditinggalkan, air bertakung sana sini. Jentik jentik membiak suka hati.

View dari bawah atau dari rumah tersebut.
Melalui info yang saya dapat dari dinding rumah tersebut (ada kertas kecil tertampal) , rumah tu..dah ditinggalkan sejak 2003. Dah 10 tahun. Siapakah tuan rumah dan kawasan yang cantik dan penuh dengan buah-buahan ini ? Bila saya bayangkan rumah ni ada ramai penghuni, ada anak-anak riang, memang meriah dan indah beb! :)

Bila dah puas "menikmati" keindahan kawasan tersebut, saya dan Encik Tunang pun blah dari situ. I wish, tuan tanah dan rumah tersebut bahagia hendaknya...love the beautiful view around his / her house...Kalau suasana Hari Raya confirm cantik!


Info menarik :

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,
Share:

3 Kata-kata Dari Teman:

WELCOME TO MY PAGE berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
WELCOME TO MY PAGE berkata...

Tidak sanka..ada juga tempat cmni d Labuan..hehe

WELCOME TO MY PAGE berkata...

Tidak sangka ada juga tempat cmni d Labuan..hehe