SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 31 Ogos 2013

Rezeki Allah Tidak Akan Kemana Jika Itu Memang Untuk Kita !

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi peluang untuk bernafas. Seawal jam 4:45 pagi, saya bangun dengan satu perasaan yang berkobar-kobar. ewah.. Sebenarnya saya nak cakap bahawa semangat saya dah "terbakar-bakar" , "gemuruh jiwa" dan "teruja-uja" ...

Perasaan, semangat, fikiran bagai di "update" secara tidak sengajanya hanya kerana saya ingin megganti sesuatu dalam hidup saya. Pernah kah kawan-kawan semua rasa satu perasaan gembira yang melampau ? Hingga kita leka dan selesa pada suatu zon atau tempat ? Hingga apa pun jenis orang di sekeliling kita, kita membutakan mata, kita memekakkan telinga..kita membatukan diri, kita mengikuti arahan dan sebagainya bagai sudah disihir bagai.



Bukan apa. Hati sudah senang. Hati rela dilakukan apa sahaja asalkan kita tetap gembira. Sebenarnya itu satu penerimaan positif dalam diri di suatu tempat yang agak tidak berapa positif. Sudah betul, kita kena redha. Tapi apa yang betul? apa yang tepat? Kita biarkan diri kita ditindas. Dipergunakan dan sebagainya untuk kepantingan ??

Apabila kita tersedar dari lamunan, semua itu sudah menyakiti kita sekian lama. Kita kecewa, kita hampa. Harapan menjadi layu bak lagu Hyper Act. Kemudian, kita tinggalkan kegembiraan di zon selesa itu dengan perasaan yang remuk, hati yang koyak. RABAK!

Sedih. Sepi. Sunyi.

Hampir setiap manusia yang ada depan mata sudah tidak dapat dipercayai lagi.. Hampir setiap mereka adalah sama melalui perasaan yang dipanggil fobia ?



Saya mahu bangun. Saya mencari-cari sesuatu untuk menjadikan saya kembali seperti yang di zon selesa itu namun versi yang lain. Ingin gembira dan bahagia namun bukan untuk ditindas. Bukan untuk dipergunakan.

Yes! Saya bertemu semua itu bagaikan ada magnet yang menariknya. Sungguh.. Saya bersyukur bertemu suasana baru itu. Mungkin pada mulanya agak janggal disisi kerana itu bukan dunia saya. saya fahami, saya dekati saya alami dan saya hayati.

Alangkah seronok! Saya ketawa. Saya keriangan. Saya bahagia dan saya merasa sangat bertuah atas semua sokongan mereka. Menarik tangan saya untuk bangun!!! Prosesnya bukan mudah. Namun mereka sabar dengan tingkah saya. Mereka tetap disisi walau di hina. Walau di kutuk, di salah ertikan!

Saya merasa tenang saat saya berada dalam dunia itu. Bagai tidak ada masalah langsung. Bukan soal duit pada dasarnya. Tetapi soal "hati" , "jiwa" dan "perasaan" . Saya selesa. Saya gembira. Saya teruja. Setiap kali mendekati dan berada di sana, hati yang jatuh bagai dibangunkan. Semangat yang hilang bagai diberikan semula.

Sebagai teman di kala duka..saat menangis dan merasa kecil, mereka akan berusaha memberi kata agar saya merasa besar walaupun hakikatnya, saya bukan siapa-siapa. Juga bukan orang yang luar biasa. Dan bukan orang yang menguntungkan mereka walau sesen.

Senyuman yang terukir dibibir penuh makna. Inginkan kejayaan. Penuh harapan dan impian. Kami semua berbeza tetapi impian dan harapan kami satu.

Mungkin saya bukanlah yang terbaik dalam golongan itu. Namun saya merasa sangat dihargai. Saya diajar erti "APA ITU MANUSIA" .



Namun..semua orang tahu...hidup tidak selalunya indah. Hidup tidak semestinya sama dengan apa yang kita aturkan. Pencapaian tidak semesti sama dengan apa yang kita bayangkan. Yang terbaik akan menjadi milik kita juga walaupun bukan seperti yang ada dalam senarai impian.

Yang pasti, di mana pun kita berada, impian itu tetap ada. Saya masih menyimpan setiap impian yang saya bina dulu di sana. Mengusahakannya, bukan dalam dunia itu tidak apa. Dunia lain juga tidak kurang sama hebatnya. Yang penting kita tahu menjadikan ia satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

Saya terkilan dan kecewa kerana ia adalah satu kejutan yang sangat besar bila saya sendiri telah bersetuju untuk berpaling. Dunia itu tidak pernah bersalah. Manusia di dalam juga tidak pernah silap. Semua kita adalah manusia. Kita semua sama. Yang silapnya adalah saya yang tidak tahu membuktikan. Tidak tahu erti cekal. Tidak tahu untuk berterusan dan inilah hasilnya.

Saya pernah berfikir dan memikirkan untuk hidup sebagai blogger sepenuh masa. Oleh tu , hari ini saya berada di sini. Dunia yang lalu itu, adalah satu persinggahan saya yang paling istimewa. Mengajar saya erti kejayaan dan memberi satu kekuatan dalam hidup. Meskipun yang nampak hanya saya. Yang merasa hanya saya. Terima kasih Allah kerana pernah memberi saya peluang untuk mengenal mereka. Ada sesuatu keuntungan jiwa yang saya perolehi meskipun bukan kekayaan dan pencapaian luaran. Tetapi adalah pencapaian tersirat yang insan lain tidak akan pernah mengerti.

Hari ini, saya hanya seorang blogger. Impian saya kini di sini. Masa lapang dan tidak lapang saya adalah blogging, blogwalking.

Fikiran saya hanya ini. Yang lain sudah saya lepaskan dengan redha dan ikhlas. Bukan untuk saya walaupun ianya sangat indah.

Jika Allah izinkan, tempat itu akan menjadi tempat meraih kejayaan saya sebagai blogger dan akan mendapat rewards berganda disana. In Shaa Allah.

Perkara yang terbaik buat masa ini adalah... hargai peluang yang ada di depan mata. Sekarang! Apapun yang kita lakukan, Ikhlas lah agar diberkati dan rezeki Allah tidak pernah pergi jika itu memang untuk kita.

Terima kasih kepada Allah untuk yang baik-baik. Amat dikesali atas sesuatu yang tidak baik atas silap dan kelemahan diri sendiri..

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,
Share:

0 Kata-kata Dari Teman: