Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, September 27, 2013

Kalau Boleh Nak Online Di Mana Jua Sambil Dating

Assalammualaikum Readers dan Bloggers semua ?

Hehe..Aduyaii mata ni nampaknya masih lagi terang seterang lampu minyak tanah korang. Jadi, dari saya asyik melayangkan angan ke siling bilik (siap ada macam-macam gambaran ada kat siling tuu) , lebih baik saya menarikan jari jemari saya kat keyboard lappy Samsung ni. Ahaks! :p

Kelmarin, Encik Tunang belanja saya makan kat luar. Amboihh.. lekas saya bersiap, tangkas macam gasing (malas masak ler tuh) . Kekeke.. Actually, dah berpusing otak saya ni dibuatnya mikir nak masak apa. Last-last Encik Tunang kata makan luar , dia belanja! Hah! Bestt broo~ Layan Mee Basah Special kau.. ha ha.

Lepas tu, saya dan Encik Tunang pergi melepak kat Lapangan Terbang bersama Lappy Samsung, siap bawa bekal BroadBand takut kalau-kalau WIFI FREE OLDTOWN tu tiba-tiba ada masalah pula. HAHA.




Jenuh tau asyik bawa broadband dan lappy besar-besar. Lepas tu kena pergi carik tempat lepak yang ada WIFI FREE. Siap minta password lagi kat cashier kaunter. Huihuihui... Kalau lah boleh bawa satu benda kecik dan masih boleh trading, update blog, boleh layan internet ke mana sahaja tanpa fikir bayaran bil internet dan nak top up kredit bagus kan ??!!




Dah tu, tak payah nak fikir-fikir lagi kat mana ada WIFI free, tak perlu la minta password kat cashier kaunter tu kan ? hah! Macam tuh kan besyt kan..






Macam biasalah kan , kalau dah ada internet percuma ni, boleh lah upload gambar kat facebook on the spot. haha.. Instagram apatah lagi. Nak bertweet2 tu lagi lah no hal...

Dah tu paling seronok tu bila dapat main whatsapp ke mana sahaja berada. Tak lah perlu nak tunggu balik rumah baru nak balas whatsapp kawan-kawan atau pelanggan atau klien kan..Mana tak nyer korang, kat rumah ada internet laju lagii haaaaaa....haha. Macam mana kalau pelanggan atau klien nak cepat dapat respon dari kita kan.. Silap hari bulan lari pergi pelanggan.. ruuugggiiii putih mata la kaw.. kah kah kah. Alah!! PERCUMA INTERNET kat mana-mana tak perlu fikir kredit nak top up. Memang PERCUMA. Seronok macam tu kan ?

Alhamdulillah sekarang boleh saja buat macam tu. Zaman dah maju. Internet Percuma boleh dapat punya. Korang tengok saja kat plan HOTLINK..Korang tengok saja lah kat sini cara mudah internet percuma : www.hotlink.com Mudah saja nak praktik internet percuma. Dari kita saja la nak ambil keputusan nak atau tidak. Hehe.

Dah rasa penat lelah duduk lama-lama kat OLDTOWN tadi, Encik Tunang pun ajak jalan-jalan kejap kat Waterpark. Angin buat rasa ngantuk juga lah tadi tu korang.. Tapi apa guna ada handphone kamera kan, mari kita buang jauh-jauh rasa ngantuk. Ambil gambar dulu.. YeahHH!









Dah ada internet percuma ni, memang seronok lah~ Boleh lah ambil gambar terus saja update gambar kat instagram. Lama dah tak amik gambar banyak-banyak dengan Encik Tunang. Kekeke... Hari ni seronok ah!





Lepas saja dari Waterpark, saya dan Encik Tunang sempat pergi makan roti canai kat kedai mamak.. Uihh! Tak habis lah pula roti saya.. -_- Alamaakk.. Nasib baik Encik Tunang spoting tolong habiskan. hehehe...

Kemudian,

Saya dan Encik Tunang pulang rumah saya sambung buat kerja online lagi. Kami siap layan urutan Guasa kat rumah. Kekeke...

Dan, LAYAN AISKRIM MILO besyyyttt mummy belanja tadi sebelum Encik Tunang pulang ke rumah dia. Marbeles.






Nanti sambung blogging dan blogwalking kat blog kawan-kawan blogger yang lain. hehe. Assalam~


Info Yang Mungkin Anda Minati :



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.