Follow Instagram @sofinahlamudin

Thursday, September 5, 2013

Tuesday , Jogging and Snaping

Assalammualaikum Readers, and bloggers :)

Sebelum teruskan baca, sila ke "Bantulah Wanita Yang Tidak Bernasib Baik" ini dan berikan sokongan...

uiks ? ..HAHA. Sleeping beauty pula blog saya ni 2 hari... :p Selasa lepas, pepagi saya dok lepak depan PC dengan Teddy Bear saya kat bilik sambil membelasah telur dadar 3 biji...

Petang pula, Encik Tunang ajak saya pergi ber-jogging.. lepas bulan puasa hari tu, hingga lah ke hari raya, saya dan Encik Tunang tak ada pergi jogging pun.. haish.. Kasut jogging tu mungkin dah menangis minta di pakai..

Kami jogging kat tempat yang dipanggil Pancur Hitam di Wp.Labuan...

Sambil jogging melarat pula ke hujung.. kebetulan air tak dalam...so, apa lagi, saya pun ambil lah kesempatan ambil foto..









Cantik kan gambar kat atas... pemandangan sangat aman damai. Semasa berjalan kat hujung tu, hanya dengar bunyi air dan kicauan burung.. Sangat damai...

Rupanya tempat ni ada kenangan dengan Encik Tunang semasa dia Tingkatan 3 bersama rakan-rakan sekolah. Hehe.. biasalah budak lelaki.. tempat macam ni memang sesuai kalau nak mandi manda dan lepak-lepak sambil makan-makan...




Patutlah ada tulisan-tulisan yang ditinggalkan kat batu-batu tu... Tapi dah kabur lah.. sebab, kalau air pasang, tempat ni akan tenggelam...Semua tulisan tu, kenangan Encik Tunang dengan kawan-kawan dia la dulu tuu.. haha..

Then, kami lepak makan ais krim coklat kat rumah saya.. bersama anak-anak buah saya...

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.