SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 9 Oktober 2013

Kalau nak,dapatkan lah sendiri. Nak harapkan orang lain? Tunggu kucing bertanduk.

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari selasa dah pun malam. Cepat saja masa berlalu bila dalam rumah ni "meriah" hari ni. Hehe. Hari ni saya stay kat rumah saja 24 jam. Ada harapan la order Pizza minta hantar ke rumah terus. Tu pun kalau Labuan ni ada 24 hour pizza delivery. Haha! Jarang sekali berlaku kepada saya konon nak stay kat rumah seharian. Hehe. Tapi sekali sekala best juga santai-santai kat rumah layan dunia sendiri. Best giler macam setahun bekerja tak ada cuti malah OT hari-hari. Hahahaha! Macam saya dedulu kan nak overtime hari hari macam tak ada employment law langsung! EcecehH!

Tak kisah la. Movie banyak dalam rumah ni. Kebetulan, mami dan dadi pun tak kerja hari ni. SO, today memang best bro! hehe. Lagipun dah ada cute baby! Baby Fizie yang boleh saya cubit-cubit, dan cium-cium. MuahH! MUahH! muah! hehehehe. Lepas tu, anak buah, si Irah dan Fitri pun ada boleh la saya buli sikit.. Lols. Jahatnyee.. haha.

Then ada Black cats kat rumah sekarang. Black cats yang masih lagi kecik.. Salah seekornya memang semua kaler hitam. Tu saya punya kitten. Mesti ramai yang minat sangat dengan kittens kan ? sampai cari kittens for sale kan ? Nanti la saya cerita pasal kitten for sale yang saya jumpa kat Kota Kinabalu ahad lepas. Kalau murah dan boleh bawa pergi Labuan tu, dah lama saya angkut mari Labuan. Haha!

Pokoknya, hari ni memang meriah!

Hari ni kira-kiranya nak tido sampai tengahari (Haish! Jangan tiru aksi ini) . But suddenly kan, water filter kat rumah tetiba saja bocor. Aduyaiii! Bila dadi kata minta tolong macam mana nak settle tu, saya terus je blurr. Alamak bro.. lupa segala-galanya nak buat apa bila reverse osmosis filter tu ada problem. Maklum lah.. bila nak ada kaitan dengan semua tu, ada saja halangan. Bila dah malas nak tahu, nak buang jejauh ada saja yang buat kite dengar, lihat hadapi benda tu. MuahHHaa! Tapi tak apa la.. reverse osmosis filter tu bagus untuk kesihatan keluarga saya.

Last-last , upline juga la saya rujuk macam mana nak settle. Lepas tu saya telefon Elken Service Kota Kinabalu untuk buat service. Esok In Shaa Allah settle la reverse osmosis filter tu :)

Kemudian, layan anak buah saya , Fitri dan Irah. Dua orang anak buah saya ni dah buat saya bangga. Hari-hari pinjam tablet saya untuk main game, buang boring dan sebagainya. Saya ada satu tablet saja.Macam biasa, mereka kena lah bergilir-gilir guna. Kadang tak sempat pun bergilir. Dah habis bateri. Haha. Tu pun, tablet tu bukan saya yang beli. Orang hadiahkan untuk saya. Siapa sangka budak-budak ni boleh cakap nak kerja untuk dapatkan duit dan beli tablet sendiri ?  Saya dah besar panjang nak beli smart phone sendiri pun tak pernah capai-capai. haha. Maklumlah, Kalau nak,dapatkan lah sendiri. Nak harapkan orang lain? Tunggu kucing bertanduk. betul tak ?

Oleh itu, saya pun membuat sistem merit-demerit kat rumah ni untuk Fit-rah (Fitri dan Irah) .

Semua bermula daripada si Fitri.

Fitri : "Belikan la satu untuk P.T , satu untuk kakak. " Lepas saya marah sebab asyik berebut guna tablet yang satu tuh.

Irah : "............." diam.

Saya : "Nak tablet, beli lah sendiri...!"

Fitri : "Mana ada duit nak beli..." huhu.. sian la pula. Tapi masih lagi nak marah diorang ni.

Saya : "Pergi lah kerja kalau nak duit..!" Saja cakap macam tuh walaupun tahu diorang ni kecik lagi.

Fitri : "Macam mana nak kerja, kecik lagi.." Aduh pandai pula dia jawab. huu huu...

Saya pun fikir-fikir... tetiba terfikir yang diorang dua ni suka melukis. hehehe. dan saya tahu mana satu rajin mana satu malas. Mana satu ikut cakap mana satu tak ikut cakap. Mana satu lambat mana satu cepat. Jadi... saya pun berlagak la jadi "bos" , "cikgu" dan "mentor" untuk Fit-Rah. hehe..

Saya : "Nak kerja tak ?"

Fitri : "Nak...gaji?" Amboi! -__-"

Saya : "Boleh. Kerja nya kena tolong bucu melukis. Mahu ?"

Fitrah dan Irah : "Mahu.."

Saya : "oke.. tapi gaji tak boleh pakai. Sebab nak beli tablet. hehehehe.."

Fit-Rah yang excited ni pun terus minta kertas nak melukis. aduh! Habis la kertas lukisan saya ni. haha!

Melukis dapat gaji. Sistem merit-demerit diorang tak tahu. Saya saja yang tahu. Tolak-tambah sikit "bintang" . Siapa baik dapat lebih la "bintang" hehe. Macam zaman sekolah tadika la pula. Siapa malas tolak "bintang" . kekeke....

Sistem kerjasama pun jalan. Adik tolong kakak dia, Kakak dia tolong adik dia. OhHHh.. so cute! Adik tak pandai buat ini, kakak tolong, kakak tak pandai buat itu, adik tolong. Haa~ Comey anak buah saya! ^_^

Lagipun, saya tahu diorang ni ada bakat melukis ni. Tak boleh biarkan. Mana la tahu boleh jadi pelukis hebat. hehehehe. Boleh la lukis muka saya ni hari hari tampal poster kat bilik you all. Wakakaks! (Aduh.. sila lah muntah..)



IRAH

FITRI


Tengok tuu.. Sedang bersungguh-sungguh nak dapat tablet tu.. Hehe.. Nanti bila dah dapat Tablet , saya nak ajar diorang jadikan tablet tu untuk dapatkan income plakkK! OyeahH! Baru lah ASET namanya :p

Actually, baru lagi buat macam ni. Start 03 Oktober 2013 hari tu. Harapnya rajin berterusan anak buah saya ni.. he he..

Lukisan budak-budak ni, bila mereka dah besar nanti, ni lah kenangan kecik-kecik!

Lukisan 03 Oktober 2013


Ni lukisan hari pertama diorang. Diorang lukis sama-sama.
Comey je. Fitri kalau melukis tak perlu main tekap-tekap.
Rasa macam terer dari saya jerk.
HAHAHA.

Lukisan 04 Oktober 2013

DAVE.. hehe.

KEVIN ke ni ? Hehe.. Confius dahh..

Ni lukisan favourite saya ni. Hari kedua melukis dan submit kat saya.
Memang sweet.


ini pula adalah DOMOkun.

Ni memang Fitri la yang lukis ni.
Time ni, mood Fitri dah nak pergi main ngan kawan-kawan dia.
Aduyai.. DOMO dah jadi merah menyala.

Lukisan 05 hingga 06 Oktober 2013

Zombie vs Plant

NI mesti terpengaruh dengan game kat tablet saya ni.
Tapi ni mood dah malas.


Tak tahu apa benda la ni.
 Saya tak sure benda mana diorang dapat ni. Huuhuu..


Powerpuff girls (Blossom)

Blossom! salah satu watak dalam Powerpuff Girls.
Blossom ni watak kesukaan saya masa kecik ni. 


Blossom juga.

 Blossom tapi image dia macam tomboi. HAha.


Apa ni ?

Yang ni memang tahap ngantuk nak tido dah ni.
Tak tahu la diorang ni melukis apa benda ni.
Esok kena interview ni. Hahaha.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: