Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Saturday, November 30, 2013

Blogwalking ke Akupenghibur dot com

Assalammualaikum rakan blogger :)

Apa khabar di hujung bulan November ni ? Kat sini, nampaknya cuaca hujan sangat lebat... Patutlah siang tadi, saya rasa panas menyengat semacam....

Hari ni Labuan ada Karnival "E De Deh Badudun Kitani" tapi disebabkan salah timing kot datang, panas giler!! Hehehe... sekejap lagi saya share apa saya buat kat Karnival tu. hehe.

Saya nak blogwalking dulu....

...baru saja singgah ke www.akupenghibur.com .... Ada cerita baru yang beliau dah share kan kat blog beliau... mengenai "PLAYBOY ITU SUAMI AKU" tapi versi kisah benar tau! KLIK SINI untuk baca okeyh.... :)



Saya sebenarnya dah lama jadi follower akupenghibur ni... tapi selalu baca dan tinggalkan saja... tak ada pun nak komen dan tinggalkan jejak... tak tau la.. segan kowt.. hiihhiiihiiii... :p



Nama tuan punya blog akupenghibur ni adalah ACIK... kepada kawan-kawan blogger saya, singgah la ke blog beliau,.. sebab blog beliau bukan blog biasa-biasa tau... banyak cerita, soal hakikat hidup, suka duka... macam-macamlah!

Blog acik juga adalah pilihan UTUSAN MALAYSIA...dan MAJALAH REMAJA.. Alhamdulillah syukur rezeki acik kan...






Hmm.. Rasanya tak payah cerita panjang, korang jalan-jalan la ke blog acik... boleh tahu banyak lagi tentang Acik dan Blog beliau :)

......

......


Jom.... next blogwalking pula....


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Million dollar money start with 1 cent! Million miles journey start with 1 foot step... Just Don't give up... :)

Assalammualaikum Readers, rakan blogger yang budiman... :)

Selamat pagi Sabtu...

"Million dollar money start with 1 cent! Million miles journey start with 1 foot step... Just Don't give up... :) "

Semua orang pernah dengar apa yang saya -copy dan paste- kat atas kan? Pernah lihat dan baca tajuk macam kat atas kan ?

Sepanjang perjalanan hidup saya, sepanjang saya cuba melangkahkan kaki, selangkah demi selangkah, baru kini saya rasa peritnya "Million dollar money start with 1 cent!" . Bukan kerana saya tidak pernah mencari duit selama ni. Bukan kerana saya seorang yang memang orang kaya lalu jatuh miskin sebelum ni. Bukan juga kerana saya seorang yang mewah, berharta dan tidak mementingkan wang sebelum ini.

Tetapi peritnya rasa tu kerana situasi saya sekarang. Apa yang saya lihat, apa yang saya rasa, apa yang perjuangankan tidak akan sesiapa nampak dan lihat kerana semua itu sekadar "Million miles journey start with 1 foot step" bukan "Million dollar money start with 1 cent!" . Kerana $$$ hati saya hancur. Saya belum pernah rasakan ini sebelum ni.

Apabila melihat movie kanak-kanak yang suka melukis, lukisannya dikutuk ayahnya kerana lukisan itu tidak mendatangkan wang, "Awak boleh tak jangan asyik melukis dan berkhayal? Pergilah lukis duit! Jika kau boleh gunakan lukisan itu sebagai duit!"

Hancur hati dia kerana perkataan $$$. Saya tahu sememangnya keperluan kita dalam dunia ini adalah duit. Tetapi perlukah kerana duit, kita lupa tentang "HATI" yang tidak perlu dibeli dengan duit?

...kerana $$$ , permusuhan berlaku sana sini...
...kerana $$$ , suami isteri bersengketa tak sudah-sudah...
...kerana $$$ , anak bini ditinggalkan...
...kerana $$$ , suami dibuang kerana lelaki kaya...

SEMUANYA KERANA DUIT! ada apa dengan duit ? Ya! Duit boleh membuatkan kita ada segalanya.... tetapi duit tidak akan pernah memberi kita "HATI" .

Hati yang setia...
Hati yang jujur...
Hati yang cinta...
Hati yang ikhlas...

Hanya manusia yang imannya kuat, DUIT bukan HATI. tetapi HATI lah DUIT...Tanpa hati, duit membutakan mata!

Saya hanya ada nyawa, hati, perasaan, jasad....tetapi duit? saya belum ada nilai jutaan, ribuaan. Sebab itu saya selalu kelihatan "Goyang kaki" , "Tidak berusaha" , "MISKIN!" , "lemah" ....!!

Salah saya! usaha mungkin belum berganda... tapi saya rasa susah dan penat... namun, saya berusaha melakukannya agar ia terbaik...kenyataan dunia sangat menyakitkan...hakikat kehidupan sangat memeritkan. Kadang-kadang terfikir, tak sabar nak berhenti dengan semua ni... tapi amal tak cukup lagi... dugaan gigitan semut sudah terjatuh.. apatah lagi dugaan gunung berapi...hanya pada Tuhan saya berserah. Apa pun orang kata, abaikan, lupakan, doakan.. In Shaa Allah...hati akan tenang, redha dan kejayaan hati akan milik kita.

Biasanya, kita melihat kesusahan dan kegagalan demi kegagalan orang yang popular, orang yang terkenal, orang yang hebat... kesusahan orang biasa, yang tidak ada apa-apa tidak ada sesiapa yang lihat. Tak perlu untuk dilihat...tidak penting untuk dilihat... Tuhan melihat sudah cukup.

Just Don't give up... :)

Saya bukan mata duitan. Saya bukan seorang yang ketagih dengan duit. Saya hanya mencari duit kerana saya ada minat, hati, cinta dan perasaan. Jika saya tidak punya hati, cinta dan perasaan, hanya kerana duit, saya tidak akan berada di sini.

Dengan HATI dan WANG RINGGIT yang banyak, one day.... IN SHAA ALLAH.... keluarga dan suami akan gembira....

Setiap langkah saya yang kecil ini,...


video


....meski pun lambat, kecil, tak berharga bagi sesiapa...hanya ini yg saya ada, untuk hati yang saya sayang, buat masa ni....,

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, November 27, 2013

Blogwalking Tengahari ke PullBackForexTrading dot Com

Assalammualaikum Readers dan Bloggers, rakan blogger yang budiman... :)

Tengahari ni, sebelum pergi makan tengahari, saya ambil kesempatan yang tak banyak (macam sibuk sangat pula bunyinya) untuk membaca, melihat, menjenguk blog PULLBACKFOREXTRADING.COM .

Blog ni berkisar mengenai FOREX (Foreign Exchanger) , mesti para pembaca yang datang sini dah tau kan ? Ni business yang saya pernah ceburi pada tahun ini. Yang pernah ? Macam dah tak buat lagi pula bunyi nya... hihi...

Actually, saya bukan tak buat lagi... dalam rancangan nak "main" game ni juga...ops! hihi.. bukan game actually... tak boleh main-main macam game nanti lesap duit menangis tak sudah. huhu..

Begini, saya sangat sibuk dengan perkara lain... setelah selesai, masa banyak, saya akan buat semula Forex ni untuk part-time. Sebab benda ni, memang buat lembik kepala otak saya , TAPI BEST! hahaha... saya tak suka belajar separuh jalan... rasa tak puas hati... saya nak belajar je tambah pengetahuan, bukan nak buat full-time Forex ni.. Part time sudah lah... :)

Blog PULLBACKFOREXTRADING.COM dah pun bertukar wajah.... sempena tahun 2014 agaknya ni... kihkihkih..... kepada yang berminat nak belajar Forex, nak tahu apa sebenarnya Forex, macam mana nak join Forex atau nak tambah pengetahuan sahaja seperti saya, boleh lah klik kat www.pullbackforextrading.com untuk terjah blog tersebut.



Blog Forex ini adalah milik sifu Forex Labuan, Mohd Nasyit Md Nooh. (Kenapa macam kenal jerk?? hee hee...)



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tuesday, November 26, 2013

Cursor untuk adik Farah Hanim

Assalammualaikum pembaca yang budiman :)

Apa khabar hari ni ? Wahh Labuan nampaknya hujan lebat malam ni.... Baru saja balik dari keluar makan malam... Lepas makan saja terus balik, HUJAN! yang sangat lebat.....

Bila dah balik tu, macam biasalah.... Online kejap... :)

Sempat chating dengan rakan blogger baru, adik Farah Hanim.....dan buatkan cursor comel untuk dia.... hadiah birthday la ni yer Farah Hanim ? hikhik...





Harap Farah Hanim suka :)

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Rehat sambil dengar lagu ni sekejap... :)

Lama dah tak dengar lagu macam ni :")
Apa kata......, :")



Saya....saya rindu macam ni  :") In Shaa Allah.... pembaca, blogger yang Muslim, join la saya dengar sekali... hihi.... Santai jap...

dah dengar?

oke... sambung kerja... hihii :)


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tahniah....

Assalammualaikum Readers, Blogger yang budiman :)

Entry ini khas kepada dia yang pernah rapat dengan saya. Tujuan entry untuk mengucapkan tahniah dan...mungkin ucapan ini hanya kelihatan biasa. Tetapi tidak kepada saya.. tersirat atau tersuratnya yang ada dalam entry ini, hanya Tuhan yang tahu... Mohon maaf kerana save foto ini tanpa izin.

Since 'dunia' kita sudah berbeza... jauh sudah perjalanan saya kearah yang lain... tetapi saya yakin ini adalah perjalanan terbaik yang Tuhan anugerahkan kepada saya dan insan yang hadir dalam hidup saya serta keluarga saya sekarang dan masa akan datang. Ini lah hakikat hidup. Tidak semua akan sama seperti yang terlintas dalam fikiran semasa kita di zaman sekolah bersama guru-guru tersayang :)

Since 'relation' kita sudah berjarak (terasa sudah semakin jauh)...kecil hati tak perlu difikirkan lagi...mungkin silapnya datang dari diri sendiri. .....ini juga satu kenyataan "Jika kau dah habis sekolah, tak akan sama lagi seperti sekarang suatu masa nanti" ... sekuat mana pun kita kata tidak pada waktu itu, kini ia akan tetap betul...realiti..kenyataan...

Itu dulu.. bukan kini.. masing-masing ada tanggungjawab, komitmen, perjalanan hidup, kesibukan, tetapi yang pasti.... benci mana sekalipun kita zaman persekolahan dulu, malas bangun pagi, rimas bawa buku banyak-banyak... penat menulis karangan panjang-panjang, pening fikirkan macam mana nak lulus exam, kenangan bersama rakan sekolah yang menyedarkan kita erti persahabatan, kenakalan kita hingga dimarah oleh guru, geram pada mata pelajaran yang langsung tidak diminati, di rotan oleh guru dan sebagainya.........TETAPI itulah kenangan terindah yang tidak mungkin kita akan lupa sampai mati!

Setiap ucapan dan doa ke menara gading dulu, masih saya genggam ketat-ketat. Walaupun saya tidak tahu, itu pasti atau tidak. Saya yakin pada rezeki Allah... tidak semua yang kita ada, ada pada orang lain.... tidak semua yang mereka ada, ada pada kita... pro dan kontra itu wujud... setiap yin, ada yang nya... setiap kelebihan, ada kelemahannya... tetapi setiap kita, sebagai manusia, akan tetap gembira dengan apa pun yang sahabat kita capai pada hari ini. In Shaa Allah.... dan kita juga sebagai manusia , akan tetap bersyukur dengan apa yang kita kecapi pada hari ini... walaupun jauh berbeza seperti yang pernah kita tulis pada kertas 20 tahun yang lalu, 10 tahun yang lalu dan mungkin semalam tidak sama langsung dengan hari ini, tetapi PASTI DAN NYATA, itu lah terbaik untuk kita semua... Alhamdulillah. Syukur nikmat Allah tiada tandingannya :)

Tahniah...!
Tahniah..... hanya tuhan tahu isi hati kita.....Gembira buat my BFF teacher.....








Ijazah sudah, master sudah... nanti In Shaa Allah PHD pula... semoga segalanya berjalan lancar... semoga setiap langkah dan perjalanan terus mengecapi kenangan indah dan kebahagiaan, seterusnya bersama pasangan hidup dan anak-anak.. amin.

Tahniah!! Adik beradik konvo :) semangat adik sebab ada kakak macam ni ....

Alhamdulillah.... gambar bersama keluarga...hadiah untuk parent yang nak anak macam ni :) next journey to adik Dyba... after konvo.... teruskan perjuangan.



Truly me as you know before, MANJA.




P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Sunday, November 24, 2013

Bila mata macam bulan, Mula lah buka blog..

Assalammualaikum kawan-kawan blogger...

Alhamdulillah... Syukur dengan apa yang kita ada... :) Sebenarnya dari tadi tadi dan tadi lagi nak tulis entry tapi tak jadi sebab nak masuk tidur...nak tido nak tido nak rehat nak bangun awal-awal esok.. buat kerja buat kerja... berapa kali ulang dalam hotak!



Tapi bila dah nak masuk tidur, mata ni taknak tutup pula.. Macam terang je macam bulan je.. hoho.. Hentah-hentah nak saya menaip untuk entry ni juga kot baru lah dapat tido kan...

Sekarang dah pun menghampiri jam 12:00 AM.... sekejap saja lagi akan bertukar tarikh menjadi 25 November 2013... Dah nak masuk hari Isnin dah pun. Isnin, hari bekerja dan merupakan hari yang ramai yang tak suka sebab itulah hari permulaan untuk bekerja dalam seminggu... dah tu, itu lah hari pertama bekerja selepas bercuti pada hari Sabtu dan Ahad bagi mereka yang tak kerja pada Sabtu dan Ahad. Hihi....saya tahu, korang ada rasa malas2 kan ? hehihihi.... ala rajin laa... kejap lagi momentum kerja korang naik balik la...




Hah...? Apa saya cerita ni?? huu~  tak kisah lah, Isnin ke Jumaat ke,... saya bukan dalam dunia macam tu lagi.... sekarang ini lah dunia saya... blog! .............dan hari-hari pun buat kerja kat rumah :)

Tadi saya ada beli 3 batang pensil untuk hari hari depan... Nak melukis ala-ala greyscale pro gitu.. lols. Actually jeles sebab Encik Tunang ada melukis Minion untuk saya baru-baru ni... saya ni bila lagi nak lembutkan jari melukis semula ? Masa banyak ni... macam-macam boleh buat. Terima kasih kepada Encik Tunang sebab memberikan saya semua ni :) Kalau dulu-dulu mana ada macam ni.... asyik lepak kat ofis jerk. Nak nampak bantal pun susah. haaa haaa.. nak tido la tu... dah siap sebut bantal segala. :p




Tadi beli pencil "H" , "4B" dan "6B" ... haha... dari keras (Kabur) hingga lah ke lembut (Terang) mata pencilnya. Encik tunang pun join beli pencil "6B" , tak sabar bak tengok lukisan dia yang lain lepas ni :)

..dan saya pula nak lukis apa ya ? masih belum ada idea lagi... Sebenarnya saya dah ada Drawing Block... just belum start2 melukis. Saya lebih awal beli Drawing Block berbanding Encik Tunang.. ketara la tak start2 melukis :p



Kalau dulu , masa zaman sekolah, saya suka beli Drawing Block yang gsm dia tebal... kertas dia tebal sikit sebab nak melukis guna poster colour Buncho tu... Sebut tentang Buncho, sekarang ni harga dia mahal pula kan... dah naik harga.. zaman sekarang ni semua benda pun nak naik harga.. haish! Buncho tu poster colour yang popular dan sangat diminati orang ramai terutamanya yang suka melukis tetapi tu lah.... benda yang banyak demand tu la naik harga! >_<

Saya belum lagi beli baru... kira nak beli dua set! Satu untuk saya dan satu lagi untuk Encik Tunang... hehehe... Poster colour saya yang ada sekarang ni macam lain lain lain macam jerk ??! Dah lama tak guna la..

In Shaa Allah nnt saya beli... :)

Kalau sebut tentang lukisan hitam putih, saya ada buku tajuk "Jangan Beli, Bikin Sendiri" , beli semasa Labuan Art Festival hari tu.... hah! Buku tu buat saya konfius juga tau... dia kata jangan beli, tapi kann dia jual buku tu... saya patut beli ke tak ?? hehehehe...... Sabahan punya Qoutes letak sana.. memang lawak je bunyinya!




Buku tu kat dalam memang bersih habis.... kertas kosong.... buku ni, buatan tangan oleh team Pangrok Sulap. Cayaa lah... kreatif betul... ! So, memandangkan kat dalam memang kosong, saya nak jadikan buku ni buku lukisan greyscale dan hitam/putih saya ^_^ Buat koleksi lukisan...



Lepas saja selesai pergi cari barang yang nak dibeli dan sebagainya.... Saya dan Encik Tunang nak pergi lepak kat tepi pantai. Piknik nak baca2 buku kat sana kononnya... sekalikan... punyala ramai manusia... FullHouse kat tempat kitorang selalu lepak piknik2 tuh.... maklumlah Ahad kan... orang berhujung minggu. So, tak jadi laa... kami pun berpaling tadah... chewahh ;p kami pindah port... kitorang pergi ke Restoren DeepSea yang ada penmandangan laut...



Awan tu macam semacam je.....



..Dulu saya dan Encik Tunang memang suka makan malam kat sini... makan ikan fresh, lamb chop, chicken chop dan sebagainya makanan laut! Pemandangan kat sini kalau malam cantik sikit nampak macam ada bandar kat sebelah sana... sebab Restoren ni mengadap ke kawasan bangunan Oil and Gas. Lampu kat sana nampak macam ada bandar kedua pula dah :p Kadang-kadang kami ada nampak kapal terbang lalu... ish ish nampak macam kapal Alien pula lalu.. kihkihkih :p

Paling best lepak masa perayaan la kat sini.. ada orang pasang bunga api kat sebelah sana sesiapa sahaja yang makan kat DeepSea masa tu akan nampak bunga api tu. Heh! Macam Romantik jeee :p lols.



Panjang juga saya bercerita tengah malam ni kan...... nak tidur la... nak habiskan dulu susu ni... setiap malam tak boleh minum kopi , nnt tak tidur lah saya sampai esok pagi...

Layan susu dengan gelas favourite sepanjang zaman.


Terima kaasih sebab baca entry ni....
Selamat malam........
TwitTwit.. Wassalam.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Akak, macam mana nak buat cursor comel ni?

Assalammualaikum kawan-kawan blogger :)

Farah Hanim atau blognya dikenali sebagai CikFa tadi ada tanya macam mana nak buat cursor comel.. hehe..
Malam ni saya ada masa yang terluang untuk buatkan tutorial ni untuk Farah Hanim dan untuk kawan-kawan blogger yang lain yang nak buat cursor macam ni juga :)

Cursor saya ni, baru saja saya buat pada 13 November 2013...saja buat sebab masa tu ada kelapangan dan memang mood blog memanjang. kekeke... Ni entry saya lepas siap buat cursor : KLIK SINI untuk baca.

Saya ajar buat cursor ni ikut cara saya k... kalau korang ada idea lebih bagus, boleh guna juga... :)

Saya buat cursor ni guna photoshop..

Step 1 :

Buka photoshop korang dan klik pada "FILE" kemudian diikuti dengan "NEW" .



Step 2 :

Adjust saiz canvas dalam ukuran "CM" . Kat gambar di bawah ni, saya letak lebar 5CM, tinggi 2CM. Kalau korang nak besar lagi, boleh adjust mana yang korang suka k.. kecik lagi dari ni pun boleh.. hehe..



So, korang punya canvas akan jadi macam ni :



Step 3 :

Selepas tu, kita kena delete dulu background cursor kita yang putih tu. Biarkan je dia tak ada background langsung. Klik kat "MAGIC ERASER TOOL" macam kat gambar di bawah ni.



Step 4 :

Bila dah klik kat "MAGIC ERASER TOOL" tu, korang klik kat canvas satu kali, then dia akan jadi macam kat bawah ni.




Step  5 :

Kalau nak letak nama saja, korang boleh pilih "TEXT" untuk korang tulis kat cursor korang. Oke, pilih "TEXT" sekarang. :)




Saya tulis "FATIN" kat cursor ni... :)




Step 6 :

So, macam mana pula dengan Arrow kecik tu ? Saya cari kat image google..korang boleh cari dari mana-mana sumber juga sebenarnya, dari photobucket boleh, kat mana saja yang korang suka boleh. :)

Kalau saya, memang simple saja... cari je kat carian imej google...



...dan saya pilih ini :




save ke komputer korang oke :) kemudian drag terus ke photoshop korang...



Step 7 :

Kecil kan Arrow tu dan letakkan kat tepi atas sebelah kiri canvas korang tu k...

Macam kat bawah ni :



Step 8 :

Lepas tu boleh dah save.. Make sure save dalam format PNG oke :) Macam kat bawah ni :


Pergi ke "FILE" kemudian ke "SAVE AS"...

Lepas tu pilih "PNG" ...

Then pilih "Interlaced" dan Klik "OK" .....

Step 9 :

Kemudian, korang kena dapatkan "URL" gambar korang untuk letak kat kod cursor untuk blog korang tau... Macam mana nak dapatkan "URL" gambar tu kalau letak kat komputer kan ? Macam ni.... korang boleh upload kan gambar tu ke Facebook korang ke, ke photobucket korang ke, atau... paling senang buat macam saya je... letak kat blog korang... upload la gambar tu....

Saya upload gambar cursor nama "FATIN" tadi tu yer... tengok kat bawah ni :



Comel tak ?? Pink lagi tuu.. hehehe... Kalau nak edit letak gambar korang pun boleh juga macam cursor saya tu... cara dia sama saja macam saya buat tadi... tapi bukan guna "TEXT" la. Tapi guna gambar muka sendiri... hehe :p

Sekarang kita ke step seterusnya pula....

..iaitu menjawab soalan "Macam mana nak letak kod cursor tu bersama-sama dengan gambar di atas?" Oke jum kita teruskan membaca .......


Step 10 :

Tengok kod kat bawah ni....

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://4.bp.blogspot.com/-yhu2UU8AyDQ/UoNdNvf2ZzI/AAAAAAAAGhc/f8qOoRp-SK8/s1600/Sophee.png), progress;}</style>

Saya dah highlight kan warna kuningMerah kat URL gambar cursor saya. Korang copy kod kat atas ni, tukarkan "URL" gambar cursor saya kepada cursor pilihan korang k.... :)

Lepas tu korang boleh dah paste kan ke bahagian widget korang di blog korang...

Macam kat bawah ni... lepas tu klik "SAVE" ... jangan lupa save nanti tak jadi.... hehehe....



Dah siap tutorial buat cursor... hehe... senang saja kan... ? Selamat mencuba dan lebih kretif :) Sebarang pertanyaan, boleh je tanya kat sini...saya reply. Atau add saya kat facebook : Sofinah Lamudin ...



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)