SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 1 November 2013

Persepsi-persepsi yang salah dalam hubungan suami isteri

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Kepada sesiapa sahaja yang sudah berumahtangga mahupun belum, mari kita belajar ilmu rumahtangga agar hubungan kita suami isteri sering terjaga dengan sikap kita yang betul. Amin.



Mengapa kita memulakan dari persepsi-persepsi yang salah? Hal ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada kita mengenai perkara yang utama untuk memasuki gerbang perkahwinan. Adakah kita sudah meninggalkan semua kegagalan hidup dan semua persepsi kita yang salah? Masa akan mentukannya. Kita diminta untuk meninggalkan semua yang membelenggu hidup kita dan melempar jauh setiap persepsi yang telah membatasi kita.

I. Persepsi Salah Seorang Suami

1. Tidak Memahami Perbezaan antara Lelaki dan wanita

Sebahagian orang berpegang kepada persepsi bahawa wanita adalah sama seperti lelaki sehingga dia melayan (bergaul) wanita sama seperti dia melayan seorang lelaki. Dia menganggap wanita adalah orang asing, bahasa, ucapan dan kehidupannya berbeza dengan dirinya. Sikap kedua-duanya adalah salah. Jika demikian, seseorang tidak akan dapat menjalinkan hubungan dengan wanita, menghadapi masalah bersama atau hidup bersama dengan bahagia. Kebahagiaan yang dihiasi oleh kasih dan sayang seperti yang Allah janjikan dan Dia telah menjadikannya sebagai salah satu daripada tanda-tanda kebesaranNya.

2. Memandang rendah Terhadap Isteri

Antara bentuk dari persepsi yang salah adalah memandang rendah kepada isteri hanya kerana dia seorang wanita yang tidak memiliki hak untuk memberi pendapat. Seorang suami tidak pernah melakukan sesuatu berdasarkan pendapat isterinya, malah memandang rendah terhadap pendapat yang dikemukakan. Keadaan ini akan menyebabkan golongan isteri sering berasa tertendas, tidak dihormati dan tidak pernah diajak untuk bermusyawarah walaupun adakalanya ilmu dan kebudayaan yang dimiliki oleh seorang isteri melebihi seorang lelaki.

3. Hubungan yang Rasional

Lelaki sering menggunakan rasionaliti atau logik, manakala perempuan pula lebih suka menggunakan perasaannya. Oleh itu, lelaki menganggap bahawa melakukan hubungan secara rasional dengan perempuan akan menjadikan dirinya lebih tinggi dan dapat mengatasinya. Ini adalah persepsi yang salah kerana seorang perempuan memerlukan pola hubungan yang sesuai dengan bentuk emosi dan perasaannya. Inilah kebanyakan pola hubungan yang dilakukan oleh seorang lelaki kepada perempuan dan dia juga menginginkan agar orang lain bersikap demikian terhadap dirinya. Maka, lelaki harus membuang jauh persepsi ini jika ingin hidup dengan seorang isteri.

4. Meremehkan jalan Penyelesaiannya

Akibat daripada persepsi-persepsi yang salah,seorang suami sering meremehkan cara penyelesaian yang dicadangkan oleh isterinya kerana seorang perempuan dikatakan tidak mempunyai hubungan dengan pekerjaan, pendidikan, orientasi dan dengan cara penyelesaian pelbagai masalah yang dihadapi. Suami lupa akan hakikat bahawa ibunya juga seorang perempuan yang telah menolong dirinya dalam merancang kehidupannya. Suami juga lupa bahawa perempuan itu juga seorang anak perempuan yang mempunyai pelbagai prestasi dalam pekerjaan dan pelajarannya serta telah memberikan penyelesaian-penyelesaian ilmiah? Adakah seorang perempuan sebagai seorang isteri adalah makhluk lain yang berasal dari planet lain?! 

5. Menyelesaikan Masalah Kewangan

Antara persepsi yang salah pada seorang lelaki adalah mereka berasa sudah cukup bagi mereka jika mereka telah menjalankan tanggungjawabnya dalam menyelesaikan masalah kewangan dengan mencari rezeki, memberi nafkah dan memenuhi segala bentuk keperluan yang seharusnya ada dalam setiap rumah bagi isteri dan anak-anaknya. Dia berasa tidak bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak, melakukan penyelarasan dalam rumah dan melakukan tugas-tugas di rumah seperti menjaga dan memperbaikinya. Elain itu, mereka juga berasa bahawa mereka tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemelut rumah tangga, memberi nasihat dan semangat atau menanamkan perasaan optimisme bagi setiap anggota keluarga.

6. Banyak Bercakap

Perasaan puas seorang suami yang telah berubah menjadi suatu perilaku yang salah dalam persepsi bahawa perempuan itu banyak bercakap. Maka penyelesaian, pendapat-pendapatnya dan segala bentuk bantuannya dalam suatu krisis hanya dianggap sebagai bentuk ucapan yang tidak difahami oleh diri perempuan itu sendiri, Perempuan bercakap untuk tujuan lain yang tidak dapat difahami oleh leleki. Maka kesalahan bukanlah terletak pada perempuan tetapi pada lelaki yang tidak dapat memahami perempuan. Persepsi yang salah ini dapat dibetulkan dengan pemahaman yang ada setelah apa yang diucapkannya.

7. Tidak Ada Masa


Selain itu, sikap lelaki yang sering melarikan diri daripada tanggungjawab, kesalahan atau ketidakmampuan dengan mengatakan ‘’saya sibuk ‘’, tidak ada masa’’ atau ‘’tidak cukup masa’’ juga merupakan salah satu daripada persepsi yang salah bagi lelaki. Hal ini tidak membawa apa-apa makna bagi seorang perempuan. Namun, pada hakikatnya, orang yang sering melarikan diri daripada keadaan yang serius, berasa dirinya sibuk dan terlalu teliti terhadap segala sesuatu dan orang yang suka mengeluh mengenai kesempitan waktu sebenarnya merupakan orang yang suka membuang masa. Sesungguhnya pelaburan yang terbaik untuk masa adalah apa yang dihasilkan dalam suatu waktu untuk kebahagiaan keluarga serta mewujudkan sikap saling memahami antara suami isteri dan pendidikan anak-anak . Sebenarnya, alasan mengenai tidak ada masa hanya dibuat-buat dengan tujuan membuang masa untuk sesuatu yang tidak berguna. 



II. Persepsi Salah Seorang Isteri

1. Mengharap suami melakukan apa yang disukainya

Perkara ini merupakan sesuatu perkara yang mustahil. Perempuan sangat berbeza dalam membenci seorang lelaki. Apabila perempuan berasa selesa untuk menyatakan keluhan tentang rasa penat, kesulitan dan kepahitan hidup, lelaki pula akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. Yang diinginkan perempuan dari lelaki? Sebenarnya dia menginginkan kehangata, cinta, perhatian, pertolongan dan sokongan. Namun, lelaki membalasnya hanya dengan berdiam diri kerana sibuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, padahal, seorang perempuan sebenarnya tidak menginginkan penyelesaian kepada masalah yang telah dinyatakan. Diantara persepsi yang salah adalah perempuan menghakimi lelaki dengan mengatakan bahawa lelaki tidak memberi perhatian, pendiam, bersikap pasif dan kaku. Tabiat lelaki sangat berbeza dengan perempuan. Isteri yang bijak tidak megharapkan respon atas keinginan-keinginan tersebut, tetapi dia ingin ketenangan dan kedua-duanya hidup dengan bahagia.

2. Membandingkan Tingkah Lakunya

Hal ini juga termasuk dalam hal-hal yang sangat mustahil untuk mewujudkan situasi yang harmoni antara suami isteri. Walaupun hanya sekali membiarkan  (membuka ) ‘’pintu membandingkan –bandingkan ‘’antara perilaku suaminya tentang perasaan, emosi, dan kata-katanya yang lembut , hal ini sebenarnya akan mengundang permasalahan yang tidak ada penghujungnya. Ketika seorang isteri membandingkan perilakunya dengan perilaku suaminya, kemudian mereka menginginkan seorang suami melakukan sesuatu (seperti apa yang dilakukan ) yang tidak mungkin seorang lelaki dapat melakukannya, Namun, si isteri tetapi berkeras hati dengan sikapnya ibarat menanduk gunung yang tetap kukuh dan tidak bergerak.

3. Menghasut untuk keluar dari sikap pendiam

Kami akan membincangkan tentang cara berhubung dengan sikap pendiam seorang lelaki, namun usaha seorang isteri untuk menghasut suami bagi mengeluarkan diri dari sikap pendiamnya adalah persepsi yang salah. Ingatlah bahawa menghadapi suatu watak yang sebenar dengan lawannya untuk mengeluarkannya dari keseimbangannya, sebenarnya akan menciptakan penderitaan yang tidak akan berakhir. Segala bentuk hasutan adalah hal yang dibenci, tidak dapat diterima dan berlawanan dengan tabiat lelaki. Maka perbincangan antara suami isteri akan berakhir dengan satu perbalahan. Kebahagiaan akan berahir dengan kesedihan dan akan datanglah suatu perkara yang tidak diingini.

4. mengeharap Suami meluahkan perasaan

Faktor-faktor kemanusiaan dan sosial, emosi dan perasaan adalah sesuatu yang menjadikan perempuan lebih unggul daripada seorang lelaki. Peranan utama seorang wanita sebagai seorang ibu yang harus mempunyai sikap bersopan santun, lemah lembut dan penuh kasih sayang . Namun, sikap sebegini hanya sedikit yang dapat dilihat pada seorang lelaki untuk dapat menghadapi peperangan hidup, memecahkan pintu-pintu rezeki dan keluar dari segala permasalahan, krisis dan kesulitan hidup. Sebagai contoh, bagi seorang lelaki matlamat besar yang harus dikuasai adalah pekerjaan. Mengapa seorang perempuan yang bijak tidak memulakan sesuatu dengan bertanyakan tentang pekerjaannya, kemudian diikuti dengan masalah-masalah dalam pekerjaannya kemudian biarkan dia (suami) bercakap apa yang merunsingkan fikirannya walaupun sedikit. Biarkan dia bercakap untuk beberapa minit. Setelah itu, barulah isteri menceritakan mengenai masalahnya sama ada mengenai dapur, anak-anak, saudara mara dan kesulitan sehari-hari dalam menguruskan rumah tangga. Tetapi, jika perempuan mengharapkan supaya suami meluahkan perasaan, prkara itu adalah sesuatu yang mustahli. Perempuan harus redha dengan apa yang diluahkan oleh suami walaupun hanya sedikit. Kita akan mengutamakan cara dan ungkapan lelaki tentang cinta dan perasaannya yang berbeza dengan apa yang diinginkan oleh perempuan.

5. Bersikap Keras Kepala Kerana Diam Seorang Suami Merupakan Kemarahan Suami Kepada Isteri

Apabila seorang lelaki mula berdiam diri ketika mencari penyelesaian untuk suatu permasalahan, perempuan pula menganggap bahawa lelaki tersebut sebenarnya mempermainkan pendapat yang telah diberikan, marah kepada dirinya, tidak menghormatinya, membencinya atau sedang memikirkan isteri kedua. Padahal semua itu sebenarnya tidak pernah bermain difikiran lelaki tersebut . Perkara yang menghairankan adalah tuduhan-tuduhan yang disampaikan isteri sabenarnya hanya sekadar rekaan akal dan khayalannya. Segala permasalahan akan muncul akibat daripada anggapan salah seorang isteri terhadap sikap lelaki dan terlalu mudah memberikan reaksi dan respon serta terlalu mempercayai apa yang ada difikirannya. Sikap keras kepala isteri tidak akan dapat mengeluarkan suami dari diamnya kerana itu adalah wataknya. Dia isteri tidak akan mendapatkan apa yang diinginkannya bahkan hal itu hanya akan mengundang permasalahan psikologi yang tidak berpenghujung. Hal inilah yang menjadi penyebab kepada perlunya komunikasi antara suami dan isteri .Telah dijalankan suatu penelitian terhadap beberapa pasangan suami isteri. Hasilnya mendapati bahawa sebanyak 87% daripada para isteri lebih mengutamakan komunikasi sebagai cara penyelesaian masalah rumah tangga dan 4% daripada mereka menganggap dengan mengirimkan surat dapat menyelesaikan masalahnya. Saya kemudiannya tertanya-tanya, ‘’peratusan yang selebihnya iaitu 9%, apa yang dilakukan oleh para isteri untuk menyelesaikan masalahnya?’’ ya, jawapannya adalah seperti jawapan anda. 



Semoga kita semua memperbaiki sikap untuk kebahagian bersama insan tercinta. Amin.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: