SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 13 Januari 2014

Entry Pertama di Tahun 2014 - Blog berhabuk. Tunggu rajin saya bersihkan la~

Salam. Hye.

Ini entry pertama saya untuk tahun ni. Kali pertama juga saya jenguk blog ni pada tahun ni. Bukan lupa nak update. Banyak cerita nak update sebenarnya. Banyak idea juga nak ditulis kat sini. Tapi tak ada kesempatan.

Masa malam 31 Disember 2013 hari tu, ada juga snap gambar dengan Encik Tunang. Tapi tak masuk blog pun. haha~

Selepas tu, dari date 1 Jan 2014, memang banyak story dan macam-macam feeling dah wujud. Wakaka.. tapi blog ni tetap tidak di buka untuk tulis entry. Blog lain ada la. Yang ni kesian tertinggal sekejap. Kalau ikutkan dah berapa kali skip jadual waktu untuk blog ni. Skip dengan sengaja sebab nak buat benda lain.

Btw, tahun ni saya harap adalah tahun baik untuk saya dan keluarga. Yang penting perubahan diri sendiri lah. Harapan dan impian mesti jadi kenyataan. Impian kecil-kecil yang saya nak la..yang besar-besar tu, bukan malas nak fikir, fikir juga. Tapi biarkan santai dulu la. Pecah kepala kalau difikirkan. Macam nak muntah. Cukup la 2013. haha. Kalau yang lain-lain rasa payah tu, let it go dulu la. Nanti boleh kejar balik. Sekarang simpan dalam hati cukup la. haha. Mudah-mudahan rezeki banyak, murah dan mencurah-curah.

Ni baru 12 hari Januari saya dah rasa dup dap dup dap... macam esok dah hujung tahun. Eh kamon la Sofie, baru 12 hari la.... banyak story boleh share lagi maa... apa barang kecut perut. HAHAHA!

Tapi tahun ni memang suka layan benda kelakar la . Pasal apa nak skip benda 'serabut' yang tak kan ada kesudahan kalau di layan .

Bagus saya layan apa yang saya suka, tak suka abaikan terus. Tak payah fikir langsung. Lagi seronok. hehe.. Serius! Memang malas, memang boleh blah semuanya, oke. hee~

Hapa pun , saya cakap macam tu tak maksud nak lepas tangan. Masih lagi terkapai-kapai ni bergelumang dengan harapan. Allah saja yang tahu tengok hati manusia apa cerita.

Yang penting saya HAPPY, I FEEL GOOD cukup la.. Syukur Alhamdulillah. Yang lain-lain, saya serahkan sahaja pada yang Esa. Asalkan saya usaha ada. Kalau tak ada langsung, boleh lah bunuh diri sendiri esok. hakhakhak.

Penat, jadi nak rehat. Saya santai kan diri tak kira hujan ? panas? ribut ? lantaklah!

Sebenarnya mood agak bengang ni masa tulis entry ni, saya install dah banyak dah... last uninstall balik.. apa punya software la.

Panjang tulis-tulis bla bla bla.. last-last rupanya pasal software. hahaha...

Mimpi indah saja la. Malas nak layan software yang sudah buat kepala stuck. ZZzzz~

P/S : Maaf , ini adalah entry malas.  Esok-esok saya bersihkan habuk-habuk blog ni danbuat entry bagus-bagus oke.. *Yawn*

With Love,



Share: