Follow Instagram @sofinahlamudin

Thursday, February 27, 2014

Celebrate Birthday Encik Tunang

Assalammualaikum.

Sejak banyak blog nak manage, blog ni macam nak R.I.P dah. kikiki.. Tapi saya tak berniat nak abaikan. Blog ni masih dalam perancangan untuk menyimpan coretan kenangan. In Shaa Allah. Lama dah dibiarkan blog ni. Lama juga tak cerita pasal Encik Tunang kat sini. hehe.

Semalam 26 Feb 2013. Hari yang saya dah mark awal-awal pada awal tahun 2014 di kalendar meja kerja saya, dalam memo ber-alarm dalam phone saya dan paling penting dalam fikiran saya. Sejak awal lagi, dalam bulan January, saya berfikir-fikir apa yang patut saya lakukan?

Tahun lepas, apa sangat yang saya dapat buat? Kalau boleh kali ni nak up lagi. Nak celebrate yang lebih mantap dari last year. Buntu juga dibuatnya walaupun saya tahu Encik Tunang tak lah nak saya celebrate kaw-kaw tapi saya yang kisah. KISAH LAH! takkan nak duduk diam saja. oh itu tidak mungkin. hehe.



26 Februari 2014, adalah hari lahir Encik Tunang :) Tak nak macam hari biasa-biasa kan.. Kena la cari jalan walaupun pada mulanya saya ingatkan saya tak dapat nak buat apa-apa. huhu. Sadis!

Tapi Alhamdulillah ada sesuatu yang berlaku seminggu sebelum birthday dia. Rezeki dia la tu. Saya pun sangat excited untuk mencari jalan apa nak dilakukan pada 26 Feb 2014.

Hmm... Fikir punya fikir, Alhamdulillah. Pada bulan Februari 2014, dalam awal bulan ni, Encik Tunang tiba-tiba kata....nak buat MLM.

Saya? uh? MLM? Tapi saya layan saja. Hehe. Lepas tu tiba-tiba dia sebut SET **** *** pada 20 Februari 2014. Dia tanya harga dan sebagainya.

Hmm...Fikir punya fikir....BIAR BETUL?!

Tiba-tiba profile photo facebook dia bertukar.

Fikir lagi.... eh? eh? eh? mungkin saya hanya bermimpi.

Tapi..........

at last... saya tahu dia serius. OK, kalau macam tu saya pun serius, 2 hari sebelum Birthday dia, saya contact Si A untuk mendapatkan SET **** *** tersebut. Mula-mula macam tak dapat. Alaaa~ Alaaa~ Alaaa~

Saya pun pop pep pop pep pop pep menunjukkan betapa saya bersungguh-sungguh ni. HAHA! Akhirnya? Lampu hijau! YES!!!!!!!

Hari selasa, saya nak turun bandar awal untuk ambil barang tu. Tapi Si A ni pula ada hal kot. Petang time orang sedang dating pula dia baru letak barang tu kat tempat saya sepatutnya ambil. Hm..Oke tak apa.. hari Rabu la .

Rabu pula tiba.. Aduuii!! Saya lambat bangun! Tak dapat la turun bandar sorang untuk ambil barang tu. Ish tak suprise la cenggini kan. HAHA..

Tapi tak apa lah. -_- terpaksa buhung sunat kata mak kirim barang untuk ke sana. Aduyai...



Tapi syukur Alhamdulillah saya gembira dapat berikan dia SET **** *** tu walaupun saya tak pasti saya patut atau tidak berikan itu pada waktu tu. Saya plan hari Isnin. Tiba-tiba hari Selasa dia kata, nak buat minisite untuk bajet dapatkan SET **** ***.

Saya apa lagi, "HAH?!" O_O - dalam hati terus ada taman. Yes! yes! yes! hehe... Tak apa.. Hari Rabu dia akan dapat punya. :)

Best la macam ni, nanti tahun depan nak buat suprise kaw-kaw la macam ni. Kekeke.. :p

Alhamdulillah saya tahu dia gembira. Semoga impian dia tercapai.

Saya tumpang gembira. chewah.

Pada 26 Feb 2014 tu, kalau boleh nak dia happy memanjang. Lunch saya bawa dia pergi layan GOLDEN WRAP CHICKEN. Favourite dia tu tau. So, oke.. nak layan GOLDEN WRAP CHICKEN.. ^_^



Kemudian, kami lepak kat tempat biasa kami dating sejak kami couple dulu. Memang suka lepak kat sana. Dia ajak g sana, katanya dah lama tak lepak sana. Sweet jer buffday man nak lepak kat situ. HEHE! Kat situ dia memang layan gift dia. Nampak begitu berbunga2 di wajah. Ewah! HEHE.

Selepas dari sana, saya ajak dia shoot photo. Nak buat kenangan. Bukan selalu kan. Hehe.. saya nak buat koleksi birthday dia setiap tahun. In Shaa Allah, jangan lupa pula nanti.

Memandangkan tak ada photografer, tak apa la... saya shoot dia berabis. Kalau nak muka masuk berdua kena ambil sendiri. :p





Saya sangat happy! Saya harap dia lebih happy. Saya first time celebrate birthday orang walaupun beri hadiah birthday kat orang lain dah banyak kali, tapi plan nak sambut untuk beloved atau orang lain tak pernah.

In Shaa Allah nanti nak sambut lebih BEST untuk dia! :)



With Love,



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.