Follow Instagram @sofinahlamudin

Sunday, February 9, 2014

Kisah Tiga Orang Adik Beradik

Apakah pengajaran daripada cerita ini? Anda kongsikan pandangan/pendapat di ruangan komen di sini, ya!

Ada satu cerita.
Tiga orang adik beradik baru berpindah ke sebuah kota. Mereka tinggal di satu apartment mewah. Mereka tinggal di tingkat 50.

Pada suatu hari. Mereka pulang dari kerja... Mereka dapati, lif rosak. Mereka pun terpaksa naik tangga untuk ke tingkat 50.

Si Sulung kata : "Aduh, rosak pula ba ni.. Macam mana ni.."

Si Angah kata : "Inda apa apa bah.. kita naik tangga saja. Kita cerita-cerita sambil naik tu tangga nanti sampai juga itu."

Si Bongsu kata : "Bah iyalah... Tapi cerita mesti cerita sedih-sedih sikit lah ah.. sebab sekarang pun sedih juga ba ni. Naik tangga sampai 50 tingkat ni..Kau start dulu la abang sulung ah."

Si Sulung cerita : "Bah aku dulu lah cerita. Dulu, ada seorang perempuan cantik ba... cantik betul dia ni. Ramai lelaki terpikat sama dia kamu tahu kah. Memang meleleh lah tengok. Tapi ramai yang tidak berani mau dekatkan diri sama dia tu.."

Si Bongsu tanya : "Kenapa pula?"

Si Sulung sambung cerita : "Pasal dia cantik sangat ba.. jadi orang ingat begini, kalau cantik ni kan, orang anggap sudah berpunya.. Dia sudah habis belajar, bekerja apa semua dia masih lagi belum ada suami sebab dia sangat cantik.. Tiada orang berani mau kacau dia. Sampai lah dia umur 50 tahun... dia masih lagi bujang bah.. Sedih kan ? sedih ba kan?? cantik tapi tidak kawen..."

Si Angah kata : "Sedih juga lah.. tapi dengar dulu lah aku punya cerita. Lagi sedih dari kau punya cerita ni bang.."

Si Bongsu kata : "Bah cerita lah cepat.. aku pun ada cerita ba ni mau share sama kamu lagi sedih..cepat cerita!"

Si Angah cerita : "Ceritanya macam ni, ada sepasang suami isteri. Pasangan ni memang tahu anak dia ni seorang yang cerdik. Diorang pun bekerja keras untuk menghantar anak dia ni ke Universiti. Anak diorang ni seorang saja. Bila sudah besar, betul-betul dia masuk universiti. Bila dia sudah habis belajar di luar negara tu, inda pula dia mahu pulang. Dia mahu tinggal sana saja sebab dia dia kahwin sama orang sana. Jadi kesihan tu sepasang suami isteri sebab hantar jauh-jauh kasi pandai untuk jaga diorang sudah tua tapi last-last kena kasi tinggal pula. Nah...sedih kan ceritanya?"

Si Angah kata : "Sedih sedih sedih..."

Sepanjang si Sulung dan si Angah bercerita, mereka sudah pun sampai ke tingkat 48. Lagi dua tingkat maka sampai lah mereka ke rumah mereka. Giliran si Bongsu pula bercerita.

Si Bongsu cerita : "Kamu tahu ka? Cerita kamu tu belum lagi cukup sedih ba tu. Mari kamu dengar dulu cerita aku ni. Ada tiga orang adik beradik. Tinggal di apartment mewah..Rumah diorang tu di tingkat 50. Sedih bah kamu tahu ka? Tiba-tiba lif rosak terpaksa naik tangga dari bawah ke tingkat 50. Paling sedih bila, di dapati kunci rumah tertinggal di kereta sana tempat parking di bawah bangunan...."

Tamat.

With Love,

2 comments:

  1. hahahahaha cerita si bongsu is so funny. terpaksa diorang turun bawah lagi to get the key.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mmg lucu... pengajarannya, kena la buat persediaan awal untuk hari tua sebelum menyesal... :p

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.