SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 28 Mac 2014

Tahniah Encik Tunang

Assalammualaikum.

Tahniah Encik Tunang. :) Semoga Allah melimpahkan rezeki.. Amin.
Saya mendoakan impian menjadi kenyataan. Kejayaan yang Encik Tunang Impikan.. Amin.

Welcome to da club.. :)
Good Luck Guys! :)

P/S : Thank Q very much Marilyn Kouju... :)


With Love,



Share:

Customer pertama yang paling comel

Assalammualaikum.

Salam Jumaat. hehe.
Saya sedang peram doh donut kejap. Sambil tu ambil kesempatan nak buat entry simple kat sini. In Shaa Allah malam ni saya blogging dan blogwalking ke blog rakan blogger. Busy nak prepare kuih. Dan semalam dah kondem. Cepat penat... cuaca panas terik kat Labuan.

Btw,

Dari Selasa lalu nak masukkan gambar my customer pertama ni kat sini. Baby Mia. Hehe. Baby Mia dan umi dia ni, customer donut saya yang pertama. Hehe... Thanks for supporting me... :)

Pada suatu pagi itu...... rambut Baby Mia pun memang sah lah baru bangun dari tdo kan. hehe.

Dia malu2 jerk jumpa saya pagi tu...
Tapi lepas tu makan Donut. haha.

Ada satu gambar dia paling lawak Umi dia post kat Facebook. Hahahaha.

Ni, macam cari member je ni... nak adik, supaya ada kawan main.
HEHEHE....!!

Ni my kakak yang edit kat HP dia.
Bby Mia dengan Bby Fizie.
HEHE..

Dah kena usik-usik dah.
TUNANG-TUNANG
cenggitu... kehkehkeh...

K, lah... malam ni sambung blogging dan story. Saya nak sambung buat kerja.

Thanks sudi baca yer~
Semoga rezeki kita semua dipermudahkan. Amin.
- Korang dijemput ke Formula seru rezeki -


With Love,



Share:

Selasa, 25 Mac 2014

RememberingMH370 and My Projek Story

Assalammualaikum.

Sebelum saya nak cerita panjang dan melalut macam-macam, saya nak cakap bahawa.........
Saya tahu berita baru-baru ini agak perit didengar oleh keluarga penumpang dan anak kapal #MH370. :'(
Hati saya rasa......
hmm......



....apa pun yang saya rasa, siapa lah saya kalau dibandingkan dengan keluarga mangsa. :'(
Semoga roh penumpang dan anak kapal tenang di sana.

Kepada isteri yang menanti suami, ibu menanti anak, sahabat menanti sahabat, anak menanti ayah, adik menanti abang, abang menanti adik........., semoga tabah dan redha.

hmm....

tak sanggup nak ambil tahu semua ni... Tidakkkk! :'( Oke stop. Saya rasa, sedih.

The end.

---------------------------------

Kembali kepada story di mana tujuan saya blogging pada pagi ini. Saya nak cerita betapa hebatnya peniaga-peniaga kuih muih yang bergelar suri rumah dan ibu di luar sana.

Kenapa saya tiba-tiba cakap macma tu ?

Seorang ibu yang mencari wang ringgit untuk menyara dan membeli keperluan hidup sendiri (tak kisah la apa status dia tu, janda, ibu tunggal, suami isteri bukan orang senang dan sebagainya), dengan menjual kuih atau berniaga atau menjaja, atau berniaga..sangat tabah orangnya. Luar biasa sungguh suri rumah yang cuba untuk mendapat pendapatan sampingan sendiri dengan menjual kuih tu..

Saya memang nampak ramai dah yang berjaya dengan bisnes kuih muih ni. Tapi bila saya compare dengan ibu ibu atau wanita yang bukan berniaga makanan, bukan menjaja, bukan menjual kuih dan makanan di luar sana.. betapa indahnya kehidupan mereka... kerja ada kawan, boleh bergaya, tak perlu ada gangguan lain ketika bekerja seperti anak, anak buah, TV, internet dan sebagainya.

nak tahu tak?

betapa berbezanya menjadi penjual kuih dengan menjadi pekerja kat luar. Saya baru dua hari dah rasa macam pertama kali masuk kerja lepas SPM dulu. Tu pun rasa macam lebih hebat cabarannya jual kuih dari kerja jadi promoter kat shopping kompleks. haha.

Cabaran wanita menjadi penjual kuih.

1.Kena bangun awal pagi apatah lagi jual kuih yang makan masa macam donut (dah agak dah kan mesti saya sebut donut. he he... dan dari hantar kuih tadi saya belum tdo pun.)
2.Tidur tak cukup. Siapa kata senang jadi suri rumah? kena basuh pakaian, kena kemas rumah, kena masak, kena menyapu, kena menjemur pakaian, kena lipat pakaian, kena buang habuk, kena kemas bilik, kena buat kuih pelanggan tempah.....
3.Tak boleh rehat selagi semua barang-barang kat dapur belum kemas dan cuci selepas buat kuih terutamanya macam saya kerana.. bila mami saya bangun saja dari tidur tengok dapur macam tongkang pecah, besen kat sana, pisau kat sini, sudu bersepah, planta letak situ, gula belum masuk botol, tepung terbang sana sini, Elok telinga tu disediakan awal-awal dengan kekuatan menerima bebelan seorang ibu. haha.
4.Kena berpuasa untuk layan internet. :p
5.Kena bersabar ketika tangan dah lenguh menguli tepung.
6.Kena lah akur bila jualan tak seperti yang dijangka.
7.Kena beli barang dua tiga kali....barang yang sama.
8.Kena cari cara untuk menghantar kuih ke lokasi penghantaran. Tak kisah lah guna basikal ke, jalan kaki ke atau tumpang kereta jika tak ada kenderaan sendiri.
9.Banyak dugaan seperti tidak berdisiplin.
10.Gangguan daripada anak buah dan sebagainya.

Tu je kot...

So nak cerita pula kelebihan wanita menjual kuih.

1.Jadi rajin gila sebab kalau tak rajin nanti tak ada lah jualan.
2.Kurang tido dan terhindar daripada masalah gemuk.haha.
3.Kreatif sebab kena buat sesuatu untuk melariskan jualan.
4.Tidak membuang masa sebab masa itu emas untuk menghasilkan lebih banyak kuih.
5.Cergas.Sebab kena buat kerja cepat-cepat.
6.Menepati masa sebab kalau lambat hantar kuih, akan mengalami kerugian.
7.Ada la duit sampingan sikit untuk beli barang keperluan jika ada untung.
8.Lama-lama boleh jadi handal bab-bab kuih muih sebab selalu buat benda yang sama.
9.Boleh hadiahkan kuih kat jiran sebab dah terer buat kuih.

Cerita saya hari ni, saya tido jam 2 pagi...tido lewat sebab sediakan doh atau tepung untuk donut sebanyak 60 biji. Jam 3 saya bangun semula untuk goreng donut, celup donut dengan coklat dan packing semua..Tak sempat nak buat sandwich.. donut pun dah buat saya tak cukup tangan dan kaki.

Lepas tu saya hantar kuih ke 2 lokasi pada jam 6 pagi. Harapnya kuih jualan hari ni habis terjual. Amin. Kemudian, sebelum balik terus ke rumah, saya hantar kuih Anna Abel. hehe...

then baru saya pulang rumah. Tak boleh tido lagi.. mami dah bangun dah.. so saya kena settlekan dapur tu kilat kilau gitu...bila dapur dah siap kemas,saya pergi breakfast... kemudian saya rasa mengantuk dan nak tido. Tapi herannya, saya buka lappy dan blogging. haha......

Semoga jualan kuih saya habis hari ni. Amin.







Alhamdulillah :)

With Love,



Share:

Isnin, 24 Mac 2014

Masih dalam tekanan nak follow tak dapat

Assalammualaikum.

Saya masih tak dapat nak follow member atau blogger lain. Nak balas follow orang lain pun tak dapat ni.. :(
Masalah oh masalah...baca entry saya sebelum ni, Button Follow probs!

Blogger sedang buat upgrade ke? Asyik error je.

Miss Ika ada share dengan saya satu cara nak menyelesaikan masalah tak dapat nak follow-follow ni. Klik Sini untuk baca entry dia tu..Happy dah rasanya, tapi malang sungguh tak berbau. haha.. masalah saya ni double. :p Tetap tak dapat nak menyelesaikan masalah nak follow sebab tutorial Miss Ika memang tak dapat saya nak manfaatkan. huhu.

Sebab apa?

Mungkin sesetengah blogger lain, dapat selesaikan masalah mereka dengan follow Tutorial daripada Miss Ika.

Saya tak...

Saya tak dapat nak Sign In pun ke google saya. -_- Walau pada hakikatnya, google saya memang dah sedia Sign In pun.

Saya klik "Join This Site" .

Then.. Dia suh saya sign in lagi?
Saya dah sign laa....
Tapi tak apa la kan... Kita sign in je google tu.

K. Klik sign in....

and................. -_-

Under presure. HAHA.

Apa pun, thanks Miss Ika. :)


With Love,



Share:

Ahad, 23 Mac 2014

Projek Minggu pertama bersama Donut dan Sandwich yang comel

Assalammualaikum.

Tajuk kemain macam pro je buat donut kan? Projek donut? huhu.. banyak nak study lagi soal donut yang nak dipelbagaikan ni.

Tapi.. walau bagaimanapun, esok saya tetap,wajib, kena, paksa untuk menghantar donut untuk test power jualan. Kalau ikutkan family saya, semua pun kata oke. Tu selera kat sini, orang luar kita tak tahu, nak taknak saya kena hantar juga esok. Tapi.......

Tadi, masa pulang rumah dari piknik dan beli barang dengan Encik Tunang, kazen belah rumah dah siap cakap, "weyh, ko jual la kat aku donut ko.." wah wah... stalk blog dan FB puan Anna Abel nie. hehe. Thanks 4 support me. In Shaa Allah, esok setapau donut saya jual special-special untuk dia. Orang pertama jadi customerh kena serve like a Queen. hakhak. Bulan customer pertama sahaja, In Shaa Allah seterusnya dan seterusnya :) Amin44x.

Alaa... kang la sambung cerita donut kan. :p
Saya nak share cerita hari ni. Saya ajak Encik Tunang pergi piknik kat tempat biasa, Waterpark Labuan. Alhamdulillah Encik Tunang pun oke saja nak pergi sana hari ni. Walaupun boleh la dikatakan berpeluh juga kalau pergi sana dari Stesen bas. hee hee.. Sorry la Encik Tunang, Cik Tunang buang tebiat nak piknik jauh-jauh hari ni.. kereta masih "Sleeping Beauty" jadi, saya rasa ini masa yang baik untuk mengambil kesempatan untuk exercise dengan jalan kaki jauh sikit. ewahh :p

Seawal jam 7 pagi, saya dah semangat masak donut, nasi goreng dan telur dadar nak bawa untuk makan-makan kat tepi pantai.

TARAAA!! hehehe... ni donut of the day...
4 biji untuk Encik Tunang, 4 lagi untuk saya.
Tapi manis sangat macam susah pula nak habiskan..
Lepas ni test nipiskan coklat putih kat atas tuhh..
Rasanya macam coklat putih memang manis sangat la,
banding ngan coklat biasa kan ?

On the way nak ke Waterpark tu, saya dan Encik Tunang guna jalan sotkat.. haha... punyalah...


Kenalah merentasi jambatan tu... Kami lalu kat bawah jambatan tu je. Sempit kan kalau tengok dari luar ? sekali kat dalam banyak betul ruang.. Tapi boleh sakit pinggang juga la. -_-

Pas tu, bila dah kat sebelah tu, Aik? alam mana dah ni ? hahahaha.... punya la shortcut! Terus nampak orang berkhemah la, orang panggang2 la, orang pasang lagu kuat-kuat la... haha. Rasa macam masuk ke alam lain dah. :p

Harini cuaca panas siut beb. Peluh tak kering-kering. kui3x... tak terfikir nak ambil gambar banyak-banyak. Mana saya lagi dah guna DX, pakai lagi inner dalam, pakai lagi t-shirt haaaa... amik kau. >_<

Kami lepak makan-makan kat kerusi yang tak panas, comel je tengok Encik Tunang kena gigit semut api.. haha.. tu la buang tulang ayam merata.. :p

Then, kami pergi SHOPPING!! SHOPPING apa?

Kami shopping bahan-bahan untuk projek esok pagi buta. Sebelum jam 6 pagi dah kena siap semua ni.

SANDWICH TUNA!! >_<

DONUT!! :)

In Shaa Allah semuanya menjadi esok dengan doa semoga Allah murahkan rezeki kami. Amin....

Ni projek pertama kali saya. Akhirnya gerak juga. Dulu, tak pernah nak gerak. alasan? Kerja, tak ada masa...tak ada kawan....modal tak cukup.. tak pandai buat....nak memang nak layan ni, sebab aunty saya pun income tip top juga walaupun tak kerja beb. layan tempahan kuih dari orang ramai saja pun. In Shaa Allah , ni baru langkah pertama, Aunty saya tu dah jauh perjalanan. berbatu tak terkira :) . Alhamdulillah rezeki dia melimpah ruah... Dia buat biz bun dan pau(klik) , kek hari jadi, donut(klik) , kuih raya dan sebagainya...Dia memang SUPER ISTERI(klik) la beb. Buat biz dari rumah saja pun. Suami dia untung dapat dia tu.

Tapi kan, kemahuan ada tapi kalau tunggu sahaja, memang tak jadi apa-apa la. huhu -_- KLIK SINI untuk motivasikan diri anda untuk bertindak sekarang dalam apa jua impian ada.

Banyak nak buat sebenarnya ni, tapi sempat pula saya borak dan lepak kan kat belog saya ni. haha.... jom la p dapur buat persiapan Donut dan SandWich esok.. selebihnya, bangun subuh (pagi buta).

Sebelum tu, THANKS ENCIK TUNANG sebab bagi saya hadiah best hari ni... This is my fav!! Lama tak layan Milk Tea ni :)

Sayang kat Encik Tunang, Muah muah <3 :) Thx...


Oke, terima kasih sebab sudi baca :)
Nak offline dulu. Nanti sambung storey morey.. :)
Assalamm.

With Love,



Share:

Pertama kali untuk tahun 2014

Assalammualaikum.



Rabu lalu, selepas pergi library (baca entry saya di library - KLIK SINI ). Saya dan Encik Tunang pergi jalan-jalan (lepak) sebelum pergi kelas. Kelas? kelas apa yer~ hehe..

Kami pergi lepak kat dataran. BEST tau. Walaupun sekejap tapi saya sangat suka tempat tu.

Dari tahun 2012 saya memang suka lepak kat Dataran Labuan ni dengan Encik Tunang..



Ni gambar lama.. setahun yang lalu. Tangan kat kiri tu tangan saya. Kat kanan pula tangan Encik Tunang.
Yep.. mmg setahun yang lalu... :") kat jari saya still guna cincin Diamoney (Hadiah dari Encik Tunang sebelum bertunang..)

Sebenarnya, sebelum suka lepak dengan Encik Tunang, Dataran Labuan ni memang menjadi tempat lepak 4 orang budak sekolah dulu. hahaha. saya dan 3 orang sahabat semasa tingkatan 6. Masih segar dalam ingatan. Kenangan abadi yang tidak mungkin kembali. Itu saja yang sempat dijadikan kenangan zaman muda. Ewahh :p uhuk uhuk dah tua rasanya :p

Gambar kenangan kami. Emran, Asraf, Farah dan saya. Eh Asraf mana?
Dia tu fobia kamera skit. haha :D

Ehh? panjang pula cerita pasal dataran. Sebenarnya nak share story kat kelas malam Rabu tu. Kelas apa? Kelas yang lama dah saya tak tunjuk muka. hahaha.

Perasan pertama, Janggal la pula.
Perasaan kedua, eh, rasa macam saya orang baru jerh. haha.
Perasaan ketiga, diorang ni masih macam dulu ker ek??
Perasaan keempat, mana dah si fulan dan si fulan?
Perasaan kelima, amboi.. ada orang baru beb.
Perasaan keenam, ho? O.o waaa... dulu dia masuk serentak dengan saya beb, sekarang dah bergaya beb. :p

Macam sakai la pula. Padahal dulu memang pernah pergi kelas ni. Kelas apa?

Kelas belajar Jutawan Elken. Study produk dan cara buat biz CBP.

Kali ni, Encik Tunang yang ajak saya pergi kelas. Dia bawa sorang member. Diorang nampak begitu excited dan happy :)

segak dan bergaya. hehe....

Encik Tunang sempat lagi bergaya dengan amoi Sensualite.

heh... jeles saya gambar ni... -_-
Bukan jeles sebab Encik Tunang gambar ngan amoi tu.
Tapi jeles sebab body amoi tu mantop gila...!
Korang nak tak cenggitu?
KOMPOM SUAMI TAK TUTUP MATA TENGOK :p

SENSUALITE ni apa??? Sensualite ni sangat menarik bagi saya... syiok habis... live testimoni yang saya ada sekarang , depan mata...


Nama kakak dalam gambar tu adalah DIANA. Saya memang selalu jumpa dia semasa saya gila aktif dengan company ni dulu. Sekarang jumpa dia juga la tapi dah jarang-jarang. Dia busy, saya pun busy..


KLIK SINI untuk info SENSUALITE!



With Love,



Share:

Sabtu, 22 Mac 2014

My Square Donut of the Year

Assalammualaikum.

Dah siap buat kuih... Alhamdulillah. selesai. So nak sambung blogging sini :)
Kebetulan tadi, my aunty bucu datang rumah. Suzie my cousin pun datang. Macam biasa ada Wawa anak dia. Saed, husband dia pun ada juga untuk kali ni. Jadi mereka sempat merasa kuih donut square saya.. hikhik...thanks 4 testing da donut :)

My Square donut of the Year!





Comel kan ? hehe.... Saya yakin donut ni sangat sedap sebab anak buah saya tak berhenti minta kat saya. kui kui kui... Alhamdulillah...

Resepi donut ini - KLIK SINI.
Resepi buat bun dan pau untuk bisness - KLIK SINI.

Ada tak resepi roti atau kuih yang best lagi? Share la dengan saya kat sini ..

Terima kasih sudi baca.

With Love,



Share:

Banyaknya buku. Boleh baca ke?

Assalammualaikum.

Sedang tunggu Donut square mengembang.. :p Jadi nak blogging dulu kejap. (apa kebenda pula Donut Square? Buat donut versi empat segi. HAHA).

Rabu lepas(19 Mac 2014), saya dan Encik tunang pergi library lama gile. Dari pagi sampai petang. Malam pula pergi kelas..

Bila lepak lama macam tu kat library, saya rasa macam masa sekolah dulu-dulu pula. Tapi 8 jam stay library, 4 jam saja kot masuk kepala studynya. kikiki... yang lain sempat lagi buka buku lain atau bergosip. toeng :p

Ada 6 ketul buku tu saya ambil belek-belek untuk warm up baca buku. Buku tu mengenai Seni atau karya agung. Harga buku tu boleh tahan beb, RM80.50 seketul. huhu... mahalnya. Tapi buku tu tak la tebal mana. Ilmu kat dalam tu la yang mahal agaknya.

6 ketul buku karya agung... yang tak mampu untuk saya baca dan cerita di sini. haha :p

Harga sebuah buku karya agung yang nipis -_-"
Kalah harga buku Forex Encik Tunang.

Saya berikan ringkasan sikit la apa yang tertulis kat dalam buku tu. Ada menceritakan mengenai asal usul wayang kulit, seni tarian china, ada juga mengenai angklong (alat musik yang diperbuat daripada buluh) yang berasal daripada tanah jawa dan sebagainya. oke cukup. Tu saja saya ingat. hikhik...

Boleh tongok tajuk-tajuk 6 buah buku tu kat dalam gambar bawah ni.



Eh? Ni ambil gambar tajuk buku ke Encik Tunang? kekeke... Menyelam sambil minum air beb. :p Dia tak perasan kot saya ambil gambar dia tuu... cuba tengok tu, dia ambil gambar apa tu?

Check it out ~


Encik tunang baca surat khabar rupanyaaa... hehe.. Nampaknya Encik Tunang tertarik dengan "Tak kenal Usia" ni. Apa agaknya tu? Gambar kat atas ni saya 'culik' dari FB dia. Dia masuk FB on the spot masa tu.. caption dia , "Semakin ramai golongan muda, aktif bersukan dapat serangan jantung" -_- CREEPING DEATH...!

Korang jaga kesihatan tau.. tahu tak kesihatan itu adalah aset negara? hm? bukan..... tapi ASET PENTING! untuk DIRI SENDIRI dan semestinya untuk orang tersayang :)

Jom baca artikel kat ZON KLIK2SIHAT (klik) untuk bacaan santai tentang kesihatan :)

Lepas tu Encik tunang sempat baca buku dan ambil info tentang BOTOX! besarkan mata anda sekarang...

UBAT DARIPADA SUMBER BABI.

So korang kena hati-hati kalau pilih apa-apa produk. Pastikan tak ada sumber yang haram. Terutamanya anda anda anda yang muslim.

Lepak punya lepak kat library tu, tiba-tiba saya jumpa buku KATAK. Penulisnya adalah Brian Tracy. Encik tunang sangat suka dengan Brian Tracy ni tau. Dia siap baca buku Brian Tracy sangat kerap malah mampu untuk selalu membawa buku tersebut sebagai sumber semangatnya :) sweeett.. hikhik..Encik tunang juga selalu tengok dan dengar Brian Tracy di YouTube. Saya agak, kalau Brian ada depan mata, dia lah insan yang paling gembira dan excited! hehe... ^_^

Senarai entry saya yang terdahulu.
1.I like the way you read
2.Berbekalkan buku

OKeyh, kembali ke cerita katak. haha. Sama tapi tak serupa dengan buku yang saya suka baca.

KISS THAT FROG!

Yang saya suka baca adalah.......

EAT THAT FROG (Versi Melayu)

Kiss that frog tu saya rasa macam nak pinjam bawa pulang rumah. Tapi tulisan dalam bahasa Inggeris. Saya boleh ke baca laju? -_-"

Tak terer la BI. SPM pun dapat C5 jerk -_-" ..... kalau Encik Tunang, dia terer la Bahasa Inggeris.. buku dia banyak BI. Dia boleh baca sampai habis lagi. hehe... kalau saya tunggu la setahun dua macam tu.. kui kui kui... kena pergi kelas belajar Bahasa Inggeris cenggini ni haha....

Tengok buku yang dia ambik dan baca kat library.... Bahasa Inggeriszzz~

Hikhik.....

Dia jumpa buku HOBBIT... besar giler buku tu. tebal pula...
HOBBIT, movie fav dia :)
Tak sabar nak tengok wayang dengan Encik Tunang untuk
yang next punya HOBBIT.

Serius Encik Tunang baca akhbar. Sekarang sedag HOT story #MH370 ..

at Last saya pinjam buku DEMI MASA. :) tebal macam kamus jerh. Tapi saya tertarik dengan satu kisah dan satu kata-kata dalam buku tu hingga saya nak pinjam dan nekad nak habis kan baca! hihi.....



Sampai sini dulu entry ini. Lepas ni nak tulis cerita kelas malam yang saya pergi bersama Encik tunang selepas dari library Rabu lalu (19 Mac 2014).

With Love,



Share: