SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 18 Mac 2014

Asal Usul dan Kontest Ubat Gigi Darlie

Assalammualaikum.

Selamat pagi. Hehe. Awal pagi mood dah ke belog. Macam biasa, kalau bangun pagi, apa kita buat? Berus gigi dulu. Betul tak?

Ingat lagi tak lagu zaman budak-budak? "Bangun pagi, gosok gigi..." sambungkan... haha. saya tak ingat lah pula lirik lagu zaman budak-budak ni. Masa tadika selalu nyanyi lagu ni ramai-ramai dengan kawn-kawan. Bercerita soal ubat gigi ni, zaman sekarang ni, banyak dah jenama ubat gigi. Betul tak? Colgate dan Darlie antara jenama tertua. Betul tak?

Di sebabkan jenama tu adalah jenama tertua, terutamanya Colgate la kan, pernah tak dengar pakcik makcik sebut macam ni, "nak beli colgate dulu la.. habis dah colgate kat rumah" tapi dia beli ubat gigi apa? bukan colgate kan ? hahahaha. Biasa lah tu. 'Colgate' yang mereka maksudkan tu adalah ubat gigi dan tak semestinya diorang akan beli jenama itu. Dah terbiasa sebut Colgate itu ada ubat gigi. Tu yang jadi macam tu.

Korang lebih selesa guna ubat gigi apa? Mesti antara kamu ada yang guna Darlie hingga sekarang betul tak ?

Korang pernah dengar tak berkenaan sejarah Darlie? Untuk pengetahuan kita bersama, nama asal Darlie adalah 'Darkie' . 'Darkie' adalah ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley dan Hazel. Kalau di Amerika Syarikat dan Afrika, perkataan 'Darkie' bermaksud 'orang hitam' . Lucu la pula... hehe... Kalau Malaysia sebut 'Darkie' tanpa lihat ejaan? 'Daki' la pula :p kwang3x...

Oleh hal yang demikian, nama 'Darkie' ditukar kepada 'Darlie' kerana nama 'Darkie' dikatakan mempunyai unsur perkauman. Gambar atau logo juga di tukar. Seperti di dalam gambar di bawah ni.



Kalau korang nak tahu, Darlie merupakan produk yang terkenal di Taiwan sehingga hari ini. Kalau korang nak tengok-tengok produk Darlie yang lain, sila ke http://www.darlie.com.my/ .

Sekarang, saya dapati Darlie Malaysia ada buat "Darlie you be the expert" . Kira macam contest Darlie la ni. hehehe.

Hadiah kemain lumayan!!

Paling best Kamera dan Samsung Galaxy Note 3!! YeahHH!

Di sebabkan excited sangat, saya pun menjoinkan diri lah juga. hehe.



RESULTS:

Laaaa... awal-awal dah kalah -_-"

With Love,



Share:

0 Kata-kata Dari Teman: