Follow Instagram @sofinahlamudin

Tuesday, March 25, 2014

RememberingMH370 and My Projek Story

Assalammualaikum.

Sebelum saya nak cerita panjang dan melalut macam-macam, saya nak cakap bahawa.........
Saya tahu berita baru-baru ini agak perit didengar oleh keluarga penumpang dan anak kapal #MH370. :'(
Hati saya rasa......
hmm......



....apa pun yang saya rasa, siapa lah saya kalau dibandingkan dengan keluarga mangsa. :'(
Semoga roh penumpang dan anak kapal tenang di sana.

Kepada isteri yang menanti suami, ibu menanti anak, sahabat menanti sahabat, anak menanti ayah, adik menanti abang, abang menanti adik........., semoga tabah dan redha.

hmm....

tak sanggup nak ambil tahu semua ni... Tidakkkk! :'( Oke stop. Saya rasa, sedih.

The end.

---------------------------------

Kembali kepada story di mana tujuan saya blogging pada pagi ini. Saya nak cerita betapa hebatnya peniaga-peniaga kuih muih yang bergelar suri rumah dan ibu di luar sana.

Kenapa saya tiba-tiba cakap macma tu ?

Seorang ibu yang mencari wang ringgit untuk menyara dan membeli keperluan hidup sendiri (tak kisah la apa status dia tu, janda, ibu tunggal, suami isteri bukan orang senang dan sebagainya), dengan menjual kuih atau berniaga atau menjaja, atau berniaga..sangat tabah orangnya. Luar biasa sungguh suri rumah yang cuba untuk mendapat pendapatan sampingan sendiri dengan menjual kuih tu..

Saya memang nampak ramai dah yang berjaya dengan bisnes kuih muih ni. Tapi bila saya compare dengan ibu ibu atau wanita yang bukan berniaga makanan, bukan menjaja, bukan menjual kuih dan makanan di luar sana.. betapa indahnya kehidupan mereka... kerja ada kawan, boleh bergaya, tak perlu ada gangguan lain ketika bekerja seperti anak, anak buah, TV, internet dan sebagainya.

nak tahu tak?

betapa berbezanya menjadi penjual kuih dengan menjadi pekerja kat luar. Saya baru dua hari dah rasa macam pertama kali masuk kerja lepas SPM dulu. Tu pun rasa macam lebih hebat cabarannya jual kuih dari kerja jadi promoter kat shopping kompleks. haha.

Cabaran wanita menjadi penjual kuih.

1.Kena bangun awal pagi apatah lagi jual kuih yang makan masa macam donut (dah agak dah kan mesti saya sebut donut. he he... dan dari hantar kuih tadi saya belum tdo pun.)
2.Tidur tak cukup. Siapa kata senang jadi suri rumah? kena basuh pakaian, kena kemas rumah, kena masak, kena menyapu, kena menjemur pakaian, kena lipat pakaian, kena buang habuk, kena kemas bilik, kena buat kuih pelanggan tempah.....
3.Tak boleh rehat selagi semua barang-barang kat dapur belum kemas dan cuci selepas buat kuih terutamanya macam saya kerana.. bila mami saya bangun saja dari tidur tengok dapur macam tongkang pecah, besen kat sana, pisau kat sini, sudu bersepah, planta letak situ, gula belum masuk botol, tepung terbang sana sini, Elok telinga tu disediakan awal-awal dengan kekuatan menerima bebelan seorang ibu. haha.
4.Kena berpuasa untuk layan internet. :p
5.Kena bersabar ketika tangan dah lenguh menguli tepung.
6.Kena lah akur bila jualan tak seperti yang dijangka.
7.Kena beli barang dua tiga kali....barang yang sama.
8.Kena cari cara untuk menghantar kuih ke lokasi penghantaran. Tak kisah lah guna basikal ke, jalan kaki ke atau tumpang kereta jika tak ada kenderaan sendiri.
9.Banyak dugaan seperti tidak berdisiplin.
10.Gangguan daripada anak buah dan sebagainya.

Tu je kot...

So nak cerita pula kelebihan wanita menjual kuih.

1.Jadi rajin gila sebab kalau tak rajin nanti tak ada lah jualan.
2.Kurang tido dan terhindar daripada masalah gemuk.haha.
3.Kreatif sebab kena buat sesuatu untuk melariskan jualan.
4.Tidak membuang masa sebab masa itu emas untuk menghasilkan lebih banyak kuih.
5.Cergas.Sebab kena buat kerja cepat-cepat.
6.Menepati masa sebab kalau lambat hantar kuih, akan mengalami kerugian.
7.Ada la duit sampingan sikit untuk beli barang keperluan jika ada untung.
8.Lama-lama boleh jadi handal bab-bab kuih muih sebab selalu buat benda yang sama.
9.Boleh hadiahkan kuih kat jiran sebab dah terer buat kuih.

Cerita saya hari ni, saya tido jam 2 pagi...tido lewat sebab sediakan doh atau tepung untuk donut sebanyak 60 biji. Jam 3 saya bangun semula untuk goreng donut, celup donut dengan coklat dan packing semua..Tak sempat nak buat sandwich.. donut pun dah buat saya tak cukup tangan dan kaki.

Lepas tu saya hantar kuih ke 2 lokasi pada jam 6 pagi. Harapnya kuih jualan hari ni habis terjual. Amin. Kemudian, sebelum balik terus ke rumah, saya hantar kuih Anna Abel. hehe...

then baru saya pulang rumah. Tak boleh tido lagi.. mami dah bangun dah.. so saya kena settlekan dapur tu kilat kilau gitu...bila dapur dah siap kemas,saya pergi breakfast... kemudian saya rasa mengantuk dan nak tido. Tapi herannya, saya buka lappy dan blogging. haha......

Semoga jualan kuih saya habis hari ni. Amin.







Alhamdulillah :)

With Love,



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.