SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 21 Mac 2014

Cabaran membuat Donut Topping pertama kali

Assalammualaikum.

Wahh! saya baru saja siap goreng dan kukus donut. -_- hehe.. macam dari petang tadi asyik cerita donut kan? Sebelum entry ni pun cerita pasal donut juga.

Saya nak share dengan korang cabaran nak buat donut. HAHA. Terutamanya orang macam saya yang main terjun je. Belajar donut ni takat tengok resepi yang ada di internet. Jadi, hari ni test buat donut macam "Try and error" la. hakhak.

Cabaran pertama.
Sukar untuk membuat bentuk yang perfect untuk pertama kali. (Bentuk bulat yang perfect!)

Cabaran kedua.
Nak cairkan coklat tu dalam fikiran rasa senang.Tapi bila dah lama-lama di tunggu, apahal lama sangat dia cair ni. Salah pilih coklat ke ni? huhu...lepas dah cair tu pula, kena la celup donut. Bila nak celup donut tu, kena cepat-cepat nanti coklat mengeras semula.

Cabaran ketiga.
Nak roti tu jadi lembut.. macam lembut Big Apple tuh.. awal-awal tak tahu menjadi ke tak . Dah masak baru boleh rasa.

Cabaran keempat.
Masa letak coklat kat atas donut tu, kalau boleh taknak la meleleh. Ni sana sini meleleh coklat. (Lebih cair kot)

Tu fakta untuk orang yang buat donut topping coklat buat pertama kali. Kalau dah rasa bengap tu, guna gula halus je la. haha. :p

Kat bawah ni pula adalah cabaran yang saya hadapi hari ini dalam membuat donut.

Cabaran satu.
Mak guna dapur. Bila saya nak masak donut saya? hehe.

Cabaran dua.
Anak buah nampak donut yang belum masak. Awal-awal dah macam nak makan donut tu. -_-"

Cabaran tiga.
Tak ada acuan donut. Jadi bentuk macam muka orang kena penyakit Bell Palsy jerh..(Tak tahu apa benda tu? Boleh try google k.)

Cabaran empat.
Kena baca resepi dua tiga kali, nanti salah step. Belum hafal lagi. haha.

Cabaran lima.
Saya nak buat Mini Donut. Tapi yang jadi adalah Giant Donut. Salah saiz la... nak S tapi dapat XXL.

Cabaran enam.
Semasa menggoreng donut, Warna tak serata.

Macam tu la ceritanya.

Nak tengok tak donut senget? hehe. Senget-senget pun sedap tau! chewah.. serius. Tak tipu. Korang just follow je resepi yang saya share sebelum entry ini. KLIK SINI.

Nampak SWEET! dan sedap. Just bentuk dia lain macam :p

Tadi saya test dua cara masak. SATU, goreng. DUA, kukus. Tak sure pernah tak orang buat donut kukus. Saya dengan Encik Tunang saja nak rasa. hehe.

Yang goreng, kat luar keras dan rangup. Kat dalam lembut. Nyum~

Yang kukus, kat luar lembut. Kat dalam pun lebut. Rasa macam makan kuih pau la pula. :D

Yang guna oven belum sempat buat untuk hari ni. Mami saya simpan oven macam simpan harta karun. hehe. Esok-esok la saya ambik dan guna untuk projek buat kuih ni.

Sesi menggoreng.

Rupa dan warna donut yang sudah dikukus. Nampak macam belum di masak.
Tapi ni dah boleh makan. hehe.

Lepas ni nak test dan test dan test, lepas tu nak buat bisness.. hehehe... Makcik saya, dia buat bisness bun dan kuih pau kat kampung dia, dapat tempahan dari orang ramai dah.. Alhamdulillah rezeki dia mencurah-curah hasil dari Buat Bun dan Pau.

Kalau korang nak belajar buat bun dan pau, boleh KLIK SINI untuk baca dan belajar buat oke. Selamat mencuba! :)

Terima kasih sebab sudi baca :)

Wassalam.

With Love,



Share:

0 Kata-kata Dari Teman: