SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 20 Mac 2014

Koala sebenarnya bukan beruang

Assalammualaikum.

Tiba-tiba pula nak cerita tentang Koala. Kenapa dengan Koala? Dua hari lepas, saya join satu contest di 8 Share. Kontest tu nak kita cerita apa haiwan favourite kita. dan kenapa agaknya kita suka dengan haiwan tu ? Tak kisah lah haiwan tu kita pernah pegang ke, suka tapi takut nak pegang ke apa ke.. Share sahaja. hehe.. 5 pemenang bertuah boleh dapat hadiah daripada 8 Share. Hadiah dia apa tau? T-Shirt 8 Share. haa...



Semart kan T-Shirt 8Share ni? tu yang excited gila nak join jugak! >_<
Saya memang fans 8share since 2012. Encik tunang yang perkenalan kat saya 8Share nieyh (Masa tu 8Share masih lagi guna nama SAYS). Disebabkan dah minat dengan company ni, saya tidak kisahlah T-Shirt tu bukan warna kegemaran saja pun. haha. Tapi saya ni suka warna apa sebenarnya? Walaupun saya guna tema PINK kat blog saya tahun ni, sebenarnya pink bukan warna utama saya. Warna utama? saya ada warna utama tak? hikhik.. actually saya ni paddlepop.. Suka kalerfull. Tapi tak kan nak guna kalerfull kat blog saya, nanti entry tang mana, gambar tang mana pula. kikik.. dah la blogging pun cerita tak berisi sangat :p Personal blog kan... ada juga la selitkan ilmu kat sini. In Shaa Allah.. untuk pembaca dan kawan-kawan blogger k.


Untuk kontest haiwan kegemaran tu, saya pilih KOALA! hehe.. Saya ada juga baca dua tiga artikel mengenai KOALA. Ada orang sebut, "KOALA BEAR" Beruang Koala? Sebenarnya Koala bukanlah sejenis beruang. Jauh beze beb! hehe. Apa kata korang google. Mesti banyak infi mengenai Koala. Saya nak share mengenai kelebihan yang ada pada Koala hari ni.

Koala ni banyak fakta-fakta yang menarik kalau korang nak tau! hehe.. cute dan unik tau Koala.

Best kan kalau dapat Koala jadi haiwan peliharaan? hehehe.. Tapi korang tau tak? kalau kat Australia, kompom korang dipenjarakan kalau simpan koala ni kat rumah korang. Even kat halaman rumah sekalipun. hahaha. Sebab, haiwan koala ni adalah haiwan yang sangat dilindungi di Australia.

Koala ni kalau rasa terancam, dia akan bising.. rasanya korang tak sanggup nak letak dia kat dalam mahupun kat luar rumah korang . hahahaha.

Fakta satu Koala.
Baby Koala yang baru lahir sangat kecil. hanya 1 inci sahaja. Kecil kan? 2.54 CM sahaja. Lahir sahaja, dia akan berada dalam kantung ibunya sehingga 6 bulan.

Fakta dua Koala.
Koala ni suka Tidur. ZZzz~
Tapi jangan salah faham.. Dia tidur bukan sebab dia pemalas tapi dia nak dapatkan balik tenaga dia dan nak buang toksin dalam badan. So, dia kena tido lama sikit. eh? syok pula dapat buang toksin dengan tido sahaja kan? hee hee. Koala ni boleh tido selama 18 jam dalam sehari. Kalau saya todi 18 jam sehari, mata dah jadi panda. Otak tepu dan jadi pemalas tahap Ultraman kot. -_-



Fakta tiga Koala.
Kalau Koala sedang bangun, apa dia buat? dia akan mencari makanan atau berpindah dari pohon ke pohon yang lain.

Fakta empat Koala.
Koala mampu melompat hingga sejauh 150 kaki (45,72 meter) diukur dari puncak pohon.

Fakta lima Koala.
Ada orang berpendapat bahawa Koala ni tak minum air langsung (gila ke! O.o ) hehe. Sebenarnya Koala minum air juga cuma Koala jarang minum air. Susah nak nampak dia minum air. Koala sudah mendapat bekalan air daripada makanan yang dia makan. Apa makanan tu ? Makanannya adalah DAUN EUKALIPTUS. Cuba google mengenai daun ni. Nanti korang boleh tahu apa yang ada kat daun tu hingga Koala boleh jarang-jarang-jarang sekali nak minum air.

Fakta enam Koala.
Koala bukan seperti haiwan lain yang suka berkelompok.
Koala ni jenis haiwan yang suka menyendiri. Macam budak jenis "Autism" . hehe.
Koala ni, dia ada dunia dia sendiri. Kalau manusia , kita panggil kurang bergaul. Bukan Alone forever tau! Alone forever tu dia nak cari member tapi tak ada nak jadikan dia member :p Koala ni, walaupun menyendiri, pandai juga cari Koala betina. kekeke :p

Fakta tujuh Koala.
Koala ni, dia akan menjaga tempat kediaman mereka dengan sangat baik!
Cara mereka menanda tempat tinggal mereka adalah dengan meninggalkan aroma tubuh badan mereka di pohon dengan....menggosok dada mereka ke pohon ( O.o lain macam jerh)

Fakta lapan Koala.
Koala adalah haiwan yang sangat tenang. Malah boleh tidak bergerak langsung. Bergerak pun hanya 2 jam per hari. wow! Walaupun nampak tenang, koala mampu berlari pantas. Kepantasannya hampir sama dengan kelinci berlari.

Fakta sembilan Koala.
Koala ni boleh mengeluarkan suara mengeram yang keras dan agrasif apabila mereka rasa mereka terancam.

Fakta sepuluh Koala.
Koala ni mempunyai ekor. Ekor mereka ada fungsi. Bukan sekadar ekor. haha. Fungsinya adalah tempat duduk mereka apabila berada di ranting selama berjam-jam. hikhik....

Fakta sebelas Koala.
Koala jarang sekali untuk turun daripada pokok. Lebih selamat dan aman.

Saya sebenarnya kalah kontest 8Share tu ... haha.. So tak dapat lah T-Shirt 8 Share yang saya nak sangat tu daripada kontest ni. huhu..

Jadi tak apa lah. Posing dengan Koala palsu pun jadiklah! haha.. :p



Kalau korang jenis yang suka join kontest korang join la macam saya. Diorang kerap bagi macam-macam kontest juga untuk kita join. Malah boleh dapat duit poket sekali :) ... Korang KLIK SINI untuk join oke. Kalau tak faham atau nak bertanya boleh kontek saya melalui ruang komen atau pun korang boleh klik button ini contact kat bawah ni. hehe.

Kalau korang nak membaca lebih banyak mengenai Koala, korang boleh layari web ini https://www.savethekoala.com/ . Best! Banyak info interesting!

With Love,



Share:

0 Kata-kata Dari Teman: