Follow Instagram @sofinahlamudin

Sunday, March 23, 2014

Projek Minggu pertama bersama Donut dan Sandwich yang comel

Assalammualaikum.

Tajuk kemain macam pro je buat donut kan? Projek donut? huhu.. banyak nak study lagi soal donut yang nak dipelbagaikan ni.

Tapi.. walau bagaimanapun, esok saya tetap,wajib, kena, paksa untuk menghantar donut untuk test power jualan. Kalau ikutkan family saya, semua pun kata oke. Tu selera kat sini, orang luar kita tak tahu, nak taknak saya kena hantar juga esok. Tapi.......

Tadi, masa pulang rumah dari piknik dan beli barang dengan Encik Tunang, kazen belah rumah dah siap cakap, "weyh, ko jual la kat aku donut ko.." wah wah... stalk blog dan FB puan Anna Abel nie. hehe. Thanks 4 support me. In Shaa Allah, esok setapau donut saya jual special-special untuk dia. Orang pertama jadi customerh kena serve like a Queen. hakhak. Bulan customer pertama sahaja, In Shaa Allah seterusnya dan seterusnya :) Amin44x.

Alaa... kang la sambung cerita donut kan. :p
Saya nak share cerita hari ni. Saya ajak Encik Tunang pergi piknik kat tempat biasa, Waterpark Labuan. Alhamdulillah Encik Tunang pun oke saja nak pergi sana hari ni. Walaupun boleh la dikatakan berpeluh juga kalau pergi sana dari Stesen bas. hee hee.. Sorry la Encik Tunang, Cik Tunang buang tebiat nak piknik jauh-jauh hari ni.. kereta masih "Sleeping Beauty" jadi, saya rasa ini masa yang baik untuk mengambil kesempatan untuk exercise dengan jalan kaki jauh sikit. ewahh :p

Seawal jam 7 pagi, saya dah semangat masak donut, nasi goreng dan telur dadar nak bawa untuk makan-makan kat tepi pantai.

TARAAA!! hehehe... ni donut of the day...
4 biji untuk Encik Tunang, 4 lagi untuk saya.
Tapi manis sangat macam susah pula nak habiskan..
Lepas ni test nipiskan coklat putih kat atas tuhh..
Rasanya macam coklat putih memang manis sangat la,
banding ngan coklat biasa kan ?

On the way nak ke Waterpark tu, saya dan Encik Tunang guna jalan sotkat.. haha... punyalah...


Kenalah merentasi jambatan tu... Kami lalu kat bawah jambatan tu je. Sempit kan kalau tengok dari luar ? sekali kat dalam banyak betul ruang.. Tapi boleh sakit pinggang juga la. -_-

Pas tu, bila dah kat sebelah tu, Aik? alam mana dah ni ? hahahaha.... punya la shortcut! Terus nampak orang berkhemah la, orang panggang2 la, orang pasang lagu kuat-kuat la... haha. Rasa macam masuk ke alam lain dah. :p

Harini cuaca panas siut beb. Peluh tak kering-kering. kui3x... tak terfikir nak ambil gambar banyak-banyak. Mana saya lagi dah guna DX, pakai lagi inner dalam, pakai lagi t-shirt haaaa... amik kau. >_<

Kami lepak makan-makan kat kerusi yang tak panas, comel je tengok Encik Tunang kena gigit semut api.. haha.. tu la buang tulang ayam merata.. :p

Then, kami pergi SHOPPING!! SHOPPING apa?

Kami shopping bahan-bahan untuk projek esok pagi buta. Sebelum jam 6 pagi dah kena siap semua ni.

SANDWICH TUNA!! >_<

DONUT!! :)

In Shaa Allah semuanya menjadi esok dengan doa semoga Allah murahkan rezeki kami. Amin....

Ni projek pertama kali saya. Akhirnya gerak juga. Dulu, tak pernah nak gerak. alasan? Kerja, tak ada masa...tak ada kawan....modal tak cukup.. tak pandai buat....nak memang nak layan ni, sebab aunty saya pun income tip top juga walaupun tak kerja beb. layan tempahan kuih dari orang ramai saja pun. In Shaa Allah , ni baru langkah pertama, Aunty saya tu dah jauh perjalanan. berbatu tak terkira :) . Alhamdulillah rezeki dia melimpah ruah... Dia buat biz bun dan pau(klik) , kek hari jadi, donut(klik) , kuih raya dan sebagainya...Dia memang SUPER ISTERI(klik) la beb. Buat biz dari rumah saja pun. Suami dia untung dapat dia tu.

Tapi kan, kemahuan ada tapi kalau tunggu sahaja, memang tak jadi apa-apa la. huhu -_- KLIK SINI untuk motivasikan diri anda untuk bertindak sekarang dalam apa jua impian ada.

Banyak nak buat sebenarnya ni, tapi sempat pula saya borak dan lepak kan kat belog saya ni. haha.... jom la p dapur buat persiapan Donut dan SandWich esok.. selebihnya, bangun subuh (pagi buta).

Sebelum tu, THANKS ENCIK TUNANG sebab bagi saya hadiah best hari ni... This is my fav!! Lama tak layan Milk Tea ni :)

Sayang kat Encik Tunang, Muah muah <3 :) Thx...


Oke, terima kasih sebab sudi baca :)
Nak offline dulu. Nanti sambung storey morey.. :)
Assalamm.

With Love,



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.