Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Sunday, September 21, 2014

On Air bersama Labuan FM | Sempena Hari Malaysia | 16 September 2014

Assalammualaikum Readers dan rakan bloggers,

Oh ya! Hari ni 21 September 2014.. Sudah 5 hari berlalu sambutan HARI MALAYSIA kita pada tahun ini, 2014. hehehehe!

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Alhamdulillah... HARI MALAYSIA juga adalah merupakan HARI LAHIR saya yang ke... ke.. ke.. hm... macam dah tua rasanya. HAHA! Yang ke - 24 tahun. Bila sebut perkataan "puluh" tu rasa macam tak boleh nak melompat-lompat atau terkinja-kinja macam masa umur belas-belasan tahun tu kan ? haha. Rasa macam tak dapat pula nak berlari-lari kat taman dengan member-member main kejar-kejar. Haha. Ganti dengan jogging la kat Taman hihi...Oke.. gurau saja. Saya bersyukur sebab bertambah setahun lagi umur ni. Tu tandanya saya masih hidup. haha!

Bersyukur sebab..

  • Berpeluang untuk meneruskan hidup
  • Belajar dari kesilapan-kesilapan lalu
  • Baiki diri sendiri untuk kebaikan diri dan insan-insan tersayang
  • Berbakti kepada masyarakat
  • Berpeluang untuk menjadi yang lebih matang
  • Berpeluang untuk menikmati hidup yang membahagiakan!

Tahun ini, rasa sangat bertuah sebab PERTAMA, sambut birthday dengan bakal suami ( Klik sini untuk baca entry lepas. En.Tunang buat hari saya begitu bahagia..)

KEDUA pula, Labuan FM jemput saya untuk ON AIR sempena HARI MALAYSIA. Kenapa saya terpilih? Sebab my birthday is on 16 Sept. DJ RUL menjemput saya untuk On Air pada 14 Sept 2014..dua hari lebih awal dari birth date saya. Bila dah jadi macam ni, rasa bertambah proud jadi ANAK MALAYSIA dan lebih bangga bila saya adalah ANAK JATI LABUAN.






KETIGA, dapat wish daripada insan tersayang dan rakan-rakan. Alhamdulillah ada yang mendoakan kebaikan. Semoga dimakbulkan dan saya nak jadi kaya raya. Miahaha!

Ada yang berkerut dahi bila baca tu kan kan? Mesti kata...

  • Eh.. mata duitannya..
  • Eh... jangan berangan la nak kaya..
  • Eh.. jadi kaya bukan bagus sangat pun..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaya banyak maksud...Boleh pilih nak kaya macam mana. Nak kesemuanya pun boleh! hikhik...Tamak yang baik-baik tak apa. Jangan tamak yang merugikan. Ada juga kaya yang salah kan. So make sure kalau jadi kaya, biar jadi kaya yang betul lah.

Kaya boleh didefinisikan dengan pelbagai maksud...

  • Kaya harta
  • Kaya hati
  • Kaya kesihatan
  • Kaya ramai orang sayang kita
  • Kaya iman
  • Kaya ilmu
Jadi? Jadilah kaya raya untuk kesemua di atas. ngehe!

Kaya harta paling ramai yang suka manipulasi maksudnya oleh manusia-manusia yang pendek akalnya.

Kononnya...

Kaya harta ni...
  • Tak tenang
  • Tamak dan sombong
  • berlagak angkuh
  • Berdosa
  • bla bla bla bla lagi yang boleh di katakan yang negatif-negatif.
Sebenarnya, orang nak kaya harta sebab...
  • Boleh membantu orang lain
  • Boleh berbahagia dengan keluarga (ada ke keluarga yang bahagia kalau tak cukup makan? Tak cukup itu dan ini? Serba kekurangan... kalau ada, boleh bagitahu saya tak siapa?)
  • Cukup duit. (ada yang senyum senantiasa tak kalau duit tak ada dalam tangan? atau... ada tak orang yang kata, dia bahagia tanpa duit? Kalau ada, sila bagitahu saya siapa orang tu dan... saya nak bagi dia akaun number saya.. nak dia bagi semua duit dia kat saya supaya dia bahagia...hehehehe...)
  • Bahagia hidup. Memang kita boleh bahagia bila-bila masa. Tetapi siapa berani membantah kalau saya cakap, banyak duit boleh buat orang yang sedia bahagia itu akan double bahagia?.
  • Boleh membuat sedekah kepada yang memerlukan.
  • ....dan banyak lagi....korang boleh fikir..masing-masing pun dah besar kan. hehe.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Psstt! saya tak pergi sendirian ke Labuan FM. Sudah tentu saya akan bersama Encik Tunang. hehe. Tak ada yang lain akan temankan saya melainkan dia. Best Friend paling keras lah! hehe.. Dia la tunang, kawan baik, teman hidup susah senang dan bakal imam dan bakal suami dan banyaaakk lagii (Kalau saya senaraikan tak kan habis punya..hehe.. ).


Saya nak suatu hari nanti turn Encik Tunang pula kongsikan kejayaan dia kat mana-mana radio.Paling best masuk rancangan TV.. Biar macam Irfan Khairi. hehe... In Shaa Allah..

Encik Tunang bersama DJ Rul, Labuan FM.

Lets take a selfie. ngehe!


Apa agaknya perisian atau interview yang DJ RUL timbulkan pada waktu tu? eh eh...rasa neves juga sebab... Mana la tau dia dok tanya sejarah Malaysia ke apa. Semua tu saya kena ulangkaji semula la buku-buku sejarah... hahahahahaa! tak ada lah. Interview biasa sahaja sebenarnya.. 

1st question, macam biasa... DJ RUL tanya latar belakang saya.. alaa... the questions like..saya ni datangnya dari Planet mana dan saya suka makan apa kat situ...haha...

2nd question, kerjaya saya sekarang apa.... oh sudah tentu lah kerjaya saya sekarang sedang mencari planet lain untuk saya jajah. HAHA.

3rd question, kalau kerjaya saya bukan yang sekarang ni, apa yang saya nak jadi? Semestinya saya nak jadi manusia bukan Alien.

4rd question, kenangan manis dan pahit. Kenangan pahit saya adalah...saya terlupa bawa alat pernafasan saya ke bumi. Yang manis pula, saya berkesempatan untuk berkenalan dengan seorang manusia yang rupanya beza betul dengan saya.

hahahaha.. mengarut lah.



Macam seyes saja jawapan macam tu. Waakaka.... Tak adala.. just kidding...saja nak buat entry ni panjang-panjang macam karangan Bahasa Malaysia Tingkatan enam. (Nampak sangat dah kehilangan idea).

Masa tu, nasib baik saya dan Encik Tunang tak buat macam-macam dalam konti... DJ RUL pun lupa bagitahu awal-awal sekarang Labuan FM ada Live Streaming. Weyh.. live tau! Semua orang boleh tengok kami dalam konti. Nasib baik saya kelihatan begitu sopan seperti gadis melayu terakhir dalam konti tu :p :p (Wahahaha!! Pengsanla sekarang!!).

Antara soalan dan jawapan saya pada masa itu...

1. Latar Belakang.
  • Sofinah Binti Lamudin.Anak Jati Labuan.Anak Bongsu dari 2 orang adik beradik.
  • Part ni DJ Rul sempat buat lawak bagi soalan cepu keemasan sikit "Macam mana mak awak buat sampai lahir 16 Sept?" Waahahahaa!! ntah la DJ Rul, tak tahu apa mak saya buat.
2. Kerjaya Sekarang
  • Internet Marketer
  • Blogger
3. Kenangan Pahit
  • Jumpa kawan yang spesis macam "bunga tahi ayam" . Nampak cantik tapi busuk.
  • Jumpa manusia spesis Gunting dalam lipatan, Duri dalam daging
4. Kenangan Manis
  • Mencapai impian tidak kira kecil atau besar
5. Jika kerjaya bukan yang sekarang, apakah kerjaya pilihan anda?
  • Leader dalam syarikat MLM
  • Pengiat seni - main piano, melukis potret, menulis novel/cerpen dan teater
6. Perancangan
  • Menguasai ilmu internet sepenuhnya, meneruskan impian dalam dunia MLM, rumahtangga, ilmu kewangan dan seni.

Itu sahaja yang saya ingat.. yang lain dah bersemadi ditelan masa... hehe. Soalan spontan DJ RUL saya main jawab apa yang terlintas dalam kepala waktu tu. hehehe. Tapi jujur.. semua jawapan itu, itulah yang saya mahu dan maksudkan dalam kehidupan saya.

Jawapan saya waktu tu memang banyak huraian.. kat sini saya cerita isi penting sahaja lah, kan. hekhek....bukan korang nak tahu sangat pun sebab saya bukan selebriti. kwang-kwang-kwang....


Saya paling suka kat alat yang saya pegang tu. Seyes teringat zaman jadi Music Director dulu...
Harap one day saya akan jadi Music Director semula. Aminn...

Apa pun, TERIMA KASIH kepada pihak penerbit Labuan FM dan DJ RUL atas kesudian menjemput saya sekali lagi ke Labuan FM. Kali ini, sempena Hari Malaysia dan dalam masa sama untuk HARI LAHIR saya.

Always THANKS to Encik Tunang yang setia bersama selalu :)

Thanks sebab sudi membaca....jumpa lagi di entry yang seterusnya....Bye peeps!



With Love,





Roslinda E-Day on 02 Ogos 2014

Assalamualaikum Readers, dan rakan bloggers semua...

Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk bercerita tentang Linda lagi...sebelum ni, saya pernah juga bercerita tentang Roslinda. Kawan lama saya di SMK Mutiara. Sahabat paling karib semasa tingkatan 4 dan 5.

Syukur Alhamdulillah... sebelum hari raya lepas, saya ada berhubung dengan Linda. Linda kata, dia akan bertunang. Maka, berlangsung sudah majlis pertunangan dia pada 02 Ogos 2014 yang lalu. hehe. Sebulan dah berlalu baru nak update berita baik ni kat sini. Maaf la Linda... busy sikit.. hehehehe.. dan saya tahu Linda pun tahu saya sedang sibuk buat apa kat sini.. ngehe!!


Macam mana? Comel dan berseri-seri kan dia? hehehe.. mesti happy sangat-sangat tu... Congratulations Linda! Semoga cepat-cepat naik pelamin.. In Shaa Allah kalau ada rezeki saya terbang ke sana di Majlis Perkahwinan kamu berdua nanti :)

Entry lain tentang Roslinda : KLIK SINI.


With Love,





Wednesday, September 17, 2014

Thanks Mr. Fiancee | My Birthday on Hari Malaysia Celebration

Assalammualaikum Readers dan Rakan Blogger.

Alhamdulillah. Hari ini kita menyambut Hari Malaysia yang ke -51 tahun. Semoga Malaysia aman selama-lamanya.

Terima kasih , Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan kita keamanan dan keselesaan yang ada sekarang. Tak perlu fikir dan cari apa-apa yang kurang dalam Malaysia ni kalau rasa-rasa hati kita semua ni berat nak terima jika negara kita sama macam mereka yang tak pernah aman dan sana sini bunyi letupan. Makan pun tak cukup malah ada yang mati kebuluran. Even rakyat Malaysia kadang-kadang ada yang rasa tidak seindah khabar dari rupa, tapi teruslah bersyukur kerana kita masih diberikan peluang daripada Allah untuk menikmati makanan, meluangkan masa dengan insan tersayang, beriadah atau beristirahat dengan kedua ibu bapa atau shopping di pusat membeli belah tanpa rasa takut dengan boom atau peluru sesat.

Huhu. Betul tak? Dari berbalah dengan 'Anti-bla bla bla' .... elok kita pilih untuk bercerita bagaimana nak aman atau 'pro-keamanan' . Tak pun elok juga kalau kita bercerita untuk bagaimana nak bahagia setiap hari.

Saya nak bagi beberapa tips bahagia yang ada dalam kepala saya ketika menulis entry ini.

Pertama,
Ingat semula dan bandingkan peningkatan diri dan insan tersayang/keluarga yang sekarang berbanding yang dulu - adakah meningkat? Jika YA! Raikan walaupun peningkatan itu kecil. Kenapa? - kerana hanya kita yang tahu kita sudah lebih bagus daripada yang dulu. Selain tu nak meningkatkan lagi semangat agar kita terus berusaha membuat peningkatan. HEHE!

Kita akan bahagia jika kita melihat diri kita. Jangan lihat walau sedikitpun kepada kehebatan atau peningkatan orang lain untuk tujuan nak jadi lebih baik daripada mereka kecuali untuk belajar kebaikan yang mereka tonjolkan. Siapa sangka... atau...siapa yang tahu peningkatan yang kita lihat secara kasar itu adalah bahagia bagi mereka? mungkin juga beban? Tak ada sesiapa yang tahu melainkan diri mereka sendiri..Kalau iya pun mereka ada sesuatu yang besar, mewah atau sebagainya...kita tak tahu itu adalah bahagia atau beban..hutang atau cash..hehe. Lihat diri sendiri untuk menjadi lebih baik dari diri kita yang dulu. Confirm kita akan bahagia berpanjangan.

Kedua,
Kenali potensi diri sendiri, minat dan kekuatan diri..kemudian fokus ke arah itu sahaja. Seterusnya, bertindaklah selari dengan potensi, minat dan kekuatan tersebut. Kita pasti akan bahagia jika kita melakukan sesuatu dengan minat dan kekuatan diri kita.

Ketiga,
Jika kita tiba-tiba mengalami situasi 'terpaksa' . Melakukan sesuatu yang bukan diminati tetapi kita perlu, mesti dan terdesak,tertekan untuk melakukannya, ikhlaskan hati dan lapangkan dada. Terima dan faham tujuan kita lakukannya. Pasti akan berjalan dengan lancar seperti kita meminatinya. Kita pasti akan bahagia.

oke! setakat itu sahaja tips yang saya kongsikan. hehe...sebab saya nak berkongsi betapa bahagianya saya hari ini kerana...



...Encik Tunang meraikan hari lahir saya bersama saya. Betul-betul sepanjang hari.. pagi hingga ke malam. Thanks Mr.Fiancee. :)

Saya sangat hargai MASA dan KEHADIRAN dia bersama saya pada hari ini... bukan jenis atau harga hadiah yang dia dah spend. Jika mahal hadiah tersebut, itu adalah bonus. Rezeki Encik Tunang Allah bagi dan dia kongsikan bersama saya.Syukur dapat partner yang murah hati. hehe.. Kalau hebat hadiah itu, pun bonus juga..Rezeki kami bersama.. But, bukan itu yang saya 'perlu' kan..

Saya lebih hargai MASA dan KEHADIRAN beliau.

Untuk meluangkan masa bersama saya hari ini,
..dia dah korbankan masa untuk bekerja. Bekerja dan fokus dia tu adalah untuk mencari rezeki halal untuk dia, keperluan seperti makan minum dan selebihnya dia saja yang tahu..hehe..

..dia juga dah korbankan tenaga dia untuk temankan saya yang banyak kerenah ni. hahaha. Jalan sana, jalan sini..

..dia juga dah korbankan minda dia untuk fokus dan berfikir cara nak buat saya gembira hari ini. Tambah-tambah berada di Labuan.

..dia juga dah korbankan perut dan berat badan dia untuk makan makanan yang banyak hari ini untuk makan bersama saya di hari lahir.. hehehe.

..dia juga mesti penat melayan gurau dan 'pembulian' mental daripada saya. Usik dia itu dan ini sepanjang hari...ngehe!

Tahukah perempuan kat luar sana, bahawa....nak full 100% sepanjang hari untuk insan tersayang bagi lelaki adalah sesuatu yang sukar untuk mereka? Jika jumpa lelaki yang seperti ini pada hari lahir anda, anda adalah perempuan yang sangat bertuah kerana mendapat lelaki yang boleh faham tentang perempuan. Walaupun faham bukan 100% tetapi masih beruntung kerana dia tetap mengukir senyuman sepanjang hari lahir anda!

Pada pagi hari... pagi-pagi 16 September 2014. Saya bangun dan terus mengingat 'HARI INI ADALAH HARI LAHIR SAYA! - ORANG PERTAMA SAYA NAK AJAK CELEBRATE SUDAH PASTI ENCIK TUNANG YANG BAKAL MENJADI SUAMI PADA TAHUN INI.'

ohh.. readers jangan salah faham. Saya tak lupa parent saya dan anak-anak buah. In Shaa Allah saya akan celebrate bersama mereka juga - Itu adalah pasti! :)

Kemudian, kami teruskan plan pertama iaitu pergi BREAKFAST. Makan makanan kegemaran kami berdua. Nasi ayam Hainan - Paha ayam putih.

Duduk di meja makan awal pagi bersama insan tersayang adalah sesuatu yang indah tambah-tambah adalah hari lahir. hehe. Walaupun makanan bukan makanan mewah! tetapi makanan itu adalah makanan kegemaran!

Then, kami ke pagung wayang. Nak booking tiket wayang untuk hari ni. Oke! Mungkin, kalau saya belum belajar cara nak 'bahagia sekarang' , mungkin saya akan marah dan geram dengan panggung wayang tu. haha! Sebab... panggung wayang yang ada satu-satunya di Labuan tutup.

Ops! Mungkin Encik Tunang kecewa sebab plan dia nak bawa saya tengok wayang batal pada hari lahir. Hmm... weyh.. saya rasa bersalah pula. Tapi apa boleh buat panggung wayang tu tutup.

..mati akal sekejap bila tak ada wayang untuk ditonton. haha. Oke then, saya ajak Encik Tunang ke Delihan untuk tengok kek. Waa... kek kat situ kurang menarik perhatian saya. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah, Encik Tunang belanja kek comel dan makan kat situ.



Saya nak kek besar tapi takut tak habis. Encik Tunang kata, kalau nak beli yang tu, kena pulang rumah dan makan dengan anak-anak buah. Bukan tak mahu.. hehe. Tapi kena patah balik ke rumah pula..So, itu next plan. Saya memang plan nak celebrate together dengan my family juga kan. :)

Kami pun jalan-jalan-jalan....cuci mata kat Ujana Kewangan. Encik Tunang ajak masuk kedai beg Pandora. Amboii... punya la lawa-lawa!!

Kebetulan dompet saya pun dah nampak lusuh. Hmm.. Macam ganas je saya pakai. Baru setahun pakai dompet tu dah lusuh. ngehe. So, Encik Tunang pun hadiahkan saya dompet baru!

Dompet tu cute!
Ada Eiffel Tower.
Warna pun tak terang sangat.
Paling suka dengan kulit dompet tu.



Just tempat kad ada kurang sikit - untuk menyelesaikan kekurangan tu, saya cuba untuk jadi Ms.Fix It. Tak nak Encik Tunang rasa sedih dengan hadiah yang dia bagi. hehe.



Tips - Faham lelaki anda; Lelaki bukan macam perempuan. Kalau lelaki dengar perempuan kata " alamakkk... tempat kad tak cukup.." dia akan process cepat-cepat...untuk settle prob tu. Walaupun, sebenarnya, perempuan tak rasa pun yang itu adalah probs. Perempuan just cakap saja. hehe. Bagi saya kan... saya tak kisah tempat kad tak cukup. Sebab dalam masa sama, saya suka dompet tu. Jadi tak ada apa yang boleh dilakukan. So perempuan kena hati-hati kalau nak luahkan. Ayat kena full... hehe.. "Alamak.. tempat kad tak cukup. Tapi tak apa lah dompet ni cantik dan cute!" SO, lelaki anda akan lega.. sure! dia tak akan pakai topi 'Mr.Fix It' dia. Lelaki memang macam tu... kalau dia sayang kat perempuan dia, semua pun dia nak settlekan. ngehe... :)

So, kami jalan-jalan cari tempat kad untuk saya. Memang jumpa yang cantik! Harga pun oke. So, beli la tempat kad tu. Bukan saya yang beli. Tapi Encik Tunang. hehe. Hadiah kedua la tu :p

Paling mengharukan...dia buat semuanya. Bila dompet tu ada part yang tercabut, dia beli gam dan tolong gam kan. HEHE.

Tiba-tiba ada pula yang tak kena. Bila masukkan tempat kad tu dalam dompet,..tebal la pula. Ngehe. Last-last tak boleh letak dalam dompet tu. Alaa...

So, saya kata, tak apa... letak kad tu biasa-biasa pun oke! - ye lah. Sebenarnya, letak macam biasa pun oke. Yang penting suka dompet tu, memang tak ada hal punya la. hehe.

Oke.. cukup cerita dompet Eiffel Tower.. haha!



Untuk mengisi masa yang ada, Encik Tunang bawa jalan area kampung, taman dan pantai.
Macam biasa... kalau dah aktiviti macam tu, ambil gambar sudah tentu mesti WAJIB ada.

Ni gambar-gambar kat Taman Damai. Ngehe...








Dan...ini gambar-gambar kat Dataran. Part ini, saya terharu sikit. Encik Tunang kata, jom ke dataran shoot gambar. Nak gambar kat tempat yang sama dengan tempat sayang celebrate birthday abang February lepas. Woweee.....!! Dia memang sweet selalu.





Lepas tuuuu... kami dinner. Arrggghhh... excited nak masuk Fratini's Restaurant.This is for my third time makan kat situ. Encik Tunang bawa saya dinner kat situ. Dah lah kat situ lampu malap. Romantic gitew...hahaha... Feel macam tu la sebab lampu.. suasana tetap sama macam restaurant hotel lain.



Alhamdulillah kenyang.

Tapi...Encik Tunang kurang excited dengan makanan Italian. So, next time nak test tempat lain pula. Kalau boleh nak dia excited macam makan Nasi Ayam Hainan pagi tu.. hehe..

Then, we went to Ujana Kewangan again. HEHE... YEahhh!! Encik Tunang nak belikan keyChain Eiffel Tower Pandora...weeee!! Saya memang suka keychain. Tapi....

....kedai Pandora dah tutup. Waktu tu dah dalam jam 7.30 malam. Hmm. But Alhamdulillah. Syukur juga la kedai tu tutup. Kenapa tau? Sebab... macam membazir kan..? Beli keychain untuk harga yang besar...

So, Encik Tunang belikan yang lain. Dia kata, lagi berfaedah!! HEHE!

Dia belikan Seluar jogging baru...Woweee! Rasanya lebih bahagia bila ada seluar jogging dari keychain. hahahaha..! Sebab, seluar jogging guna untuk senaman.. untuk jogging.. untuk sihat.Walaupun seluar sukan dah ada.. tapi kalau ada yang baru mesti lagi semangat. hehehe. Kalau keychain? :p Sedangkan harga keychain tu sama macam harga seluar tu. ish ish ish...



Lagipun... jogging bukan sorang-sorang. Jogging dengan dia juga nanti. Ngiahaha!

Thanks Encik Tunang! :)

..bila dah selesai cuci mata dan shopping kat Ujana Kewangan tu, Encik Tunang bawa ke tempat biasa kami lepak lepak semasa hari hari biasa.

Lapangan Terbang Labuan - Encik Tunang belanja Green Tea favourite saya. Minuman Big Apple. Waahhh sangat fresh dan hilang haus. Encik Tunang pula memilih untuk minum rasberry. hehe.



Lepak dan borak-borak kejap...lepas tu saya ajak Encik Tunang balik. Sian kat dia. Saya tengok dah penat. Penat layan saya sepanjang hari. hehe. Lagipun, dia selalu tengok WWE setiap hari selasa. hoho. Nak bagi dia rest dan rileks dengan WWE... supaya dia bersemangat pula untuk esok dan plan kerja.

Tips - Kalau lelaki penat, atau sedang berfikir untuk selesaikan sesuatu, biarkan dia rehat dan duduk diam dengan melakukan apa yang dia minat. Tonton TV sambil minum air panas adalah kegemaran Encik Tunang saya..! hehe. Biasanya, bila dia dah rileks dan berjaya susun atur apa yang ada dalam minda dia, dia akan berjaya buat kerja dengan lancar dan happy! Perempuan jangan nak merepek meraban masa tu. haha. Kalau isteri, elok temankan dia tonton TV sambil minum teh tu. But make sure jangan buka topik yang buat dia ingat you all nak dia settle kan. Atau pun topik yang dia tak suka.

Kalau bukan tonton TV, lelaki biasa akan baca surat khabar. Encik Tunang saya, dia bukan baca surat khabar. Dia baca berita yang ada dalam email atau facebook. Paling tak pun dia akan layan video favourite kat youtube.

Tak akan lama.. dalam 1- 2 jam dia akan pulih dan 'nampak' perempuan dia balik.

Dalam situasi penat, stress atau diam begini. Perempuan kena tahu. 95% minda lelaki tak ada dengan kita. 5% yang tinggal tu, tak akan membantu dia faham perempuan pada masa tu..kemungkinan besar, dia akan terlepas cakap yang buat perempuan menangis. REMEMBER! "TERLEPAS CAKAP" - adalah situasi dia betul-betul tak sengaja. Pada waktu ni, dia memang akan lupa perempuan dia.. dan mungkin ada sesetengah lelaki akan jadi dingin atau tidak mengendahkan orang sekeliling termasuk isterinya. Perempuan jangan kecil hati. Tak ambil masa seharian. Bila minda dia dah pulih, happy semula dan sudah hilang penat, dia akan ingat kembali tentang hubungan dia dengan isteri dia. :) Kalau isteri yang ada member perempuan spesis suka jalan-jalan, pergi la ajak lepak atau shopping. But, never talk about your problem. Atau... jangan cerita perkara yang bukan-bukan. hehe. Kalau tak ada member yang free time masa tu nak di ajak jalan-jalan, apa kata buat kerja yang boleh buat sibuk sikit sambil tunggu si lelaki pulih.. :)

err.... pelik? perempuan pun pelik. Lelaki pun tak akan faham kalau dia tak belajar faham perempuan. For SURE! Lelaki bukan sengaja soal 95% ni. Dia pun tak sedar dia macam tu. haha. Perempuan pun tak akan sedar kenapa lelaki tak faham perempuan.Perempuan ni banyak 'ombak' :p perempuan pun tak sengaja soal ombak-ombak segala ni. Fitrah jantina. Allah sengaja bezakan supaya lengkap antara satu sama lain dan paling penting nak hubungan lelaki dan perempuan itu dalam masa sama belajar bagaimana nak hargai, fahami dan sayangi pasangan masing-masing. Kalau lelaki dan perempuan sama - FACT : HUBUNGAN TU AKAN MEMBOSANKAN DAN TAK BERAGAM. Macam mana nak seronok dan gembira kalau ada lirik sahaja music tak ada kan? Hahaha!

Kenapa perempuan banyak ombak? sebab otak perempuan boleh berfungsi untuk 7 perkara dalam satu masa. Lelaki hanya boleh berfungsi 2 perkara dalam satu masa, sebab tu ALLAH jadikan lelaki sebagai Mr.Fix It.. Perempuan tolong sokong lelaki supaya dia berjaya dalam melakukan kerja dia dengan keadaan fokus. Psst... lelaki kalau buat kerja fokus, kejadiannya adalah GEMPAK tau. hehehehe. Perempuan yang jumpa lelaki yang baik akan beruntung sebab result GEMPAK biasanya akan dikongsikan dengan perempuannya!

Alamakk! TIPS yang terlalu panjang dengan huraian. hahahaha. Itu adalah menunjukkan bahawa saya adalah perempuan yang tak sedar bahawa tulisan dah terlalu panjang dan begitulah kalau saya bercakap/bercerita. huhu..

Oke then.....

Selepas Encik Tunang hantar saya balik, saya terus buat apa yang patut dan saya  capai lappy untuk entry ini. haha!



TERIMA KASIH ENCIK TUNANG UNTUK HARI LAHIR SAYA TAHUN 2014 NI. SAYA DAH 24 TAHUN. ALHAMDULILLAH... IN SHAA ALLAH KEMATANGAN AKAN TERUS MENJADI MILIK KITA BERSAMA UNTUK MENJALANI LANGKAH ATAU LEVEL KEHIDUPAN KITA YANG SETERUSNYA.

IMPIAN KITA AKAN MENJADI KENYATAAN DARI TAHAP KE TAHAP YANG SETERUSNYA.

PERJUANGAN ANTARA KERJAYA DAN HUBUNGAN ANTARA KITA BERDUA AKAN DIHARUNGI BERSAMA SUSAH DAN SENANG.. AMIN.

MASA DEPAN TAK MAMPU DIRAMAL TETAPI KITA MAMPU MERANCANG DAN TERUS BERJUANG UNTUK BERSAMA!

I LOVE YOU.

With Love,



Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)