Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, October 10, 2014

Kenangan Bersama Sea Lane selama 14 hari

Assalammualaikum reader dan bloggers,

Sealane. Hehe! Kisah bulan April tahun ni. Macam sekejap masa berlalu... Sekarang dah bulan oktober. Tapi masih jelas dalam fikiran.

"KITA BUKAN POKOK, KALAU TAK SUKA KAT TEMPAT TU, PINDAH DAN TINGGALKAN"



Alhamdulillah. Pada 28 Apr 2014, saya dipanggil interview di sebuah company shipping. Tak sangka begitu cepat sekali, saya mula bekerja pada 29 Apr 2014.

Mulanya saya berasa ragu.

"Saya belum bersedia untuk sibuk bekerja makan gaji.."
"Saya belum mengemas bilik.."
"Saya belum ready dari segi mental dan fizikal.."
"Saya tak akan ada masa seperti biasa jika.."

Macam-macam yang saya fikirkan kerana dah setahun saya meninggalkan dunia bekerja. Ragu memang ada. Tetapi,

Saya berbisik.

"Peluang tak mungkin datang dua kali."

Oke! Saya menjawab dengan yakin. "Boleh..esok saya boleh mula bekerja."

Saya bersetuju dengan membuang semua fikiran negatif.

"Seni duit yang wanita tidak pernah tahu.." [KLIK SINI]

Malamnya...

Saya mula berfikir-fikir. Sea Lane sangat strategik. Tengah bandar. Saya boleh kemana sahaja saya suka. Saya boleh ke Perpustakaan, saya boleh ke kedai kopi, saya boleh ke stokis, saya boleh ke Labuan Supermarket, saya boleh jumpa orang dengan mudah dan saya boleh itu dan ini.

Syukur Alhamdulillah.

Hari pertama saya bekerja. Perasaan pertama, excited. Saya datang awal dan masuk ke dalam ofis. Amazing...Ofis begitu selesa. Komputer sangat laju. Kemudahan fotostat, printer, scanner dan sebagainya begitu menyenangkan!



Saya mula 'scan' muka orang-orang yang ada di dalam ofis. Saya mula mahu berkenalan dan berkawan.

Mungkin tempat tak sesuai. Ofis tu penuh dengan manusia yang sibuk dan kepalanya penuh dengan fikiran yang serabut. Untuk berkenalan dan berborak itu mustahil.

Saya mula serius, belajar sedikit demi sedikit bersama Anna, Rini dan Chin mengenai Forwarding. YA AMPUN! langsung tak faham. hehe. Blur? yes. Blank? yes.

Its oke. Kita memang kena mula dari 'Zero'. Saya yakin boleh bawa kerja ni.

OKE! Apa sebenarnya kerja saya? Saya kerja kat syarikat Shipping. Ejen Shipping. Jadi apa pula Ejen Shipping tu?

Shipping agent / carrier adalah pihak yang "mempunyai cara dan prasarana" angkutan laut mahupun udara. Kata "mempunyai cara dan prasarana" bukan bermakna semua syarikat shipping agent / carrier mempunyai armadanya sendiri. Ada shipping agent / carrier yang mempunyai armadanya sendiri seperti kapal dan pesawat. Namun banyak juga yang tidak memilikinya. Namun begitu, mereka yang tidak mempunyai armada sendiri juga tetap dikatakan sebagai shipping agent. Kerana mereka menawarkan perkhidmatan angkutannya. 

Lalu apa yang kita perlukan dari shipping agent / carrier ini dalam kaitannya dengan proses export dan import ?. Yang kita perlukan dari mereka adalah: 

1 Harga penghantaran via laut / udara (Ocean Freight / Air Freight) 
2 Schedule Pelayaran / Penerbangan (Shipping schedule / flight schedule). 
3 Space / tempat kosong di kapal atau pesawat sebagai tempat menaruh barang kita 
4 D / O atau Delivery Order (untuk penghantaran menggunakan bekas). Kerana D / O inilah yang kita gunakan untuk mengambil bekas kosong. 
5 B / L atau Bill of Lading iaitu konosemen yang digunakan sebagai bukti penghantaran barang bagi exportir / shipper / pengirim barnag dan sebagai bukti pengambilan barang bagi si buyer / consignee / penerima barang.- sumber

Hari pertama saya agak penat. Otak penat. Cuba untuk faham dan belajar ibarat budak sastera baru nak study sains. Yep. Maklumla kan... dah setahun buat kerja online tiba-tiba kena buat semua tu.

Tak apa... saya masih kata saya boleh.

"Seni duit yang wanita tidak pernah tahu.." [KLIK SINI]

Hari pertama, saya nampak Frankie. Suara dia agak lantang. Penuh satu ofis dengan suara dia. hehe. Tapi saya sangat perasan. Dia seorang yang SANGAT BAGUS dalam mengajar orang. Dia seorang lelaki berbangsa Cina. Memang bercakap Cina dalam ofis. Perasaan untuk belajar Bahasa Cina membuak-buak dalam hati. Dia membuatkan saya mengimbau impian yang sudah terkubur. SAYA MAHU BELAJAR BAHASA CINA. SAYA MAHU BERCAKAP CINA DENGAN ORANG BERBANGSA CINA.

Hasil belajar Bahasa Cina bersama Kak Lim dulu, sedikit-sedikit membuatkan saya faham apa yang Frankie bebelkan. tapi malas nak fikirkan sangat.

Hari demi hari pun berlalu...

Tik tok tik tok... saya mula membebel hampir setiap hari dengan Encik Tunang bahawa sungguh bosan kerja tersebut. hahaha! Sungguh payah dan mengusutkan kepala hotak. Antara faktornya..

Saya tidak minat.
Saya tidak minat.
Saya tidak minat.
Saya TIDAK MAHU.

hehe... sian Encik Tunang. Asyik dengar saya bercakap - cakap - cakap - bebel.

...dan saya rasa sangat banyak gangguan dari segi telefon. Nak reply email pun tangan tak cukup, ni nak kena angkat telefon yang tak sudah-sudah berbunyi. huhu. Lepas tu dokumen kena siap cepat. Hampeh betul lah.

Nak ikhlaskan? Mungkin perlu beberapa bulan lagi dan saya sudah pun mati kat situ. Muahaha!

Akhirnya,
Tanpa fikir panjang, saya tamatkan perkhidmatan saya di sana.

Alhamdulillah. Tamatkan perkhidmatan kat sana tak guna banyak taktik. Tak guna alasan banyak.

GAJI? BY CASH untuk 14 hari saya bekerja..!! Cayalah Sealane. Saya tahu company memang kaya! Bangunan pun semart kan.. Apa pun, semoga kawan-kawan yang memang dah lama kat situ, yang memang buat kerja kat sana macam kacang, semoga terus berjaya.

Terima kasih kerana sudi baca. Jumpa di entry seterusnya.

With Love,





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.